Thursday, September 1, 2011

A131861 MOHAMAD FAEZ BIN IBRAHIM LJ05- KENALI PERSONALITI DIRI

     Assalamuailakum dan salam aidilfitri,
 
     Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat diri ini diberi peluang untuk merasai nikmat bulan Ramadhan yang telah berlalu serta kesempatan untuk aku menulis jurnal ini dalam kesibukan orang lain membuat persiapan raya. Kuliah keenam bersama Dr Zamri pada 24 Ogos lepas tidak aku berkesempatan untuk aku mengikutinya kerana sibuk membuat persiapan untuk majlis penutup Ihya Ramadhan yang akan diadakan pada tarikh yang sama. Ribuan terima kasih kepada Dr Zamri kerana memahami tugas sebahagian daripada kami. Walaupun kami tidak menghadiri kuliah lepas tetapi tanggungjawab untuk menyiapkan jurnal terakhir ini tidak pernah aku lupakan. Untuk jurnal yang terakhir ini kami diminta menulis tentang personaliti. Menurut rakan-rakan saya yang mengikuti kuliah pada hari tersebut tiga tugasan diberikan tetapi dalam keadaan yang cukup santai dan menyeronokkan. Rasa rugi pula rasanya tidak mengikuti kuliah pada hari tersebut.  Tiga tugasan tersebut adalah seperti berikut:
tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama  dan kaitkan dengan teori tersebut.
  tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima.
 tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, sama seperti tugasan 2, bincangkan personaliti yang  diperolehi dalam jurnal kelima.
    Sebelum bercerita dengan lebih lanjut lebih elok saya mendefinasikan personaliti itu sendiri iaitu gabungan beberapa ciri psikologi yang digunakan untuk mengkategorikan atau menerangkan tentang seseorang dalam bentuk tindakan, rasa atau seseorang itu berfikir.  Disebabkan gabungan inilah kita dapat melihat emosi seseorang itu disampaikan dalam keadaan yang berlainan antara seseorang individu walaupun mereka berdepan dengan situasi yang serupa.
     Seterusnya saya ingin menerangkan tentang Myers-Briggs Type Indicator iaitu salah satu penanda aras yang selalu digunakan dalam ujian personality. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai  extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P). Untuk kategori pertama iaitu (E or I), E ialah untuk seseorang yang bertenaga, pandai bersosial atau bergaul dengan orang ramai berlawanan pula dengan I iaitu seorang yang pemalu, pendiam dan sukar untuk bermesra dengan seseorang. Untuk kategori ini aku rasa aku termasuk dalam kategori I. Itu aku tidak dapat nafikan kerana aku memang sukar untuk bermesra dengan orang yang aku baru kenali seperti pernah aku ceritakan dalam jurnal aku yang ketiga sebelum ini. Untuk kategori (S or N) pula, S ialah seseorang yang praktikal dan suka untuk mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam walhal untuk kategori N pula ialah seseorang yang berharap kepada proses dalan keadaan tidak sedar dan juga melihat sesuatu perkara itu dengan gambaran yang cukup besar atau dengan kata mudah seseorang yang mempunyai impian yang besar terhadap sesuatu tindakan yang dilakukannya. Untuk ini, aku mengkategorikan diri aku dalam kategori S kerana aku suka mengetahui ilmu yang aku pelajari dengan lebih mendalam sehingga tiada persoalan yang boleh dikemukan lagi. Sampai begitu sekali aku ingin mengetahui sesuatu perkara. Aku juga mengakui yang aku seorang yang praktikal. Aku tahu ramai yang akan mengatakan bahawa seseorang yang praktikal adalah disebabkan mereka kurang kreatif tetapi tidak bagi aku kerana seseorang yang praktikal adalah seseorang yang ingin melakukan sesuatu itu dengan mudah tetapi ketelitian tetap diambil kira.
          Kategori seterusnya dalam Myers-Briggs Type Indicator ialah ( T or F ). T ialah jenis individu yang akan menggunakan logic akal dan sebab musabab untuk selesaikan masalah. Manakala F ialah individu yang akan bergantung kepada nilai peribadi dan emosi dalam menyelesaikan masalah. Untuk kategori ini aku tidak pasti aku dalam kumpulan yang mana satu kerana aku rasa aku dalam kedua-dua kategori tersebut bergantung pada masa dan keadaan. Sukar untuk aku jelaskan disini. Untuk kategori yang terakhir iaitu judging or perceiving (J or P), J ialah individu yang suka mengawal dan suka sesuatu berada dalam keadaan yang tersusun dan berstruktur manakala P pula jenis individu yang fleksibal dan melakukan kerja sesuatu kerja secara spontan. Untuk ini aku akui aku berada dalam kumpulan P kerana dengan ini aku dapat melakukan kerja secara tenang dan hasilnya lebih baik bagi aku. Aku dapat melakukan sebarang kerja tanpa sebaang tekanan.
     Seterusnya perkara yang aku rasa menarik untuk aku huraikan ialah The Big-Five Model ( 5 model utama) iaitu:
·        Extroversion    - tahap keselesaan seseorang terhadap sesuatu hubungan
·        Agreeableness     - refers to an individual's propensity to defer to others 
·        Conscientiousness     - mengukur tahap kepercayaan
·        Emotional Stability     - tahap kebolehan seseorang untuk menahan tekanan terhadap mereka    
·        Openness to Experience     - addresses an individual's range of interests and fascination with novelty
       Berdasarkan model ini, soalan telah dibagikan kepada lima bahagian di mana bagi setiap bahagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
    0 = tidak setuju atau tidak pasti
    1 = Setuju sedikit
    2 = Sederhana setuju
    3 = Sangat setuju
      Akhir sekali kita akan mengira jumlah markah yang terkumpul untuk mengetahui apa jenis personaliti kita semua.
          Kenali personaliti diri sendiri amat penting untuk kita bergembira dalam apa jua yang kita lakukan dan juga untuk berjaya dalam karier kita pilih nanti. Hal ini kerana kita mengetahui bidang apa yang sesuai dengan kita berdasarkan potensi diri kita sendiri. Dewasa ini, semakin banyak kursus motivasi tentang personaliti diri diadakan kerana banyaknya permintaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tokoh yang popular dalam menyampaikan kursus motivasi ini adalah Dr Azizan Osman, yang iklannya sering disiarkan di media massa. Untuk jawapan yang lebih konsisten, elok rasanya ujian ini dilakukan sebanyak dua kali. Perlu diingat tujuan ujian ini adalah untuk mencari identiti anda semua bukan untuk mencari kelemahan diri. Jadi apabla menjawab soalan biarlah seikhlas hati.
          Di akhir kesempatan ini ingin sekali saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang terguris hati dengan penulisan saya ini. Saya akui penulisan saya ini ada kena mengena dengan seseorang yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia tetapi anggaplah ia sebagai sebuah kisah teladan untuk kita semua. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa, kerana kebanyakkan penulisan saya ini adalah mengenai diri saya sendiri. Akhir kata, ingin saya akhiri penulisan saya ini dengan dua rangkap pantun,
       Bila bertemu rindu menghalang,
  Bertemu denganmu di waktu malam,
      Ramadhan berlalu syawal menjelang,
  Harap di ampun dosa nan silam.  
 
Di waktu malam berjumpa si dia,
   Berjumpa si dia di pasar raya,
Ketupat rendang juadah tersedia,
   Harap bergembira di hari raya.
 
Sekian 

No comments:

Post a Comment