Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca jurnal saya ini.Seperti semua maklum ini merupakan jurnal yang ke-5 kita.Pada minggu ini,tajuk pembelajaran amat menarik,iaitu ianya berkaitan mengenai diri kita sendiri.Malah saya tak sabar-sabar pulak nak mempelajarinya.Pada mulanya doktor Zamri mengatakan pada minggu ini tiada kuliah.Saya ingat kuliah memang dibatalkan la.Memandangkan begitu sedikit kehadiran pada hari tersebut.Ye la..memang la kan.ramai sahabat saya yang terlibat dalam majlis penutupan ihya' ramadhan.Walaupun ramai yang tidak hadir, namun demikian Dr Zamri tetap tabah dan terus menjadikan kuliah tetap menarik.Inilah sikap yang paling saya kagumi mengenai Dr Zamri.Tahniah Dr!!.Rupa-rupanya benarlah kata Dr. Zamri..memang tak dak kuliah tapi kami diberikan tiga tugas.Tugas-tugas tersebut ialah:
Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.
Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Selepas saya membaca pengumuman tersebut,wahh!cukup menarik pembelajaran hari ini.Saya tidak sabar-sabar nak tahu saya nie prsonaliti macam mana.Jenis A atau jenis B?ermm…
Pada mulanya ,tanpa melengahkan masa,doktor dengan segeranya menayangkan satu video.Saya tercengang-cengang.Apakah kaitannya dengan pembelajaran kita pada minggu ini.Sebenarnya video tersebut mengisahkan hidup seorang pemuda daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Pada zaman kanak-kanak,dia sentiasa berfikiran positif dan gembira.Dia beranggapan dunia ini sentiasa bahagia dan menyeronokkan.Tiada masalah yang menimpanya.Malangnya,semakin usianya meningkat,semakin banyak ujian yang menimpanya.Pemuda tersebut sudah hampr ingin berputus asa.Namun baginya,hidup ini harus diteruskan.Demi masa hadapan yang cerah,dia yakin dia perlulah sentiasa berfikiran positif.Pengajaran yang saya dapat melalui video ini ialah kita perlu kuat dari segi luaran dan juga dalaman.Sebagai umat islam kekadang kita tidak tahu jenis apa ujian yang melanda diri kita.Namun perlulah disemat pada setiap hati kita…." ingatlah! Allah itu maha adil dan maha mengetahui".Tabahkanlah diri masing-masing,pasti ada pelangi di sebalik hujan yang lebat.Hanya kita yang tidak mengetahuinya.
Baiklah ,selepas menonton video tersebut kami ditayangkan lagi dengan sebuah video yang berkaitan personaliti.Menurut video itu,kita sebenarnya mempunyai 2 jenis personaliti iaitu jenis A dan juga jenis B.Personaliti jenis A.Jenis A lebih cenderung kepada seseorang yang aktif manakala Jenis B boleh dikatakan sebagai seorang yang pasif.
'Secara umumnya, ada beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.
Golongan ini selalunya kuat bekerja, memberi diri sendiri tarikh akhir untuk melaksanakan sesuatu walaupun sebenarnya itu tidak wajib dan tidak bergantung kepada orang lain dalam hidupnya.
Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Individu dengan personaliti jenis B pula sebaliknya. Mereka lebih tenang dan tidak selalu kelihatan tertekan.
Mereka juga adalah golongan yang mudah bergaul dengan orang lain, berbanding individu personaliti A yang terlalu fokus sehingga kadang-kala membataskan dirinya dari segi pergaulan harian.
Perbezaan jenis personaliti ini ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Individu dari kategori personaliti jenis A misalnya boleh mengurus dengan baik, sistematik dan cepat serta dapat memenuhi tempoh masa disediakan, namun mereka menghadapi risiko kesihatan seperti masalah jantung, tekanan dan darah tinggi.
Golongan ini selalunya ialah golongan peniaga, pengurus dan penjual yang mudah mempengaruhi pembeli.
Individu dengan personaliti jenis B pula selalu memberi waktu yang menyenangkan ketika apa juga kerja dijalankan bersamanya. Mereka mudah bergaul dengan orang ramai dikenali serta menjadi perhatian.
Justeru golongan ini kurang tertekan dan disukai ramai. Namun kelemahannya ialah mereka kadang-kala dilihat mengambil mudah perkara penting, tidak dapat menjalankan sesuatu dalam tempoh masa ditetapkan dan tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Namun golongan ini ramai kawan dan ramai pengikutnya, yang selesa dengan perwatakan dirinya.
Rata-rata, individu dengan personaliti jenis A selalu 'tidak sekepala' ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi mereka boleh menjadi pasangan bahagia. 'Yang bertentangan itu menarik' mungkin benar dalam situasi seharian tetapi tidak dalam persekitaran bekerja.'
Kata-kata di atas merupakan pandangan seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, United Kingdom.
Pandangan beliau hampir sama dengan isi video yang telah ditayangkan. Pada masa yang sama,kami juga diberi arahan untuk bertukar pendapat bersama rakan sebelah.Rakan sebelah saya ialah Siti Nabila.Tidakku sangka rupa-rupanya Nabila personalitinya jenis B.Amatlah bertentangan dengan diri ini.Pada mulanya saya masih keliru,samada saya nie jenis A atau B.Kadang-kadang maklumat itu bertindih.Seolah-olah saya ni jenis A + jenis B =jenis C.Ermmm…Akhirnya,setelah berbincang,rakan saya mengatakan sikap saya ebih cenderung kearah personaliti jenis A.
Sebenarnya kita mempunyai pelbagai personaliti.Pada pendapat saya,melihat kepada pergerakan tubuh badan seseorang sahaja kita sudah boleh meneka personaliti seseorang.Ujian pertama yang dibuat ialah Myers-Briggs Type Indicator.Ujian ini merupakan ujian yang sering diguna pakai pada zaman ini. Setiap orang boleh diklasifikasikan kepada extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P).Apakah itu extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P)??
Extroverted…orangnya lebih pandai bersosial dan aktif manakala introverted orangnya lebih pemalu dan pendiam.
Seseorang yang sensing lebih suka melakukan esuatu kerja dengan lebih terperinci kalau nak dibandingkan dengan jenis intuitive.
Thinking??lebih suka memikirkan sebab dan akibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala bagi orang yang jenis feeling,mereka lebih cenderung mengikit emosi sendiri apabila menghadapi sebarang masalah.
Yang terakhir ialah judging dan perceiving.Orang(judging) hanya mahu dia yang betul dan dialah yang menang manakala bagi orang(perceiving) agak mudah menerima sebarang pendapat dan cadangan.
Saya jenis apa ya???hehe..cuba rakan-rakan teka…saya nie macam mana..pemarah ka..penyabar ka..saya bagi clue melalui ujian The Big-Five Model =P
Ok untuk ujian seterusnya saya dikehendaki menjalani ujian The Big-Five Model.Ianay terdiri kepada beberapa kategori iaitu:
- Extroversion
- Agreeableness
- Conscientiousness
- Emotional Stability
- Openness to Experience
Selepas membuat ujian ini,saya didapati tergolong dalang golongan "agreeableness".Mengikut pemahan saya, individu ini mudah berasa belas kasihan kepada orang lain,suka bekerjasama,mudah bergaul dengan orang lain. Malah mereka juga yang seorang bertimbang rasa,peramah,pemurah,suka menolong dan mementingkan sahabat@orang lain dalam hidup mereka .Selain itu,mereka ini mempunyai pandangan yang optimistic terhadap sifat manusia. Ada jugak la yang macam diri ini tetapi ada juga yang tidak sama.Bagi sahabat-sahabat..adakah ciri-ciri ini macam saya??kalau ya sila tekan "LIKE"….
Ujian terakhir ialah ujian MBTI Cognitive Style Inventory.Menurul laman sesawang http://www.teachersrock.net/taksiran_diri.htm
Hasilnya akan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
INFP ISFP INTP ISTP
ENFP ESFP ENTP ESTP
INFJ ISFJ INTJ ISTJ
ENFJ ESFJ ENTJ ESTJ
Hasil daripada ujian ini,saya dikategorikan dalam kumpulan ESTJ.
ESTJ: "Life's natural administrators'': Proverbial jack of all trades. Accountable, responsible, productive, results-oriented. Found in leadership positions in a cross section of professions, from law and medicine to education and engineering. When a job is to be done, a regulation established, a system implemented or an ongoing program evaluated, call on an ESTJ to manage it.
Saya pun tidak tahu adakah diri saya sebegitu.Saya rasa sahabat-sahabat lebih mengetahui dan mengenali diri ini.Kesimpulannya.. terimalah sahabat anda seadanya dan cubalah kenali diri anda sendiri.Dengan kaedah ini memudahkan bagi kita untuk melakukan beberapa "action" yang sesuai malah bertepatan dengan personaliti masing-masing
Sekian saja coretan terakhir ini..Dengan ini saya Nur Hidayah Binti Abu Bakar, ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MOHON MAAF DUNIA DAN AKHIRAT"..^_^..
No comments:
Post a Comment