Salam ramadhan dan salam satu Malaysia. Hari ini merupakan jurnal terakhir yang akan saya taip untuk pembelajaran Pengurusan Emosi dalam pengajaran ZT. Saya berasa sungguh gembira kerana berpeluang untuk menulis jurnal walaupun saya tidak pernah menulis jurnal sebelum ini. Gembira saya nyatakan di sini bahawa pengalaman menulis jurnal amat berharga buat diri saya kerana saya dapat menimba pengalaman baru. Selain itu, saya dapat menilai tentang ilmu yang saya pelajari semasa di Dewan Kuliah iaitu ilmu pengurusan emosi yang saya kira amatlah luas skopnya. Tajuk pada hari ini yang saya ingin bincangkan adalah teori psychoanalytic. Bagi saya ini satu-satunyan topic yang berat untuk dikupas kerana ia melibatkan pemahaman dan bahasa yang tinggi nilai estetikanya. Baiklah saya akan cuba mengupas satu demi satu topik kita pada hari ini.
Teori psychoanalytic adalah fisiologi dan kognitif teori berorientasikan menganggap sifat sedar pengalaman emosi. Tubuh badan kita bertindak balas disebabkan fungsi otak yang mencetuskan anggota badan untuk melakukan sesuatu maka sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh diri setiap manusia akan mempamerkan emosi dengan sedar. Sebagai contoh sekiranya kita berada dalam suatu masalah seperti dompet hilang, riak wajah kita akan menunjukkan kerisauan dan kebimbangan. Selain itu, secara fisiologinya muka akan berpeluh-peluh dan dari reaksi kita , orang lain boleh melihat emosi terganggu disebabkan kehilangan dompet di mana duit,kad kredit, kad pengenalan yang amat penting untuk setiap individual telah hilang entah ke mana. Teori psychoanalytic ada juga dinyatakn oleh Sigmund Freud bahawa beliau tidak bersetuju, hipothesis pengalaman emosi adalah proses tidak sedar.
Namun bagi pendapat saya, kadangkala emosi yang dipamerkan adalah berada di luar kawalan kita. Sebagai contoh, saya pernah cuba untuk turun bas sebelum bas berhenti. Waktu itu saya masih darjah 2 maksudnya masih kecil. Semasa saya ingin membuat tindakan bodoh itu, saya tidak memikirkan risikonya. Oleh itu, tanpa berfikir panjang saya terus terjun turun dari bas sebelum bas betul betul berhenti. Saya menjerit ketakutan kerana kaki saya terheret ke tepi menyababkan saya jatuh dan kaki saya cedera. Waktu itu, rakan-rakan saya yang melihat kejadian itu mengatakan saya menggigil ketakutan sambil menutup mata. Ini bermaksud emosi yang dilalui saya ketika itu adalah rasa takut yang terlampau serta emosi yang terpancar di wajah saya pada waktu itu adalah diluar sedar saya.
Kita juga tidak sedar bahawa emosi, motif, kenangan lalu yang kita alami ini mempunyai makna yang mendalam serta ia mempengaruhi kelakuan kita. Dengan kata-kata lain yang lebih mudah peristiwa lalu menyebabkan kita lebih berhati-hati den berfikir dua kali untuk melakukan sesuatu perkara walaupun peristiwa itu pahit untuk kita telan. Sebagai contoh, semasa saya di zaman persekolahan sekolah rendah, ada seorang perempuan yang berusia lebih setahun dari saya. Saya ketika itu di darjah 2 dan dia darjah 3. Pada mulanya saya menganggap dia berniat baik untuk jadikan saya adik angkat. Namun, selepas itu, dia selalu meminta saya duit makan untuk membeli makanan di kantin. Jika saya menganangkan kembali pada waktu sekarang, saya berasa amat marah,geram, sakit hati mengenangkan ketika waktu kecil saya diperlakukan seperti itu. Namun pada waktu saya di darjah 2, saya berasa takut dengan perempuan itu yang marah jika saya tidak memberinya duit. Maka di rumah saya melontarkan emosi saya dengan menangis kepada ibu saya dan tidak mahu ke sekolah tanpa menjelaskan perkara sebenar kepada ibu saya. Ibu saya amat risau. Setelah ibu dan ayah saya memujuk barulah saya menceritakan duduk perkara sebenar dan saya sedih kerana saya tidak dapat makan ketika waktu rehat. Geramnya saya apabila saya mengingatkan semula peristiwa itu mujur di bulan Ramadhan ketika ini. Disebabkan kejadian itu, saya lebih berhati-hati apabila ada orang yang ingi mengambil saya menjadi adik,akak,anak angkat kerana saya risau perkara itu berulang lagi malah mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku jika saya lemah dan mudah dipijak orang lain. Selepas kejadian itu, saya menjadi semakin berani dan tidak mahu orang lain mengambil kesempatan terhadap diri saya.
Tidak sedar adalah komponen personaliti yang membabitkan emosi, motif, dan memori lalu yang kita tidak perasan namun mempegaruhi kelakuan kita. Tidak sedar adalah sumber yang kuat untuk emosi dan motivasi. Ini boleh dikaitkan dengan kehidupan saya sewaktu zaman kecil dahulu. Ketika itu saya di darjah 4. Saya jenis seorang yang suka bercerita. Pada hari kokurikulum, ada pertandingan bercerita, saya memasukinya dan jiran saya telah melukiskan gambar musang dan perempuan bertopi merah. Saya bercerita kisah "the red riding hood". Pada awal bercerita saya amat gugp sekali tetapi apabila cikgu bahsa inggeris saya tersenyum ke arah saya dan saya dapat rasakan beliau memberi semangat kepada saya lalu tanpa sedar saa bercerita bersungguh-sungguh untuk menyampaikan mesej cerita dongeng itu. Akhir sekali, saya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu. Walaupun tanpa sedar dan saya tidak tahu bagaimana riak wajah saya ketika saya bercerita namun dapat saya rasakan diri saya amat bermotivasi untuk bercerita dengan lancer dan bersungguh-sungguh disebabkan dorongan guru saya.
Isu lain yang ingin saya kupas adalah perbandingan teori. Teori James-Lange meramalkan pengalaman emosi bergantung sepenuhnya kepada maklum balas daripada sistem saraf autonomi dan somatik. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh James, ini lebih kepada ilmu sains dimana otak dan sel saraf menjadi organ pertama yang menterjemahkan emosi kita melalui cetusan stimulus. Dengan kata-kata yang lebih mudah. Apabila stimulus ada contohnya anjing yang mengejar kita, system saraf akan mula beroperasi dan menghantar mesej kepada otak. Otak akan menginterpretasikan sebagai rasa takut dan menghantar mesej kepada otot badan contohnya kaki untuk berlari menyelamatkan diri. Ini lebih mudah untuk kita faham. Namun apabila dibandingkan dengan teori Cannon pula beliau menyatakan dan meramalkan bahawa ungkapan emosi benar-benar bebas daripada isyarat autonomi dan somatic. Ini bermaksud system saraf dalam badan tidak terlibat langsung dalam menghasilkan sesuatu emosi dalam jiwa kita.
Kesimpulannya, Kedua-duanya adalah teori(teori James dan Cannon) yang melampau, dan pandangan moden adalah bahawa kedua-dua persepsi dan reaksi fisiologi boleh mempengaruhi perasaan kita. Oleh itu, kita tidak boleh terlalu bergantung pada salh satu teori, kita perlu bandingkan teori tersebut dan menilai kedua-duanya sekali. Bagi pendapat saya kedua-dua teori haruslah seimbang dan menerima system saraf dan system badan perlu bersaling kait dengan emosi yang terhasil di dalam diri setiap individu. Akhir sekali saya ingin mengatakan sempena Hari raya aidilfitri, bergembiralah seadanya dan ingati lah orang yang susah. Rasa sedih perlu ada untuk mereka yang memerlukan dan kita harus memberi sumbangan agar mereka juga tidak ketinggalan untuk merasai perasaan gembira dan bahagia.
No comments:
Post a Comment