Monday, August 29, 2011

A131262 MUHAMMAD TAQI BIN HASAN LJO5

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat saya meneruskan penulisan jurnal saya yang kelima iaitu yang terakhir. Pada minggu lepas, kami telah diajar mengenai personality dan kami juga berpeluang untuk menjawab soalan-soalan bagi menentukan jenis personality kami. Bagi saya, kuliah ini merupakan kuliah yang paling menarik. Minggu ini saya akan berceloteh sedikit mengenai Emosi, Personaliti, dan Tingkahlaku berdasarkan pembelajaran dan pengalaman saya pada kuliah lepas.
Dr.Zamri telah menunjukkan satu video dalam kuliah ini yang amat menyentuh hati saya .Video yang ditayangkan menyebut tentang kemurungan dan cara menanganinya.Dalam video tersebut,

'Those who are depressed and feeling down in the dumps should get over yourselves already as part of the fun of life is figuring it out. It also said that not everyone you meet will want to be your friend and some just see you as a subject to be used and nothing more. It highlighted the importance of mixing with the right people as the people we mix around with have the biggest impact on our lives and we should always stand by our principles, morals and not easily succumb to depression'.

Dari video yang telah ditanyangkan, ianya  berkisah mengenai seorang yang pada mulanya menganggap dunia ini sebagai tempat yang baik dan selamat tanpa ada masalah. Tetapi apabila meningkat dewasa, dia menyedari segala anggapannya itu ternyata berbeza dan  apabila dia kian meningkat dewasa dan mula memahami  dunia luar dan pelbagai situasi yang memeritkan berlaku. Dia mula sedar bahawa sesetengah masalah tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Walaubagaimanapun, dia tetap percaya masih ada kebaikan dalam setiap perkara dan tidak berputus asa dalam kehidupan, maka dia akan terus berusaha mengharungi setiap cabaran hidup dengan hati yang terbuka dan dengan semangat juang yang tinggi. Pengajarannya, kita haruslah berfikiran positif walau apa jua dugaan yang kita harungi.Mentaliti yang berunsur negative tidak akan membawa kebaikan kepada diri kita malah kita akan tertekan dan stres. Hubungan antara orang sekeliling juga akan terganggu dan mungkin semakin jauh kerana masalah dan perselisihan faham yang berlaku.
 
Dalam kuliah yang lepas juga kami dikehendaki menjalankan satu tugasan iaitu mencari hubungan diantara klip video tersebut dengan "The Psychoanalytic Theory". Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud, peristiwa sewaktu zaman kanak-kanak, begitu juga pengalaman adalah penting sekali sepanjang proses pembesaran. Pada zaman kanak-kanak, kita seringkali hanya memikirkan tentang indahnya kehidupan dan jarang mengenal erti kepayahan hidup apatah lagi untuk merasa kesedihan. Semakin kita melangkah ke alam dewasa, kita semakin sedar akan kebenaran reality kehidupan didunia ini. Perlahan-lahan wujudnya perasaan stress, dan zaman ceria kanak-kanak kian luntur dari kehidupan. Walaupun kita terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam hidup, kita tidak seharusnya mempunyai sikap mudah berputus asa kerana jika kita melihat keseluruhan dunia, kita akan sedar masih ada lagi orang yang lebih menderita dalam kesusahan daripada kita. Kita perlulah sentisa berfikiran positif dalam menangani semua permasalahan yang timbul. Sikap kecewa, bermasam muka, sedih dan berputus harap seharusnya perlu dijauhi dalam hidup bagi meningkatkan produktiviti kehidupan kita kerana emosi sebegini akan menyebabkan keadaan semakin teruk dan akhirnya berakhir dengan musibah. Personaliti merupakan kombinasi kepelbagaian psikologikal individu yang digunapakai untuk mengklasifikasikan dan mentafsir seseorang individu dalam erti bentuk sikapnya samada seseorang itu seorang yang pendiam, aggresif, peramah atau sebagainya. Menurut indikasi yang dijalankan didalam kajian Myer-Briggs Type Indicator, individu telah diklasifikasikan kepada 4 kumpulan personaliti. Antaranya ialah "Extraversion" (E) yang menggambarkan orang yang gemar bergaul dengan dunia luar, manakala "Introversion" (I) pula membincangkan tentang individu yang suka hidup dalam dunia sendiri. Seterusnya, personaliti dikaitkan dengan cara seseorang itu memutuskan sebarang keputusan, sama ada berkeputusan mengikut logiknya seperti dinyatakan dalam personaliti jenis "Thinking" (T)  ataupun berdasarkan kepada situasi dan orang yang terlibat seperti dalam personaliti jenis "Feeling" (F). Akhir sekali, personaliti yang berdasarkan struktur, iaitu sama ada ingin menerima sesuatu seadanya ataupun selalu mengambil initiatif untuk mencari maklumat dan pilihan yang lain; "Judging (J) atau Perceiving (P)". Setiap aspek ini dinilai bagi mengenalpasti bagaimanakah personality kita.

Dalam kuliah ini, kami turut diperkenalkan dengan dua jenis personaliti yang lazim kita gunakan untuk mengkelaskan sifat-sifat manusia, iaitu personality jenis A and personality jenis B. Orang yang mempunyai personaliti A merupakan individu yang bercita-cita tinggi, agresif, mengawal, berdaya saing, tidak sabar, mementingkan status, dan mementingkan masa. Biasanya mereka ialah golongan yang selalu bercita-cita tinggi yang suka membuat beberapa tugas pada satu-satu masa ataupun multitasking dan mengamalkan gaya hidup yang stres. Mereka tidak suka membazir masa dan menggunakan masa dengan sepenuhnya. Mereka tidak suka pada kelewatan dan penentangan dari mana-mana pihak. Mereka tidak suka menangguhkan sesuatu kerja dan akan menghabiskan sesuatu tugas dengan segera, jika tidak, mereka akan berasa tidak selesa dan sangat stres. Selain itu, mereka akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan sesuatu tugasan sebelum menjelang tarikh akhir kerana mereka amat mematuhi disiplin dan sangat mementingkan kesempurnaan. Orang yang berpersonaliti jenis B pula secara umumnya sabar dan tenang. Oleh yang sedemikian, ciri-ciri ini telah menyebabkan individu jenis B selalu digambarkan sebagai mereka yang acuh tak acuh terhadap sesuatu tetapi ini tidak bermaksud mereka tidak bertanggungjawab. Mereka hanya lebih leka dan mungkin menangguhkan sesuatu kerja,tetapi mereka akan juga melaksanakan tanggungjawab mereka di akhir hari dan menyiapkan tugasan mereka. Mengikut kajian yang dijalankan, Orang yang berpersonaliti jenis A lebih pendek umur berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Hal ini kerana orang yang berpersonaliti jenis A mengalami lebih banyak stress berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B. Ini adalah kerana mereka sering memberi matlamat yang tinggi terhadap diri sendiri dan mempunyai permintaan tinggi terhadap diri sendiri sedangkan itu melebihi batasan kemampuan mereka. Kita hendaklah sedar akan kemampuan diri sendiri ketika melakukan sesuatu kerana badan manusia mempunyai batasannya yang berbeza bagi tiap-tiap individu. Oleh itu, apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, mereka akan stress dan menjadi tidak tentu arah berikutan kegagalan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, orang yang berpersonaliti jenis A lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan orang yang berpersonaliti jenis B kerana apabila stress, badan akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit.
Selain diberi ajaran mengenai "Myer-Briggs Type Indicator" kami turut didedahkan dengan " The Big Five Model" yang mengkelaskan personaliti kepada "extraversion", "agreeableness", " conscientiousness" , " neuroticism" dan " openness." Setelah meneliti ciri-ciri yang terdapat didalam setiap pembahagian ini dan melakukan soal selidik yang dijalankan, saya mendapati saya tergolong dalam kelompok personaliti type A dan tergolong dalam kumpulan "agreeableness." Berdasarkan teori ini, individu yang berpersonaliti A yang mempunyai sifat "agreeableness" merupakan seorang yang peramah, mudah berkerjasama dan berdedikasi yang tinggi. Tambahan pula, mereka juga merupakan orang yang optimistik dan sentiasa berpandangan terbuka dan kehadapan. Terdapat kebenaran juga dalam ujian personality ini kerana ianya amat mencerminkan sifat saya. Tetapi sering timbul persoalan adakah ketepatan ujian ini boleh diguna pakai dan kebenarannya yang menghubungkan ujian dengan sifat-sifat realistic seseorang individu. Hanya yang pakar lebih tahu dan hanya ALLAH yang maha tahu kerana ALLAH yang mencipta segal-galanya.

 Kuliah kali ini amat berbeza dengan yang sebelumnya kerana kami berpeluang untuk mengenalpasti personality sendiri berdasarkan ujian yang diambil. Ianya amat seronok dan membuat saya rasa tertarik dengan kelas pengurusan emosi. Sebelum saya mengundur diri, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan Maaf Zahir Batin atas segala salah silap saya. Sekian dari jurnal terakhir saya.

Hakcipta Terpelihara,
Muhammad Taqi Bin Hasan
A131262
LJO5
 
 

No comments:

Post a Comment