Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah yang banyak bertungkus lumus dalam memberikan kuliah pengurusan emosi, Dr. Zamri, serta rakan – rakan perubatan yang dikasihi. Pada minggu ini adalah merupakan jurnal terakhir yang telah ditugasi oleh kami. Dalam pembelajaran kami pada kali ini, terdapat sedikit perubahan yang telah dilakukan oleh Dr. Zamri. Iaitu pada kali ini kami tidak lagi mendengar kuliah yang ditetapkan tapi kami telah diberikan beberapa soal selidik untuk memenuhi tuntutan kuliah pada minggu tersebut. Kuliah atau soal selidik yang telah diberikan adalah berkenaan dengan pengurusan emosi dan personality seseorang itu. Terdapat beberapa jenis soal selidik yang telah dilakukan pada kuliah kali ini adalah teori big five, MBTI serta jenis personaliti yang ada iaitu antara jenis A atau jenis B personaliti. Kami juga telah disuruh agar dapat membaca kembali teori psikoanalitik dan memahami teori tersebut kerana ianya mempunyai kaitan dengan emosi dan personaliti yang telah dipelajari pada minggu ini.
Di dalam teori psikoanalitik , apa yang saya dapat rungkaikan melalui pemahaman saya teori ini adalah mengenai tempat tidak sedar kita yang terdapat dalam otak manusia. Di situ terdapat juga peranan emosi dan juga memori mengenai kisah yang lepas atau pengalaman yang di alami. Namun begitu , dalam teori psikoanalitik ini emosi – emosi negative seperti marah , malu , takut dan banyak lagi yang menjadi penekanan apabila seseorang itu berada dalam keadaan paras tidak sedar. Sebagai contoh seseorang itu akan berasa gelisah atau risau tanpa sebab yang munasabah. Justeru disini berdasarkan pemahaman saya mengenai teori ini , teori ini sebenarnya banyak memainkan peranan apabila kita berada dalam keadaan tidak sedar dan juga emosi yang selalu terlibat pada ketika itu adalah emosi – emosi negatif.
Antara soal selidik yang saya lakukan pada minggu ini adalah mengenai jenis personaliti . terdapat 2 jenis personaliti yang telah saya lakukan dalam menentukan dimanakah terletaknya personaliti saya iaitu antara jenia A atau jenia B. Setelah melakukan soal selidik ini tidak dapat saya simpulkan dimanakah jenis personaliti yang bersesuaian kerana personality saya terletak didalam kedua – dua jenis personality tersebut. Namun akhirnya saya telah mengambil jenis personality yang paling banyak ditanda iaitu jenis personaliti B. Terdapat beberapa jenis kriteria yang terdapat dalam jenis B yang serba sedikit memenuhi personality serta sikap saya. Antaranya adalah penyabar , senang dalam setiap keadaan dan juga sangat bertenang. Terdapat juga banyak lagi ciri – ciri dalam personality jenis B ini , namun begitu tidak dapat saya nyatakan disini kerana kekurangan bahan rujukan. Walaubagaimana pun , terdapat banyak lagi contoh yang dapat dilihat di internet. Namun begitu , haruslah sentiasa kita ingat bahawa ujian personality ini tidaklah mempunyai kesahihan 100 peratus kerana ianya adalah ujian semata – mata. Ianya juga terletak kepada individu terbabit untuk mempercayai atau tidak personality tersebut.
Soal selidik kedua yang saya lakukan adalah MBTI. MBTI adalah merupakan ringkasan kepada 'cognitive style inhibitory'. Dalam soal selidik ini kami telah diberikan beberapa soalan untuk dijawab dan bagi tanda yang banyak huruf tersebut akan dipilih dan setelah itu diletakkan bersama dengan huruf – huruf lain yang telah dipilih setelah menjawab beberapa soalan. Terdapat 4 set soalan yang harus dijawab. Dalam set pertama diwakili oleh huruf E dan I , set kedua pula adalah huruf S dan N , dalam set ketiga pula diwakili oleh huruf F dan T serta set yang terakhir diwakili oleh huruf J dan P. Setiap huruf tersebut terdapat maksud – maksud yang tersendiri dan kita harus memilih salah satu huruf dari setiap set dan kumpulkan semua huruf yang telah diperolehi dan ianya membawa maksud yang tertentu. Setelah saya melakukan soal selidik ini , huruf yang telah saya dapat adalah INFJ. Maksud daripada huruf – huruf ini adalah membawa maksud pelindung atau 'the protector'. Dalam maksud pelindung ini juga telah diterangkan dengan lebih lanjut ini. Jika seseorang itu mewakili INFJ ianya lebih kepada faktor dalaman , idea dan tanda kepada sesuatu itu. Selalunya orang yang bersifat demikian amat mementingkan perasaan serta hubungan dengan orang lain dan juga lebih tepat dalam diri saya sendiri iaitu amat sukar untuk tidak menghiraukan perasaan orang lain. Selain daripada itu , orang yang bersifat pelindung ini juga amat berkait rapat dengan unsur spiritual atau keagamaan dan juga lebih berminat kepada perkembangan seseorang manusia itu. Jika kita dapat lihat sifat ini juga mewakili tenaga dalaman seseorang itu apabila ianya sering kali dijadikan pusat untuk mencurahkan idea serta perasaan seseorang itu.
Jika dapat kita lihat seperti yang telah ditulis oleh saya melalui rangkap diatas ianya sedikit sebanyak menyamai ciri – ciri yang terdapat dalam diri saya ini. Saya selalunya lebih kepada sifat dalaman berbanding dengan luaran. Dan saya juga kadangkala lebih mudah untuk menjadi pendengar berbanding mengutarakan sesuatu topic itu. Namun begitu , adalah bagus bagi saya jika mempunyai sikap yang demikian apabila menghadapi atau berdepan dengan perasaan orang lain atau masalah orang lain yang memerlukan perhatian saya untuk kadangkala menjadi tempat pada mereka untuk meluahkan perasaan. Walaubagaimanapun ianya tidaklah sesihat mana kerana sifat ini juga dapat menjadikan keadaan kita kepada pasig iaitu saya agak susah untuk mengutarakan sesuatu kerana kurangnya keyakinan dalam diri saya.
Sebelum bermulanya soal selidik yang ketiga, Dr. Zamri telah menayangkan satu video yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengenai teori 'big five'. Dalam video tersebut dapat saya simpulkan bahawa peredaran masa sentiasa mengajur kepada perubahan emosi manusia itu. Dan setiap manusia tidak pernah terlepas daripada emosi yang kadangkala telah menjadikan kita sebagai seorang manusia yang bersifat buruk. Dalam soal selidik kali ini terdapat lima set soalan yang setiap satunya mewakili huruf O , C , E , A dan N yang membawa maksud – maksud yang tertentu. Setelah saya melakukan soal selidik ini markah tertinggi daripada 5 set yang saya dapat adalah dalam set A. Huruf A mengambarkan maksud 'agreeableness'. Ianya di sifatkan sebagai seorang yang sesuai dijadikan sahabat. Ianya senang memberikan kerjasama dan juga sentiasa jujur dan sering membantu antara satu sama lain. Terdapat juga banyak lagi ciri – ciri yang dinyatakan namun begitu sebagai simpulnya adalah seseorang yang memiliki sifat ini amat sesuai dijadikan sahabat.
Kesimpulannya setiap ujian atau soal selidik yang kita jalankan hanyalah sekadar ujian semata – mata dan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar. Jika terdapatnya persamaan mungkinnya adalah suatu kebetulan sahaja. Ianya terpulang kepada individu masing – masing untuk mempercayai atau tidak soal selidik yang dijalankan. Akhir sekali,saya akhiri jurnal saya dengan ucapan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Sekian , terima kasih.
No comments:
Post a Comment