Wednesday, August 17, 2011

A132035 Nurashidah bt Musa LJ04 -Terus Bersemangat !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini merupakan kali keempat saya melakukan jurnal dalam subjek pengurusan emosi. Jurnal kali ini merangkumi dua topik iaitu emosi dan motivasi dan topik  FKP. Sebelum bermulanya pengajaran,Dr Zamri telah memberi penjelasan mengenai tugasan berkumpulan yang perlu dilakukan oleh semua pelajar. Tugasan berkumpulan pada semester ini memerlukan seramai 10 orang ahli dan dikehendaki memilih tajuk yang bersesuaian melalui perbincangan bersama ahli – ahli kumpulan yang lain.  
Topik kali ini menyentuh kepada motivasi. Motivasi merupakan aspek tingkah laku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Bagaimana kita ingin menjadi seorang yang sentiasa bermotivasi ? Pada saya kita perlu mempunyai semangat yang tinggi,sentiasa yakin kepada diri sendiri, dan tidak mudah berputus asa dalam apa jua perkara yang mendatang kepada kita. Motivasi merupakan perkara penting untuk meletakkan seseorang dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang yang tidak mempunyai motivasi diri pasti menggangap kelemahan yang terdapat pada dirinya merupakan jurang besar untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Tetapi sebaliknya jika dia percaya kepada dirinya, pasti dia boleh mengetepikan kelemahan diri dan menyahut segala cabaran meskipun sukar. Saya pasti,antara kita pernah menghadiri mahupun mendengar ceramah – ceramah motivasi diri. Kebiasaannya huraian di dalam ceramah motivasi lebih menekankan kepada aspek pembangunan diri dengan mengaitkan nilai – nilai yang perlu kita ambil sepanjang perjalanan hidup. Antara nilai yang perlu ada dalam diri kita adalah menjadi seorang yang jujur,bertanggungjawab,berwawasan,berdisiplin,bekerjasama,adil dan prihatin.
Terdapat tiga konsep motivasi yang telah saya pelajari iaitu pertama motivasi.Konsep ini menekankan kepada faktor – faktor luaran yang dapat menentukan tindakan seseorang. Contohnya, apabila kita melihat keadaan mereka yang dalam serba kekurangan akan menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Dan bertitik tolak daripada situ,kita akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri selain membantu mereka yang kurang berkemampuan. Konsep kedua merupakan drive dimana motivasi ini datang daripada desakan dalaman. Dan konsep ketiga menyentuh kepada insentif di mana terdapat matlamat luaran yang menolak atau menarik sesuatu kencederungan untuk bertindak.
Bagaimana untuk menjadi seorang yang terus bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian ? Pada pendapat saya, pertama sekali kita mesti percaya kepada diri sendiri yang bahawa kita boleh melakukan perkara – perkara yang  mungkin pada orang lain ianya merupakan suatu yang mustahil. Ini mungkin dapat dikaitkan dengan elemen di dalam konsep motivasi itu sendiri iaitu ' drive' di mana seseorang akan menjadi bermotivasi atas desakan dalaman.Dan dalam Islam sendiri,solat merupakan motivasi yang terbaik yang mengajarkan kepada pelbagai nilai untuk diaplikasikan melalui aspek kehidupan. Cara kedua yang saya rasa membantu saya untuk menjadi seorang yang bermotivasi adalah dengan membaca artikel – artikel berinspirasi yang terdapat di pelbagai laman web contohnya di laman web iluvislam.com sendiri. Cara ketiga, melalui pembacaan buku – buku mahupun majalah – majalah motivasi. Saya sendiri suka membaca mutiara kata untuk menaikkan semangat saya sebelum menempuh hari – hari yang mencabar. Untuk menjadi seorang yang  bermotivasi juga,memerlukan kita melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh – sungguh dan memberikan yang terbaik.Memetik kata – kata daripada Khalifah Ali bin Abu Talib
" Do for this life as if you live forever,do for the afterlife as if you die tomorrow. "
Saya juga turut mempelajari teori yang dikemukakan oleh Maslow's Hierarchy of needs yang menggambarkan piramid keperluan manusia. Nyata kita sebagai seorang manusia perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu selain memenuhi keperluan keselamatan dan  lain – lain.Jika kita tidak memenuhi keperluan asas ini terlebih dahulu sudah tentu  hilang keseimbangan pada tapak asas piramid ini. Dr Zamri turut memperingatkan kepada kami bahawa  aspek emosi  menekankan kepada kebangkitan (arousal) dan motivasi menekankan kepada tindakan seterusnya.Saya juga berpeluang menonton dan mendengar lagu Halim Yazid yang bertajuk Balik Asal. Melalui lagu ini, ianya berkisar kepada kesusahan yang di alami sewaktu zaman beliau meningkat remaja dahulu. Melalui situasi di dalam lagu tersebut,menjadikan saya seorang yang bersyukur  dengan kehidupan yang di alami sekarang dan dahulu. Namun saya juga percaya,untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu merasai nikmat kesusahan itu dahulu supaya kita dapat merasai nikmat kesenangan di kemudian hari. Kerana melalui kesusahan itu,kita akan menghargai setiap peluang yang hadir di waktu kita senang.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai teori – teori FKP.Teori fisiologikal mengemukakan 3 perkara antaranya ialah James Lange Theory, dan Cannon Bard Theory. Di dalam James Lange Theory,teori ini mengemukakan mengenai turutan yang berlaku dalam diri seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.Secara kesimpulannya saya boleh nyatakan seperti
          Situasi -----> Reaksi Tubuh -----> Emosi
Tetapi teori ini bertentangan dengan common  sense theory yang menyatakan emosi dieskpreskan terlebih dahulu sebelum reaksi tubuh.
         Situasi  ------> Emosi -------->  Reaksi Tubuh
Seterusnya menyentuh kepada teori Cannon Bard Theory yang mempunyai kritikan kepada teori yang sebelumnya dimana dikatakan bahawa sistem organ meransang respons kepada sesuatu emosi secara perlahan dan rangsangan emosi adalah lebih laju berbanding reaksi tubuh.
    Situasi  ------> Emosi -------->  Reaksi Tubuh
Suatu teori yang dikemukakan iaitu teori Schacter mengatakan bahawa  terdapat penilaian kognitif  iaitu dimana minda manusia akan berfikir sebelum mengekspresikan emosi.Penilaian kognitif ini berlaku secara langsung bersama reaksi tubuh.
Situasi -------> Reaksi Tubuh  + Penilaian kognitif ------> Emosi

Seterusnya,saya ingin menyentuh kepada Misattribution di mana kaitan ini adalah menyentuh mengenai soal wanita. Misattribution dikatakan berlaku apabila jika seseorang wanita itu mengalami masalah emosi ataupun dari segi aspek lain ianya dikaitkan dengan premenstrual syndrome ataupun secara khususnya perubahan dari segi psikologi,fisiologi wanita sebelum mengalami  menstruasi. Sudah tentu, ianya tidak semestinya benar,kerana mungkin wanita tersebut sedang mengalami masalah  yang mendorong dia bersikap sedemikian. 
Misattribution adalah sangat berbeza berbanding dengan transfer of excitation. Transfer of excitation merupakan perubahan emosi yang berlaku kepada seseorang daripada suatu keadaan kepada keadaan lain. Satu contoh,saya pasti keadaan ini sangat sinonim dengan anak kecil yang sedang menangis tiba – tiba bertukar menjadi gembira setelah mendapatkan sesuatu yang mereka pinta. Contoh lain,adalah melalui pengalaman saya sendiri,apabila dimarahi oleh rakan mungkin kerana bukan atas sebab yang saya lakukan akan tetapi marahnya kerana perkara lain.Disebabkan masa yang salah untuk berkata – kata,saya turut terkena tempias daripada marahnya tadi. Perkara ini sering berlaku, terutama apabila stress mula terasa dan kita akan lebih mudah mengekspresikan perasaan yang kita pendam.  Jawapan yang terbaik kepada perkara ini adalah untuk menunggu masa yang sesuai untuk memulakan bicara.
Akhir kata, kita mesti bangkit daripada emosi – emosi yang membawa kita berasa lemah dan terus bersemangat dengan sentiasa memotivasikan diri. Jangan pernah kenal erti putus asa dalam kehidupan walaupun payah mana cabaran tersebut ! Sekian.

No comments:

Post a Comment