Sunday, August 28, 2011

A131322 MOHAMAD IHSANUDDIN BIN ROSDI LJ05 PERSONALITI MENGIKUT MBTI

Assalamualikum dan salam sejahtera. Untuk kuliah Pengurusan Emosi Modul ZT yang ke 6 ini, yang sebenarnya tiada kuliah yang disampaikam oleh Dr Zamri, tetapi kami yelah mendapat aktiviti lain yang dijalankan untuk menggantikan kuliah pada kali ini. Kami diberikan tugasan untuk melakukan satu kuiz yang dinamakan sebagai Myers Briggs Test indicator (MBTI).  Aktiviti kedua pula kami telah diberikan pengetahuan tentang personaliti kami setelah kami melakukan ujian tersebut. Walaupun ianya kedengaran agak janggal, namun saya akan mengupasnya sedikit demi sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan Myers Briggs Test tersebut.
Pada mulanya, kami disajikan lagu yang menceritakan kisah seorang manusia yang pada usianya yang semakin meningkat yang  mula meragui akan segala perbuatan baiknya ataupun segala impian yang dikejarnya selama ini adalah sia-sia. Beliau berpendapat pengorbanannya untuk menjadi seorang yang baik tidak akan mendapat manfaat sama sekali.
Emosi boleh disebabkan oleh situasi. Apabila sesuatu perkara berlaku, kita akan meluahkan perasaan kita pada saat itu dengan emosi yang berbagai. Personaliti boleh dibahagikan oleh jenis A dan B. Jenis A menunjukkan seseorang itu seorang yang sentiasa gopoh dalam melakukan sesuatu gerak kerja, senang marah ketika berbicara,bercakap dengan kuat, dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang lebih bersikap agresif.  
Manakala Jenis B pula, seseorang itu sentiasa tenang dalam melakukan aktiviti, memandu dengan cermat, senang berurusan, makan dengan perlahan, bersabar,  tidak sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap dengan perlahan, tidak terlalu formal, berkeyakinan, dan tidak salah jika dikategorikan sebagai seorang yang pasif.
MBTI pula merupakan cara terbaik untuk menunjukkan dan memahami jenis personaliti dan jenis fisiologikal kita yang dikaji oleh golongan professional yang menjumpai kaedah yang sesuai untuk mengkategorikan jenis-jenis personaliti ini. Kita juga boleh membuat kajian sendiri dengan melayari laman web ini www.aptinternational.org dan memahami sendiri bagaimana kajian ini boleh dilakukan.
Untuk menentukan personaliti seseorang yang semulajadi melalui kaedah MBTI ini kebiasaannya agak sukar kerana dipengaruhi oleh pembelajaran sepanjang hayat. Persoalannya adalah adakah personaliti kita itu terbit kerana kita mempelajarinya ataupun itu adalah personaliti semulajadi kita. Untuk itu, kita boleh memandang balik bagaimana personaliti kita sebelum umur kita mencecah 12 tahun sebanyak mungkin. Hal ini kerana seawal kita berumur 3 tahun, teras pemikiran kognitif seseorang itu sudahpun ditetapkan walaupun otak kita terus membenarkan sedikit perubahan sehinggalah seseorang itu sudahpun mencapai umur baligh ataupun matang. Selepas umur matang seseorang, pembelajaran  terus mempengaruhi teras personaliti kita, dimana sesetengah orang pembelajaran ini menguatkan lagi kecenderungan personaliti mereka yang tersendiri, tetapi ada juga yang mendapat pelbagai jenis personaliti dalam satu masa.
Setiap soalan daripada empat soalan kesemuannya di dalam CSI Inventory ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama adalah keterangan secara menyeluruh untuk pilihan yang diinginkan. Manakala bahagian kedua pula adalah sepasang kenyataan. Gunakan kedua-dua bahagian untuk membentuk cadangan yang lebih mendapat pilihan seseorang itu.
Untuk soalan yang pertama, apakah kitaran tenaga yang paling selari dalam diri seseorang itu? Hal ini kerana setiap orang mempunyai dua wajah, dimana satu terdedah kepada benda yang mencangkupi kegiatan luar seperti keghairahan,masyarakat dan terhadap benda-benda. Yang kedua pula, terdapat juga manusia yang lebih terdedah kepada kegiatan dalaman yang melibatkan buah fikiran, minat, idea dan imaginasi. Walaupun dua perkara ini adalah sangat berbeza sekali tetapi ianya adalah lumrah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, ada orang yang akan mendapat skor Extraverted (E) ataupun Intraverted (I), yang mana akan mendominasi personalitinya di dalam kelakuan masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri personaliti Extraverted mahupun Intraverted silalah layari laman web www.PersonalitiPathways.com untuk menentukan ciri-ciri anda sendiri.
       Untuk soalan yang kedua pula berbunyi seperti berikut, bagaimanakah cara memahami seperti berikut adalah lebih secara semulajadi? Bahagian Sensing (S) di dalam otak kita mengesan pandangan, bunyi,bau dan semua jenis perangsang yang ada dan nyata. Manakala bahagian Intuitive (N) pula lebih kepada memahami,menganalisa dan membentuk keseluruhan jenis maklumat yang direkodkan. Iannya mengambil kira segala jenis kemungkinan, termasuklah mencari dan menjengah masa hadapan. Iannya sangat berwawasan dan konseptual. Walaupun semua orang menggunakan kedua-dua jenis cara tersebut untuk menerima sesuatu kenyataan, setiap dari kita kebiasaannya lebih cenderung untuk menggunakan salah satu cara berbanding cara yang satu lagi. Maklumat cirri-ciri itu boleh juga didapati melalui laman web yang saya lampirkan di atas.
Soalan ketiga pula bertanyakan bagaimanakah cara untuk menghukum sesuatu perkara oleh setiap orang dengan cara yang berbeza? Bahagian Thinking (T) menganalisa maklumat secara terperinci, dan berlandaskan beberapa fakta ataupun teori, menyusun dan membentuk kesimpulan dengan sistematik. Bahagian ini adalah cara yang paling semulajadi dalam diri seseorang. Bahagian Feeling (F) pula membentuk keputusan yang sejenak dan berorientasikan keadaan sekeliling, lebih kepada mengikut perasaan, kesan terhadap sesuatu perkara itu, dan nilai-nilai estetika. Bahagian ini merupakan cara yang subjektif terhadap sesetengah orang.
Soalan keempat pula lebih kepada merumuskan apakah tindakan seseorang terhadap keadaan luar? Semua orang menggunakan proses Judging (J) dan Perceiving (P) untuk menyimpan maklumat,menyusun buah fikiran dan membuat keputusan dan menguruskan kehidupan.
Judging (J) lebih mendekati keadaan dunia luar dengan strategi dan berlandaskan menguruskan keadaan seseorang, bersedia dan membuat keputusan serta mencapai matlamat. Perceiving (P) pula lebih kepada menerima sahaja hukuman daripada keadaan dunia luar dengan mengadaptasi situasi itu, lebih bertoleransi, bersifat lebih terbuka dan cenderung untuk menerima peluang baru dan bersedia untuk mengubah strategi asal mereka.
Setelah selesai menjawab kesemua soalan-soalan tersebut, seterusnya pilihlah bahagian manakah yang lebih mendominasi kehidupan kita dan membuat empat kotak yang dinamakan 4 Personality types letters. Isilah kesemua kotak tersebut dengan jawapan yang telah anda bagikan sebentar tadi. Kalau hendak dibahagikan, terdapat 16 jenis personaliti yang akan dapat diceritakan kesemuannya berdasarkan jawapan yang dibahagikan di dalam kotak personaliti itu. Dan setiap jawapan itu akan membentuk personaliti yang tersendiri.
Bagi diri saya sendiri pula saya telah mendapat jawapan ENFJ. Untuk ENFJ, kualiti yang paling menyerlah di dalam kehidupannya adalah seorang yang senantiasa aktif dan suka untuk mengambil berat akan seseorang yang lain serta mempunyai keinginan yang kuat untuk membawakan keharmonian di dalam setiap perhubungannya. Personaliti ENFJ kebiasaannya akan lebih bersifat terbuka dan menarik perhatian orang terhadap segala kelakuannya. Mereka lebih suka untuk menerima sesuatu perkara dengan mengikut perasaan berdasarkan benda baru dan kemungkinan yang boleh diterima akal, oleh itu orang yang mempunyai personaliti ENFJ sesuai untuk bekerja di dalam sektor asas kemanusiaan dan berupaya untuk mencungkil potensi yang ada dalam diri seseorang. Orang seperti ini akan sentiasa mengambil berat akan seseorang yang lain dan prihatin terhadap perkembangan dunia dan beusaha untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihatkan, ada sesetengah daripada ciri-ciri itu yang menunjukkan diri saya dan setengah lagi memang bercanggah sama sekali. Kerana dari sudut saya memandang sesuatu perkara tidaklah semuanya berasaskan logik semata-mata mahupun mengikut perasaan saya sendiri. Saya turut mengambil kira beberapa faktor yang mungkin sudah sedia ada ataupun diterima pakai oleh generasi yang sebelum ini dan iannya hanya berlaku mengikut situasi atupun mengikut kesan yang mungkin turut menimpa diri saya sendiri. Oleh itu, amatlah tidak praktikal jika saya ingin menolak hipotesis teori personaliti ini mentah-mentah dan amatlah tidak wajar jika saya menerimanya bulat-bulat. Hal ini berlaku mungkin kerana mungkin saya juga keliru dengan personaliti diri saya yang sebenarnya ketika menjawab soalan mengenai MBTI itu ataupun kedaifan diri saya sendiri yang masih tidak mengenal diri saya sendiri. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.        
 

No comments:

Post a Comment