Wednesday, August 24, 2011

LJ05 A131332 QAMARUL ARIFFIN BIN SAMIN TEORI DAN PERSONALITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini merupakan kuliah bagi jurnal yang kelima. Dalam pendahuluan kuliah minggu ini, Dr. Zambri telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan. Menurut beliau, minggu ini tiada kuliah akan diberi sebaliknya beliau telah memerikan tugasan yang lebih menarik terutamanya untuk penulisan jurnal yang kelima ini. Tugasan satu, kami perlu membaca slide dan teks tentang psychoanalytic theory serta mendengar dan menonton klip video yang akan ditayangkan. Seterusnya, kami perlu mengaitkan apa yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang kami pelajari tentang emosi. tugasan yang kedua ialah kami harus menjawab soalselidik MBTI. Menurut Dr. Zambri, di akhir ujian ini, kami akan dapat mengetahui kategori personaliti diri kita sendiri. Kami juga diberitahu bahawa menerusi ujian ini, kami berjaya mengenali diri kami dengan lebih mendalam. Bagi tugasan ketiga pula, kami mestilah menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Menerusi ujian soalselidik teori ini juga, kami dapat mengenal personaliti diri kita sendiri.  
Seterusnya, sebelum bermula sesi kuliah, Dr. Zambri telah memberitahu tentang sesi kuliah pada masa akan datang selepas hari raya aidilfitri. Menurut beliau, beliau tidak dapat hadir disebabkan sebab-sebab tertentu. Walaubagaimanapun, beliau tetap akan meneruskan kuliah dengan cara kawalan video dari Bangi. Beliau akan memaparkan slide secara online dari Bangi walaupun beliau tidak dapat hadir. Setiap kumpulan pula perlu membawa computer riba masing-masing untuk menyelesaikan tugasan kumpulan. Kami juga dinasihatkan untuk membawa broadband kerana tugasan akan melibatkan kerja-kerja secara online. Kuliah dimulakan dengan tayangan video yang sangat menarik. Menerusi penelitian saya, video ini Nampak berkaitan dengan emosi sedih. Ayat-ayat yang ditayangkan menerusi video sangat menyentuh perasaan seperti contoh "I feel lonely all the time". Ayat ini cukup menunjukkan emosi sedih yang digambarkan. Klu yang diberikan oleh Dr. tentang video ini ialah emosi negative dan tentang zaman kanak-kanak. Ada isi tersirat yang terkandung di dalam video ini seperti yang diberitahu oleh Dr. berdasarkan pemerhatian saya, video tersebut menayangkan perasaan video creator itu sejak kecil sehinggalah dia menjadi besar dan lebih matang. Dia menceritakan segala kisah hidupnya yang tidak menarik dan kadang-kadang menyakitkan hati di waktu dia dalam proses tumbesaran menjadi seorang dewasa yang matang. Walaubagaimanapun, di akhir video tersebut, dia seperti telah berubah apabila menjadi lebih matang dan memupuk sikap-sikap serta emosi positif daripada terus menjadi sedih.
Dr. Zambri telah meneruskan sesi kuliah dengan tugasan kedua hari ini. Menurut beliau, emosi sangat berkait dengan personality seseorang. seterusnya, video tentang personality A atau B telah dipaparkan. Menurut video itu, orang yang mempunyai personality A suka makan cepat serta bangun sangat awal. Dia juga selalu tergesa-gesa, kurang sabar dan organized. Dia mementingkan kesempurnaan, selalu melihat jam dan memandu dengan laju. Mereka sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitan jantung dan juga mudah stress. Personaliti B pula, mempunyai aktiviti yang biasa, memandu dengan perlahan dan mudah bergaul dengan orang lain. Dia juga makan secara perlahan, penyabar dan tidak tergesa-gesa. Dia juga bercakap dengan perlahan, relaxed dan disukai oleh orang ramai. Selepas video ditayangkan, dr. telah menyuruh kami memilih diri kami berdasarkan personality samada personality A atau B. ramai diantara mereka kurang memahami diri mereka sendiri termasuk saya sendiri. Saya tidak dapat membuat keputusan yang tepat tentang personality diri saya. Saya merasakan saya tergolong dalam personality B. Walaubagaimanapun, ada masanya saya akan berubah menjadi personality B. pada pendapat saya, tidak semua manusia mempunyai personality yang tetap. Mereka akan berubah-ubah mengikut situasi. Seperti kuliah-kuliah sebelum ini, emosi juga dipengaruhi oleh factor-faktor yang lain. Mungkin ia bersesuaian juga dengan personality seseorang yang boleh mempengaruhi emosi.
Seterusnya, kami perlu menyempurnakan soalselidik yang pertama, MBTI. Teori ini digunakan dalam menentukan personality masing-masing. Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan dan kami perlu memilih berdasarkan karakter yang tertentu. Soalan yang pertama menunjukkan saya seorang intuition. Sebenarnya, saya kurang mengetahui tentang karakter ini. Seterusnya tentang extraverted ataupun introverted. Saya seorang introverted. Menerusi karakter sebegini, digambarkan mereka yang lebih selesa dengan diri sendiri seorang diri. Mereka kurang suka apabila terdapat ramai orang dalam satu-satu masa. Walaubagaimanapun, berdasarkan soalselidik itu, intuition ini menunjukkan seorang yang lebih pandai dalam arts. Orang dalam karakter ini juga, suka mengikut common sense. Soalan yang kedua pula, saya telah mendapat markah yang sama untuk feeling dan thinking. Walaubagaimanapun, saya merasakan diri saya lebih dekat dengan karakter feeling. Karakter ini lebih mengikut perasaan daripada berfikir secara rasional, dan lebih mementingkan orang lain. Karakter seterusnya ialah tentang judging dan perceiving. Ujian ini mendedahkan saya seorang perceiving. Mereka yang berada dalam karakter ini ialah seorang yang suka melakukan banyak kerja contohnya belajar sambil mendengar lagu. Mereka juga suka membuat kerja di waktu-waktu akhir. Selesai kesemua ujian itu, kami perlu menyusun semua keputusan ujian tersebut. Semua karakter dimasukkan ke dalam kotak ujian tersebut.
Saya telah mendapat INFP. Menurut keputusan ujian itu, saya merupakan "the idealists". Berdasarkan laman web http://www.personalitypage.com/html/INFP.html, berikut adalah rumusan daripada maksud seorang "the idealists". Seorang idealists hidupnya lebih tertumpu dalam diri mereka sendiri, disamping mereka focus dalam menjadikan dunia ini satu tempat yang lenih baik untuk semua orang. Objektif utama mereka dalah untuk mencari maksud kehidupan di dunia ini dan suka berkhidmat untuk manusia sejagat. Mereka sangat focus dalam mencapai target hidup mereka. Selain itu, mereka juga mengharapkan sepenuhnya pada intuitions to memandu hidup mereka dan mencari nilai-nilai kehidupan. Mereka terus berada dalam perjalanan dalam mencari makna sebenar kehidupan dan perkara-perkara yang terkandung serta tersirat di dalamnya. "INFPs who function in their well-developed sides can accomplish great and wonderful things, which they will rarely give themselves credit for. Some of the great, humanistic catalysts in the world have been INFPs".
Untuk tugasan ketiga, tentang teori besar lima kami telah ditayangkan dengan suatu video lagu yang sangat popular. Menerusi video dan audio lagu tersebut, kami perlu membuat analisa apakah kaitannya dengan teori yang kami pelajari. Masa diberikan kepada kami untuk mendengar dan menghayati video dan lagu tersebut. Selepas itu, salah seorang daripada kami perlu memberitahu dan menceritakan apakah yang difahami tentang kaitan lagu tersebut dengan teori besar lima. Seterusnya, kami jalankan soalselidik yang ketiga iaitu teori besar lima. Kami perlu memberi markah berdasarkan tahap setuju atau tidak dalam beberapa soalan yang diberi. Berdasarkan ujian-ujian yang dibuat, ternyata terdapat banyak teori yang dapat dikaitkan dengan emosi. sesungguhnya, teori-teori serta soalselidik ini sangat penting dalam menentukan emosi kita. sekian.
         

No comments:

Post a Comment