Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan seperjuangan sekalian dan tidak lupa juga kepada pensyarah yang dikasihi iaitu Dr. Zamri. Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi dalam keadaan sihat walafiat dan masih gagah untuk meneruskan perjalanan hidup ini sebagai seorang hamba Allah swt, seorang anak kepada ibu bapa saya dan pelajar kepada pensyarah-pensyarah saya. Tidak mahu panjangkan cerita lagi, saya ingin teruskan dengan penulisan jurnal saya ini. Kuliah pada hari ini adalah bertajuk Emosi dan Motivasi. Kuliah ini disertakan dengan video yang sangat menyentuh hati. Tiada kuiz diadakan kerana kesuntukan masa. Hal ini disebabkan oleh Dr. Zamri sendiri dimana beliau menghadiri ke kuliah agak lewat kerana kesesakan lalu lintas. Baiklah, pelajaran yang saya dapat hari ini adalah pengertian emosi. Kedua, hubungan antara emosi dengan motivasi. Emosi adalah sesuatu respon ( fikiran atau perasaan) terhadap sesuatu peransang yang menyebabkan perubahan fisiologi pada diri seseorang. Emosi ini boleh dibahagikan kepada emosi positif seperti gembira, bahagia, sayang, dan cinta atau pun emosi negatif seperti sedih,marah dan malu. Motivasi pula bermakna sesuatu yang mempengaruhi, menggerak, dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negative atau positif. Terdapat empat komponen dalam perkataan emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Namun begitu, emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi kerana emosi sendiri boleh menjadi sebagai motivasi kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dan motivasi itu pun boleh bertukar menjadi emosional. Contoh yang boleh saya bagi adalah berkenaan dengan motif pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Pembunuhan keatasnya adalah disebabkan oleh konflik perniagaan yang membawa kepada emosi marah, geram, dan dendam. Emosi-emosi negatif inilah yang mendorong dan menggerakkan seorang pembunuh itu untuk bertindak membunuh Datuk Sosilawati Lawiya. Selain itu, emosi positif seperti cinta juga dapat mempengaruhi seseorang itu untuk bertindak melakukan sesuatu. Contohnya, sekiranya saya merindui kucing saya di kampung, saya akan mengambil telefon bimbit saya dan melihat aksi-aksi dan gelagat kucing-kucing saya dalam video yang telah saya rakamkan ketika saya di kampung dulu. Tindakan ini dapat membantu saya untuk melepaskan rindu saya pada kucing-kucing saya. Namun begitu, tidak semua pendorong adalah berasaskan dari emosi. Ada yang mendorong seseorang untulk bertindak adalah disebabkan keadaan sekeliling. Mungkin bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang susah akan lebih terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Bagi golongan seperti ini, kejayaan mampu memberi kesenangan dan kebahagiaan buat diri dan keluarganya. Saya teringat akan nasib ayah saya dan keluarganya sebelum dia mula berumah tangga. Ayah saya datang dari keluarga yang susah. Maka segala benda sukar baginya untuk dicapai. Mungkin anda semua boleh bayangkan bagaimana kehidupan orang yang susah dan hidup dalam kemiskinan. Kalau tiap-tiap hari ikan masin dan nasi campur kicap, telur mata lembu pun perlu dibahagi empat adik beradik apatah lagi kalau mahu bercakap tentang perbelanjaannya untuk sekolah. Sewaktu ayah saya dalam zaman persekolahan, sukar baginya untuk menuntut ilmu kerana masalah kewangan. Untungnya ada abang sulung yang sanggup berkorban untuk membiayai persekolahan ayah saya sampailah ayah saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Kini, ayah saya pun telah menjadi seorang pensyarah yang berjaya.Walaupun sangat sedih dan pilu apabila ayah saya menceritakannya kepada saya, cerita inilah, keadaan seperti inilah yang mendorong saya juga untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh ayah saya juga telah memotivasikan saya untuk mencari kejayaan dalam hidup ini. Dalam kuliah hari ini, Dr. Zamri telah menerangkan tentang Teori James Lange. Teori ini menunjukkan hubungkait antara peransang (stimulus) yang menjadikan seseorang itu mengalami perubahan fisiologi dan kebangkitan dan terus kepada perubahan emosi. Contohnya, seorang gadis ternampak seorang lelaki misteri di kawasan letak kereta. Lalu si gadis itu lari dan membuatkannya menjadi lebih takut. Manakala Teori Cannon's Challenge pula berkata, kesedaran emosi dan perubahan kesedaran fisiologi berlaku dengan serentak setelah mendapat peransang. Saya juga ada belajar mengenai kebangkitan (arousal) dimana ia melibatkan perubahan riak wajah dan perubahan badan, otak, perasaan, dan keupayaan terhadap sesuatu tindakan. Hal ini bermaksud emosi boleh bertindak sebagai respon badan terhadap sesuatu kejadian dan menjadi satu alat untuk berkomunikasi dengan orang lain. Emosi menyebabkan kita bergerak, mengambil keputusan atau tindakan, dan mengadaptasikan diri dengan persekitaran. Arousal adalah keadaan psikologi dan fisiologi untuk sentiasa dalam keadaan sedar. Abraham Maslow berpendapat motif terbahagi kepada beberapa tingkat bermula dari keperluan asas ke keperluan psikologi hinggalah ke keperluan untuk kepuasan. Keperluan asas merangkumi fisiologi (makan,minum, dan rehat) serta keselematan( jagaan dan keselamatan). Keperluan asas ini amat penting kerana tanpa keperluan asas ini, kita tidak mampu untuk bertahan sepanjang kehidupan ini. Kita perlu menjaga makan dan minum kita. Maksud saya, kita haruslah mengambil pemakanan yang seimbang,minum yang cukup dengan sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral sehari. Selain itu, kita perlu menggunakan masa untuk tidur yang secukupnya. Tidurlah mengikut waktu yang betul. Rehat dan makan yang secukupnya dapat member tenaga untuk kita dalam melakukan kerja seharian. Saya sebagai seorang pelajar akan memastikan bahawa diri saya telah mengambil makanan yang secukupnya dan seimbang serta tidur yang cukup supaya diri saya ada tenaga untuk belajar dan mengelak diri dari tertidur sewaktu kuliah. Keperluan psikologikal pula terbahagi kepada rasa kepunyaan dan kasih sayang. Ertinya, seseorang merasakan dia memerlukan seorang kawan dan mungkin juga ingin mencintai dan dicintai. Saya juga akan pastikan bahawa saya mempunyai hubungan yang erat dan baik antara saya dengan rakan-rakan saya. Saya akan menyayangi dan menjaga rakan-rakan yang saya kenal. Satu lagi adalah keyakinan diri seperti mencapai kejayaan atau kemajuan. Kejayaan amat penting bagi saya kerana kejayaan menentukan samaada kita belajar atau tidak. Maksud saya, tidak semestinya untuk mencapai kejayaan, kita perlulah mendapat segulung ijazah. Apa yang dimaksudkan adalah cara kita aplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan seharian dan bagaimana tindakan kita itu memberi kesan dari semua aspek. Kejayaan bagi saya bermaksud ,bagaimana kita belajar dari kesilapan. Kita tahu di mana silap kita dan cuba untuk memperbaikinya. Itulah kejayaan. Bak kata pepatah, sekiranya hari ini hari yang baik, jadikan esok pula hari yang lebih baik dari hari ini'. Bermakna, mestilah melakukan perubahan, kebaikan dan kejayaan. Bukannya, menunggu kita tamat pengajian selama 5 tahun dan mendapat segulung ijazah baru dikira mencapai kejayaan.Impaknya,apabila berjaya, seorang individu itu akan berasa lebih yakin terhadap kemampuan diri sendiri dan akan cuba yang terbaik lagi Bagi kerperluan untuk kepuasan pula, seseorang itu akan melakukan apa-apa perkara saja bagi memuaskan hatinya. Contohnya,sekiranya seseorang itu mahukan keseronokan seperti pergi membeli-belah atau melancong, si dia akan mendapat kepuasan. Kesimpulan dari apa yang telah saya pelajari, emosi terbahagi kepada emosi positif dan emosi negatif. Terdapat empat komponen yang menerangkan emosi ini. Emosi juga dapat dikaitkan dengan motivasi. Motivasi adalah pendorong kepada seorang individu untuk bertindak. Maka, emosi menerangkan kebangkitan seseorang. Manakala, motivasi menerangkan tindakan seseoranng. |
Wednesday, August 17, 2011
A131850 Nurul Zahirah Binti Zainal LJ04 Emosi dan Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment