Saturday, September 3, 2011

A131505 Teh Soh Wen Emosi dan Personaliti

Selamat sejahtera. Jurnal ini merupakan ulasan kelima dan yang terakhir untuk kuliah kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi yang bertarikh 24 Ogos 2011. Kuliah ini merupakan kuliah keenam kursus ini dan tema utmanya ialah emosi dan personaliti. Tetapi, kuliah ini berlainan dengan kuliah-kuliah yang sebelumnya. Kuliah ini berfokus kepada aplikasi konsep yang dipelajari lebih daripada teori- teori tentang emosi. Kami telah diberi 3 tugasan dalam kuliah ini. Tugasan pertama adalah membaca slide dan teks tentang teori psikoanalitikal dan mengaitkan teori tersebut dengan apa-apa yang terkandung dalam video yang ditayangi pada pukul 2 petang. Tugasan kedua pula adalah kami perlu menjawab soal selidik MBTI dan mengetahui kategori personaliti sendiri masing-masing di akhir soal jawab tersebut. Bagi tugasan yang terakhir pula adalah kami juga perlu menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan mengetahui kategori personaliti sendiri masing-masing di akhir soal selidik tersebut.

Dalam kuliah ini, kami telah didedahkan dengan Teori Psikoanalitikal. Orang yang pertama membentangkan teori psikoanalitikal adalah Sigmund Freud. Teori Psikoanalitikal ini adalah mengenai takrif dan dinamik pembangunan sahsiah yang menjadi asas dan panduan psikoterapi, psikoanalitikal dan psikodinamik. Terdapat banyak pengubahsuaian telah dilakukan dengan teori psikoanalitikal ini sejak kerja. Menurut Sigmund Freud, pengalaman emosi adalah satu proses yang berlaku tanpa kesedaran kita diri sendiri. Kepentingan pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa kanak-kanak dalam mempengaruhi kehidupan seseorang pada masa akan datang merupakan apa yang ditekankan dalam teori ini. Dalam erti kata lain, pengalaman seseorang semasa kecil lagi akan dapat mempegaruhi perkembagan mental dan menjejaskan cara pemikirannya seseorang setelah menjadi dewasa.

Tayangan video yang pertama iaitu Childhood Experience' adalah berkaitan dengan teori psikoanalitikal menfokuskan pada perjalanan kehidupan seseorang manusia dari kecil sehingga dewasa. Music latar belakang video menggambarkan emosi yang dialami oleh individu tersebut apabila dia masih kecil dan sewaktu dia dewasa. Video tersebut menunjukkan pelbagai emosi positif dan negatif seperti gembira dan kecewa. Emosi yang dialaminya merupakan lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh setiap individu yang hidup. Video ini mengisahkan seseorang kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang naif tentang kehidupan. Menurut video tersebut, pencerita berasa bahawa setiap masalah atau kesukaran yang dialami dalam kehidupan akan adanya cara untuk mengatasinya. Perkara ini amat biasa bagi kebanyakan kanak-kanak termasuklah saya. Hal ini adalah kerana semasa kecil, kami akan berasa bahawa segala masalah yang timbul dalam kehidupan akan diatasi oleh ibu bapa dan tidak perlulah kami risau tentangnya. Namun, keadaan tersebut tidak akan berterus lama kerana ketika kami menjadi dewasa, masalah-masalah akan menjadi lebih rumit dan kami kena mengatasinya secara diri sendiri. Di saat ini, kita mula dibebani dengan masalah.  Keadaan tersebut akan mempengaruhi pemikiran dan personaliti seseorang secara negative.Pada akhir video ini, saya berasa amat terharu dan berpendapat bahawa kami semua perlu matang dan sabar menghadapi dugaan hidup.

Tambahan pula. kami juga mempelajari bahawa banyak ahli teori yang berorientasikan fisiologi dan kognitif menganggap bahawa pengalaman emosi merupakan suatu proses yang disedari oleh manusia. Namun demikian, Sigmund Freud, seorang ahli teori tidak bersetuju bahawa emosi merupakan suatu proses yang sedar. Beliau memberi pendapatnya bahawa pengalaman emosi lazimnya tidak disedari oleh individu yang mengalami emosi tersebut. Kami biasanya tidak menyedari bahawa emosi, motivasi dan ingatan lama yang wujud dalam diri kami memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap kami.  Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Kanak-kanak biasanya tidak mengambil tahu banyak mengenai pengalaman emosinya. Proses yang tidak sedar ini menjadi satu penjana emosi dan motivasi yang kuat. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi yang tidak baik dengan penekanan terhadap emosi marah dan bimbang. Kedua-dua emosi ini berlaku kerana berlakunya konflik di paras tidak sedar dalam seseorang individu.  

 

Di samping  itu, kami telah ditayangkan dengan klip video kedua yang berkisah tentang 'Personality Types'. Video tersebut menyatakan bahawa setiap individu memiliki personaliti yang pelbagai ragam. Melalui video tersebut, kami telah didedahkan bahawa terdapat dua jenis personaliti iaitu personaliti A dan juga personaliti B. Saya mengetahui bahawa orang yang mempunyai personality jenis A tidak suka membuang masa dan sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan segala perkara dalam kehidupan mereka. Mereka akan melaksanakan segala aktiviti harian mereka secara tanpa membuang masa. Namun, pada pendapat saya, saya berasa bahawa orang yang mempunyai jenis personaliti A adalah orang yang kurang sabar dan sentiasa mengejar masa dalam kehidupan mereka. Kehidupan yang sedemikian akan mendatangkan banyak masalah secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana mereka yang sentiasa sibuk untuk melaksanakan tugasan mereka dan akan mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan tersebut akan menyebabkan banyak masalah kesihatan badan mereka. Selain daripada kesihatan, mereka juga akan menyumbang masalah tekanan dan itulah akan menjejaskan pemikiran mereka. Individu yang mempunyai personaliti jenis B adalah bertentangan dengan personaliti yang telah dibincangkan sebelum ini. Orang yang mempunyai personaliti B sentiasa membuat sesuatu dengan perlahan dan tidak mengejar masa. Mereka lebih bersikap santai dan sabar menunggu. Berdasarkan sifat-sifat yang dinyatakan atas, saya mempunyai personality jenis B. Saya lebih bersabar semasa melaksanakan sesuatu perkara dan tidak melaksanakannya dengan tergesa-gesa. Saya lebih bersikap santai kerana saya berfikir bahawa kehidupan harus dijalankan secara relaks demi kesihatan diri dan perbuatan mengejar masa hanya akan membuatkan kita cenderung mengabaikan orang sekeliling kita.

Seterusnya, kami telah didedahkan dengan dua jenis ujian personaliti, iaitu Ujian Personaliti Lima Besar (Big Five Personality Test) dan ujian personaliti MBTI (MBTI Personality Test). Ujian Personaliti Lima Besar memerlukan kami menjawab beberapa soalan atau kenyataan dalam 5 seksyen dengan menggunakan skala 0 hingga 3 sebagai rujukan.

Nombor 0 – Tidak setuju

Nombor 3- Sangat setuju

Ujian ini membahagikan personaliti manusia kepada 5 jenis, iaitu keterbukaaan (openness), berwaspada (conscientiousness), "extraversion" dan sifat mudah bersetuju (agreeableness) serta "neuroticism". Saya mendapati saya tergolong dalam kategori keterbukaan (openness).

Ujian personaliti kedua yang diambil oleh kami adalah ujian MBTI. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". Ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Dalam ujian ini, kami diberikan beberapa kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan diminta untuk memilih sifat yang paling sesuai dengan diri sendiri daripada setiap kumpulan itu.

            Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana menghadiri kuliah ini kerana saya dapat memahami personaliti saya sendiri dengan lebih dalam.

Sekian terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment