Emotion and motivation go together hand in hand^^
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Dr. Zamri. Ini merupakan penulisan jurnal saya yang keempat berdasarkan kuliah pada 17 Ogos 2011. Kuliah pada hari tersebut juga merupakan kuliah terpanjang ZT yang pernah diadakan. Hal ini kerana taklimat tentang tugasan berkumpulan menelan masa selama sejam. Berbalik semula pada kuliah, terdapat 2 tajuk yang dibincangkan iaitu emosi dan motivasi;dan teori FKP.
Tajuk kuliah yang pertama iaitu emosi dan motivasi merupakan kesinambungan daripada kuliah yang lepas juga. Maka saya ingin mengatakan sekali lagi kenyataan terkenal mengenai tajuk ini iaitu "Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi" (Baron & Logan, 1993) dan
"Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional" (Lang et al, 1992). Seperti yang kita sedia maklum emosi terdiri daripada emosi positif dan negatif dan terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.
Menurut Lang juga emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional . Maka motivasi yang terlahir ini mendorong seseorang melakukan sesuatu. Bagi saya dalam kebanyakan masa, tindakan atau tingkah laku yang akan kita lakukan atau tidak adalah berdasarkan emosi kita. Kita memilih tindakan kita berdasarkan emosi apa yang kita ingin rasai atau berdasarkan emosi apa yang kita ingin hindari. Contohnya, semasa kita kecil atau pelajar apakah yang akan mendorong kita untuk mengangkat tangan semasa guru bertanya? Ianya bergantung pada apa yang kita inginkan the most: Untuk mendapatkan 'pleasure' atau pujian jika menjawab dengan benar atau untuk menghindari perasaan malu jika menjawab dengan salah. Maka kita dapat lihat bahawa emosi itu memainkan peranan penting dalam kehidupan sehinggalah dalam 'self-improvement'. Dan kebiasaannya orang yang berjaya adalah orang yang tahu mengawal emosi mereka dan menggunakannya untuk kebaikan atau manfaat bagi mereka. Menurut Napolean Hill dalam bukunya yang bertajuk 'Think and Grow Rich', "when emotion and desire are used together , it creates a very powerful manifesting energy. Emotion and motivation energizes your desire and gives it power and momentum. With emotion and motivation, your true power of intent will shine through". Maka apabila kita menggunakannya dengan bijak, emosi dan motivasi boleh menjadi pendorong yang kuat yang menjadi pembantu untuk kita mencapai perkara-perkara besar.
So, it's obvious that emotions are more than just 'fleeting feelings'.
Terdapat tiga teori berkaitan dengan tajuk ini iaitu Teori James-Lange, Cannon's Challenge, dan Teori Two-Factor.
Teori James-Lange:
Satu pengalaman yang mendalam (usus reaksi) dilabel sebagai sebuah keadaan emosi. Kita mempunyai beberapa reaksi autonomi terhadap rangsangan. Kita memerhatikan sensasi fizikal dan melabelkan mereka sebagai perasaan. Teori ini adalah permulaan tetapi mempunyai banyak masalah:
Respons viscera tidak mungkin berlaku dengan cepat ke akaun emosi secara tiba-tiba.
Beberapa jawapan mendalam tidak diterjemahkan sebagai emosi.
Pada tahun 1924, Marañon melaporkan percubaan di mana subjek yang telah diberikan adrenalina (adrenalin) untuk meningkatkan denyutan nadi mereka,dan lain-lain subjek berkata bahawa mereka berasa seolah-olah takut, bukan bahawa mereka takut.
Pelbagai emosi nampaknya banyak yang lebih luas dan lebih kompleks daripada pelbagai tindak usus reaksi.

Teori Cannon-Bard:
Apabila adanya dengan rangsangan, thalamus mengaktifkan kedua-dua tindak balas fisiologi dan tindak balas emosi. Thalamus serentak member isyarat kepada system saraf autonomi dan korteks serebrum. Tetapi, selebihnya sisitem limbic kini dikenali untuk memainkan peranan dalam tindak balas emosi. Tindak balas fisiologi dan tindak balas emosi tidak boleh berlaku serentak.

Teori Schachter-Singer ("dua faktor teori" atau teori kognitif-arousal):
Ini adalah asas teori ketawa dalam tin. Rangsangan menyebabkan arousal fisiologi; ini dipertimbangkan dalam isyarat alam sekitar dan sosial. Arousal kemudiannya ditafsirkan sebagai keadaan emosi yang berasaskan kepada isyarat.
Dalam erti kata lain, alam sekitar, terutamanya tingkah laku orang lain digunakan untuk menerangkan keadaa fisiologi.
Peristiwa-peristiwa penting kepada kesejahteraan diri sendiri adalah penting dalam menentukantindak balas emosi. Emosi boleh berlaku tanpa arousal fisiologi. Fakto-faktor fisiologi sahaja contohnya dalam keadaan dadah boleh menyebabkan emosi.
Sekarang, apa itu motivasi? Motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara (Mook, 1996). Dalam teori motivasi, motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang. Insentif merupakan faktor yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. Dalam teori kemanusiaan, Abraham Maslow menyebut bahawa motif seseorang boleh dibahagi kepada beberapa tahap: keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi sendiri. Jadi pendak katanya emosi yang menekankan arousal seseorang dan motivasi pula menekankan tindakannya.

Maka, "Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action.
Tajuk kuliah kedua pula ialah Teori FKP: Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik. kebanyakan mereka bersetuju tentang beberapa komponen yang menentukan emosi: perasaan subjektif, proses kognitif, arousal fisiologikal, pergerakan badan dan motivasi. Namun begitu masih terdapat perbezaan antara teori-teori berdasarkan kepentingan dan urutan komponen tersebut.
Dalam fisiologikal teori, emosi merupakan hasilan dari otak serta sistem saraf manusia dan emosi ini dihasilkan berdasar kepada rangsangan. Terdapat tiga teori dalam teori fisiologikal,Teori The James-Lange, Teori The Cannon-Bard, dan Teori Psikobiologikal. Teori James-Lang mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak ular aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan mula berubah seperti bertambah denyutan jantung dan hormon-hormon dilepaskan ke organ badan kita. Maka emosi takut dihasilkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu terhasilnya Teori Cannon–Bard. Teori Cannon-Bard mengatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Dalam teori kognitif pula, ahli teori mengatakan bahawa pemikiran itu yang melahirkan emosi. Teori-teori yang mengokong teori kognitif adalah: Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal Theory.
Teori Schachter telah mengubah sedikit dengan menambah faktor kognitif ke dalam teori itu. Beliau mengatakan bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu (proses kognitif) dan ini akan mendorong kita menghasilkan emosi. Dengan menggunakan contoh yang disebutkan di atas, apabila kita terlihat ular, bukan sahaja badan kita mempunyai perubahan fisiologikal malah minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan ular. Gabungan antara perubahan fisiologikal dan pemikiran kita baru boleh terhasilnya emosi takut. Seterusnya ialah Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh PMS(Premenstrual syndrome). Apabila seseorang perempuan menunjukkan perasaan marah maka kita akan menganggap bahawa dia berada dalam sindrom ini padahal emosi tersebut tidak langsung berkaitan dengan sindrom itu.
Akhir sekali, suka saya untuk menyatakan sekali lagi sebagaimana jurnal-jurnal penulisan saya yang dahulu iaitu untuk mengawal kehidupan ini maka kita harus pakar atau bijak dalam mengawal emosi kita dahulu. Dan semua ini hanya dapat kita lakukan dengan pengalaman dan ilmu.
No comments:
Post a Comment