Monday, August 29, 2011

A131525 Tiong Ho Sheng LJ05

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.  Terlebih dahulu, ini merupakan kali kelima saya menghasilkan jurnal untuk tujuan kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.  Jurnal kelima saya ini berkaitan dengan 'personality' kita.  Setelah menghadiri kuliah pada 24 Ogos 2011, saya telah mempelajari dan sedar bahawa personality kita boleh dibahagikan kepada personality A dan juga B.  Personality A terdiri daripada individu-individu yang amat pentingkan masa dan tergesa-gesa dalam tugas mereka hampir setiap masa manakala Personality B merangkumi mereka yang lebih 'relax' dan selesa dalam menghasilkan atau menyiapkan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

            Pada kuliah hari tersebut, Dr. Zamri telah menayangkan sebuah video klip yang bertajuk 'Childhood Experience'.  Video klip ini menceritakan kisah seorang budak yang mempunyai pandangan yang amat indah tentang dunia ini.  Pandangan indah budak ini tergugat apabila dia dewasa dan sedar segala-galanya tidaklah seindah yang disangkakan.  Walaubagaimanapun, budak ini akhirnya tetap yakin dan percaya kepada pandangannya sejak kecil.  Saya sependapat dengan budak ini kerana kita semua hanya hidup sekali di dunia ini, jadi kita haruslah meneruskan hidup kita dengan gembira tanpa menghiraukan pandangan orang lain.  Benar kata budak itu bahawa apabila kita dewasa, kita akan melihat bahawa tidak semua orang yang kita bergaul akan ingin berkawan dengan kita.  Keadaan ini tidak sama sekali sama semasa zaman kebudakan kita, dimana semua budak-budak berkawan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.  Oleh itu, pada pendapat saya, kita boleh meneruskan hidup kita tanpa mengiraukan semua itu dan masih mencuba untuk berkawan dengan semua.  Untuk mencapai matlamat ini, saya percaya kita boleh berdoa kepada Tuhan setiap hari.

Berdasarkan pembacaan saya tentang teori psikoanalitikal, saya telah mempelajari banyak tentang emosi dan juga personaliti.  Menurut pencipta teori psikoanalitikal, Sigmund Freud, beliau telah menghasilkan hipothesis bahawa pengalaman emosi merupakan sesuatu proses yang terjadi dengan tersendirinya tanpa disedari oleh diri kita sendiri.  Teori ini lebih menekankan emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa.  Mengikut pemahaman saya berdasarkan teori ini, saya sedar bahawa pengalaman kita pada waktu kecil juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi kita.  Sebagai contoh, mangsa-mangsa penderaan berkemungkinan besar akan berasa marah apabila melihat seseorang dewasa memberi sedikit pengajaran kepada anak-anak walaupun tindakan tersebut tidaklah seberat mana dan hanyalah ingin mendidik anak-anak akan kesalahan mereka.  Berdasarkan teori psikoanalitikal, video klip 'Childhood Experience boleh dikaitkan bersama, ini kerana pengalamankita boleh mempengaruhi emosi kita.  Dalam video klip, budak tersebut mempunyai pandangan yang negatif terhadap hidup untuk suatu jangka masa disebabkan olah kegagalan budak tersebut untuk mengendali emosinya.  Tetapi akhirnya dia sedar bahawa sebenarnya emosi itu bergantung kepada kita sendiri.  Sekiranya kita berasa dunia ini indah, cantik dan sempurna, begitulah akan terjadi dengan emosi kita.  Tetapi, sekiranya kita mempunyai pandangan yang buruk terhadap dunia ini, begitu jugalah dengan emosi kita. 

Personaliti itu sebenarnya ialah suatu cara untuk menklasifikasikan manusia berdasarkan sikap (personaliti) seseorang itu sama ada seseorang itu pendiam orangnya atau penyibuk.  Berdasarkan video klip yang  telah ditayangkan olah Dr. Zamri pada hari itu, saya telah mempelajari bahawa personaliti kita boleh dibahagikan kepadanpersonality A dan juga B.  Personaliti A adalah jenis yang tidak suka membuang masa dan suka semua tugasannya disiapkan serta merta.  Ini boleh dilihat melalui sikapnya yang makan dengan cepat, bangun awal dan selalunya memandu dengan cepat untuk sampai ke destinasi dengan seawal yang mungkin.  Personaliti B pula adalah jenis yang lebih gemar menikmati hidup tetapi tetap mencapai matlamat atau menyiapkan tugasannya.  Perbezaannya hanyalah bahawa personaliti A lebih tertekan semasa menyiapkan tugasan manakala personaliti B menikmati setiap saat dalam menyiapkan tugasanya itu. 

Tugasan kedua yang telah ditanggungjawabkan oleh Dr. Zamri adalah berkaitan dengan penentu personaliti kita yang paling banyak digunakan iaitu "Myers-Briggs Type Indicator".  Berdasarkan pembacaan saya tentang "Myers-Briggs Type Indicator",  individu bolehlah diklasifikasikan kepada

1.      Extroverted atau Introverted (E or I)

E adalah jenis orang yang mengemari activiti, suka bergaul dan assertive

I adalah jenis orang yang pendiam dan pemalu orangnya

2.      Sensing atau Intuitive (S or N)

S adalah jenis orang yang peneliti orangnya

N adalah jenis orang yang melihat pada perkara-perkara atau situasi yang    besar

3.      Thinking atau Feeling (Tor F)

T adalah jenis orang yang berfikir secara logik sebelum bertindak atau membuat keputusan

F adalah jenis orang yang bertindak berdasarkan emosi dan juga prinsip-prinsip yang tersendiri

4.      Judging atau Perceiving (J or P)

J adalah jenis orang yang mengingini semua perkara dalamkeadaan yang berorganisasi dan teratur

P adalah jenis orang yang fleksibel dan spontan

 

            Setelah mengambil soalselidik MBTI, saya telah mendapat tahu bahawa personaliti saya adalah ISFP.

ISFP

For ISFPs the dominant quality in their lives is a deep-felt caring for living things, combined with a quietly playful and sometimes adventurous approach to life and all its experiences. ISFPs typically show their caring in very practical ways, since they often prefer action to words. Their warmth and concern are generally not expressed openly, and what people often first encounter with ISFPs is their quiet adaptability, realism, and "free spirit" spontaneity.

Berdasarkan soalselidik ini, saya setuju dan juga menyokong kebenarannya.  Saya memanglah seseorang yang tidak banyak cakap dan lebih suka memggunakan tindakan untuk menunjukkan perasaan dan pemikiran saya walaupun kadang kala saya akan menjadi penyibuk untuk suatu jangka masa terutamanya apabila mula selesa dan baik dengan seseoranh itu.  Walaubagaimanapun, soalselidik ini juga mempunyai ketidakbenarannya kerana sesuatu yang abstrak juga menarik minat saya selain sesuatu yang subjek.  Bagi pendapat saya, soalselidik ini tidak lengkap kerana saya percaya bahawa masih ada banyak personaliti-personaliti yang terselindung kerana saya percaya bahawa personaliti manusia lebih daripada 16 jenis personaliti yang diperkenalkan oleh "Myers-Briggs Type Indicator".  Bagi saya, personaliti dan emosi adalah sesuatu yang telah luas dan tidak mungkin akan kita kuasai sepenuhnya sampai bila-bila masa kerana ini adalah kurniaan Tuhan kepada setiap individu.

            Bagi soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) pula, setelah saya mengambil soalselidik ini, saya telah mendapat scor yang paling tinggi di Section D.  Saya telah mendapat tahu bahawa saya mempunyai personaliti "Agreeableness".  Saya adalah jenis yang lebih mengemari untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa berkerja secara berkumpulan daripada meragui rakan sekumpulan atau bersikap antagonist.  Saya juga adalah seseorang yang bersikap optimistik terhadap kehidupan.  Selain itu, berdasarkan teori ini, saya adalah seseorang yang bersikap toleransi, merah hati, suka membantu dan juga jujur. 
            Sebagai kesimpulan, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat mempelajari tentang MBTI dan Big Five Theory melalui kursus ini kerana melalui kedua-dua teori ini saya telah mampu mengenali personaliti saya dengan lebih banyak walaupun bukan semuanya kerana saya tetap rasa ini adalah tidak mungkin kerana pengetahuan itu tidak ada hadnya dan kita semuanya belajar sampai ke hembusan yang terakhir.  Setelah mengetahui personaliti saya, saya berharap saya dapat membuat diri saya sendiri seseorang yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment