Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada Prof. Dr. Ahmad Zamri dan kepada rakan sekalian. Akhirnya, sampai jugalah jurnal saya yang kelima dan yang terakhir untuk kuliah kursus ZZZT 2253 Pengurusan Emosi yang bertarikh 24 Ogos 2011. Sesi kuliah kali ini agak menarik dan tidak membosankan seperti kuliah yang terdahulu. Kali ini kami tidak diberi penjelasan tentang topic yang spesipik yang berkait rapat dengan emosi sebaliknya telah mengaplikasikan konsep yang telah kami pelajari sebelum ini. Secara ringkasnya, kami telah diberi 'intro' yang ringkas tetapi padat tentang teori psikoanalitik dan telah mengaitkan teori yang diajar itu dengan sebuah lagi tayangan video sewaktu kuliah. Bukan itu sahaja, kami juga telah membuat dua jenis ujian personality yang agak mudah dan seterusnya menganalisa keputusan ujian personality itu . Pada kali ini, tayangan video yang ditayangkan itu mengisahkan seorang perjalanan hidup seorang manusia darilah waktu kecilnya sehingga dia dewasa. Video ini juga memaparkan segala suka duka and liku liku hidup seperti yang kita semua alami dan hal ini jelas lagi difokuskan melalui muzik later belakangnya itu. Seperti kehidupan seseorsang manusia biasa, video tersebut tidak gagal untuk memaparkan tentang pelbagai emosi emosi positif dan emosi negative yang dialami dalam kehidupan seseorang manusia itu. Emosi- emosi ini adalah sesuatu kebiasaan dalam hidup semua orang malah dalam hidup setiap individu itu.
Seterusnya, sesi kuliah pada hari itu telah membincangkan secara ringkasnya tentang teori psikoanalitik di mana ramai ahli teori menganggap bahawa pengalaman emosi adalah sesuatu proses yang harus disedari oleh seseorang manusia itu dan mereka juga beranggapan dan berorientasikan fisiologi dan kognitif. Namun begitu, seorang ahli teori bernama Sigmund Freud berpendapat bahawa emosi bukanlah sesuatu proses yang disedari manusia. Beliau berpendapat bahawa manusia tidak akan menyedari emosi yang mereka alami itu. Hal ini agak benar kerana selalunya kami tidak akan menyedari bahawa emosi, motivasi serta ingatan lama yang wujud dalam sanubari kita memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap kami. Adakah kita pernah memikirkan pasal pengalaman semasa zaman kanak- kanak kita dahulu. Kebanyankkannya sudah pastinya berlaku secare tidak sedar dalam diri kita. Dan pada waktu itu juga sudah pastinya kita sebagai kanak- kanak tidak mempeduli sangat tentang pengalaman emosi tersebut. Hal ini yang berlaku dalam kita secara tidak sedar akan menjadi satu penjana emosi dan motivasi yang sangat kuat. Sebenarnya, konsep ini perlu ditekankan kerana ia merujuk kepada emosi yang kurang baik seperti marah, sedih, dan bimbang. Selalunya, emosi kurang baik ini berlaku kerana adanya konflik di aras tidak sedar dalam diri seseorang itu. Satu lagi contoh yang amat baik ialah, ada kalanya kita berasa marah dan cemas tetapi untuk alas an yang tidak munasabah ataupun tanpa alasan yang kukuh langsung!
Selepas itu, kulih pada hari itu telah diteruskan dengan tayangan video yang berkaitan dengan personality kita semua. Khususnya, personality manusia boleh diklasifikasikan kepada dua golongan utama iaitu personality jenis A iaitu Type A Personality dan personality jenis B iaitu Type B Personality. Pengklasifikasi ini sebenarnya diperkenalkan oleh dua orang pakar perubatan yang pakar dalam bidang jantung dan penyaluran darah dalam tubuh manusia iaitu Meyer Freidman dan RH Rosenman. Semasa kedua dua doctor pakar ini sedang membuat kajian tentang kaitan personality mnausia dengan panyakit koronari, mereka telah menemui penggolongan dua kelas personality ini. Sebenarnya, manusia dengan personality jenis A dan manusia dengan personality jenis B mempunyai karakter dan tingkah laku yang sangat berlainan. Individu yang mempunyai personality jenis B bersikap tenang dan sentiasa tidak akan cepat panic. Mereka lebih suka untuk menikmati kehidupan dengan tahap kepuasan yang sangat tinggi kerana tahap kesabaran mereka yang sangat tinggi dan kemahiran luar biasa mereka yang membenarkan mereka mudah mengadaptasi terhadap sesuatu keadaan. Jiwa mereka sentiasa lebih tenang membolehkan mereka rehat buat jangka masa yang panjang tanpa memikirkan pasal kerja kerja yang harus mereka buat. Pada kebiasaannya individu yang sebegini tidak akan rasa tertekan dengan mudah walaupun dia menghadapi sebarang masalah. Secara kontranya, individu yang memiliki personality jenis A pula lebih cenderung untuk sentiasa bimbang dengan status dan pencapaian hidup mereka itu. Mereka selalunya tidak sabar sabar dan sentiasa suka marah dan berasa tertekan. Ada juga golongan individu yang berpersonaliti jenis A tetapi sikap mereka lebih sederhana misalnya sering di antara jenis A dan jenis B.
Kemudian, kami juga telah didedahkan kepada dua jenis ujian personality iaitu Ujian Personaliti Lima Besar ( The Big Five Personality Test) dan juga ujian personality MBTI yang juga dikenali sebagai MBTI Pesonality Test. Dalam Ujian personality Lima Besar kami telah disuruh untuk menjawab beberapa soalan atau berkaitan kenyataan dalam 5 seksyen dengan menggunakan skala 0 sehingga 3 sebagai rujukan. Angka 0 pada skala tersebut bermaksud langsung tidak setuju manakala angka 3 bermaksud sangat setuju dengan sesuatu kenyataan itu. Seterusnya, kita haruslah menambahkan setiap nombor yang digunakan untuk setiap satu soalan dalam setiap seksyen dan bahagian yang menunjukkan jumlah paling tinggi akan menunjukkan personality diri seseorang itu. Terdapat lima jenis pembahagiaan kepada soalan soalan tersebut iaitu, openness iaitu keterbukaan, conscientiousness iaitu berwaspada, extraversion, agreeableness iaitu bersetuju dan akhir sekali neuroticism. Melalui ujian personality ini, saya mendapati bahawa saya seorang yang neuroticism yang membawa maksud ketidakstabilan dalam emosi. Golongan ini sering kali mengalami perubahan emosi yang sangat ketara. Mereka akan sering kali mengalami emosi emosi negative seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selain daripada itu, mereka juga akan sangat reaktif secara beremosi terhadap apa apa jenis tekanan hidup. Sesuatu yang amat biasa akan dianggap sebagai sesuatu yang mengancam dan mengecewakan. Hal ini selalunya akan berkekalan untuk jangka masa yang agak panjang berbanding orang lain. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang inidividu itu selalu dalam 'mood' yang kurang baik. Keburukan dalam golongan ini adalah, personality jenis ini akan sering kali menjejaskan kobolehan dan keupayaan mereka untuk berfikir secara rasional. Walaupun saya tergolong dalam kumpulan personality jenis ini, saya tidaklak seteruk semua kualiti kualiti yang dipaparkan dalam kandungan personality jenis ini keran saya punya personality lebih sederhana sahaja.
Selain daripada itu, kami juga telah mengambil satu lagi ujian personality iaitu ujian MBTI. MBTI bermaksud Myer's Briggs Type Indicator di mana ujian ini mengklasifikasikan personality manusia kepada 16 jenis yang merupakan kumpulan 4 jenis sifat manusia. Setiap jenis mempunyai 2 sifat am manusia dan akhirnya terdpaat 8 jenis sifat sifat manusia iaitu, extraverted, introverted, sensing, intuitive, thinking atau feling, judging, dan akhir sekali perceiving. Sebelum kita memilih jenis yang kita miliki, kita semua telah dikenalkan dengan segala kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan seterusnya barulah dikehendaki memilih jenis yang berpadanan dan bersesuaian dengan karakter kita. Melalui ujian ini saya mempunyai gabungan ESTP di mana saya mempunyai kualiti dominan hidup yang bersemangat dan praktikal.
Kesimpulannya, saya amat bertuah kerana dapat mengenali personality saya yang sebenar melalui ujian- ujian personality yang diperkenalkan oleh Dr. Zamri dalam sesi kuliah kali ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment