Salam sejahtera kepada rakan-rakan sekursus dan Prof. Dr. Ahmad Zambri. Jurnal ini merupakan ulasan kelima saya untuk kuliah kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi yang bertarikh 24 Ogos 2011. Kuliah ini merupakan kuliah keenam kursus ini dan kuliah ini berlainan dengan kuliah-kuliah yang sebelumnya. Kami tidak diberikan penjelasan terhadap topik spesifik yang berkaitan dengan emosi dalam kuliah ini sebaliknya kuliah ini lebih fokus kepada aplikasi konsep yang dipelajari sebelum ini. Kami diberikan pengenalan ringkas mengenai teori psikoanalitik dan ditugaskan untuk mengaitakan teori tersebut dengan video yang ditayangkan. Selain itu, kami juga diminta untuk mengambil dua jenis ujian personaliti dan seterusnya mengulas keputusan ujian personaliti tersebut dalam jurnal ini.
Tayangan video pada kali ini menfokuskan pada perjalanan kehidupan seseorang manusia dari kecil sehingga dewasa. Music latar belakang video menggambarkan emosi yang dialami oleh individu tersebut apabila dia masih kecil dan sewaktu dia dewasa. Video tersebut menunjukkan pelbagai emosi positif dan negatif seperti gembira dan kecewa. Emosi yang dialaminya merupakan lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh setiap individu yang hidup.
Sesi kuliah ini seterusnya diteruskan dengan perbincangan ringkas mengenai teori psikoanalitik. Banyak ahli teori yang berorientasikan fisiologi dan kognitif menganggap bahawa pengalaman emosi merupakan suatu proses yang disedari oleh manusia. Namun demikian, Sigmund Freud, seorang ahli teori tidak bersetuju bahawa emosi merupakan suatu proses yang sedar. Beliau memberi pendapatnya bahawa pengalaman emosi lazimnya tidak disedari oleh individu yang mengalami emosi tersebut. Kami biasanya tidak menyedari bahawa emosi, motivasi dan ingatan lama yang wujud dalam diri kami memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap kami. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Kanak-kanak biasanya tidak mengambil tahu banyak mengenai pengalaman emosinya. Proses yang tidak sedar ini menjadi satu penjana emosi dan motivasi yang kuat. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi yang tidak baik dengan penekanan terhadap emosi marah dan bimbang. Kedua-dua emosi ini berlaku kerana berlakunya konflik di paras tidak sedar dalam seseorang individu. Misalnya, saya mungkin akan berasa cemas, bimbang dan marah tanpa sebab-sebab yang kukuh.
Kuliah diteruskan dengan tayangan video yang berkaitan dengan personaliti manusia. Secara amnya, personaliti manusia bolehlah digolongkan kepada dua kumpulan besar, iaitu personaliti jenis A (type A personality) dan personaliti jenis B (type B personality). Menurut pembacaan, penggolongan personaliti manusia kepada jenis A dan B diperkenalkan oleh dua orang pakar perubatan dalam bidang jantung dan saluran darah, iaitu Meyer Freidman dan RH Rosenman. Cara golongan ini diwujudkan semasa kajian kedua-dua doktor pakar ini untuk menyelidik kaitan personaliti manusia dengan penyakit koronari.
Personaliti jenis A dan B mempunyai perbezaan sikap dan tingkah laku yang amat ketara. Individu yang berpesonaliti jenis B bersikap tenang dan tidak mudah panik. Mereka menikmati tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan kemahiran menguasai dan mengadaptasi terhadap sesuatu situasi. Jiwa mereka yang lebih tenang membolehkan mereka rehat atau duduk untuk jangka masa yang lama tanpa perlunya mejalankan apa-apa jenis aktiviti. Individu yang memiliki personaliti ini juga tidak mudah tertekan walaupun dia menghadapi apa-apa jua masalah. Sebaliknya, individu yang berpersonaliti jenis A lebih cenderung untuk bimbang dengan status dan pencapaian hidup mereka. Ketidaksabaran dan kecenderungan untuk marah dan berasa tertekan juga merupakan antara ciri-ciri penting personaliti jenis A. Terdapat juga personaliti jenis AB untuk mereka yang bersikap sederhana di antara personaliti jenis A dan jenis B.
Seterusnya, kami telah didedahkan dengan dua jenis ujian personaliti, iaitu Ujian Personaliti Lima Besar (Big Five Personality Test) dan ujian personaliti MBTI (MBTI Personality Test). Ujian Personaliti Lima Besar memerlukan kami menjawab beberapa soalan atau kenyataan dalam 5 seksyen dengan menggunakan skala 0 hingga 3 sebagai rujukan. Nombor 0 pada skala tersebut bermaksud langsung tidak setuju manakala nombor 3 membawa maksud sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Nombor yang digunakan untuk setiap soalan dalam setiap seksyen seterusnya ditambahkan dan seksyen yang mempunyai jumlah yang paling tinggi akan menunjukkan personaliti diri. Ujian ini membahagikan personaliti manusia kepada 5 jenis, iaitu keterbukaaan (openness), berwaspada (conscientiousness), "extraversion" dan sifat mudah bersetuju (agreeableness) serta "neuroticism". Setelah mengambil bahagian dalam ujian personaliti, saya mendapati bahawa saya merupakan individu yang tergolong dalam kumpulan "neuroticism". "Neuroticism" bermaksud ketidakstabilan emosi. Dengan perkataan lain, orang yang bersifat neuroticism senang mengalami perubahan emosi yang sangat ketara. Mereka berkecenderungan untuk mengalami emosi yang negatif seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, mereka juga sangat reaktif secara emosi dan mudah beri laluan kepada tekanan hidup. Situasi yang normal biasanya diintrepretasikan oleh golongan ini sebagai satu ancaman dan kekecewaan yang timbul daripada kegagalan yang kecil dilihat sebagai suatu kesukaran yang tidak dapat diatasi. Reaksi-reaksi emosi yang negatif ini biasanya berkekalan untuk jangka masa yang agak panjang berbanding individu yang bersifat lain. Hal ini menjadikan mereka selalu dalam mood yang kurang baik. Secara amnya, golongan ini senang dipengaruhi oleh emosi mereka dan pengaruh ini menjejaskan kebolehan dan keupayaan mereka untuk berfikir dan beranalisa secara jelas, membuat keputusan yang baik dan menghadapi tekanan hidup yang dialami secara efektif and berkesan. Walaupun keputusan ujian personaliti ini agak mengejutkan saya, saya tidak boleh menafikan keputusan ujian ini sepenuhnya. Sebagai contoh, saya merupakan seorang yang mudah dipengaruhi oleh tekanan hidup kerana kewujudan tekanan hidup menjejaskan pemikiran saya dan saya akan menyalahi diri dalam apa-apa jua tindakan saya sehingga saya tidak berasa tertekan lagi.
Ujian personaliti kedua yang diambil oleh kami adalah ujian MBTI. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". Ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Dlam ujian ini, kami diberikan beberapa kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan diminta untuk memilih sifat yang paling sesuai dengan diri sendiri daripada setiap kumpulan itu. Menerusi ujian ini, didapati saya merupakan seorang pelaku (the doers) yang memiliki gabungan sifat ESTP. Seseorang yang memiliki personaliti ESTP mempunyai kualiti dominan dalam hidupnya, iaitu semangat dan perhatian kepada dunia luar yang penuh dengan pengalaman praktikal (hands-on) dan kehidupan yang sebenar. Orang yang berpesonaliti sebagai pelaku dirangsang oleh penglibatan berterusan dalam aktiviti baru dan pencarian cabaran baru.
Akhir kata, ujian-ujian personaliti ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment