Selamat sejahtera. Ini merupakan journal keempat yang saya tulis buat khursus pengurusan emosi, ZT2253. Journal ini berdasarkan apa yang saya belajar pada kuliah pengurusan emosi yang bertarikh 17 Ogos 2011. Dalam kuliah tersebut, doctor telah memuji antara rakan-rakan kita yang membuat journal dengan baik sekali. Ini telah membangkitkan semangat rakan-rakan kita untuk membuat dengan lebih baik pada masa hadapan. Dr Zamri turut memberi sedikit banyak informasi tentang tugasan yang kedua iaitu tugasan berkumpulan. Dr. Zamri turut memberi banyak contoh tajuk untuk tugasan kedua misalnya persepsi pelajar-pelajar terhadap emosi, bagaimanakah emosi dapat memotivasikan diri, apakah perkara yang menggembirakan anda,senyuman kita membuatkan kita gembira atau kita senyum kerana kita gembira, serta kajian-kajian seperti kajian Albert, kajian Miller dan Kesan tsunami ke atas penduduk Jepun dan lain-lain. Dr Zamri turut mendedahkan kita beberapa alamat website yang dapat kita rujuk dalam membuat tugasan kedua ini.
Menurut kuliah yang diberi oleh Dr Zamri, beliau telah menyatakan emosi mempunyai dua jenis, iaitu sama ada positif atau negative, dan ia tidak mempunyai emosi neutral. Terdapat empat komponen dalam emosi kita. Menurut Dr Zamri, jika kita suka akan sesuatu, kita dapat melakukan tugasan itu dengan baik. Contohnya, jika kita amat berminat dengan melakukan sesuatu, kita akan mempunyai emosi positif terhadap tugasan tersebut. Secara tidak langsung, kita akan lebih menumpukan perhatian dalam tugasan tersebut dan menjayakan tugasan tersebut dengan sempurna. Saya sendiri turut pernah mengalami perasaan emosi yang mencetuskan motivasi saya. Misalnya saya amat menyukai music yang dimainkan dengan piano. Ini mencetuskan motivasi dalam diri saya untuk belajar piano dan saya mendapati bahawa saya lebih mudah mempelajari piano jika dibandingkan dengan mereka yang dipaksa untuk mempelajari piano.
Emosi juga akan menjadi penghalang. Kadanng-kandang, emosi itu akan menyebabkan kita tidak melakukan perkara dengan baik. Contohnya, jika seseorang itu tidak suka akan sesuatu perkara, kita tidak melakukan perkara tersebut dengan baik. Misalnya, semasa saya berada dalam tingkatan empat, saya telah diberi tugasan untuk menghias bilik darjah. Saya memang tidak suka dengan projek-projek yang melibatkan mengunting dan menampal, akan tetapi, projek yang diberi memang merangkumi aktiviti mengunting dan menampal. Akibatnya, saya tidak melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.
Dr Zamri turut mendedahkan kita dengan James-Lange theory. Emosi merupakan perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkah laku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya. Seperti yang dinyatakan olehDr Zamri, orang yang terdiri daripada kaum dan budaya yang lain mengekspresikan emosi kita secara berlainan. Contohnya, orang barat berjabat tangan semasa bertemu manakala orang melayu bersalaman semasa bertemu. Orang barat juga akan mencium pipi kawan mereka semasa bertemu manakala bagi orang melayu, ini tidaklah beberapa sesuai.
Dr Zamri turut mendedahkan kita konsep yang berkaitan dengan motivasi. Terdapat tiga konsep berkaitan dengan motivasi iaitu motivasi, drive dan incentive. Motivasi melibatkan factor-faktor luar dan dalam seseorang itu dan menyebabkan tindakan seseorang itu. Bagi drive pula, ia merupakan suatu factor dalaman ataupun sesuatu yang menyebebkan keperluan dan mengekalkan keseimbangan homeostasis badan kita. Incentive pula merupakan sesuatu factor luaran yang menyebabkan terjadinya atau mengelakkan sesuatu. Selain itu, motivasi juga melibatkan konsep instinct dan arousal. Emosi menekankan arousal manakala motivasi menekankan tindakan. Dr Zamri turut menyatakan bahawa beliau tidak begitu setuju dengan perbuatan pelajar yang belajar buku perubatan semasa kelas ZT ini. Beliau berpendapat bahawa masa yang digunakan untuk belajar buku perubatan semasa kelas ZT merupakan satu kerugian kerana seorang itu tidak akan dapat menumpukan perhatian dalam dua perkara dalam satu masa. Terdapat tiga peringkat dam kehidupan kita. Yang Pertama merupakan perkara asas dalam kehidupan. Ini melibatkan keperluan fizikal dan juga keperluan keselamatan. Keperluan fizikal termasuklah makanan, air dan lain-lain. Peringkat yang kedua merupakan keperluan emosi. Contohnya, seseorang itu haruslah mempunyai kawan ataupun keluarga untuk berkongsi emosi diri. Peringkat yang ketiga pula merupakan pencapaian diri. Contohnya, seseorang itu haruslah mempunai pencapaian supaya berasa lebih yakin dengan diri sendiri.
Dr Zamri telah mendedahkan kita dengan beberapa teori semasa dalam kelas. Teori yang pertama adalah Teori James-Lange. Teori ini telah menyatakan bahawa semasa kita menerima signal ataupun menghadapi sesuatu, ini akan menyebabkan perubahan arousal fizikal dan perubahan sikap seseorang itu. Ini diikuti dengan emosi yang dihadapi oleh seseorang itu. Contohnya, semasa seseorang itu ternampak ular, dia akan lari dari tempat tersebut. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami ketakutan. Manakala dalam Cannon's challenge, ia menyatakan bahawa semasa seseorang itu menghadapi sesuatu, ini akan menyebabkan berlakunya perubahan emosi dan arousal fizikal secara serentak. Contoh yang diberi adalah semasa seseorang itu sedang menonton filem berunsur hantu, seseorang itu akan berasa takut dan menjerit. Teori yang seterusnya ialah two-factor theory. Teori ini merujuk kepada semasa seseorang itu menghadapi sesuatu perkara, dia akan mengalami arousal fizikal dan label cognitive untuk arousal dan diikuti dengan emosi yang diperasan. Contoh yang diberikan adalah semasa seseorang itu ternampak seseorang orang jahat, dia menggigil ketakutan. Ketakutan yang menyebabkan orang tersebut menggigil. Ini merujuk bahawa orang tersebut dalam ketakutan.
Semasa kita berdepan dengan sesuatu, kita akan mengalami emosi dalam diri kita. Ini diikuti dengan reaksi tubuh. Tetapi mengikut James-Lange theory, semasa kita berdepan dengan sesuatu, kita akan mempunyai reaksi tubuh sebelum mempunyai emosi. Ini adalah kerana menurutnya, organ dalam tubuh kita yang menyebabkan perubahan emosi dalam diri kita. Kesimpulannya, sesuatu stimulus itu akan mengakibatkan tindakan dan seterusnya barulah mempengaruhi emosi seseorang. Akan tetapi, kita selalunya mengalami emosi dahulu sebelum aksi. Contohnya, semasa seseorang itu ternampak beruang, seseorang itu akan berasa takut dan seterusnya orang tersebut akan melarikan diri.
Dr Zamri turut menyatakan tentang transfer of excitation. Ini boleh diberi contoh semasa seorang itu menyebabkan kemarahan pegawai yang menemu bual, orang seterusnya yang ditemu bual turut akan dimarahi kerana pegawai yang menemu bual tersebut tersebut membawa kemarahannya kepada orang yang seterusnya. Ini juga dapat kita Nampak dalam kehidupan kita. Contohnya seorang guru bergaduh dengan ahli keluarganya dan selepas itu, beliau terus mengajar dalam bilik darjah. Ini mungkin akan menyebabkan guru tersebut memarahi murid-muridnya atas kesalahan yang kecil. Ini membuktikan bahawa kemarahan ini boleh dibawa ke situasi lain.
Kesimpulannya, akspresi sesorang itu dapat menunjukkan emosi seseorang pada masa tersebut. Akspresi seseorang dapat meluahkan perasaan seseorang. Emosi yang positif pula haruslah kita semaikan dalam kehidupan seharian kita. Cuba bayangkan, jikalau seseorang itu asyik terpengaruh oleh emosi-emosi yang negative, seseorang itu pasti tidak akan berasa gembira dan seterusnya tidak Berjaya dalam menyelesaikan masalah dengan baik.
No comments:
Post a Comment