Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Jurnal kali ini merupakan jurnal yang terakhir saya tulis bagi Kursus Pengurusan Emosi. Terima kasih saya ucapkan kerana dapat sekali lagi ataupun buat pertama kalinya kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk membaca jurnal saya yang terakhir ini. Topik utama dalam kuliah tersebut ialah emosi dan personality.Untuk kuliah pengurusan emosi (ZT2253) pada hari ini, iaitu 24 Ogos 2011, kami telah diberi 3 tugasan penting untuk dimasukkan ke dalam lerning jurnal kami. Tugasan pertama adalah baca slide dan teks tentang teori psikoanalitikal dan mengaitkan teori tersebut dengan apa-apa yang terkandung dalam video yang ditayangi oleh Dr Zamri pada pukul 2 petang. Tugasan kedua pula adalah kami perlu menjawab soal selidik MBTI dan mengetahui kategori personaliti sendiri masing-masing di akhir soal jawab tersebut. Bagi tugasan yang terakhir pula adalah kami juga perlu menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan mengetahui kategori personaliti sendiri masing-masing di akhir soal selidik tersebut.
Kuliah pada hari itu tidak bermula dengan pemberian kuliah daripada Dr. Zamri dan sebaliknya bermula dengan membaca sliad tentang Teori Psikoanalitikal. Orang yang pertama membentangkan teori psikoanalitikal adalah Sigmund Freud. Teori Psikoanalitikal ini adalah mengenai takrif dan dinamik pembangunan sahsiah yang menjadi asas dan panduan psikoterapi, psikoanalitikal dan psikodinamik. Terdapat banyak pengubahsuaian telah dilakukan dengan teori psikoanalitikal ini sejak kerja. Menurut Sigmund Freud, pengalaman emosi adalah satu proses yang berlaku tanpa kesedaran kita diri sendiri. Kepentingan pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa kanak-kanak dalam mempengaruhi kehidupan seseorang pada masa akan dating merupakan apa yang ditekankan dalam teori ini. Dalam erti kata lain, pengalaman seseorang semasa kecil lagi akan dapat mempegaruhi perkembagan mental dan menjejaskan cara pemikirannya seseorang setelah menjadi dewasa.
Dalam kuliah tersebut, terdapat satu klip video yang bertajuk 'Childhood Experience' telah ditayangkan dan video tersebut berkaitan dengan teori psikoanalitikal. Video ini mengisahkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang naif tentang kehidupan. Menurut video tersebut, pencerita berasa bahawa setiap masalah atau kesukaran yang dialami dalam kehidupan akan adanya cara untuk mengatasinya. Perkara ini amat biasa bagi kebanyakan kanak-kanak termasuklah saya. Hal ini adalah kerana semasa kecil, kami akan berasa bahawa segala masalah yang timbul dalam kehidupan akan diatasi oleh ibu bapa dan tidak perlulah kami risau tentangnya. Namun, keadaan tersebut tidak akan berterus lama kerana ketika kami menjadi dewasa, masalah-masalah akan menjadi lebih rumit dan kami kena mengatasinya secara diri sendiri. Di saat ini, kita mula dibebani dengan masalah. Keadaan tersebut akan mempengaruhi pemikiran dan personaliti seseorang secara negative. Pada pendapat saya, video tersebut akan dapat membangkitkan semangat seseorang yang berada dalam keadaan gelap dan kesusahan kerana video tersebut amat bermakna. Selain itu, ia juga akan menenangkan minda seseorang itu dengan iringan muzik latar belakang yang ringan itu. Saya sangat terharu dengan perkataan beliau kerana saya juga yakin bahawa seseorang individu harus terus melakukan jasa yang baik kepada orang lain dan masyarakat ini walaupun berada dalam keadaan yang tidak senang. Selepas menonton klip video tersebut, saya berpendapat bahawa perlulah kami sentiasa berfikir dengan positif dan matang walaupun kami berada dalam kesusahan atau sedang menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Di samping itu, kami telah ditayangkan dengan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Video tersebut menyatakan bahawa setiap individu memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, saya telah mempelajari dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B. Saya mengetahui bahawa orang yang mempunyai personality jenis A tidak suka membuang masa dan sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan segala perkara dalam kehidupan mereka. Mereka akan melaksanakan segala aktiviti harian mereka secara tanpa membuang masa. Namun, pada pendapat saya, saya berasa bahawa orang yang mempunyai jenis personaliti A adalah orang yang kurang sabar dan sentiasa mengejar masa dalam kehidupan mereka. Kehidupan yang sedemikian akan mendatangkan banyak masalah secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka yang sentiasa sibuk untuk melaksanakan tugasan mereka dan akan mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan tersebut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan badan mereka. Selain daripada kesihatan, mereka juga akan menyumbang masalah tekanan dan itulah akan menjejaskan pemikiran mereka. Individu yang mempunyai personaliti jenis B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai personaliti B sentiasa membuat sesuatu dengan perlahan dan tidak mengejar masa. Mereka lebih bersikap santai dan sabar menunggu. Berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan atas, saya mempunyai personality jenis B. Saya lebih bersabar semasa melaksanakan sesuatu perkara dan tidak melaksanakannya dengan tergesa-gesa. Saya lebih bersikap santai kerana saya berfikir bahawa kehidupan harus dijalankan secara relaks demi kesihatan diri dan perbuatan mengejar masa hanya akan membuatkan kita cenderung mengabaikan orang sekeliling kita.
Kuliah diteruskan lagi dengan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) bagi mengetahui jenis personaliti kami. Menerusi ujian ini, kami telah diarahkan untuk menjawab soal selidik untuk menentukan jenis personaliti diri masing-masing. Penilaian tersebut adalah berdasarkan beberapa kriteria, iaitu:
· Extraversion or Introversion (E or I)
· Sensing or intuition (S or N)
· Thinking or feeling (T or F)
· Judging or perceiving. (J or P)
Hasil soal selidik personaliti MBTI saya ialah ESTP iaitu extraversion, sensing, thinking, dan juga perceiving.Saya adalah extraversion (E) kerana saya adalah seorang yang bertenaga, pandai bersosial atau bergaul dengan orang ramai dan bukan seorang yang pemalu, pendiam dan sukar untuk bermesra dengan seseorang. Selain itu, saya juga adalah Sensing (S) kerana saya suka mengetahui ilmu yang saya pelajari dengan lebih mendalam sehingga tiada persoalan yang boleh dikemukan lagi. Saya juga bersedia belajar dari pengalaman dan melihatnya sebagai satu pengajaran untuk memajukan diri sendiri. Bagi kategori seterusnya ialah Thinking or feeling (T or F). Bagi saya pula adalah Thinking (T) kerana saya sentiasa berfikir sesuatu dengan menggunakan logic akan dan sebab musabab untuk menyelesaikan masalah dan bukan bergantung kepada emosi diri sendiri. Akhirnya, saya juga adalah adalah perceiving (P) dan bukannya judging (J) kerana saya merupakan jenis orang yang lebih fleksibel dan spontan. Saya juga bagus dalam membuat perancangan dan membuat perancangan dengan teliti sebelum mula bertindak. Saya juga hanya dapat menumpukan sepenuh perhatian saya terhadap satu-satu tugasan pada satu masa sahaja supaya dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan kepada saya itu dengan sempurna.
Melalui kuliah, kami turut didedahkan kepada The Big Five Theory yang membahagikan personaliti kepada extraversion, agreeableness, conscientiousness, neuroticism dan openness. Setelah membuat soal selidik tersebut, saya mendapat tahu bahawa saya memiliki sifat Agreeableness. Hal ini adalah kerana saya lebih mudah berkerjasama dengan orang lain dan berdedikasi yang tinggi.
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari dalam kuliah minggu ini dan saya telah tahu tentang kategori personaliti saya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment