Wednesday, August 17, 2011

A131960 AHMAD AFIF BIN AZZERI EMOSI DAN MOTIVASI BERSAMA MANUSIA

Assalamualaikum, salam palestin, serta salam kamunting. Pada 17/8/11 memandangkan dr zamri datang agak lambat, maka kami diberikan tugasan untuk membincangkan mengenai tajuk kumpulan yang bakal kami  lakukan untuk kajian yang bakal kami lakukan nanti. Kami telah diberi maklumat secara ringkas mengenai kajian tersebut.

Sesudah dr zamri hadir ke kuliah, maka kami semua yang sebelum ini berada dalam kelompok-kelompok kumpulan kecil bersurai untuk memberikan perhatian kepada kuliah yang kami akan dengar daripada dr zamri. Dr zamri pada mula kuliah ini telah menerangkan lagi tentang tajuk-tajuk kajian yang kami akan lakukan ini. Cadangan-cadangan tajuk-tajuk yang diberikan adalah seperti persepsi pelajar-pelajar perubatan terhadap emosi, pendapat pakar psikologi dan lain-lain lagi. Kami kemudian di arahkan untuk mengisi borang mengisi mengenai tajuk kajian yang akan kami lakukan nanti. Kami diberikan lagi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk mengisi borang pendaftaran kumpulan secara padat.


Maka pada pukul 3.40 petang, dr. Pon mula memulakan kuliahnya yang bertajuk emosi dan motivasi. Dr. Mengulas balik berkenaan dengan emosi dan motivasi kerana berliau menyatakan bahawa kuliah ini pernah disentuh dahulu. Seperti biasa, dr melakunkan  bagaimana emosi-emosi adalah berdasarkan perasaan-perasaan tertentu seperti kita gembira kerana kita sayang seseorang, dan kita melahirkan perasaan marah dan tidak suka kerana perasaan benci yang kita ada terhadap seseorang itu. Misalnya saya juga pernah marah kepada seseorang kerana perasaan benci saya kepada dia kerana dia membuatkan saya malu.


Jadi dalam  kuliah ini, kami deberikan pendedahan bagaimana emosi boleh menjadikan sesuatu motivasi pada diri. Motivasi bermaksud factor-faktor luaran dan dalaman yang mebuatkan seseorang mempunyai tingkahlaku tertentu.selain itu, konsep-konsep  yang boleh diaktikan dengan motivasi adalah 'drive' dan 'incentif'. Antara lainnya adalah, konsep-konsep seperti 'instinct' iaitu motif adalah semulajadi dan 'arausal' adalah bermaksud kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum. Melalui pengalaman, saya pernah mendapat motivasi hanya daripada semangat-semangat yang 'arose' ataupun datang dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu. Seperti yang kita tahu, kita perlu mememuhi tuntutan-tuntutan manusia yang memang ada secara syariatullah ataupun perkara yang telah ditetapkan secara saintifiknya oleh Allah. Dr. Mengerangkan berkenaan dengan 'self-fulufilment needs', 'psychological needs', 'basic needs' yang memang ada dalam diri setiap insane dan perkara-perkara ini memang secara normal nya perlu depenuhi oleh setiap manusia untuk merasai dan mecari makna kehidupan. Dr. Juga ada menerangkan mengenai hubungan emosi dan motivasi , dimana emosi menerangkan tentang 'arousal' iaitu kebangkitan dan motivasi menerangka tentang 'action' atau tindakan kita terhadap emosi tersebut. Jadi sebenarnya emosi dan motivasi ini, memang tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu kerana dua perkara ini saling berkaitan antara satu sama lain. Satu tokoh insan yang mempunyai emosi yang sangat stabil dan seterusnya menghasilkan satu aksi atau tindakan yang amat hebat yang dapat saya bawakan di sini adalah Muhammad bin Abdullah ataupun Rasulullah SAW. Jika kita mengkaji sirah Rasulullah iaitu bagaimana cara dan gaya hidup Rasulullah yang hebat kerana baginda di tarbiyyah sendiri oleh Allah SWT. Maka segala tindak tanduk baginda adalah perkara yang patut semua manusia bukan sahaja umat Islam contohi, kerana itulah semua wajar contohi baginda.


Selepas diberikan beberapa minit rehat oleh dr, kami diperdengar lagu yang didendangkan oleh Halim Yazid bertajuk Bangkit asal. Maka lirik lagu tersebut memang meningkatkan motivasi mereka yang memahaminya kerana lagu tersebut didendangkan dalam loghat Kelantan. Namun, dr menunjukkan kepada kami lirik lagu nya supaya kami bagi yang tidak memahami lagu ini dapat faham akan apa yang ingin disampaikan oleh Halim Yazid. Lagu ini sudah lama di hasilkan dan ada seorang rakan saya menyatakan bahawa dia dahulu mendapat motivasi apabila dia diperdengar lagu ini semasa dia kecil dahulu. Seperti saya, saya mendapat motivasi jikalau spesifik kepada lagu, maka lagu yang menaikkan semangat saya menyebabkan saya yang ketika itu dalam keadaan tertekan menjadi gembira dan bersemangat adalah lagu-lagu yang berkaitan dengan Palestine dan umat-umat Islam yang ditindas di seantero dunia. Jika kita mengkaji juga sejarah peperangan-peperangan yang berlaku contohnya ketika salahaddin al-ayyoubi ketika menawan Palestine kembali dan bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh yang menawan konstantinople memerlukan motivasi yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan tentera-tentera secar fizikalnya tampak hebat dari segi peralatan peperangan, bilangan tentera dan sebagainya. Jadi antara cara yang telah dilakukan oleh salahddin al-ayoubi dan sultan Muhammad Al-fateh adalah dengan mendedangkan nasyid-nasyid yang meningkatkan motivasi-motivasi para tentera Islam yang ketika itu mempunyai emosi yang bercampur baur antara negative dan positif.

Kuliah kemudian diteruskan dengan tajuk yang kedua iaitu berkenaan dengan physiological, cognitive dan psychoanalytical. Dr menerangakn tentang common-sense theory yang mana berbeza dengan James-Lange theory dimana  emosi dan reaksi yang dimanfestasi oleh diri. Cannon-Bard theory pula mengkritik James-Lange theory dimana Walter Cannon menerangkan akan emosi tidak boleh berlaku selepas reaksi tubuh kerana perkara itu bertentangan dengan cara tubuh badan berfungsi secara normal. Cannon-bard theory memberikan contoh seperti apabila kita melihat labah-labah, maka kita akan takut, baru kita akan ada tindakan dalaman yang menyebabkan kita ingin lari dari tempat itu. Kemudian, dr menerangkan mengenai psychobiological theory dimana Jack Panksepp menyatakan bahawa ada 4 emosi asas iaitu takut, geram, panic dan pejangkaan. Beliau menyatakan secara saintifik berkenaan dengan perkara ini, dimana emosi –emosi asas tersebut terjadi kerana system-sistem saraf yang menyebabkan adanya impulse-impulse yang dihasilkan supaya ianya dapat dihantar kepada otak manusia untuk menjadikan sesuatu emosi.  Magda Arnold dan james Averill mengkritik thory yang dibawa oleh jack. Dr akhirnya menambah theory yang seterusnya yang dicadangkan oleh schachter yang dinamakan cognitive theory. Beliau menyatakan akan satu situasi yang dialami manusia mempunyai berlainan reaksi terhadap emosi-emosi tertentu. Schachter's cognitive labelling menerangkan, bahawa, satu perkara, atau situasi menerangkan reaksi yang berlainan dari sudut tahap-tahap emosi tersebut. Contohnya, saya apabila mendapat ipad daripada seseorang secara tiba-tiba pasti akan melonjak kegembiraan dengan teramat sangat namun ada yang bila mendapat ipad, mereka tidaklah segembira bagaimana saya rasa. Misattribution pula bermaksud kesilapan dalam tanggapan. Misalnya seperti dr terangkan perempuan apabila mereka monyok atau sedih atau dalam keadaan emosi yang tidak stabil, kita terus menganggap ianya kerana haid yang wanita itu rasai, tetapi sebenarnya kita selalu silap dalam hal itu. Kami juga telah didedahkan mengenai transfer of excitation dimana dr menyatakan bahawa pelajar sukar untuk membezakan antara perkara ini dan miscommunication. Transfer of excitation bermaksud pindahan emosi. Misalnya saya merasa marah apabila berada di makmal kerana dimarah oleh pensyarah akibat daripada tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Maka marah itu saya masih bawa ke kuliah menyebabkan saya tidak melayan sesiapa dalam kuliah itu dan saya tidak dapat fokus kepada pelajaran yang diberikan kerana memikirkan perkara yang saya marah tadi. Akhir sekali, dr memberhentikan kuliah kerana banyak lagi yang perlu di pelajari dan dr tangguh ke minggu hadapan. insyaAllah, minggu hadapan bersama dengan jurnal yang baru pula. Wallhua'alam.

No comments:

Post a Comment