A131736 Lim Wei Kuan LJ04 Emosi dan motivasi??
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Zamri dan sahabatku. Ini merupakan jurnal keempat saya dalam khusus Pengurusan Emosi. Sebelum bermula kuliah pensyarah telah memberi taklimat tentang tugasan kumpulan.
Tajuk kuliah ini "Emosi dan Motivasi" mengulaskan bagaimana emosi seseorang boleh menjadikan motivasi untuk melakukan sesuatu perkara. Kuliah ini termasuk isi-isi yang diajar dalam kuliah dulu seperti empat komponen dalam emosi. Seperti yang dikatakan dalam kuliah dulu, emosi boleh dibahagi kepada emosi positif dan negatif. Emosi emosi yang dipaparkan dalam kita termasuk empat komponen yang penting iaitu: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Dalam nota kuliah terdapat satu ayat yang saya rasa sangat bermakna: Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Dalam proses ini terlahirnya motivasi untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu. Contohnya, apabila seseorang berasa marah kerana dipecat oleh majikannya, kemarahan itu mungkin boleh menjadi dorongan kepadanya untuk melakukan sesuatu supaya boleh melepaskan geramnya seperti membunuh majikannya.
Berkaitan dengan emosi dan motivasi ini terdapat beberapa teori seperti Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor. Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara ketiga-tiga teori ini tetapi mereka mempunyai ciri-ciri yang sama: rangsangan, perubahan fisiologikal dan emosi yang dihasilkan. Contohnya, apabila seseorang berjalan di lorong yang gelap tiba-tiba terdapat satu barang menepuk bahunya (rangsangan). Orang itu terkejut dan aktiviti fisiologikalnya berubah seperti denyutan jantung meningkat dan berpeluh. Dia juga akan berasa takut (emosi yang dihasilkan) atas rangsangan itu lalu berlari dan menjerit sekuat-kuatnya. Oleh itu boleh kita katakan bahawa emosi merupakan reaksi adaptasi yang dilahirkan dalam badan kita untuk menyesuaikan kita dalam keadaan dan emosi ini boleh membantu kita berkomunikasi dengan orang lain seperti menjerit, menangis, dan sebagainya.
Menurut Bickhard, 1997, motivasi terlibat satu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara (Mook, 1996). Dalam teori motivasi, motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang. Insentif merupakan faktor yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyebut bahawa motif seseorang boleh dibahagi kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi sendiri. Jadi pendak katanya emosi yang menekankan arousal seseorang dan motivasi pula menekankan tindakannya.
Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa emosi boleh membawa motivasi untuk seseorang melakukan sesuatu tetapi saya rasa bukan semua orang boleh melahirkan motivasi yang sama dalam keadaan yang sama. Contohnya apabila keputusan peperiksaan dipaparkan, orang yang gagal dalam peperiksaan mungkin akan berasa sedih atau mungkin tidak. Bagi mereka yang gagal dan berasa sedih pula ada yang mungkin mempunyai motivasi untuk berusaha lagi dan ada yang berasa mereka tidak berguna lalu mempunyai motivasi untuk menukar khusus. Dari contoh itu, mustahilnya setiap orang akan mempunyai emosi dan motivasi yang sama dalam keadaan yang sama. Ini disebabkan kerana pengalaman dan keadaan setiap orang tidak sama dan oleh itu mereka akan melahirkan motivasi yang tidak sama berdasarkan pengalaman dan keadaan mereka.
Kuliah hari ini juga meliputi tajuk "Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik". Dalam teori-teori yang akan disebutkan, kebanyakan mereka bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi: perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Namun begitu masih terdapat perbezaan antara teori-teori berdasarkan kepentingan dan urutan komponen tersebut.
Dalam fisiologikal teori, emosi merupakan hasilan dari otak serta sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan berdasar kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal: Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal.
Teori James-Lang merupakan teori psikologi yang paling lama dihasilkan oleh Willian James (1884) dan disokongkan oleh Carl Lange (1887). Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak lipan aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan mula berubah seperti menambah denyutan hati dan melepaskan hormon-hormon ke organ badan kita. Atas aktiviti-aktiviti fisiologikal ini emosi takut dihasilkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu terhasilnya Teori Cannon–Bard. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Dalam teori kognitif pula, ahli teori mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang mengokong teori kognitif adalah: Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
Teori Schachter bersetuju tentang Teori James-Lang tetapi beliau telah mengubah sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori itu. Beliau mengatakan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu (proses kognitif) dan ini akan mendorong kita menghasilkan emosi. Dengan menggunakan contoh yang disebutkan di atas, apabila kita terlihat lipan, bukan sahaja badan kita mempunyai perubahan fisiologikal malah minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan lipan. Gabungan antara perubahan fisiologikal dan pemikiran kita baru boleh terhasilnya emosi takut. Seterusnya ialah Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh dalam note kuliah ialah penganggapan terhadap sindrom premenstrual. Kadang kala kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan. Tetapi sebenarnya wanita itu tidak mempunyai sindrom ini dan emosi yang dipaparkan di wanita itu langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.
Sebagai kesimpulannya, emosi boleh melahirkan motivasi yang mendorong kita melakukan sesuatu sama ada perkara itu perkara baik atau buruk. Selain itu teori fisiologikal dan kognitif mengulaskan bagaimana emosi itu terjadi dan walaupun terdapat banyak teori yang menyokong dan membangkang, saya masih dapat banyak belajar tentang emosi.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment