Monday, August 29, 2011

A131313 Siti Amira Kamarul binti Abdul Wahid LJ05 Personaliti Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca. Bertemu lagi kita dalam coretan tentang emosi. Topik yang akan dibincangkan pada kali ini agak menarik berbanding dengan ulasan pada minggu-minggu lepas kerana saya ingin berkongsi pandangan saya, mengenai perkaitan antara emosi dan personaliti individu. Pada kebiasaannya, manusia sering memerhatikan personaliti seseorang sebelum memulakan perkenalan. Pengamatannya pada waktu itulah yang menjadi penunjuk aras kepada keakraban sesuatu perhubungan. Namun begitu, apa yang telah saya pelajari sewaktu berada di semester 2, kita tidak wajar menilai seseorang melalui aspek luarannya tetapi haruslah menilainya selepas mengenalinya. Sejauh manakah pendekatan ini boleh diterima oleh setiap masyarakat? Saya sendiri susah untuk tidak menilai seseorang sebelum mengenalinya. Selalunya penilaian itu berlaku dengan sekelip mata tanpa kita sedari. Walau bagaimanapun, kita haruslah ingat bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Setiap daripada kita mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif bagi mengklasifikasikan seseorang sama ada individu itu merupakan pembersih, penyayang, penyabar, proaktif ataupun pemarah. Sifat- sifat ini merupakan sifat yang lazimnya wujud dalam diri seseorang. Tabiat seseorang itulah yang ditafsirkan sebagai personaliti. Melalui Myers- Briggs type Indicator, persanaliti boleh dikategorikan kepada beberapa komponen. Ia merupakan:
1) 'extroverted' atau 'introverted' (E atau I)
2) 'sensing' atau 'intuitive' (S atau N)
3) 'thinking' atau 'feeling' (T atau F)
4) 'judging' atau 'perceiving' (J atau P)

'Extroverted' merupakan ciri- ciri individu yang bersosial, mempunyai komunikasi yang baik dan mudah menghadiri apa jua majlis. Individu seperti ini mudah untuk bergaul dan menjadikan pihak kedua selesa untuk berkomunikasi dengannya. Ciri yang seterusnya ialah 'introverted'. Ciri ini adalah bertentangan dengan 'extroverted', dimana mereka merupakakan golongan yang pendiam dan malu untuk memulakan sesuatu perbualan. Pada pandangan saya golongan ini bukanlah golongan yang tidak mahu bersosial tetapi mereka mungkin banyak berfikir sebelum memulakan sesuatu perbualan. Golongan ini mudah untuk bermesra apabila kita menarik perhatiannya mengikut kesesuaiannya dirinya. Ada juga pendapat yang menganggap bahawa golongan yang pendiam merupakan golongan yang 'skema'. Oleh kerana itu, segelintir daripada kita menjauhkan diri daripada golongan ini. Namun kita harus ingat bahawa perhubungan sesama manusia tidak ada batasan dari segi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Komponen personality yang kedua ialah 'sensing' atau 'intuitive'. 'Sensing' merupakan sifat yang mementingkan kesempurnaan dan lebih kepada praktikal. Golongan ini merasakan bahawa tingkah laku lebih berkesan berbanding teori. Praktikal membolehkan sesuatu perkara menjadi lebih nyata dan individu yang mempunyai sifat ini sangat berhati-hati sewaktu menjalankan tugas agar segalanya berjalan seperti yang dijangkakan. Sifat sebaliknya adalah 'intuitive'. Seseorang yang bersifat 'intuitive' melaksanakan sesuatu melalui perasaan yang timbul pada waktu itu. Mereka selalunya melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan bertindak mengikut logik akal.

Komponen yang ketiga ialah 'tinking' atau 'feeling'. Sifat- sifat ini berkait dengan sifat 'insuitive'. 'Thinking' merupakan seseorang yagn sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Meraka akan mengaitkan teori, logik akal serta pemahamannya dalam membuat sesuatu keputusan. Golongan ini tidak mudah unutk memberikan kata putus. Mereka selalunya mengambil masa untuk menilai dan membuat keputusan. Sifat yang bertentangan dengannya ialah 'feeling'. Individu yang mempunyai sifat ini lebih mengutamakan perasaan sewaktu membuat keputusan. Kebanyakan keputusan selalunya mengikut peraaannnya pada waktu itu dan perspektifnya terhadap individu yang berurusan dengannya.

Komponen yang terakhir bagi mengkategorikan personaliti seseorang ialah 'judging' atau 'perceiving'. 'Judging' merupakan sifat yang paling digemari oleh kebanyakan masyarakat. Mereka suka untuk mengetuai dalam sesuatu aktiviti dan suka mengatur sesuatu aktiviti. 'Perceiving' pula merupakan sifat yang menerima dan 'flexible'. Golongan ini boleh bekerja dengan sesiapa tanpa mengira kaum dan agama. Mereka juga mudah untuk bergaul dan bersifat secara spontan.

Selain daripada teori 'Myers- Briggs Type Indicator', personality juga boleh diklasifikasikan dengan mengunakan teori 'The Big Five Model'. Teori ini terdiri daripada lima komponen iaitu:
1) Openness to experience
2) Conscientiousnee
3) Emotional stability
4) Agreebleness
5) Extroversion

Teori-teori ini lebih kurang sama dengan teori yang saya telah huraikan sebelum ini. 'Openness to experience' merupakan individu yang gemarkan pengalaman. Pada pandangan mereka, pengalaman merupakan guru kepada pembentukan sahsiah seseorang. 'Conscientiousness' pula merupakan sikap individu yang mengambil perhatian terhadap keadaan sekeliling dan mempunyai sikap tanggungjawab terhadap tugasan yang diberi. Dari aspek 'emotional stability' pula, ia merupakan kebolehan seseorang untuk menangani masalah dan stress. Mereka tahu untuk membezakan masalah peribadi dan tempat kerja. Mereka juga lebih tenang dalam saat genting dan mempunyai kehidupan yang lebih tenang dan sistematik. 

'Agreebleness' merupakan sifat individu yang mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap orang lain. Mereka mudah untuk bersetuju dengan pendapat orang lain tanpa banyak persoalan. Komponen yang terakhir dalam 'The Big Five Model' ialah 'extroversion'. Seseorang yang mempunyai personaliti ini sangat mudah untuk didekati dan selalu mereka lah yang memulakan segala perbualan. Golongan ini mudah mesra dengan orang luar dan sangat peramah. Mereka tidak lokek untuk melemparkan senyuman. Melalui ujian yang telah saya lakukan baru- baru ini saya mendapati bahawa saya tergolong dalam kumpulan Conscientiousness. Anda pula bagaimana?

Saya juga mempelajari personaliti melalui video- video. Melalui video yang telah saya lihat, saya juga telah mendapati bahawa manusia boleh dibahagikan kepada dua jenis personaliti. Ianya merupakan 'personality type A' dan 'personality type B'. 'Personality type A' ini lebih agresif dimana seseorang itu sangat mementingkan kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu urusan. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh- sungguh sehingga boleh membawa kepada stress. Melalui pembacaan di internet, kajian mendapati golongan yang mempunyai 'personality type A' lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah jantung dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding golongan yang mempunyai 'personality type B'.

Golongan 'personality type B' pula merupakan golongan yang lebih tenang dan dapat menerima kesilapan yang telah dilakukan sewaktu melaksanakan sesuatu perkara. Golongan 'type B' ini tidak mudah marah dan melenting jika perkara yang dilaksanakan tidak seperti yang dirancang. Pada pandangan saya golongan ini tidak meletakkan kesempurnaan sebagai tempat pertama tetapi mengambil keselesaan sebagai keutamaan.

Akhir kata, saya berharap agar kita semua dapat mengenali personality diri masing- masing agar kehidupan lebih terancang dan hubungan sesama manusia dapat diperbaiki. Bersama-samalah kita memiliki personaliti yang cemerlang!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment