Wednesday, August 24, 2011

A131764 Chen Cai Ling LJ05

A131764 Chen Cai Ling (LJ 05)
                Selamat sejahtera. Kali ini adlah kali kelima ataupun kali terakhir saya menulis jurnal ZZZT Pengurusan Emosi. Pada hari 24 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam. Pada hari ini, Dr Ahmad Zamri Mansor tidak memberi kuliah tetapi memberi peluang kepada kami untuk membuat dua soal selidik yang bermakna. Soal selidik ini adalah berkaitan dengan personaliti sendiri. Selepas menyiapkan soal selidik itu, saya berasa telah memahami personaliti sendiri dan personaliti kawan secara lebih mendalam. Walaupun kuliah tidak diberi oleh Dr. Zamri, beliau menyuruh kami supaya mesti membaca nota kuliah dan Psychoanalytic teori, jadi boleh mengaitkan teori itu dengan video yang telah kami tonton pada hari ini.
                Video yang telah kami tonton ini adalah menyampaikan mesej bahawa kami haruslah sentiasa berfikir positif walaupun menghadapi pelbagai masalah dan kesusahan yang tidak disangkakan. Video ini menceritakan bahawa seseorang sentiasa berfikiran optimistic semasa dia masih adalah kanak-kanak. Seseorang itu pernah percaya bahawa 'there will always be a light at the end of tunnel'. Tambahan pula, seseorang itu juga pernah berpendapat bahawa semua orang adalah oang mesra dan mahu berkawan dengan diri sendiri. Walaubagaimanapun, seseorang itu telah mendapati bahawa apa yang dia sangkakan semasa kecil lagi adalah berlainan dengan kenyataan semasa di menjadi orang dewasa. Dia mendapati bahawa dia tidak harus percaya semua orang, kawan yang dia sayangi juga mungkin mengkhianatinya pada suatu hari nanti. Dia bermula berasa tertekan dan sedih. Namun, seseorang haruslah sentiasa berfikir positif supaya meneruskan kehidupan sendiri dengan baik. Sebagaimana yang Dr. Zamri cakap, ' Never trouble trouble until trouble troubles you'.
Psychoanalytic theory didefinisikan sebagai: the definition and dynamics of personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini diusulkan oleh Sigmund Freud. Beliau menekankan kepentingan pengalaman dan peristiwa semasa kanak-kanak, namun hampir secara khusus berfokus pada gangguan mental bukan yang berfungsi normal. Teori ini boleh dikaitkan dengan klip video yang kami tonton hari ini. Kebanyakan perkara yang dipercayai atau dilakukan oleh seseorang semasa dia dewasa adalah dipengaruhi oleh pengalaman semasa dia masih kecil. Sebagai contoh, James tidak mempunyai keyakinan terhadap perkahwinan kerana ibu bapa dia bercerai semasa dia kecil lagi dan menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang tidak sihat dan selesa sejak kecil. Oleh itu, dia selalu berasa tertekan semasa ditanya tentang masalah perkahwinannya. Selain itu, contoh lain yang dapat dikaitkan adalah Lily sentiasa dibuli oleh pelajar lelaki semasa dia belajar di sekolah rendah. Hal ini demikian telah menyebabkan dia jemu akan lelaki walaupun dia telah menjadi orang dewasa sekarang. Pengalaman seseorang semasa kecil sanggup mempengaruhi perkembangan mental seseorang dan menjejaskan cara pemikirannya semasa dia menjadi orang dewasa.
Selain itu, Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami dengan menunjukkan satu klip video yang berkaitan. Mengikut video yang ditunjukkan ini, seseorang yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan yang tertentu, termasuklah dia akan makan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara. Tambahan lagi, dia juga sentiasa menjalankan perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandinkan diri sendiri dengan orang lain. Selain itu, seseorang itu juga berkemungkinan tinggi memandu kereta dengan cepat sehingga melalui had laju. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Sebaliknya, orang yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang langsung tidak sama berbanding dengan personaliti jenis A. Perwatakan-perwatakan personaliti jenis B termasuklah mempunyai aktiviti tenang, memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan, sentiasa berasa relax dan berkeyakinan sendiri yang tinggi. Orang yang mempunyai personaliti jenis B memang hidup dengan lebih gembira dan senang. Selepas melihat semua perwatakan ini, saya berpendapat bahawa saya sendiri mempunyai campuran personaliti A dan B.
Antara soal selidik yang telah kami jalankan termasuklah Soal selidik MBTI. Terdapat 8 fungsi dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T),    Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P)".Dengan mengikuti perwatakan diri sendiri, kami perlu memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini. Selepas itu,keempat-empat fungsi tersebut akan diisi dalam empat kotak. Selepas itu, enam belas jenis personaliti dapat dihasilkan daripada campuran empat fungsi yang terpilih. Lapan watak di atas adalah berpasangan dimana 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Daripada soal selidik ini, personaliti yang saya dapat adalah 'ISFJ- the nurturers'. Penjelasan tentang personaliti ini adalah: For ISFJs the dominant quality in their lives is an abiding respect and sense of personal responsibility for doing what needs to be done in the here-and-now. Actions that are of practical help to others are of particular importance to ISFJs. Their realism, organizing abilities, and command of the facts lead to their thorough attention in completing tasks. ISFJs bring an aura of quiet warmth, caring, and dependability to all that they do; they take their work seriously and believe others should do so as well. Mengikut penjelasan ini, saya adalah seorang yang sentiasa bertanggungjawab dan menjaga serta prihatin terhadap orang lain. Saya agak bersetuju dengan penerangan ini.
Satu lagi soal selidik yang telah kami jalankan adalah soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, lima major personaliti telah diperkenalkan, iaitu Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Skala tertentu telah diberikan untuk kami menjawab soalan. Skala tersebut ialah:
0 – don't agree or not sure
1 – agree a little
2 – agree moderately
3 – agree strongly
Sebanyak lima seksyen telah disediakan untuk kami menjawab. Kami dikehendaki menjawab soalan-soalan menggunakan skala di atas. Setiap seksyen sebenarnya mewakili personaliti yang berlainan. Selepas memberi markah mengikut skala yang diperuntukkan, kami perlu tambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang paling tinggi itu adalah personaliti sendiri. Personaliti yang saya dapat daripada soal selidik ini adalah Agreeableness. Agreeableness is a tendency to be pleasant and accommodating in social situations. In contemporary personality psychology, agreeableness is one of the five major dimensions of personality structure, reflecting individual differences in concern for cooperation and social harmony. Saya memang seorang yang tidak suka pertengkaran dan pergaduhan. Saya juga sangat mementingkan keharmonian dalam satu kumpulan atau keluarga. Oleh itu, saya biasanya tidak akan membangkang pendapat orang lain atau mengkritik sikap orang lain kecuali perkara yang memang salah.
Kesimpulannya, saya telah lebih mengenalkan diri sendiri selepas menjalankan soal selidik ini. Tambahan pula, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan emosi dan cara pengurusannya selepas menghadari enam kulian ini.
Sekain, terima kasih.

No comments:

Post a Comment