Thursday, September 1, 2011

A131703 NUR SAADIAH BINTI JOHARI


            Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian.Entri kali ini merupakan jurnal kelima dan juga yang terakhir  bagi  sesi kuliah Pengurusan Emosi kali ini. Dalam kuliah yang terakhir pada 24 Ogos 2011 yang lalu, kuliah yang kami hadiri tidak seperti biasa kerana kami dikehendaki untuk membaca sendiri teori Psikoanalytic dan mengaitkan teori ini dengan video yang dipertontonkan kepada kami di dalam dewan.
            Teori psikoanalitik telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud .Melalui teori ini beliau mengaitkan antara peranan minda bawah sedar dalam emosi.Berbeza dengan konsep-konsep teori  sebelum ini; iaitu teori fisiologikal dan teori kognitif, Sigmund Freud menyatakan bahawa kebanyakan pengalaman emosi adalah disebabkan oleh proses-proses bawah sedar yang mana minda bawah sedar menurut teori ini merujuk kepada suatu kawasan personaliti yang mengandungi emosi, motif dan ingatan mengenai pengalaman lalu yang tidak disedari namun mempengaruhi perlakuan seseorang. Melalui teori ini. Freud secara tidak langsung menekankan bagaimana zaman kanak-kanak amat penting dan memberi kesan kepada perkembangan psikologi seseorang. Sebagai orang dewasa, kita mungkin tidak menyedari atau ingat tentang pengalaman zaman kanak-kanak kita, tetapi ia tetap merupakan sumber utama emosi dan motivasi. Freud juga telah membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu Id, Ego dan Superego.Id ialah sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia reality.Ini merupakan elemen psikik pertama yang dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi dan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku pada ketika usia bayi ini.Elemen psikik yang kedua pula ; ego, merujuk kepada rasa tanggungjawab dan pengawalan dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak persekitaran .Kehendak mula disesuaikan dengan etika dan kehendak  masyarakat yang realistik. Tidak semua kehendak boleh dilakukan, dan terdapat cara-cara atau peraturan dalam melaksanakan kehendak. Seterusnya, superego merupakan sumber asal suara hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan yg baik dgn buruk. Elemen ini muncul apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Secara evolusi kanak-kanak akhirnya membina set piawai dalamannya sendiri. Freud percaya Id, ego dan superego mempunyai matlamat dan kaedah yg berbeza dan konflik yang timbul antara ketiga-tiga elemen ini akan membawa kepada kecelaruan mental.
 
            Melalui video yang ditayangkan di dewan kuliah tempoh hari, video ini menayangkan satu cerita bagaimana seseorang yang ketika zaman kanak-kanaknya ditanam dengan kepercayaan bahawa semua orang di dunia ini adalah baik-baik belaka dan oleh demikian dia juga perlu menjadi seorang yang baik kepada orang di sekelilingnya, namun  ketika meningkat remaja, dia mendapati bahawa tidak semua sangkaannya sewaktu kanak-kanak adalah sama dengan realiti masyarakat di sekelilingnya.Dia mula mempersoalkan apakah perlunya lagi untuk dia berbuat baik kepada orang sekelilingnya,perlukah dia untuk mempertahankan sahabat yang mengetawakannya di belakang? perlukah lagi dia untuk memberi sedekah kepada peminta sedekah yang sebenarnya merupakan seorang penipu yang menginginkan wang dengan jalan yang mudah? Namun akhirnya, dia mula faham bahawa dia perlu juga untuk berbuat baik meskipun masyarakat di sekililingnya tidak begitu.Kejahatan tidak semestinya perlu dibalas dengan kejahatan juga.Dia juga mula matang dalam menentukan tingkahlaku yang lebih sesuai dalam beradaptasi dengan keadaan sekeliling.
'If my friend betray me -  I'll find the new ones, If the beggar cheat me – I'll still be generous'
            Untuk mengaitkan video ini dengan teori psikoanalytic, saya berpendapat video ini telah menayangkan tentang analogi tiga tahap psikik yang diusul oleh Freud.Tahap pertama ialah sewaktu kanak-kanak tersebut merasakan semua orang baik dan dia juga begitu.Pada pendapat saya ini adalah naluri semulajadi manusia.Tahap kedua ialah sewaktu kanak-kanak tersebut menjangkau usia remaja apabila dia mula menyesuaikan kehendak (semua orang baik dan akan melayannya dengan baik)  dengan etika masyarakat (realitinya ada orang yang baik dan ada yang tidak).Elemen terakhir adalah apabila dia melalui usia dewasa apabila dia sudah tahu membezakan yang baik dan yang buruk dan membina  pendiriannya sendiri (untuk tetap berbuat baik).      
           
Walau bagaimanapun, teori psikoanalitik lebih memberikan fokus kepada emosi negatif, terutamanya kebimbangan dan marah. Kedua-dua emosi tersebut dikatakan berpunca daripada konflik yang berlaku pada tahap bawah sedar.Namun,kesannya akan  dirasai secara sedar dalam bentuk gangguan dan ketidakselasaan. Sebagai contoh, kita tidak mengahadapi sebarang peperiksaan, tiada masalah di tempat kerja dan tiada masalah hubungan dengan orang lain, tetapi kita tetap juga merasa bimbang. Teori Psikoanalitik akan menyatakan bahawa kebimbangan kita itu adalah berpunca dari konflik bawah sedar Ia boleh menyebabkan kita mengalami sesuatu emosi tanpa menyedari dari mana ia datang.
            Selain daripada teori psikoanalytic ini, kami juga telah ditugaskan untuk menulis berkenaan personality kami melalui soal selidik MBTI (Myer-Briggs Type Indicator).Ketika di dewan kuliah kami telah secara ringkas melalui inventori ini.Soal selidik personality seperti ini pada pendapat saya memang popular sejak di peringkat sekolah lagi, cuma mungkin namanya sahaja yang berbeza.Melalui beberapa laman web, saya mendapati bahawa pengasasnya menegaskan bahawa aspek penting inventori ini ialah setiap jenis personality adalah sama-sama bernilai dan setiap dari mereka mempunyai idea yang berbeza yang dapat disumbangkan dalam satu kumpulan .Walaupun cara seseorang dalam menangani masalah adalah berbeza namun adalah tidak semua mustahil semua cara-cara itu berkesan. Perlu juga diingat, inventori ini mengukur preference ( kesukaan) bukannya keupayaan  atau karakter seseorang.Melalui inventori ini, jenis personality yang saya peroleh ialah ISFJ. Secara ringkasnya personality jenis ini amat menghargai suasana harmoni dan kerjasama dan sensitive kepada perasaan orang lain.Selain itu, personality ini juga sering mengumpul maklumat tentang orang di sekelilingnya atau situasi-situasi yang berlaku, lebih-lebih lagi yang melibatkan dirinya.Malahan, kadangkala mereka mampu untuk mengingat riak muka atau dialog seseorang dengan terperinci lebih-lebih lagi yang melibatkan dirinya.Personaliti ini juga seseorang yang menghargai peraturan dan undang-undang.Rata-rata dari mereka berpendapat bahawa peraturan itu ditetapkan kerana ia berfungsi dan berkesan melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.Orang dengan personality ini juga merupakan penghias dalaman yang baik dan tidak suka untuk meluahkan perasaan.Begitulah ringkasan tentang personality jenis ISFJ.Mungkin ada antara penjelasan di atas yang saya miliki namun banyak juga penjelasan tentang personality ini yang tidak saya miliki.
            Untuk tugasan ketiga saya akan menjelaskan pula personality yang saya peroleh melalui soal selidik  'the Big Five Dimensions of Personality' .Teori ini diasaskan dengan kepercayaan bahawa manusia memiliki 5 ciri personality yang utama.Teori ini sebenarnya telah mula berkembang kira-kira selama 50 tahun , bermula dengan kajian yang dilakukan oleh  D. W. Fiske (1949) dan diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain seperti Norman (1967), Smith (1967), Goldberg (1981), dan  McCrae & Costa (1987). Berdasarkan kajian yang dilakukan,ahli-ahli  psikologi percaya bahawa 5 personaliti ini bukan sahaja universal malah dikatakan diwarisi secara biological. Kelima-lima faktor model personality ini mempunyai beberapa definisi secara literature yang membezakan antara kelima-lima personality ini walaupun penjelasan bagi kelima-lima personality ini tidaklah sama antara satu pengkaji dengan pengkaji yang lain.
            Melalui  soal selidik ini, personality  yang saya peroleh adalah neuroticism. Secara umumnya,penjelasan bagi kelima-lima trait personality adalah seperti berikut :
Extraversion: Ini merangkumi karakteristik seperti bersosial, teruja, suka bercakap dan tinggi ekspressi emosi.
Agreeableness: Dimensi personality ini meliputi ciri-ciri seperti  kepercayaan, kebaikan, dan perlakuan-perlakuan  prosocial   lain.
Conscientiousness: ciri biasa dalam dimensi personality ini meliputi tinggi tahap pemikiran, dengan kemahiran mengawal  rangsangan, dan perlakuan yang berdasarkan gol atau sasaran.Sesiapa dengan jenis personality ini yang tinggi  lazimnya lebih terorganisasi dan mempunyai minda yang terperinci.
Neuroticism: Individu  dengan trait ini cenderung untuk  mengalami  emosi yang tidak stabil, beremosi, senang merasa kurang senang dan sedih.
Openness:  Trait ini pula merangkumi  imaginasi dan orang yang tinggi dengan trait personality jenis ini cenderung untuk  mempunyai  minat yang pelbagai.
            Begitulah  serba sedikit tentang apa yang kami peroleh melalui kuliah kali ini. Sebelum mengakhiri  jurnal kali ini , saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan dan Dr.Zamri, sekian.


No comments:

Post a Comment