Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Seperti biasa, sebagai tugasan pertama, kami telah diberi tugas untuk menyediakan jurnal pembelajaran setiap kali selepas kuliah dan oleh itu, saya telah menyediakan jurnal kelima dan terakhir bertajuk Teori Psikoanalitik dibawah Teori FKP dan kuliah baru yang bertajuk Personaliti dan jurnal saya bertajuk 'Personaliti Kendiri'. Jadi, seperti kebiasaannya, sebelum bermulanya kuliah, Dr Zamri akan menyediakan satu video untuk tatapan semua pelajar untuk diberi ulasan dalam tugasan satu iaitu penulisan jurnal. Video tersebut bertajuk 'If you're depressed'. Video yang ditayang oleh Doktor Zamri memberitahu kita bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita seperti dugaan dan juda kesusahan yang dihadapi. Video ini telah memberi rangsangan kepada saya supaya tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup setiap hari. Apabila berhadapan dengan masalah-masalah, kita harus berfikiran positif dan tenang untuk cuba menyelesaikannya. Tetapi, terdapat kelainan pada kuliah hari ini kerana terdapat beberapa tugasan perlu kami buat sebagai ulasan dalam jurnal. Tugasan-tugasan tersebut ialah ;
• Tugasan 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2 petang. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.
• Tugasan 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
• Tugasan 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Teori psikoanalitik telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud .Melalui teori ini beliau mengaitkan antara peranan minda bawah sedar dalam emosi.Berbeza dengan konsep-konsep teori sebelum ini; iaitu teori fisiologikal dan teori kognitif, Sigmund Freud menyatakan bahawa kebanyakan pengalaman emosi adalah disebabkan oleh proses-proses bawah sedar yang mana minda bawah sedar menurut teori ini merujuk kepada suatu kawasan personaliti yang mengandungi emosi, motif dan ingatan mengenai pengalaman lalu yang tidak disedari namun mempengaruhi perlakuan seseorang. Melalui teori ini. Freud secara tidak langsung menekankan bagaimana zaman kanak-kanak amat penting dan memberi kesan kepada perkembangan psikologi seseorang. Sebagai orang dewasa, kita mungkin tidak menyedari atau ingat tentang pengalaman zaman kanak-kanak kita, tetapi ia tetap merupakan sumber utama emosi dan motivasi. Freud juga telah membahagikan struktur psikik kepada tiga iaitu Id, Ego dan Superego.Id ialah sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia reality.Ini merupakan elemen psikik pertama yang dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi dan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku pada ketika usia bayi ini.Elemen psikik yang kedua pula ; ego, merujuk kepada rasa tanggungjawab dan pengawalan dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak persekitaran .Kehendak mula disesuaikan dengan etika dan kehendak masyarakat yang realistik. Tidak semua kehendak boleh dilakukan, dan terdapat cara-cara atau peraturan dalam melaksanakan kehendak. Seterusnya, superego merupakan sumber asal suara hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan yg baik dgn buruk. Elemen ini muncul apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Secara evolusi kanak-kanak akhirnya membina set piawai dalamannya sendiri. Freud percaya Id, ego dan superego mempunyai matlamat dan kaedah yg berbeza dan konflik yang timbul antara ketiga-tiga elemen ini akan membawa kepada kecelaruan mental.
Selepas itu, Dr. Zamri telah memaparkan sebuah klip video yang berkaitan dengan personaliti type A dan B kepada kami. Menurut video yang ditunjukkan itu, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai sifat seperti makan dengan terburu-buru, sentiasa bertindak dengan cepat, tidak sabar melakukan apa-apa perkara, bangun dengan awal, membuat segala perkara dengan secepat mungkin dan tanpa kesilapan. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainyakerana mereka selalu berada dalam keadaan yang risau dan tertekan. Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berlainan dengan personaliti jenis A. Personaliti jenis B adalah seseorang yang sentiasa tenang dan aman. Mereka suka melakukan aktiviti yang tenang, memandu dengan had laju yang ditetapkan dengan mematuhi undang-undang di jalan raya, makan dengan lambat, bersabar dan relax. Mereka hidup dengan lebih gembira dan selesa dan mereka tidak mudah berasa tekanan. Oleh itu, individu jenis ini tidak mudah menhgidapi penyakit-penyakit. Selepas melihat semua perwatakan ini, saya berpendapat bahawa saya sendiri berpesonaliti type A.
Kemudian , Dr.Zamri memulakan soal selidik MBTI dalam bentuk slide show. Setiap pelajar diminta menjawab soal selidik ini didalam sehelai kertas. Terdapat empat bentuk emosi dan setiap satu terdapat dua pilihan dan setiap pelajar dikehendaki memilih satu setiap pilihan yang diwakili oleh beberapa soalan. Ujian soal selidik ini mengkategorikan lapan karakter kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua karakter yang berlawanan.
• Kategori pertama(E/I) : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
• Kategori kedua(S/N) : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
• Kategori ketiga(T/F) : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
• Kategori keempat(J/P) : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
Jadi, melalui soal selidik ini, saya telah memperoleh I, S, F dan P. Mengikut nota http://www.personalitypage.com/html/high-level.html, ISFP menerangkan personaliti quiet, serious, sensitive and kind. Do not like conflict, and not likely to do things which may generate conflict. Loyal and faithful. Extremely well-developed senses, and aesthetic appreciation for beauty. Not interested in leading or controlling others. Flexible and open-minded. Likely to be original and creative. Enjoy the present moment.
Seterusnya ialah soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Melalui soal selidik ini, personaliti yang saya peroleh adalah agreeableness. Secara umumnya,penjelasan bagi kelima-lima trait personality adalah seperti berikut :
• Extraversion: Ini merangkumi karakteristik seperti bersosial, teruja, suka bercakap dan tinggi ekspressi emosi.
• Agreeableness: Dimensi personality ini meliputi ciri-ciri seperti kepercayaan, kebaikan, dan perlakuan-perlakuan prosocial lain.
• Conscientiousness: ciri biasa dalam dimensi personality ini meliputi tinggi tahap pemikiran, dengan kemahiran mengawal rangsangan, dan perlakuan yang berdasarkan gol atau sasaran. Sesiapa dengan jenis personality ini yang tinggi lazimnya lebih terorganisasi dan mempunyai minda yang terperinci.
• Neuroticism: Individu dengan trait ini cenderung untuk mengalami emosi yang tidak stabil, beremosi, senang merasa kurang senang dan sedih.
• Openness: Trait ini pula merangkumi imaginasi dan orang yang tinggi dengan trait personality jenis ini cenderung untuk mempunyai minat yang pelbagai.
No comments:
Post a Comment