Thursday, September 1, 2011

A131512 Chen Ming Jia LJ05

CHEN MING JIA  A131512 LJ05

 

Selamat sejahtera. Pada hari 24 August 2011, saya telah mehadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam. Kali ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal ZT2253 Pengurusan Emosi. Pada hari tersebut, Dr. Zamri telah menyenaraikan tiga tugasan untuk disempurnakan dalam jurnal pembelajaran yang kelima ini. Kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, menjawab soal selidik MBTI, menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan menbincangkan personaliti masing-masing. Di samping itu, Doktor Zamri juga menayangkan satu klip video pada jam 2pm.

Video yang ditayang oleh Doktor Zamri memberitahu kita bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita seperti dugaan dan juda kesusahan yang dihadapi. Video ini mengisahkan kemurungan dan keperitan watak protagonis dalam ketabahannya melawan kemurungan. Watak tersebut mendapati bahawa semakin hari dia membesar, fikiran dia telah berubah. Semasa waktu kecil, dia mempercayai bahawa rakannya tidak akan mengkhianati dia dalam apa jua keadaan, tetapi apabila dia membesar, dia menyedari bahawa keadaan begini telah berubah. Dia juga mempercayai bahawa  'there will always be a light at the end of tunnel' pada waktu kecil, tetapi, dia menyedari bahawa bukan segala benda ada penyelesaiannya. Kenyataan sekarang telah terbalik dengan apa yang dia fikirkan pada zaman kanak-kanak dan dia berada keseorangan dan kemurungan. namun dia berfikiran positif dan optimistic. Contohnya, dia mencari rakan baru setelah mendapati bahawa rakan lamanya mengkhianatinya, walaupun dia mengetahui bahawa pengemis telah menipunya, dia tetap mendermakan duit dan dia mencari jalan penyelesaian sehingga dapat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Hal ini demikian kerana dia masih mempercayai bahawa harapan sentiasa diberi kepada orang yang bertelah bersiap sedia menghadapi kehidupan seharian. Video ini telah memberi rangsangan kepada saya supaya tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup setiap hari.  Apabila berhadapan dengan masalah-masalah, kita harus berfikiran positif dan tenang untuk cuba menyelesaikannya.

 

Bagi tajuk Psychoanalytic theory yang diusulkan oleh Sigmund Freud, Psychoanalytic theory dapat didefinisikan sebagai personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini telah menekankan kepentingan pengalamn dan peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dalam mempengaruhi seseorang semasa dia menjadi semakin dewasa. Dalam erti kata lain, pengalaman seseorang itu boleh mempengaruhi perkembangan mental seseorang. Pemikiran seseorang juga akan dijejaskan semasa dia menjadi dewasa.

 

Selepas itu,  Dr. Zamri telah memaparkan sebuah klip video yang berkaitan dengan personaliti type A dan B kepada kami. Menurut video yang ditunjukkan itu, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai sifat seperti makan dengan terburu-buru, sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar melakukan apa-apa perkara, bangun dengan awal, membuat segala perkara dengan secepat mungkin dan tanpa kesilapan. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya kerana mereka selalu berada dalam keadaan yang risau dan tertekan. Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berlainan dengan personaliti jenis A.  Personaliti jenis B adalah seseorang yang sentiasa tenang dan aman. Mereka suka melakukan aktiviti yang tenang, memandu dengan had laju yang ditetapkan dengan mematuhi undang-undang di jalan raya, makan dengan lambat, bersabar dan relax. Mereka hidup dengan lebih gembira dan selesa dan mereka tidak mudah berasa tekanan. Oleh itu, individu jenis ini tidak mudah menhgidapi penyakit-penyakit. Selepas melihat semua perwatakan ini, saya berpendapat bahawa saya sendiri berpesonaliti type A.

Selepas itu, kami telah menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik tersebut mempunyai lapan kriteria, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I); Sensing (S), iNtuition (N); Thinking (T), Feeling (F); Judging (J), dan Perceiving (P)". Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Dalam soal selidik ini, personaliti yang saya dapat adalah ISTJ. MBTi menjelaskan ISTJ seperti berikut: For ISTJs the dominant quality in their lives is an abiding sense of responsibility for doing what needs to be done in the here-and-now. Their realism, organizing abilities, and command of the facts lead to their completing tasks thoroughly and with great attention to detail. Logical pragmatists at heart, ISTJs make decisions based on their experience and with an eye to efficiency in all things. ISTJs are intensely committed to people and to the organizations of which they are a part; they take their work seriously and believe others should do so as well.

 

      Bagi soal selidik yang terakhir iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut Teori Besar Lima ini, lima major personaliti itu diringkaskan sebagai 'OCEAN' iaitu Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Komponen dalam OCEAN ialah Openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Selepas menjawab soalan dalam soal selidik The Big Five, saya dapati personality saya merupakan 'N' iaitu Neuroticism. Saya merupakan seorang yang mempunyai kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan. Saya mudah mengalami emosi sedih, marah dan murung walaupun perkara yang remeh. Secara kesimpulannya, saya merupakan seornag yang sangat beremosi.

 

Sebagai kesimpulan, saya telah lebih mengenalkan diri sendiri dan ini menggambarkan diri saya yang sebenar selepas menjalankan soal selidik ini. Setiap orang mempunyai personaliti masing-masing. Kita haruslah menerima personaliti orang lain dan bertolak ansur dengan setiap orang untuk mengelakkan konflik berlaku atas perkara yang remeh. Saya juga menyedari bahawa saya merupakan seorang yang sangat beremosi dan suka bertindak dengan terburu-buru. Saya akan cuba mengurskan emosi saya dengan lebih baik. Sekian, terim kasih.

 

No comments:

Post a Comment