Monday, August 29, 2011

Abdul Rahman Bin Ismail A131351

Assalamualaikum
Pada sesi pengkuliahan yang lepas, iaitu pada 24 ogos 2011, sebuah video telah dipaparkan tentang sikap penulis berkenaan perlunya kita memandang jauh ke hadapan walaupun terpaksa menghadapi cabaran di dunia. Cabaran yang  dimaksudkan ialah sikap manusia yang tidak memandang sesuatu kebaikan dari orang lain sebagai penting. Sebagai contoh, apabila kita memberikan derma kepada peminta sedekah. Kita mungkin berasa pelik ataupun marah sekiranya terlihat peminta sedekah berkenaan menggunakan wang yang diberi untuk perkara yang tidak penting. Namun begitu, apa yang disampaikan oleh penulis berkenaan adalah walau apapun yang dilakukan oleh peminta sedekah tersebut, ia tidak akan menhalang beliau untuk terus bersikap dermawan pada orang lain.
Antara teori baru yang saya pelajari dalam menentukan personality seseorang adalah teori Big Five. Dalam teori ini, 5 domain utama diketengahkan. Antaranya adalah keterbukaan. Ciri ini dikatakan berkait rapat dengan sikap individu yang menghargai seni, emosi, cabara, idea yang pelik, imaginasi, sifat ingin tahu, serta pelbagai jenis pengalaman. Individu yang dikategorikan dalam golongan ini juga lebih kreatif serta lebih mengambil tahu akan perasaan dan fikiran mereka. Selain itu, mereka juga sering dianggap berpegang pada kepercayaan yang pelik. Antara domain lain yang terdapat dalam Big Five adalah domain conscientiousness. Hal ini digambarkan sebagai mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, bertanggungjawab, serta mengharapkan pencapaian melebihi jangkaan atau luar kemampuan. Sikap-sikap individu yang berkenaan juga tersusun, berbanding individu lain yang bersikap spontan. Selain itu, domain lain adalah Extraversion. Domain ini dilihat sebagai individu yang mempunyai personality seperti berikut. Antaranya adalah mempunyai emosi yang positif, serta mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan motivasi dan ditemani seseorang. Individu ini sering dilihat sebagai suka berada bersama orang lain, serta digambarkan sebagai seseorang yang sentiasa penuh dengan tenaga. Tambahan pula, individu ini juga sering berkata 'boleh' ataupun 'mari kita lakukan' sekiranya terdapat peluang untuk mendapat keseronokan. Sekiranya berada di dalam kumpulan, mereka gemar bercakap, memastikan diri mereka terlibat dalam sesuatu perbincangan, serta sering mencuri perhatian orang ramai. Domain yang keempat adalah 'agreeableness'. Cirri ini digambarkan sebagai cenderung untuk bekerjasama, bukan bersikap was-was serta antagonis terhadap orang lain. Mereka juga sering menghargai nilai bersama dengan orang lain. Mereka juga bertimbang- rasa, peramah, pemurah, suka membantu orang lain serta rela untuk berkompromi dengan orang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai pandangan  optimistic terhadap orang lain. Yang baiknya, mereka sering mempercayai bahawa manusia secara asalnya adalah jujur, baik hati serta boleh dipercayai. Teori terakhir dal 'Big Five' adalah 'Neuroticism'. Mereka sering mempunyai kecenderungan untuk bersikap negative, seperti marah,cemas mahupun tertekan. Secara emosinya, mereka juga sangat reaktif serta terdedah pada tekanan. Tambahan pula, mereka juga dianggap sering mengintepretasi suasana yang biasa sebagai mengancam mereka, serta menganggap kekecewaan yang kecil sebagai tidak ada harapan lagi serta sukar dihadapi. Sekiranya mereka mempunyai emosi negative, reaksi tersebut cenderung untuk kekal pada jangka masa yang lama, lantas membawa pada mood yang negative. Seringkali, ciri-ciri ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada mereka untuk berfikir dengan jelas, sukar membuat keputusan, serta sukar menghadapi tekanan ataupun stress.
Melalui teori ujian personality Big Five ini, saya dapati bahawa saya tergolong dalam kumpulan agreeableness. Antara sikap yang dirasakan sama adalah tidak terlalu berkira, serta sering membantu orang lain. Mungkin bagi orang lain, sikap membantu ini mungkin dari dsegi membantu rakan dalam pelajaran, namun bagi saya, saya lebih mudah membantu dalam aspek teknikal serta kemahiran yang saya miliki. Sebagai contoh, membantu rakan dengan menjemputnya dari stesen bas. Selain itu, saya juga tidak mudah lupa akan jasa rakan-rakan yang lain. Bagi saya, tempoh berkawan itu tidak mempunyai sesuatu had masa, meskipun seseorang itu mempunyai rakan lain ataupun jika sudah lama tidak berjumpa. Selain itu, saya juga sentiasa mempunyai sikap rasional dalam menentukan sikap seseorang. Sebagai contoh, sekiranya saya mempunyai persepsi negative terhadap seseorang, saya tidak melihatnya sebagai sikap keseluruhan seseorang itu. Mugkin terdapat factor lain yang tidak dapat dielakkan mempengaruhi sikap seseorang itu, seperti masalah keluarga, pengaruh rakan lain, serta kegagalan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang lebih besar. Saya sering melihat bahawa untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang kecil dengan beberapa persamaan adalah mudah, namun untuk melakukan perkara yang sama dalam kumpulan yang lebih besar, kita perlu keluar dari zon selesa  ketika di dalam kumpulan kecil lantas berkongsi beberapa perbezaan dari orang lain. Jadi tidak mudah untuk saya menyalahkan orang lain tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
 Seterusnya adalah berkenaan jenis personality manusia. Antaranya adalah jenis A, jenis B. Jenis A dikatakan seorang yang tergesa-gesa, memandu melebihi kelajuan, serta mementingkan formality. Jenis B dikatakan seorang yang teneng, mengikut peraturan, sempoi, makan secara perlahan, penyabar,tidak tergesa-gesa, bersuara perlahan, mempunayi cara informal untuk mencapai sesuatu matlamat.
Seterusnya adalah teori MBTI oleh carl gustav gung. Ia adalah berdasarkan inventori gaya kognitif(MBTI).  Terdapat empat domain seperti berikut iaitu, samaada S atau N, samaada T atau F, samaada J atau P, selain itu terdapat satu lagi domain lain. S bermaksud sensing,N bermaksud Intuition, T bermaksud thinking, F bermaksud feeling, J bermaksud Judging, P bermaksud Perceiving.
Melalui kaedah ini, mereka yang mencuba kaedah ini perlu memilih sikap mana yang lebih dominan dalam setiap pasangan yang ada. Selepas itu mereka perlu menyusun kombinasi huruf tersebut. Setelah membuat ujian tersebut, saya dapati bahawa saya mempunayi kombinasi INTP. Apa yang diterjemahkan dari keputusan ini adalah, saya tergolong dalam 'the thinkers'. Melalui nota kuliah yang ada, INTP digambarkan sebagai mempunyai pacuan untuk memahami pelbagai fenomena serta dijadikan focus utama dalam hidup. Selain itu, mereka juga gemar memahami kehidupan ini sebagai suatu konsep. Sera suka menjadi kreatif dan lain dari orang lain. Individu dalam golongan ini dilihat sebagai logical, analitikal serta sering tertanya-tanya serta mengkritik idea orang lain dalam memahami sesuatu konsep. Golongan ini juga tidak mempunyai keperluan yang besar untuk mengawal dunia sekeliling mereka serta bersikap fleksibel serta mudah menyesuaikan diri dalam erti kata gaya hidup.
Saya dapati bahawa deskripsi yang diutarakan mempunyai sedikit persamaan dengan diri saya. Antara persamaan tersebut adalah dalam aspek mengkritik idea orang lain. Selalunya, dalam sesuatu perbincangan saya akan cuba menumpukan pemikiran dalam perkara yang kecil. Sebagai contoh, dalam kehidupan sebagai pelajar perubatan, saya sering tertanya apakah sebab kepada sesuatu penyakit atau symptom. Seringkali, saya melihat orang lain terlepas pandang akan perkara kecil seperti ini. saya juga sering melihat bahawa perkara yang kecil mempunyai impak yang besar. Mungkin juga terdapat sikap orang lain yang gemar bercakap tentang fakta, serta mengambil mudah sesuatu perbincangan berkenaan kes pesakit. Bagi mereka, perbincangan lebih mudah apabila mereka sudah bersedia.
Sekian, setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment