Emosi Dan Motivasi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca jurnal tulisan seorang hamba Allah yang tidaklah pandai sangat mengarang jurnal ini. Alhamdulillah, pada tugasan jurnal kali ini, saya cuba untuk buat jurnal ini pada petang selepas kuliah 17 Ogos 2011. Saya rancang untuk mencuba siapkan jurnal ini pada petang itu juga tapi malangnya, saya tidak mampu siapkannya juga kerana terdapat halangan-halangan yang melintang. Antaranya, selepas kuliah, saya ke bazaar bersama rakan saya, saya plan untuk pergi kejap sahaja tetapi jalan yang sesak menjadikannaya satu halangan untuk saya cepat balik ke kolej saya iaitu Kolej Tun Syed Nasir yang juga dikenali sebagai KTSN. Saya sampai ke kolej pada pukul 6 setengah petang. Oleh hal demikianlah menjadi penyebab saya tidak sempat untuk siapkan jurnal pada petang itu. Di samping itu, kebiasaannya, saya memerlukan dua jam setengah untuk menyiapkan jurnal yang mempunyai seribu lebih perkataan. Jurnal yang tidak dapat saya siapkan ini menyebabkan saya menjadi stress kerana banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu saya siap seperti Problem Based Learning (PBL), tugasan Personal and Professional Development (PPD), Program Ihya' Ramadhan dan nota-nota kuliah lain yang tidak sempat say abaca dimana sekarang saya dah ketinggalan tujuh nota kuliah yang perlu saya baca dan faham dalam masa yang singkat. Kerja yang banyak sememangnya membuatkan saya rasa tertekan dan produktiviti kerja pun berkurangan kerana terpaksa melakukan pelbagai kerja dalam masa yang singkat.
Namun begitu, untuk saya rasa tidak membuang masa bagi menulis jurnal, saya cuba berfikiran positif dengan menganggap ruangan masa untuk menulis jurnal ini sebagai tempat untuk saya meluahkan perasaan saya selain ibu dan rakan taulan saya. Berbalik kepada cerita tentang kuliah pada hari ini, saya memasuki dewan lewat pada hari ini iaitu pada pukul 2.10 petang. Kenapa saya lambat pada kali ini? Kerana saya terpaksa menghadiri mesyuarat dengan subprogram ihya' Ramadhan iaitu sukan dan rekreasi. Disebabkan mesyuarat tersebut habis lewat, maka saya pun masuk kuliah lewat. Setibanya di dewan kuliah, saya kehairanan kerana tidak nampak kehadiran Dr. Zamri di rostrum di depan dewan kuliah 1 dan jika Dr. Zamri tidak kelihatan pun, biasanya ada paparan-paparan yang menarik dari Dr. Zamri, tetapi kali ini tiada. Di dalam hati saya terdetik, adakah kuliah pada petang ini dibatalkan. Namun, setelah 10 minit kemutian, Yun, Timbalan Ketua Badan Bertindak Akademik (BBA) tampil kehadapan dan menaip satu pengumuman di mana Dr. Zamri akan lewat sampai sedikit dan sementara menunggu Dr. Zamri sampai, kami diberi tugas untuk berkumpul mengikut kumpulan kami bagi membincangkan topic apakah yang akan kami pilih untukmelaksanakan tugasan 2 bagi kursus ZT ini.
Setelah berbincang, dalam kumpulan saya iaitu kumpulan 15, kami bersetuju untuk memilih tajuk persembahan kami mengenai pengurusan emosi bagi atlit di mana mereka terpaksa focus dalam dua bidang dalam satu-satu masa iaitu sukan yang mereka ceburi serta pelajaran. Hampir 15 minit kemudian, Dr. Zamri akhirnya sampai, malangnya, beliau tidak sempat untuk menayangkan video atau apa-apa persembahan yang menarik seperti mana pada minggu-minggu sebelum ini. Dr. Zamri memulakan kuliah pada hari ini dengan mengajar kami cari untuk mendaftar kumpulan bagi tugasan 2 ZT. Ketika Dr. Zamri menerangkan hal tersebut, saya tidak mampu focus kerana mata saya asyik tertutup oleh kerana badan saya yang penat.
Saya hanya mampu mula focus ketika kuliah yang sebenar bermula iaitu kuliah yang bertajuk emosi dan motivasi. Jadi, apakah tujuan kami untuk belajar emosi dan motivasi ini? Ianya adalah untuk mengetahui apakah maksud sebenar erti kata motivasi yang sering kita dengar dalam sedekad ini. Sedangkan makna emosi sudah pun di sentuh pada kuliah pengenalan pengurusan emosi. Satu lagi tujuan kuliah ini adalah untuk mengetahui hubungan di antara motivasi dan emosi. Bagi tujuan untuk mengulangkaji, marilah saya terangkan kembali apakah definisi emosi. Emosi adalah keefektifan sesuatu rasa sama ada ianya positif mahupun negative dan emosi tidak akan pernah ada yang neutral. Manakala motivasi pula didefinasikan sebagai satu pemikiran secara umum mengenai arah tuju dan aspek pemberian tenaga untuk tingkah laku. Emosi pula mempunyai empat komponen iaitu, perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.
Menurut pakar yang bernama Lange, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku. Namun begitu, tidak semua keadaan di mana emosi boleh menjadi pendorong atau 'motivator' dan tidak semua pendorong berasaskan emosi. Sebagai contoh untuk teori James-Lange, seorang perempuan merasa bahawa dia diekori oleh seseorang lelaki yang asing yakni yang tidak dikenali. Hal ini menyebabkan kebangkitan fisiologi yang boleh menyebabkan perubahan tingkah lakunya. Hal ini kemudiannya akan menyebabkan perempuan itu mula merasa takut. Di dalam keadaan kebangkitan, terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang, contohnya perubahan muka di mana muka yang tenang menjadi muka yang bimbang, perubahan tubuh badan seperti terketar-ketar kerana ketakutan, perasaan yang subjektif dan sebagainya. Sebenarnya, emosi merupakan satu tindakbalas untuk penyesuaian diri seseorang dan hal ini akan membantu seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling. Emosi juga mampu bertindak sebagai satu mekanisme untuk seseorang bersedia untuk bertindak untuk melakukan sesuatu sama ada melawan atau melarikan diri.
Manakala untuk motivasi, Mook, seorang pakar, ada menyatakan bahawa motivasi akan membuat seseorang itu melakukan sesuatu perkara berbanding perkara lain. Terdapat pelbagai konsep dan teori yang berkaitan dengan motivasi, salah satunya ialah faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran yang menyebabkan seseorang itu akan terdorong untuk melakukan sesuatu. Satu lagi konsep ialah konsep pembawaan iaitu keadaan dalaman dan ransangan yang mengaktifkan perilaku untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan homeostasis. Manakala, konsep intensif pula berlawanan dengan konsep pembawaan di mana konseo ini mengatakan matlamat luaran yang akan menarik atau menolak sesuatu perilaku atau perangai.
Selain daripada itu, kita ada juga mempunyai teori kebangkitan. Kebangkitan adalah satu keadaan yang sedar dari segi fisiologikal dan psikologikal. Dikatakan juga manusia akan secara automatik bermotivasi untuk mengekalkan tahap kebangkitan pada tahap yang optimum atau secukupnya, tidak lebih mahupun kurang. Jika kita perhatikan, motivasi sebenarnya berasal daripada perkataan motif. Terdapat satu teori mengenai motif yang dicadangkan oleh Abraham Maslow iaitu matif dibahagikan kepada empat 4 peringkat bermula dengan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan kepada memenuhi kehendak diri atau psikologikal. Secara kesimpulannya bagi hubungan emosi dan motivasi adalah, emosi akan menyebabkan kebangkitan manakala motivasi akan menyebabkan tindakan.
Itulah serba sedikit apa yang mampu saya utarakan kembali apa yang saya dapat pelajari ketika kuliah pada hari ini. Kuliah pada hari ini agak kurang menarik berbanding minggu-minggu lepas kerana Dr. Zamri tidak menunjukkan paparan yang menarik pada hari ini kecuali ketika kami rehat seketika di mana Dr. Zamri memainkan dikir barat 'Tentang Ambo' yang mana lagu inimenceritakan seorang anak muda dari keluarga yang sangat miskin belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti dan kemudiannya berjaya. Ketika dia belajar, dia menerima pelbagai dugaan sebagai seorang pelajar dari keluarga yang miskin. Dari situ, boleh la kita mengambil pengajaran dan membuatkan kita bersyukur dengan kesenangan yang kita kecapi sekarang dan perlu juga kita ingat kepada kawan-kawan kita yang berasal dari keluarga yang susah. Yang mana kita boleh Bantu, kita bantulah mereka supaya mereka mudah untuk belajar dan tidak rasa rendah diri sangat. Wallahu a'lam……..
No comments:
Post a Comment