Monday, August 8, 2011

A131844 Mohd Hafizuddin Bin Mohd Zayadi LJ02 ALL ABOUT LOVE & HAPPINESS

Assalamualaikum w.b.t…
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya masih lagi berkesempatan untuk menulis jurnal kedua untuk subjek pengurusan emosi ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan salam Rmadan kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa. Semoga ibadah tahun ini diberkati dan diterima disisi-Nya.
Pada kuliah kedua pengurusan emosi, kami didedahkan dengan teori yang yang lain berkaitan dengan emosi, teorinya ialah 'Izard's innate facial expression'. Saya begitu tertarik dengan teori ini kerana ia amat dekat dengan kehidupan manusia. Dalam teori ini izard telah menyatakan bahawa emosi dapat mempengaruhi ekspresi muka individu tersebut. Dan bagi individu lain, kita dapatmentafsir emosi seseorang melalui ekspresi individu tersebut. Pelbagai kajian telah dijalankan dalam menyokong teori izard ini contohnya Ekman's study in the US, Brazil, Chile, Argentina and Japan., dan Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.
Oleh itu, teori izard ini bagi saya ada asasnya… dan sebagai individu sendiri, kita mungkin tidak sedar yang kita akan mengekspresikan emosi kita itu melalui wajah kita…
Saya ingin berkongsi satu situasi yang mungkin kita tak sedar yang kita sering lakukan…
Ketika chat di FACEBOOK atau MASSAGE(SMS)
Perasan atau tidak, ketika kita berhubung dengan rakan kita, tidak kiralah secara sms atau secara chat di facebook, kita sering meletakkan ikon SMILEY ( J L :-p :-O ) untuk ekspresikan perasaan kita. Bukankah itu salah satu perlambangan yang digunakan untuk melambangkan emosi di wajah kita. Kalau kita ingin berkongsi berita sedih, gembira, marah atau terkejut kita sering menggunakan SMILEY ini untuk menguatkan lagi ekspresi emosi kita. Mungkin kerana kita tidak dapat bersua muka, kita menggunakan smiley ini sebagai pengganti facial expression kita. Mungkin kita tidak perasan, tapi itulah hakikatnya adaperkaitan antara emosi dan ekspresi wajah.
WAJAH ADA KALANYA TAK MENZAHIRKAN EMOSI
Namun… kekentelan hati dan jiwa seseorang dapat menutup emosi yang dirasai oleh seseorang…
Tidak perlulah kita pergi jauh mencari contoh… kerana contoh terdekat ada di hadapan mata kita…
Contohnya ialah… IBU, EMAK, UMMI, MAMA, MAK, MA…
Kekuatan hati dan kecekalan hati seorang ibu dapat menutup apa yang dirasainya. Tatkala susah dating menjengah hidup, ibu adalah orang yang tabah menghadapi kehidupan, tidak mahu anaknya merasai susah payah hidup, seorang ibu sanggup memendam emosinya sendiri…
Wajahnya sentiasa tersenyum di hadapan anak2 agar tidak dirasai kesengsaraan yang dirasai. Kadang2 air matanya mengalir menceritakan seribu satu kisah, senyuman yang dilakar kadang2 pahit untuk dia melakarnya… namun… hati seorang ibu…
Biarlah wajah yang gembira ditunjukkan agar anak2 gembira…
Ingin saya kongsikan sebuah lagu yang cukup bermakna untuk seorang yang bergelar IBU…
AEMAN_BUATMU IBU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu 
Selain itu kami juga belajar tentang KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG
Kebahagiaan dan kasih sayang amat luas skopnya…
Saya ingin menyentuh tajuk ini secara skop yang terbuka…
KEBAHAGIAAN merupakan sesuatu yang amat diingikan oleh setiap insan didunia ini. Kebahagiaan bagi saya adalah perasaan yang senang, tenang , dan kita merasa gembira tentang sesuatu hal itu. Kebahagiaan dapat dikelaskan mengikut tahap perhubungan itu sendiri, contoh yang dekat ialah kebahagiaan dalam keluarga. Ada juga orang inginkan kebahagiaan dalam percintaan, kebahagiaan bila beribadah… segala-galanya tentang kebahagiaan…
Namun bagi saya, kebahagiaan yang sebenar adalah kebahagiaan diri kita sendiri dan bagaimana kita sehabis baik, cuba membahagiakan orang lain. Kebahagiaan itu tak dapat dijual beli apatah lagi ia akan dating bergolek… kebahagiaan kadang2 memerlukan usaha dan komitmen dan saling faham memahami. Oleh itu, kebahagiaan itu dapat dikecapi…
Saya ingin berkongsi satu lagi lirik amat dekat tentang kebahagiaan dalam kekeluargaan…
Saujana
Keluarga Bahagia
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah


Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
(alangkah indah jika mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat… InsyaAllah…)
KASIH SAYANG(LOVE)
"Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda"
Kasih sayang merupakan sesuatu yang indah dalam hidup kita sebagai seorang manusia. Siapa yang tidak mahu menyayangi seseorang dan ada orang menyayangi kita. Itu adalah satu nikmat yang diberikan Tuhan kepada kita.
Apa yang saya pelajari dari kuliah minggu lepas ialah…
~Love is more than just intense liking. Liking becomes strong liking with these additional qualities:
·         A sense of attachment
·         A sense of caring
·         A sense of trust
Jika kita dapat memiliki kualiti sebegini dalam kita member dan berkongsi kasih sayang, ternyatalah kasih saying itu akan kekal selamanya…
Walau dugaan dating melanda, itu adalah sekadar ujian untuk menguatkan lagi kasih sayang kita…
Jadi cubalah kita cari dan terapkan kualiti tersebut dalam kita berkasih sayang…
KASIH SAYANG adalah anugerah dan amanah, jadi… HARGAILAH dan JAGALAH ia seperti nyawa kita sendiri… SEKIAN

Sunday, August 7, 2011

A131375 AIMI AQILAH LJ02 KEBAHAGIAAN YANG DIIMPIKAN

           Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat pelajar Perubatan tahun 2. Ini merupakan jurnal kedua saya bagi subjek Pengurusan Masa. Pada kali ini saya akan meneruskan penulisan saya berkaitan kuliah Pengurusan Masa yang telah diadakan pada 3 Ogos yang lalu. Kuliah yang dijalankan pada kali ini merupakan gabungan antara sambungan kuliah pada minggu iaitu, Struktur Emosi  dan tajuk yang baru, iaitu Emosi Positif. Kuliah pada kali ini memang dapat menarik minat saya untuk terus membuka mata dan telinga untuk mendengar kuliah pengurusan Masa pada kali ini. Kuliah kali ini mempunyai banyak informasi yang berguna buat diri saya malah kepada rakan-rakan saya. Pada permulaan kuliah ini, kami telah dipertontonkan dengan satu video musik yang bertajuk "You Came To Me" yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf.  Lagu ini memang memberi makna yang besar dalam diri saya. Setiap bait-bait lagu ini membawa maksud yang tersendiri. Saya ingin membuat sedikit ringkasan mengenai lirik lagu ini. Lagu ini menceritakan mengenai kehidupan apabila diri dalam kesunyian dan hilang arah tujuan, Allah swt memberi petunjuk dan ilham mengenai cara yang betul untuk menyelesaikan dilema yang dihadapi. Kekosongan yang ada di dalam hati turut diisi dengan cinta dan kasih sayang. Oleh yang demikian, penyanyi ingin mengabdikan diri kepada Allah swt. Dia berasa amat bersyukur dan gembira kerana semasa dalam kesusahan, Allah swt sentiasa ada untuk mendengar segala rintihan malah turut mengurniakan petunjuk untuk beliau. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, betapa sunyi dan sedihnya diri ini, sekiranya kita sentiasa ingat pada Pencipta kita iaitu, Allah swt serta rasulullah saw, kita tidak akan berasa sedih dan gusar. Malah mungkin hati ini akan berasa lebih gembira dan tenang.

      Ok, seterusnya saya ingin meneruskan penulisan saya dengan menyambung tajuk kuliah pada minggu lepas iaitu, mengenai teori Izard. Dalam teori Izard, ada menyatakan bahawa emosi adalah semulajadi, pembelajaran memnpunyai impak yang sedikit pada pengalaman emosi. Ini dapat dibuktikan dengan "Born To Smile Study" dan "Cross Cultural Study". Yang paling menarik minat saya ialah mengenai "Born To Smile Study. Dalam kajian pembelajaran ini, ianya menyatakan bahawa ekspresi emosi telah wujud semasa dilahirkan. Persaan marah dan terkejut dapat dilihat pada bayi berusi 3-4 bulan, manakala perasaan takut dan malu pula dapat dilihat ketika bayi berusia 5-6 bulan, perasaan berpuas hati pula muncul pada usia 1 tahun dan perasaan bersalah pula dapat dilihat pada awal usia 2 tahun. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa, bayi senyum bukan bermakna bayi tersebut gembira, malah boleh membawa makna tertentu. Bagi "Cross Structural Study" pula, Ekman telah menjalankan kajian di US, Brazil, Chile, Argentina dan Japan. Ekman telah menjalankan kajian dengan menunjukkan gambar supaya subjek dapat boleh memilih jenis emosi yang dikenali. Ekman turut membuat kajian tambahan ke Borneo dan Papua Guinea. Kajian menunjukkan bahawa bukti adalah konsisten untuk rentas budaya bagi corak tindak balas emosi. Wajah gembira adalah lebih dominan, iaitu sebanyak 95-100% dikenalpasti berbanding dengan wajah takut, iaitu sebanyak 54-85%. Scherer dan Wallbott (1994) turut menjalankan kajian, namun kajian mereka adalah lebih meluas, iaitu meliputi 37 negara dan 5 buah benua dan mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Yang membezakan konsep kesejagatan emosi wajah adalah "BAGAIMANA" emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

     Teori yang terakhir yang saya ingin ringkaskan disini ialah, Teori Pembelajaran & Pengalaman (Learning & Experience Theory). Teori ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu "The biological view of experience" dan "The learning theory view of experience". Melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang sedikit dalam emosi. Plutchik pula menyatakan bahawa emosi merupakan ekspresi secara terus disebabkan potensi genetik bagi sesuatu individu dan pembelajaran hanya bertindak sebagai pengubah. Matsumoto pula menjalankan kajian mengenai ekspresi dan kadar emosi di Caucasian, African Amerika, Asian dan Hispanic menunjukkan bahawa asas emosi adalah sama. Bagi Izard pula, setiap emosi menyebabkan bayi peka atau sensitif kepada kepada keadaan sekeliling dan menjurus kepada pembelajaran. Emosi semulajadi menjadi emosi seseorang itu melalui pengalaman dan pembelajaran. Sesuatu punca menyebabakan seseorang menzahirkan emosinya. Setiap emosi itu boleh disebabkan oleh banyak factor. Contohnya, perasaan gembira. Perasaan ini dapat dizahirkan didalam banyak situasi. Seperti, dapat pulang kerumah untuk berjumpa ibu, abah dan adik beradik. Selain itu, proses kognitif adalah berbeza bagi setiap individu. Contoh yang paling jelas ialah mengenai peperiksaan. Ada sesetengah individu menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang menyiksakan, manakala ada segelintir individu merasakan peperiksaan merupakan satu kayu ukur untuk mengetahui tahap pengetahuan setelah belajar dan mengulangkaji pelajaran.

      Selepas kuliah bagi tajuk ini, Dr Zamri telah mengadakan satu kuiz yang amat seronok dan menghiburkan. Kuiz ini adalah berkenaan dengan Pengenalan dan Teori Darwin. Kami dikehendaki untuk membuat kumpulan kecil yang mempunyai 3-4 orang ahli bagi setiap kumpulan. Saya telah berkumpulan dengan Asmidar, Asilah dan Syafiqah. Kami telah berjaya mrnjawab soalan tersebut dengan mendapat markah sebanyak 17/20. Bukan mudah untuk kami semua untuk mengingati segala apa yang telah dipelajari. Namun saya merasa jurnal memang bnayak membantu saya untuk belajar subjek pengurusan masa ini. Walaupun jurnal ini menyusahkan tapi ianya memudahkan saya untuk menginati segala apa yang telah dipelajari dengan cara menulis.

      Seterusnya, saya ingin teruskan dengan topic yang paling menarik bagi saya iaitu Emosi Positif. Emosi postif yang boleh lahir dalam diri setiap individu ialah perasaan gembira, bahagia dan kasih. Bagi saya, setiap individu diatas muka bumi ini mengaharapkan untuk mendapat emosi positif sepanjang hidup. Namun, emosi positif ini amat sukar untuk diperolehi, melainkan kita dapat mengawal emosi negative kita. Ini disebabkan, hari-hari kita selalunya dipenuhi dengan emosi negative. Hanya beberapa ketika dan masa sahaja kita dapat perasaan positif ini.

     Pertama sekali saya ingin menerangkan mengenai kebahagiaan. Bahagia merupakan satu emosi yang boleh dikategorikan melalui perasaan keseronokkan dan kepuasan hati. Terdapat beberapa pandangan filosofi mengenai bahagia ialah, Aristotle kegembiraan merupakan hasil pencarian kearah keseronokkan, Plato pula menyatakan bahawa gembira adalah punca kebahagiaan kepada kehidupan yang baik dan mulia, kebahagiaan mempunyai maksima keseronokkan dan minima penderitaan dan kesakitan dan Mills pula menyatakan bahawa tingkahlaku kebahagiaan adalah bersesuaian. Menurut saya pula, saya mendefinasikan gembira/bahagia sebagai perasaan yang lahir didalam diri seseorang individu yang dapat mencapai dan memperoleh sesuatu sehinggakan perasaan gembira ini timbul.

     Banyak sebab yang boleh menyebabkan diri saya gembira dan bahagia. Antaranya ialah, saya dapat pulang kerumah dalam masa terdekat ini, saya dapat kawan-kawan yang memahami dan sentiasa menceriakan hari-hari saya, memperoleh keputusan yang cemerlang dan tidak dijangkakan dan sebagainya. Selain itu, situasi yang dapat membuatkan saya gembira dan bahagia ialah, situasi dimana saya pergi melancong bersama keluarga dan kawan-kawan saya. Banyak lagi situasi lain yang dapat membuat diri saya bahagia dan gembira. Namun demikian, ianya jarang sekali berlaku.

   " Senyuman tanda gembira?". Saya ingin mengupas sedikit mengenai ini. Bagi saya senyuman bukan merupakan tanda gembira. Tetapi boleh juga anda keresahan dan juga kesedihan. Bukan semua individu dapat mengawal emosi. Bagi mereka yang boleh mengawal emosi, mereka dapat menutupi perasaan negative dengan senyuman. Satu kajian mengenai bahagia dan gembira telah dijalankan dan Veehoven, 1995 menyatakan bahawa bahagia/gembira adlah berbeza bagi setiap negara. Budaya yang paling kurang bahagia dan gembira ialah budaya Asia, manakala, orang / budaya paling gembira  gembira ialah Amerika Utara, Australia dan lan-lain.

      Betapa gembiranya diri kita dapat diukur  melalui empat perkara, iaitu orang yang pandai menyesuaikan diri merupakan orang yang bahagia. Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan, individu yang yang mempunyai tahap perubahan mempunyai cara mengatasi masalah dengan betul. Gembira mempunyai 2 major komponen (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Untuk jangka masa yang panjang, bermula daripada kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala, bagi jangka masa pendek pula berdasarkan kejadian yang terkini dalam hidup. Contohnya ialah, dapat bayi dan gagal dalam peperiksaan.

Happiness = short term + long term happiness.

     Menurut Freud, hubungan antara keluarga semasa kanak-kanak adalah penting untuk perubahan pada masa depan dan kebahagiaan. Sekiranya kanak-kanak itu lahir dari keluarga yang porak-peranda, mungkin pada masa depan kanak-kanak tersebut akan menjadi seperti itu. Saya amat bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keluarga yang bahagia dan mendapat kasih saying yang secukupnya daripada kedua ibu bapa saya. Keluarga memainkan peranan yang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak kerana melalui keluargalah mereka mengenal erti kehidupan. Lagu Keluarga Bahagia yang dinyanyikan oleh kumpulan Saujana dapat memberi maksud apa makna sebuah keluarga yang bahagia.

         Melalui "positive life event" menunjukkan, jatuh cinta mempunyai peratus yang tinggi dan yang menunjukkan peratus yang paling tercorot ialah menperoleh pekerjaan. Menurut kajian menyatakan bahawa, orang yang berkahwin akan bahagia. Satu persoalan telah ditimbulkan oleh Dr Zamri, semasa kuliah ini dijalankan iaitu, samada perkahwinan yang membuatkan kita bahagia ataupun orang yang gembira membuatkan perkahwinan bahagia. Setiap individu mempunyai pandangan masing-masing mengenai persoalan ini. Ada yang menyatakan bahawa perkahwinan yang membuatkan kita bahagia, manakala ada pula yang sebaliknya. Namun begitu, saya lebih bersetuju untuk menyatakan kedua-duanya adalah benar. Ini kerana, perkahwinan memang dapat membuatkan diri kita bahagia disebabkan kita telah dapat mengikat ikatan yang sah bersama orang yang kita sayangi. Selain itu, individu tersebut perlu berasa gembira dengan perkahwinan itu agar perkahwinan yang telah berlangsung akan mencapai kegembiraan berpanjangan. Bukan mudah untuk setiap individu untuk mencapai kedua-duanya. Tetapi dengan usaha, insyaallah kegembiraan dan kebahagiaan itu akan menjadi milik hati kita.

      Saya berasa amat gembira dapat menghadirkan diri pada kuliah kali ini. Input yang saya dapat amatlah berguna. Saya berharap kita semua akan berasa gembira dan menempuh kehidupan ini dengan sempurna.

Friday, August 5, 2011

http://librasbysoraya.com.br/loja/admin/images/graphs/love.php?html1

A131597 Alvin a/l Sukalenggam Rastora LJ02 Emosi 2

Salam sejahtera serta salam satu Malaysia saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan pembaca-pembaca jurnal sekalian.Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Dr.Zamri kerana memberi peluang untuk saya mengarang jurnal kedua saya ini yang berkisaran tentang kuliah minggu ketiga. Kuliah ini telah diadakan pada 3 Ogos 2011 bertempat DK1. Saya berasa lebih bersemangat dan yakin pada kuliah ini setelah mempelajari kepentingan emosi pada minggu sebelumnya.
Kuliah ini bermula dengan sambungan pelajaran minggu lepas yang mana berkait dengan konsep 'Izard's Innate Facial Expression' dan 'Learning & Experience Theories'. Teori Izard's Innate Facial Expression menyatakan bahawa emosi itu dalah sesuatu yang semula jadi, di mana pembelajaran hanya memberikan impak yang minima dalam pengalaman emosi.Menerusi toeri ini, dua kajian telah dilakukan terhadap bayi yang baru lahir sama ada mereka pandai bersenyum atau tidak dan kajian rentasi budaya. Contohnya, bayi setelah dilahirkan akan tahu bersenyum, apabila semakin membesar sehingga tiga atau empat bulan akan memiliki perasaan marah dan terkejut, apabila berumur lima atau enam bulan mempunyai perasaan takut dan malu, apabila berumur satu akan pandai berasa puas dan apabila berumur dua tahun mula tahu berasa salah apabila melakukan kesalahan. Semua ini jelas kelihatan melalui ekspresi muka mereka. Namun demikian kajiian ini mendapat kritikan contohnya, apabila kita melihat bayi itu senyum ia taidak semestinya berasa gembira memandangkan bayi menjadikan senyuman sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sekelilingnya.
Seterusnya, tentang kajian rentas budaya. Ekman telah membuat satu kajian menarik di beberapa buah Negara antaranya ialah Amerika, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Beliau membuat soal selidik dengan bertanya kepada para responden untuk mengenali emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai gambar. Sepertimana kajian berkaitan bayi, kajian ini tidak terlepas daripada kritikan. Kritikan yang iberikan adalah, semua Negara di tempat kajian itu dijalankan merupakan Negara yang maju dan populasi berpendidikan tinggi. Justeru, respondennya dikatakan orang yang berpelajaran dan amat mudah bagi mereka untuk menjawab soalannya itu. Selain itu, Ekman turut mengadakan kajian di beberapa tempat lain seperti Borneo dan New Guinea. Hasilnya, keputusan menunjukkan konsep Ekman terbukti betul. Paul Ekman (1994) menyokong kenyataan bahawa kesejagatan mimic muka dengan emosi. Beliau juga menyatakan ekspresi itu bukanlah seratus peratus semula jadi kerana boleh dipengaruhi oleh pengalaman budaya.Beliau turut mendapat tahu bahawa wajah gembira adalah lebih dominan dan mudah dikenalpasti berbanding wajah-wajah lain. Kajian yang dilakukan oleh Ekman  turut mendapat sokongan daripada kajian yang dilakukan oleh Scherer dan Wallbott(1994) yang meneliti kajian meliputi 37 buah Negara dan 5 buah benua di seluruh dunia. Malah mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap serta stabil. Apa yang berbeza hanyalah bagaimana sesuatu emosi itu dialami dan dikawal, bukan bagaimana emosi itu terhasil. Teori terakhir dalam struktur dan ekspresi emosi ialah "Learning & Experience Theories". Teori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pandangan biologi dan teori pembelajaran. Dalam pandangan biologi, ianya mengatakan bahawa pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Manakala Plutchik pula berkata emosi adalah ekspresi daripada potensi genetic seseorang, belajar untuk mengubahnya. Matsumoto pula mengatakan emosi yang asas adalah sama tetapi terdapat perbezaan yang halus berdasarkan  pengalaman budaya. Izard turut berpendapat bahawa setiap emosi mengajar bayi itu akan keadaan sekelilingnya. Malah emosi berlaku disebabkan oleh sesuatu rangsangan. Proses kognitif adalah berbeza mengikut setiap individu. Sememangnya, emosi itu adalah semulajadi dan diperolehi melalui pelajaran. Misalnya, dalam kajian yang dilakukan oleh Miller terhadap tikus, mendapati kesemua tikus itu mempunyai perasaan takut. Dalam kajian yang dijalankan oleh Albert pula menyatakan bahawa perasaan takut boleh diperolehi melalui pembelajaran.
Kuliah diselitkan dengan dengan kuiz yang menarik. Walaupun tidak mendapat markah yang penuh saya masih berasa gembira kerana kuiz tersebut menyeronokkan dan mendidik saya supaya bekerjasama dalam kumpulan. Kuiz ini juga mengingatkan kembali apa yang telah saya pelajari pada minggu lepas. Kemudian kuliah diteruskan dengan tajuk kebahagiaan. Kebahagiaan adalah emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan serta kepuasan. Beberapa ahli falsafah seperti Aristottle, Plato, Epicurean, dan Mills telah mengemukakan pandangan masing-masing seperti kebahagiaan adalah hasil satu kepuasan. Kajian yang dilakukan oleh Veehoven (1995) menunjukkan bahawa kebahagiaan setiap Negara adalah berlainan. Menurut Argyle, orang yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah adalah yang paling bahagia. Terdapat dua komponen dalam kebahagiaan (Kozmaa et al,1992) iaitu, jangka masa panjang dan jangka masa yang pendek. Jangka masa panjang adalah kebahagiaan yang berlarutandan stabil dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun atau sejak kanak-kanak sehingga kini. Manakala apa yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek ialah berdasarkan peristiawa yang berlaku dalam waktu yang singkat seperti mendapat cahaya mata atau gagal dalam peperiksaan . kebahagiaan secara keseluruhannya, adalah jumlah kebahagiaan jangka masa panjang dan jangka masa pendek.  Menurut Freud, hubungan kita dengan kedua-dua ibu bapa semasa kanak-kanak adalah penting untuk menentukan penyesuaian dan kebahagiaan pada sesuatu masa . sumber dari Argyle(1987), jatuh cinta adalah peristiwa yang mempunyai peratus yang paling tinggi dalam mencapai kebahagiaan. Bercakap mengenai kebahagiaan dan perkahwinan, kedua-dua lelaki dan perempuan mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan (Vanfossen, 1981). Pasangan yang berkahwin adalah lebih bahagia dari orang yang tidak berkahwin. Factor lain yang dikemukakan olah Argyle selain perkahwinan ialah kesihatan , persahabatan, kerja , rekreasi dan juga penghayatan agama masing-masing. Orang yang beribadat adalah orang yang lebih bahagia dan kurang mengalami depresi. Perkara ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Gallup dan Keith Ward.
Konklusinya, pada kuliah ketiga elemen gembira, bahagia dan kasih telah saya ketahui dengan lebih teliti.Semua orang ingin mencapai kebahagiaan ,sepertimana saya turut kehendaki. Seperti yang kita sedia maklum, emosi positif yang terbentuk dalam diri kita wujud hasil daripada banyak factor ataupun situasi yang meberikan kita kepuasan. Tambahan pula, menerusi kuliah ini saya mendapat tahu bahawa kebahagiaan adalah satu elemen penting dalam sesebuah keluarga dan perkahwinan. Kebahagiaan itu bukannnya datang dengan mudahnya kepada kita tanpa usaha. Seperti kata pepatah Melayu, "Yang bulat tidak akan datang begolek, yang pipih tidak akan datang melayang".  

A132072 Muhamad Fadzlan Bin Fadzil LJ02 Emosi Dan Ekspresi Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
            Kembali kita dalam penulisan jurnal saya yang kedua untuk kali ini. Penulisan saya kali ini akan lebih memfokuskan berkaitan tajuk kuliah saya pada ZT2253 pada 3 Ogos 2011. Kuliah kali lebih berkisarkan tentang Teori Izard yang mengaitkan ekspresi muka dengan emosi manusia secara langsung dan tajuk kedua kuliah berkaitan dengan emosi dan kebahagiaan. Bagi saya, secara jujurnya kuliah kali lebih menarik dan saya lebih fokus dan mendapat beberapa input berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Kuliah kali dimulakan dengan sambungan tajuk kuliah minggu lepas yang berkaitan dengan emosi dan teori disebaliknya. Teori Izard merupakan terakhir untuk silibus kami kali. Izard atau nama sebenarnya, Caroll Ellis Izard merupakan seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah mengemukakan teori beliau berkaitan "biology view of experience" dan "learning theory view of experience".
Melalui pandangan biological( biology view of experience), pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Berbalik kepada teori Plutchik, beliau ada menyatakan bahawa emosi merupakan ekspresi genetik seseorang secara langsung dan digubah pakai oleh pembelajaran. Namun, Izard mempunyai pandangan lain yang menyatakan bahawa emosi itu muncul pada bulan-bulan pertama kelahiran bayi untuk mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut sepanjang proses tumbesarannya. Ransangan dalam setiap individu berbeza telah mempengaruhi perbezaan perkembangan emosi seseorang. Sebagai contoh, perasaan takut. Jika dibandingkan stimuli atau ransangan pelajar perubatan dengan pelajar dalam jurusan berbeza contohnya jurusan pendidikan, apabila mereka melihat dan membelek mayat. Bagi pelajar perubatan seperti kami ini merupaka satu peluang keemasan kami dan sangat berharga kerana ia merupakan salah satu cara pembelajaran kami yang sangat berkesan dan berguna. Pelajar perubatan juga bersa sangat teruja apabila berhadapan dengan mayat seolah-olah mereka menang loteri, manakala berbeza jika dibandingkan dengan peljar-peljar jurusan lain yang majoritinya mempunyai perasaan takut yang memuncak. Ini kerana ransangan dan pendedahan setiap individu berbeza. Ini membentuk emosi semulajadi berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui.
Melalui teori kedua Caroll Ellis Izard atau Izard iaitu teori berkaitan pembelajaran (learning theory view of experience). Teori ini menyatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang dipelajari. Teori ini diperkukuhkan lagi oleh Albert dengan menyatakan bahawa perasaan takut dalam diri seseorang manusia itu diperolehinya melalui proses pembelajaran. Melalui pemahaman saya, emosi dan keperibadian seseorang itu dibina dan dijana berdasarkan pengalaman hidup mereka. Miller telah menjalankan satu kajian berkaitan perasaan takut yang wujud dalam diri semulajadi individu. Beliau telah menggunakan tikus sebagai subjek dalam eksperimen ini dengan mengenakan tikus makmal tersebut dengan kejutan elektrik. Dalam kajian ini, tikus itu telah menunjukan perasaan takutnya terhadap kejutan elektrik setelah beberapa kali dikenakan kepadanya. Ini membuktikan emosi boleh terbina berdasarkan pembelajaran atau pendedahan. Bagi saya kajian sebegini mempunyai nilai kemanusiaan yang rendah dan tidak relevan untuk dijalankan sekarang walaupun kajian sebegini membuahkan hasil yang boleh dijadikan sebuah teori baru. Berdasar teori ini juga ada menyatakan bahawa perasaan takut diperoleh melalui proses pembelajaran namun manusia itu sendiri secara genetikal telah bersedia untuk mempelajari perasaan tersebut.
Saya agak tertarik dengan kajian berkaitan "born to smile". Di dalam kajian ini ada menjelaskan bahawa ekspresi muka seperti marah, terperanjat mula muncul dalam jangkaan 3ke 4 bulan kelahiran. Manakala perasaan seperti takut dan malu mula ditunjukkan oleh ekspresi muka bayi pada umur 5 ke 6 bulan. Selebihnya seperti perasaan puas hati dan bertanggungjawab mula ditunjukkan masing-masing pada umur 1 dan 2 tahun. Kajian ini sangat menarik dan unik bagi saya kerana ia mengaitkan kronologi emosi individu dengan perkembangan umur mereka. kadang-kadang saya terfikir sejenak tentang kajian ini, bagaimana cerdik pandai barat dahulu dapat menjalankan kajian sebegini dan membuahkan keputusan kajian yang tepat yang dapat diguna pakai oleh generasi sekarang. Namun begitu, terdapat juga perbahasan berkaitan kajian ini, ada yang berpendapat bahawa senyuman bayi itu sebenarnya tidak membawa maksud bayi tersebut gembira. Ada yang berpendapat senyuman bayi merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi. Walaubagaimanapun, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Wajah gembira lebih dominan dikenalpasti berbanding wajah takut iaitu masing-masing memegang peratus sebanyak 95-100% dan 54-85% secara rentas budaya. Ini bermakna mimik wajah gembira dan takut individu secara rawaknya adalah sama sahaja dari segi cara ekspretasinya. Kajian ini bagi saya hampir tepat kerana dari mimik wajah seseorang kita dapat meneka emosinya pada masa itu. Kajian-kajian sebegini diperkuatkan lagi dengan kajian oleh Scherer & Wallbott (1994) yang meneliti semula semua kajian berkaitan konsep kesejagatan emosi wajah dengan kajian mereka meliputi 37 negara dan 5 benua seluruh dunia. Hasilnya konsep tersebut adalah mantap dan stabil, yang membezakannya adalah bagaimana emosi itu didalami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Sebagai contoh perasaan marah. Ada diantara rakan kita abapila dia marah dia akan menengking orang sekelilingnya, ada yang akan menjerit sekuat hati dan ada juga lebih suka berdiam diri. Ada orang yang gembira akan ketawa terbahak-bahak manakala ada yang apabila gembira dia akan semulajadi tersenyum lebar. Ini kerana emosi yang dizahirkan seseorang bergantung kepada tahap kawalan dirinya sendiri. Emosi sebenarnya boleh dikawal berdasarkan pengalaman diri.
Bagi kuliah yang kedua Dr. Zambri ia berkisar tentang emosi positif iaitu banyak memfokuskan kepada kebahagiaan, kasih sayang dan kegembiraan. Terdapat pelbagai tafsiran yang dibentang oleh ahli-ahli falsafah terkenal  berkaitan kegembiraan dan kasih sayang. Sebagai contoh, Aristotle berpendapat bahawa kebahagiaan merupakan hasil kepada pencarian kea rah keseronokan, manakala Plato pula menyatakan bahawa punca kebahagiaan ialah kehidupan yang mulia. Epicurean turut memiliki pandangannya yang tersendiri, iaitu kebahagiaan wujud dengan memaksimakan kesseronokan dan meminimakan penderitaan. Kajian-kajian telah menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu negara dengan negara yang lain. Budaya-budaya di Asia, tahap kegembiraan adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain, manakala orang yang paling bahagia adalah mereka yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Eropah. Walaubagaimanapun, Dr. Zambri juga mempunyai pandangan beliau sendiri berkaitan kebahagiaan. Beliau percaya bahawa orang yang bahagia itu adalah indididu yang mampu menyesuaikan dirinya dalam setiap keadaan. Pada pandangan saya sebenarnya kebahagiaan ini merupakan sesuatu yang subjektif. Ia tidak diukur oleh aspek sahaja. Kebahagiaan merupakan hasil daripada kepuasan diri kita terhadap sesuatu. Sebagai contoh, jika seseorang itu merasakan wang ringgit dan harta kebendaan dapat membuat dia bahagia, dia akan bahagia dengan cara dan pemikirannya itu. Jika seseorang itu memikirkan ahli keluarganya dapat memberi kebahagiaan kepadanya, kebahagiaan itu akan dating apabila dia bersama keluarganya. Secara konklusinya, definisi kebahagiaan setiap individu berbeza dari segi tahap pemikiran masing-masing. Walaupun begitu, perasaan bahagia merupakan sesuatu yang indah kepada semua individu yang menikmatinya.
Saya ingin menyambung jurnal saya dengan member komen serba sedikit berkaitan kuiz yang dilakukan oleh Dr. Zambri tempoh hari. Pada pandangan saya secara individu, saya merasakan pendekatan beliau dengan menyediakan kuiz kepada pelajar sebagai selingan dalam kuliahnya merupakan sesuatu yang menarik dan secara tidak langsung menjadikan proses pembelajarannya bertambah berkesan. Ini kerana pelajar lebih mudah memberikan tumpuan mereka dengan menjawab soalan berbanding hanya mendengar kuliah sahaja. Di samping itu, kuiz tersebut secara tidak langsung menjadi kayu ukur tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk sesebuah kuliah. Secara jujurnya saya merasakan semasa kuiz ini dijalankan saya dapat mengulangkaji subjek pengurusan emosi ini, jika tidak saya sendiri tidak pasti bila agaknya saya akan mengulangkaji subjek tersebut kerana kesibukan untuk mengulangkaji subjek-subjek perubatan saya. Saya berharap Dr Zambri dapat meneruskan kuiz-kuiz sebegini kelak di dalam setiap kuliahnya. Ini kerana ia sangat memberi impak yang berguna kepada setiap pelajar. Setakat ini sahaja jurnal saya buat kali ini, semoga kita bertemu lagi dalam jurnal-jurnal yang akan datang. Terima kasih.
 
 

A126990 Shakirah Binti Hasshim

semulajadikah emosi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, 3 haribulan ogos 2011 di dewan kuliah 1, dr zamri telah menyambung kembali kuliah pengurusan emosi tajuk ke 2. Saya duduk de bahagian hadapan sekali agar dapat memberi focus yang lebih baik memandangkan kuliah sebelumnya sahabat-sahabat yang berada disekeliling sangat mengganggu. Pada awalnya terasa janggal kerana duduk terlalu ke hadapan. Tetapi niat di hati untuk belajar, perasaan pelik itu dibiarkan berlalu.
Jadi , kami telah diajar tentang teori izard tentang emosi. Menurut izard, emosi adalah suatu yang semulajadi (innate) , melalui bukti senyuman bayi apabila mereka boleh tersenyum walaupun mereka baru lahir ke dunia. Emosi dipelajari secara tidak langsung  apabila kita membesar. Ketika umur kita 3-4 bulan, kita sudah tahu bagaimana untuk marah dan terkejut. Ketika umur kita 5-6 bulan, kita sudah tahu malu dan takut dan ketika kita berumur 1 tahun, kita sudah tahu rasa puas hati bagaimana dan ketika berumur 2 tahun, kita sudah tahu rasa bersalah. Saya melihat anak saudara saya yang kini berumur 8 bulan sudah tahu untuk ketawa dan senyum pada waktu-waktu tertentu, contohnya ketika dia melihat kucing, dia akan gembira. Dan bila dia di jerkah dia akan diam dan dia tahu dia sedang dimarahi, maka dia akan takut dan menangis semasa dia kecil dulu, saya buat apapun dia senyum kerana pada waktu itu dia tidak belajar lagi bagaiman untuk ketawa, marah dan terkejut.
Tetapi ramai orang yang mengkritik teori izard daengan mengatakan bayi yang sedang senyum tidak bermakna dia sedang gembira. Saya agak bersetuju dengan pendapat mereka keran anak sedara saya, walaupun lampinnya basah (bermakna persekitaran tidak menggembirakan), dia masih boleh senyum dan kadang kala ketawa.
Menuruk ekman pula, emosi sejajar dengan mimic muka. Menurut kajian yang telah dia lakukan di US, brazil, chile, argentina dan jepun, ramai orang dapat meneka emosi seseorang hanya melalui mimic muka. Namun begitu, masih ada yang mengatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh ekman tidak boleh diterima kerana kajian itu telah dilakukan di pada orang yang terpelajar (literate society). Jadi, ekman terus melakukan kajian di kawasan pedalaman seperti borneo dan new guinea. Tetapi hasil kajian tetap sama! Saya bersetuju emosi berkait rapat dengan mimic muka kita. Sekiranya kita marah, secara tidak langsung muka kita akan berkerut-kerut, jika kita gembira kita akan tersenyum dan jika kita terkejut kening kita akan selalunya terangkat dan mulut kita ternganga.
Emosi sememangnya boleh di ekspreskan di wajah kita, tetapi apa yang membezakan ia adalah bagaimana carakita mengawal emosi kita. Ada orang yang apabila dia marah dia akan menengkin semua orang sekelilingnya, dan ada pula yang akan senyap dan tidak bertegur sapa. Emosi boleh dikawal melalui pengalaman diri. Sekiranya kita sudah biasa hidup dalam keadaan susah dimana duit tiada untuk makan, kita masih boleh bergembira. Berbeza pula pada mereka yang tidak pernah hidup susah. Bila duit untuk makan tiada, dia akan susah hati dan bersedih.
Pemgalaman terdapat 2 sudut pandang yang berbeza, yakni secara pandangan biologi dan pandangan teori pembelajaran. Dari segi biologi, emosi tidak banyak dipengaruhi oleh biologi. Dalam biologi ada activators iaitu situasi yang mengekspreskan emosi. Setiap orang mempunyai activators yang perbeza. Seseorang boleh di takutkan oleh lipas atau hantu atau ketinggian atau juga ular. Lipas, hantu, ketinggian dan ular merupakan activators.
Emosi secara majority adalah suatu proses pembelajaran. Kita akan belajar emosi secara tidak langsung. Contohnya, kita sebelum ini tidak tahu bahawa sekiranya kita ponteng kuliah, kita tidak boleh mengambil pepriksaan. Tapi, bila kita sudah tahu, kita akan takut untuk ponteng kuliah. Disini secara tidak langsung, kita telah belajar untuk takut ponteng kuliah kerana akan di "band" dari mengambil peperiksaan. Saya ada terbaca satu entri di blog "kereta mayat" dimana dia tidak mengajarkan anaknya untuk takut pada hantu. Bila ada iklan atau gambar hantu di kaca tv, dia akan kata itu adalah gambar orang sakit, jadi tak perlu takut. Oleh sebab itu, anaknya berani untuk ke tandas walaupun pada jam 3.00 pagi dan boleh bermain sendirian di ruang tamu pada waktu tengah malam! Anaknya tidak ada perasaan takut pada hantu kerana mereka telah diajar untuk tidak takut pada hantu dan hantu itu hanyalah "orang yang sedan sakit". Orang sekarang kalau mahu anak balik sebelum maghrib, selalu mengkaitkan "nanti hantu dating makan", "nanti hantu datang culik" dan lain-lain. Ini secara tidak langsung menyebabkan anak-anak takut pada hantu melebihi takut pada tuhan mereka. Saya juga teringat kisah seorang ibu yang mengatakan pada anaknya untuk cepa-cepat pakai baju kerana "malu pada Allah". Kalau kita selalu lihat dan dengar, ibu-ibu selalunya kata "cepat pakai baju, malu kat orang". Jadi secara tidak langsung, anak itu akan malu pada Allah kerana telahdiajar begitu sejak kecil.
Jadi secara konklusinya, emosi adalah perkara yang kita akan terus belajar selagi kita masih hidup. Ianya adalah proses pembelajaran secara informal dimana kita akan belajar secara tidak sedar ketika kita di rumah, fakulti, tempat menunggu bas, cafeteria, tandas dan sebagainya.
Selepas kuliah tamat, dr zamri telah mengadakan kuiz. Saya dapat melihat pelbagai emosi pada waktu itu dan kebanyakkannya emosi kawan-kawan saya dan diri saya sendiri adalah takut kerana ramai yang tidak menjangkakan kuiz itu. Tidak kurang juga yang berlagak selamba. Mungkin mereka telah bersedia. Kuiz bermula pada jam 4 petang dimana kuiz itu dibuat secara berpasangan atau triplet. Ada 20 soalan dimana setiap 10 soalan dari kuliah pengenalan emosi dan teori Darwin. Markah yang tertinggi diperoleh oleh satu kumpulan iaitu 18/20. Tahniah saya ucapkan. Saya bersyukur kuiz ini diadakan kerana saya dapat memahami bentuk soalan yang bakal di Tanya dalam peperiksaan. Emosi saya sekarang gembira dan excited. Lagipun selepas tamat kuiz, dr zamri membincangkan jawapan bagi soalan-soalan kuiznya. Banyak perkara mengenai emosi yang dapat saya fahamkan dengan lebih baik selepas kuiz ini. Saya harap kuiz ini dapat diteruskan sehingga habis tajuk kuliah yang terakhir.
Kami juga telah belajar satu perkataan jepun "kuahkarimasin" yang bermaksud, "saya tidak faham", dan juga satu perkataan Filipina "mahalkita" yang bermaksud "saya cintakan kamu". Perkataan yang menarik keran dari segi sebutannya membawa maksud yang amat berbza dari maksud dalam bahasa Malaysia.
Saya dapat merasakan kuliah pengurusan emosi ini sememangnya perkara yang baik kerana banyak perkara tentang emosi yang saya tidak pernah tahu dapat saya pelajari dari kuliah ini. Walaupun suasana di dewan kuliah tidak berapa membantu dangan kebingitan suara-suara pelajar lain, ia tidak akan menjejasjan emosi saya untuk terus bergembira menghadiri kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh dr zamri.

A132035 Nurashidah bt Musa LJ 02 - Emosi dan Bahagianya !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jurnal pada minggu ini diteruskan lagi untuk kali keduanya. Alhamdullilah, pertama sekali saya tertarik dengan  teknik pengajaran yang dilaksanakan sewaktu kuliah yang ketiga oleh Dr Zamri pada hari Rabu bersamaan 3/8/2011. Dua kuiz yang dilakukan pada hari tersebut yang mengandungi sebanyak dua puluh soalan sedikit sebanyak membantu saya mengulangkaji topik  yang telah diajar pada minggu  yang sebelumnya. Selain itu, penglibatan sewaktu menjawab kuiz tersebut telah membantu saya untuk  memberi perhatian dalam kuliah  dan menghilangkan daripada rasa mengantuk sewaktu di dalam kuliah.Kuliah pada minggu ini menyentuh mengenai teori Izard's Innate Facial Expression,teori Pembelajaran dan Pengalaman  dan topik baru mengenai  emosi positif.
Melalui catatan saya seperti di dalam jurnal sebelum ini, Izard's Innate Facial Expression telah melakukan dua jenis kajian seperti 'born to smile studies' dan   kajian silang budaya. Melalui "born to smile studies" terdapat kritikan di dalam kajian ini, di mana apabila seorang bayi itu senyum tidak bermakna ia memberikan emosi kegembiraan sebaliknya ianya hanyalah medium  komunikasi yang diperlihatkan kepada orang yang memandangkan bayi tersebut.  Seperti apa yang telah  dipelajari,bayi dapat menunjukkan emosi yang berbeza mereka apabila mereka semakin membesar mengikut bilangan bulan umur mereka.Antaranya ialah ketika mereka berumur 3 hingga 4 bulan mereka mempunyai emosi untuk marah dan terkejut. Saya cuba mengaplikasikan  kajian 'born to smile studies' ini kepada anak saudara saya yang berusia 2 bulan. Saya mendapati dia tersenyum tanpa diagah oleh orang disekelilingnya. Senyuman bayi hanya mimik muka sahaja tanpa mempunyai sebarang emosi di sebaliknya.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Paul Ekman melalui kajian silang budaya dibeberapa buah Negara contohnya di US, Brazil dan beberapa buah tempat lagi.Beliau mendapati terdapat persamaan mimik muka berserta emosi. Melalui kajian ini, mereka mendapati bahawa muka kegembiraan itu lebih daripada muka sewaktu ketakutan. Pada pendapat saya, seseorang itu akan menunjukkan wajah kegembiraan apabila di berasa selesa di dalam sesuatu keadaan. Sudah pasti emosi mereka akan lebih berasa tenang dan gembira walaupun dalam apa jua keadaan apabila mereka berada dalam keadaan yang mereka suka dan selesa. Bayangkan, jika anda berada di suatu tempat yang tidak akan ketahui kemana anda dibawa, sudah pasti akan berasa tidak selamat dan dalam keadaan ketakutan.
Seterusnya teori 'learning dan experiences' .Teori ini mengemukakan dua perkara iaitu dari segi biologikal dan pembelajaran yang berbeza pendapat. Teori biologikal mengemukakan bahawa pembelajaran itu hanya mempunyai sedikit peranan dalam emosi.  Berbanding teori pembelajaran yang mengatakan bahawa emosi itu dapat diperolehi melalui pembelajaran dan pengalaman. Sejauh manakah kebenaran dua teori ini ?  Saya lebih menyokong kepada teori pembelajaran. Pada pendapat saya sendiri, melalui pembelajaran itu seseorang akan memperolehi pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman itu sudah tentu mempunyai lipatan memori yang mempunyai pelbagai emosi terkandung di dalamnya. Contohnya, melalui pengalaman saya sendiri apabila menyertai pertandingan Amazing Race yang dianjurkan oleh belia GB4B.Perasan sewaktu mengikuti pertandingan itu berubah – ubah daripada teruja, gembira, marah, sedih dan bermacam – macam lagi.Semuanya hasil daripada tugasan yang perlu dijalankan bagi memastikan saya sampai kepada destinasi penamat. Nyata, apabila kita berhadapan dengan sesuatu keadaan kita akan memberikan pelbagai jenis reaksi bergantung kepada cara kita menerima keadaan tersebut.Pelbagai jenis keadaan atau contoh pengalaman lain yang dapat melahirkan emosi secara zahir contohnya menghadiri kuliah,mengendalikan mesyuarat, mengendalikan majlis – majlis yang secara kecil- kecilan mahupun besar – besaran.
Saya pasti semua orang di dunia ini pernah merasai nikmat kebahagiaan yang dapat dizahirkan melalui perasaan gembira.  Apa itu bahagia ? Bagaimana untuk mengecapi kebahagiaan ? Kegembiraan dan kebahagiaan itu pada saya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana mereka mengistilahkan definisi kebahagiaan dalam hidup mereka sendiri. Pada sesetengah orang mungkin mereka akan merasa bahagia apabila dapat mengisi perut mereka dengan makanan namun pelik juga bagi mereka yang berasa takut untuk  menjamu selera kerana takut berat mereka bertambah. Definisi kegembiraan ini mempunyai skop yang sangat luas dan mengambil kira kesemua benda yang wujud di dalam dunia ini. Namun saya ingin menyentuh kegembiraan yang dapat diperolehi melalui materialisme dan spiritual.
Bagaimana materialisme dapat memberikan kebahagiaan kepada seseorang ? Cuba bayangkan jika seseorang menghadiahkan kepada kita jam yang sangat mahal kepada kita bersempena ulang tahun hari lahir kita, apakah reaksi kita ? Gembira bukan ? Apa jua bentuk material yang kita terima mahupun kita beli atas keperluan kita sendiri sudah tentu dapat memberikan kita peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan yang mungkin seketika ataupun kekal. Nikmat kebahagiaan  tidak kekal, mungkin hari ini kita dapat jam yang mahal mana tahu besok pulanya jam itu dicuri. Pada saya, harta benda hanyalah antara aparatus ujian yang diberikan kepada hamba – hamba Nya untuk melihat sejauh mana kekuatan iman kita kepada  Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki.Adakah dengan segala yang kita perolehi pada hari ini menjadikan kita seorang yang bersyukur di atas muka bumi ini atau menjadikan kita seorang yang kufur nikmat. Adakah bahagia kita itu untuk dunia  dan akhirat ?
Firman Allah dalam surah Al – Anfal ayat 28 :
"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak – anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar ."
 Saya teringat melalui pembacaan kisah – kisah pengajaran umat terdahulu melalui kisah Qarun yang terkenal dengan  kekayaannya. Namun disebabkan kekayaan yang dia perolehi itu menjadikan dia seorang yang sangat angkuh dan bongkak kerana dia menganggap segala kekayaan yang dimiliki itu adalah semata – mata hasil jerih payahnya dan hasil kecekapan serta kepadaiannya berusaha dan bukannya atas kurniaan  atau pemberian daripada sesiapa pun. Apakah apabila kita mempunyai sesuatu benda itu menjadikan kita seorang yang lebih bahagia atau lebih tertutup hatinya ?
Akhir sekali ,saya ingin menyentuh  kebahagiaan yang dapat diperolehi melalui spiritual. Spiritual merupakan ekspresi dalaman ataupun rohani seseorang. Spiritual itu apabila kita sentiasa berbalik kepada perkara asas dalam hidup dengan sentiasa bertanya beberapa  soalan utama  iaitu tujuan penciptaan di atas bumi ?, ke manakah destinasi kita selepas ini? Pada pengalaman saya sendiri, jika kita mempunyai kebahagiaan spiritual itu sudah cukup untuk memberikan kepada kebahagiaan yang lain seperti kebahagiaan emosi dan lain – lain. Hati ini sentiasa terikat kepada Sang Pencipta dengan sentiasa mengagungi kebesaran yang menciptakan segala –galanya. Dengan itu, datangnya suatu nilai syukur dalam diri dan daripada situ kita akan sentiasa bersikap sederhana dan sudah tentu menjadikan kita seorang yang gembira dalam apa jua keadaan meskipun keadaan itu ketika senang ataupun susah.