Wednesday, August 24, 2011

A131971 Mohamad Fadini Bin Abdul Aziz LJ05






                                                                                                                   








Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri dan sahabat – sahabat pembaca jurnal sekalian . Pada kali ini saya masih lagi mempelajari mengenai emosi tetapi  terdapat kelainan sedikit pada minggu ini iaitu mengenai emosi dan personaliti . Teringin saya untuk mendalami perkaitan emosi dan personaliti ini kerana saya membayangkan yang saya akan dapat membaca perwatakan seseorang . Ini hanyalah sekadar anggapan saya sahaja . Walau bagaimanapun , marilah kita mengenal  terlebih dahulu apakah yang maksud perkaitan diatas dan rationalnya dalam kehidupan seharian kita . Secara amnya , emosi boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu :
1.      Perasaan subjektif
2.      Perubahan tubuh terutamanya sistem saraf .
3.      Kecenderungan tindakan  atau kenaikan perlakuan yang tertentu .
Terlebih dahulu , ingin saya memperkenalkan atau menghuraikaan mengenai personaliti . Personaliti ialah gabungan psykologikal yang kita gunakan untuk mengelas atau menceritakan mengnai seseorang dari segi ciri – ciri yang tertentu seperti senyap , pasif ,bercakap kuaat dan aggresif . Myers – briggs berpendapat bahawa  ' Individuals are classified as extroverted or introverted (E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P) ' . Apakah extroverted dan introverted yang sebenarnya ? Extroverts are outgoing, sociable, and assertive ,introverts are quiet and shy . Jenis sensitif ialah paktikal dan dipilih untul fokus kepada sesuatu yang teperinci . Intuitive pula ialah proces tanpa kesedaran dan dilihat  sebagai gambaran yang besar . Jenis – jenis pemikiran adalah berdasarkan penggunaan sebab dan logick dalam menangani masalah . Manakala jenis-jenis perasaan adalah bergantung kepada nilai secara personal dan emosi . Seseorang yang jenis mengadili orang lain pula selalu ingin mengawal dan memilih dunia mereka untuk ditadbir dan dibentuk . Penerimaan ialah fleksibel dan secara spontan .Sebenarnya terdapat 5 model besar yang utama iaitu  extroversion , persetujuan , gerak hati keseimbangan emosi dan juga keterbukaan kepada pengalaman . Maksud perkataan diatas adalah seperti  yang berikut :
 Extroversion – one ' s comfort level with relationships
Agreeableness - refers to an individual's propensity to defer to others 
Conscientiousness - a measure of reliability 
Emotional stability - taps a person's ability to withstand stress
Openness to experience -addresses an individual's range of interests and fascination with novelty 
 
Terdapat juga tanda – tanda personaliti yang lain seperti :
Locus of control - Belief that life is controlled by oneself vs. outsiders
Machiavellianism - Tendency to manipulate and maintain emotional distance
Self-esteem - Degree one likes or dislikes oneself
Self-monitoring - Sensitive to external cues to behave differently
Risk propensity - Willingness to take chances
Type A personality - Incessantly struggling to achieve more
 
 
Maksud – maksud yang saya perkatakan diatas digunakan dalam bahasa inggeris kerana saya mengambilnya daripada nota kuliah emosi dan personaliti dan saya tidak menterjemahkannya dalam bahasa melayu kerana saya khuatir jikalau maksud perkataan sebenar diatas menjadi tidak sama . Seperti yang perkara yang diatas saya mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis dan ciri – ciri emosi yang dikaitkan dengan personaliti atau perwatakan . Pada pendapat saya , kebolehan atau keupayaan saya dalam mengenalpasti ciri tersebut sangatlah penting terutamanya bagi saya yang mendalami ilmu perubatan . Hal ini kerana saya akan berkomunikasi dengan ramai pesakit bagi mendapatkan maklumat yang begitu penting dalam menghasilkan ' diagnosis ' . Lantaran itu , sekiranya pesakit bertindak menipu disebalik hakikat yang sebenar ,  kita akan mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sama ada masalah yang berkaitan dengan penyakit atau yang tidak berpenyakit seperti masalah emosi . Kata kunci yang ingin saya perkatakan disini adalah kebolehan kita dalam mendalami atau memahami personaliti seseorang akan membantu kita dalam berkomunikasi dan berhadapan dengan seseorang . Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita apabila melihat sesuatu gambar atau pengalaman dalam sesuatu peristiwa . Saya merasakan bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pemikiran mereka masing – masing dan disebabkan hal yang demikian mereka tanggapan mereka secara tidak langsung pun akan berubah . Saya juga mempelajari bahawa terdapat dua model antara personaliti dan kesihatan iaitu model yang secara langsung dan secara tidak langsung . Model yang secara tidak  langsung adalah apabila sesuatu personaliti itu menyebabkan seseorang untuk membina suatu gaya hidup dan gaya hidup tersebut mempengaruhi atau menyebabkan tindakan emosi . Dalam pada itu , personaliti yang secara langsung didefinisikan apabila personaliti tersebut hanya menyebabkan tindakan emosi .
 
Walau bagaimanapun , saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan para pembaca jurnal sekalian iaitu mengenai personaliti saya . Dr Zamri ada membuat satu ujian yang berasaskan soalan yang diberikan . Setiap pelajar haruslah menjawab soalan tersebut bagi mencari dan mengenalpasti personaliti diri mereka yang sebenar . Terdapat pelbagai ujian yang telah dilakukan berdasarkan teori yang diperkenalkan seperti ujian personaliti A atau B , ujian melibatkan pengumpulan jumlah markah bagi mengetahui personaliti sama ada seseorang itu bercirikan aggreableness , conscientiousness , neurotism , extroversion dan openness dan ujian yang terakhir adalah dengan cara menyusun huruf mengikut ciri – ciri dominan yang diperolehi oleh seseorang dan mereka akan mentafsirkannya berdasarkan susunan huruf yang diberikan . Berdasarkan susunan huruf yang diberikan , saya mendapati bahawa diri saya adalah bersifat nurturer . Dalam pada itu , saya mendapati bahawa dua ujian yang seterusnya menunjukkan saya adalah neurotism dan berpesonaliti A . Personaliti A adalah seseorang yang tersusun , mengejar masa , tidak tenang , bangun awal dan perkara paling yang mengejutkan adalah senang untuk mendapat sakit jantung . Pada pendapat saya , ujian seperti ini berkemungkinan betul dan berkemungkinan salah bagi sesetengah orang apabila dipadankan dengan diri mereka . Saya pun tidak begitu pasti sama ada uijian tersebut betul – betul membuktikan perwatakan seseorang atau pun disebaliknya . Hal ini kerana terdapat beberapa soalan yang menghendaki para pelajar untuk mengira jumlah ciri – ciri yang diwakili mereka berdasarkan 4 perbezaan berdasarkan perbandingan seperti antara thinking dan feeling . Oleh hal yang demikian , sekiranya para pelajar mendapat jumlah yang sama antara kedua –dua perbandingan , mereka mungkin sukar untuk memilih ciri – ciri yang tepat sama ada thinking atau feeling . Lantaran itu , kecenderungan untuk berat sebelah mungkin berlaku dan mereka akan mentafsirkan diri mereka berlainan daripada sifat diri atau perwatakan mereka yang sebenar .Setakat ini sahajalah perkongsian saya pada minggu ini. Ini adalah jurnal saya yang terakhir dan saya berharap agar jurnal saya dapat menghiburkan para pembaca jurnal sekalian . Akhir sekali ingin saya ungkapkan bahawa , ketahuilah atau kenalilah  perwatakan anda yang sebenar agar anda dapat memperbaiki dan menyeimbangkan emosi dan personaliti yang secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang berpenampilan dan berpewatakan yang menarik . Sekian .
 

No comments:

Post a Comment