Pada hari 17 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang kelima di dewan kuliah satu kampus KL UKM. Pada hari ini, pensyarah telah memberi taklimat yang berkaitan tentang Tugasan 2 Kertas Kerja kepada kami. Sebelum kuliah dimulakan, kami telah diberikan masa untuk berbincang tentang Tugasan 2 Kertas Kerja dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Tambahan lagi, cara pemarkahan juga diberitahu oleh pensyarah. Ketua akan memberi markah kepada semua ahli dan ahli yang paling cemerlang juga akan dipilih. Cara pemarkahan ini agak istimewa. Sepelas sesi taklimat tugasan 2 kertas kerja, pensyarah pun bermula memberi kuliah hari ini. Sebanyak dua tajuk kuliah telah disampaikan oleh pensyarah pada hari ini.
Dalam kuliah ini, saya telah mendapat ilmu tentang perkaitan antara emosi dengan motivasi. Emosi boleh diterangkan dengan 'defined by its effective tone. Either positive or negative, never neutral' Maksudnya ialah emosi kami memang adalah sama ada positif ataupun negatif. Sebagai contoh, kami berasa gembira semasa mendapat kejayaan manakala berasa sedih semasa mengalami kekalahan dalam kehidupan. Tetapi, tanpa emosi yang neutral. Biasanya, kami memang akan berasa emosi yang positif atau negatif semasa sesuatu perkara berlaku. Tidak mungkin kami tidak berasa apa-apa kerana setiap orang ada emosi. Selain itu, saya juga telah belajar bahawa emosi terdiri daripada 4 komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Oleh itu, kami boleh berpendapat bahawa emosi ada makna yang lebih luas dari perasaan. Emosi merangkumi tindakan yang kami ambil selepas mengalami perasaan tertentu. Sebagai contoh, semasa kami ternampak seseorang yang memegang pisau berjalan di tepi jalan, kami akan berasa takut. Selepas itu, otak kami akan berfungsi dan menyebabkan kami melarikan diri. Inilah tingkah laku yang berkaitan. Selain perkara yang berkaitan dengan emosi takut, teori ini juga diaplikasi dalam banyak perkara lain di sekeliling kami dalam kehidupan harian.
Selain itu, saya juga belajar bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Inilah pernyataan yang diberi oleh Baron dan Logan pada tahun 1993. Tambahan pula, pada tahun 1992, Lang dan kawannya juga menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Perasaan cinta terhadap ahli keluarga sanggup memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tinfkah laku tertentu, seperti berkerja dengan bersungguh-sungguh, belajar dengan bertungkus-lumus dan meluangkan masa untuk meneman ahli keluarga tanpa mengira berapa sibuk kehidupannya. Inilah contoh emosi memberi motivasi yang berunsur positif kepada seseorang. Biasanya, pendorong juga adalah berasaskan emosi. Sebagai contohnya, motif mencakap gossip orang lain adalah disebabkan oleh emosi kebencian. Walaubagaimanapun, emosi bukan pendorong semua perkara manakala tidak semua pendorong berasakan dengan emosi. Sebagai contoh, kami tidur disebabkan oleh keletihan dan kami menyiapkan kerja yang diberi atas tanggungjawab.
Di samping itu, saya juga belajar bahawa 'Emotions serve as our body's adaptive response to events in the environment and they assist in communicating our intentions to others'. Selain itu, emosi juga membantu kami supaya bersedia untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara. Emosi boleh menyebabkan kami bersedia untuk bergerak, berlari atau bercakap untuk menangani masalh. Sebagai contoh, semasa kebakaran berlaku, perasaan takut menyebabkan kami berlari untuk mengelakkan diri daripada kebahayaan.
Tambahan pula, saya juga telah mendapat pengetahuan tentang konsep dan teori motivasi. Antaranya termasuklah 'Motivation are the factors within and outside an organism that cause it to behave a certain way at a certain time; Drive is an internal condition or impulse that activates behavior to reduce a need and restore homeostasis; Incentive is an external goal that "pulls" or"pushes" behavior.' Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang agak penting kerana motivasi 'memimpin' seseorang membuat satu keputusan atau pilihan. Sebagai contoh, kem motivasi selalu diadakan untuk memotivasikan kami supaya sentiasa bersemangat tinggi untuk membuat pilihan yang betul sehingga mencapai kejayaan.
Selepas menghadiri kuliah ini, saya telah belajar tentang humanistic theory. Dalam teori ini, Abraham Maslow mencadangkan bahawa 'motives are divided into several levels from basic survival needs to psychological and self-fulfillment needs'. Keperluan asas manusia termasuklah makanan, air, suhu tertentu dan rehat. Sebagai contoh, jika seseorang ingin menguruskan emosi sendiri dengan baik, dia memang perlu makan dengan seimbang, minum dengan cukup, mengamalkan suhu badan yang sepatutnya dan berehat semasa berasa letih. Hal ini demikian kerana tanpa keperluan asas ini, kesihatan seseorang akan dijejaskan. Oleh itu, emosi seseorang itu akan tidak stabil dan seterusnya pengurusan emosi juga tidak dapat dijalankan dengan efektif. Selain itu, keselamatan seseorang juga sangat penting. Tanpa keselamatan, semua perkara tidak dapat dijalankan seperti biasa atau tidak dapat mengikut apa yang dirancangkan. Sebagai contohnya, jika kes penculikan berlaku di dalam sekolah kerana tiada penjaga yang mengamalkan keselamatan di dalam kawasan sekolah, memang semua ibu bapa pelajar berasa risau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Hal ini demikian akan menyebabkan banyak pelajar tidak dapat belajar seperti biasa. Keputusan mereka sama ada dalam bidang akademik dan kokurukulum akan turun. Kerja ibu bapa mereka juga akan dijejaskan kerana ibu bapa mereka tidak dapat memberi perhatian semasa berkerja.
Selain itu, satu lagi teori yang saya belajar dalam kuliah ini adalah Teori James-Lang. Teori ini telah dicadangkan oleh Willian James pada tahun 1884 dan disokongkan oleh Carl Lange pada tahun 1887. Tambahan lagi, teori ini merupakan teori psikologi yang paling lama. Teori ini mengatakan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita ternampak harimau, perubahan aktiviti fisiologikal dalam badan kita bermula. Antara perubahannya termasuklah denyutan hati bertambah dan pelbagai jenis hormon yang berkaitan juga akan terlepas ke organ badan kita. Hal ini demikian telah menyebabkan emosi takut dilahirkan. Malangnya teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan: penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berdasarkan rangsangan sangat lambat, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Jadi, Teori Cannon-Bard telah dilahirkan. Mengikut teori ini, rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori fisiobiologikal yang diulaskan oleh Jack Panksepp (1982, 1992) mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu ketakutan, kemarahan, kecemasam, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi ini boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Namun begitu teorinya ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Secara kesimpulannya, emosi adalah sesuatu yang sangat istimewa dan terdapat ikatan tertentu antara emosi dengan reaksi badan kita sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Tambahan lagi, emosi juga boleh memotivasikan kami dalam keadaan tertentu.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment