Wednesday, August 24, 2011

A131966 Nur Syuhada Binti Othman-LJ 05 : Type A Personality

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor dan rakan-rakan seperjuangan sekalian, penulisan jurnal kali ini merupakan jurnal yang terakhir bagi subjek ZT2253-Pengurusan Emosi saya setelah tamatnya kuliah kali ini yang bertarikh  24 Ogos 2011. Sepanjang pembelajaran mengenai kursus ini, saya rasa kuliah kali ini amat menarik perhatian saya kerana saya berpeluang untuk mengetahui jenis-jenis personaliti yang wujud melalui Big Five personality dan juga Myers-Briggs Type Indicator. Selain itu, setelah mengambil ujian personality ini semasa dalam kuliah, saya dapat juga berpeluang mengetahui jenis personality bagi diri saya.

Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut mengenai jenis personaliti , saya akan cuba mengaitkan tentang Psychoanalytic Theory dengan video yang telah ditayangkan semasa permulaan kelas. Menurut teori ini, pengalaman emosi ( emotional experiences ) merupakan sesuatu proses yang berlaku di luar sedar ( unconsciousness ) yang menpengaruhi kelakuan ( behaviour ) kita . Teori ini menekankan kepada emosi-emosi negatir terutamanya Bimbang dan Marah. Sebagai contoh,kita boleh marah dengan tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah. Selain itu, ianaya turut menyatakan bahawa kebanyakan pengalaman yang berlaku semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Tidak sedar ( unconscious ) merupakan satu unsur kuat yang membawa kepada emosi dan motivasi.

Berdasarkan video yang telah ditayangkan, apa yang dapat saya simpulkan ialah semasa kita masih kanak-kanak, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita, contoh ayat dalam video tadi

After I grew up, I started to think differently,
I started to realize that not everyone you meet will want to be your friend,

Ayat di atas menunjukkan bahawa selapas kita dewasa barulah kita sedar akan perkara-perkara yang kita tidak sedar semasa kita kanak-kanak contohnya kita merasakan semua orang adalah kawan kita padahal setelah dewasa, perkara itu mungkin tidak akn terjadi dan ini bertepatan dengan Psychoanalytic Theory.

Walaubagaimanapun, unconscious ini akan menyumbang kepada emosi dan motivasi kita seperti contoh ayat di dalam video :

            That's the way I thought recently, but….
            That was then, and I want it to be now,
            Even if those friends betray me, I will find new ones,
            ………………………………………………………………………………….
            A long time ago, when I was just a child, I believed that my life was great and that
            nothing could ever go wrong. I believed that no matter how bad things got there was
            always a light at the end of the tunnel. I still believed that.

Berdasarkan ayat-ayat dia atas, walaupun dulunya dia tidak sedar akan semua ini dan baru menyedarinya semasa dewasa, dia tetap berpegang teguh kepada keprcayaannya semasa kecil dulu dan menjadikannya sebagai satu motivasi bagi dirinya.

            Setelah sesi video tersebut, Dr. Azmi telah memainkan lagi satu video mengenai personality jenis A atau B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti jenis A  dan B mempunyai sifat-sifat berikut :

Type A personality
Type B personality
·         eat quickly
·         always in hurry
·         wake up early
·         impatient
·         organized
·         perfectionist
·         frequently checks the clocks
·         drive faster than normal
·         competitive
 
·         calm activities
·         drive at save limit
·         easy going
·         eats slowly
·         patient
·         does not rush or worry
·         speaks slowly
·         relaxed
·         has a pleasant existance
 
Secara jujurnya, saya merupakan Type A personality, hampir 90% ciri-ciri di atas ada pada saya. Menurut kajian, Type A personality cenderung kepada penyakit jantung. Kajian ini amat merisaukan saya sebenarnya kerana sangat sukar untuk mengubah personaliti kita dalam masa yang singkat kerana ianya telah sebati dengan saya. Pada pandangan saya, tidak semua ciri-ciri bagi personaliti jenis A merupakan sesatu yang tidak bagus kerana sekiranya tidak mempunyai sikap kesempurnaan sebagai contoh, bagaimana kita hendak memastikan kita telah memberikan khidmat yang baik kepada pesakit kita misalnya. Kita hanya manusia biasa, tetapi sekurang-kurangnya kita hendaklah melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin. Sifat persaingan misalnya, bagaimana seseorang individu itu ingin memperbaiki dirinya sekiranya tidak mempunyai sikap ini? Mahukan anda berada di takuk yang lama tanpa membuat sebarang perubahan dalam hidup? Era kini memerlukan individu yang berdaya saing untuk pembangunan negara. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, menjadi seseorang yang berpersonaliti jenis A ini cenderung kepada stress dan boleh menyebabkan penyakit jantung berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Saya sendiri mengalami stress disebabkan sikap kesempurnaan itu. Tetapi, tidak semua yang mempunyai personaliti ini cenderung kepada penyakit jantung, contohnya para atlet yang bekerja keras cenderung kea rah type A personaliti tetapi disebabkan mereka mengikuti senaman dan diet yang seimbang, risiko untuk masalah jantung akan berkurangan. Bagi saya,kedua-dua jenis personaliti ada kebaikan dan keburukannya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia mahu menguruskan personaliti masing-masing.

Seterusnya, beralih kepada Myers-Briggs Type Indicator. Setelelah melakukan ujian ini, personaliti saya merupakan ISTJ – Duty Fulfillers. Jadi, disebakan perasaan ingin tahu, saya telah engambil petikan ini dari laman web ini 
http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html  untuk perkongsian dengan anda semua.

Introverted Sensing personality types are dependable, reliable and trustworthy. They like to belong to solid organisations that are reasonable in their ambitions and loyal to their employees. They feel useful when their roles and responsibilities are clearly established and they can monitor their activities and productivity in tangible ways. They tend to be rather modest, traditional and conventional, to like sensible clothing, to be thrifty, careful and wise with both money and possessions.
Once they accept a project, they will see it to the end. They manage their time well and are realistic about how much time and resources will be needed.
They tend to like to stay in one neighbourhood, often choosing to live close to where they were themselves raised. They are often involved with volunteer organisations and have a developed sense of citizenship and accountability. When they purchase something, it is after careful consideration; rarely will they buy something without having a known need or use for it. They may keep possessions for a lifetime and treasure those that were given to them.
They tend to have a good memory for specific facts that are necessary in their day-to-day life at work and at home. They accumulate facts and details to orient themselves, relying on repeated experiences that have been proven trustworthy. A fact once experienced may be the product of circumstance and happenstance; it is not in and of itself reliable. When an introverted sensing type hears an idea, they rummage through reams of archived facts to find an experience that provides information for the relevance and realism of an idea. When an introverted sensing type utters, "It's never been done!" they are saying that no information about the relevance or usefulness of the idea is available to them. They tend to shy away from surprises and what is perceived as unnecessary change  

            Saya pada mulanya sangat tidak percaya kepada ujian-ujian personaliti seperti ini kerana kesasihan fakta itu dan bagaimana manusia dapat mengkaji kesemua personaliti yang wujud. Walaubagaimanapun, setelah menilai personaliti saya melalui kedua-dua ujian ini, saya terkejut kerana hampir semua fakta yang diberikan seiiring dengan personaliti saya sekarang.

            Akhir sekali, sebelum tamatnya sesi kuliah pada kali ini, saya telah menjalankan satu lagi ujian yang dipanggil Big Five Personality Test. Berdasarkan ujian, saya terdiri dalam golongan conscienbtiousness. Berdasarkan pembacaan saya di laman web Wikipedia, golongan yang menpunyai sifat ini cenderung untuk menunjukkan disiplin diri, bekerja secara mengikut duty yang telah ditetapkan dan menpunyai target untuk berjaya dengan merancang terlebih dahulu . Bagi saya, personaliti ini sangat bersesuaian untuk pelajar perubatan kerana sebagai doktor pada masa akan datang, kita memerlukan disiplin diri yang baik agar kita dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada pesakit kita. Selain itu, merancang terlebih dahulu dalam apa jua prosedur yang ingin dilakukan tanpa bertindak melulu bagi memastikan keselamatan pesakit. 

No comments:

Post a Comment