Pada minggu lepas hari terakhir kuliah sebelum aidilfitri menjelang tiba. Dr Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran sebaliknya hanya bermain kuiz santai . Mungkin kerana ingin meringankan bebanan pemikiran para pelajar sebelum bercuti raya. Di dalam dewan kuliah, kami bermain kuiz mengenai personality diri, jenis A ataupun jenis B. Aku sudah lama mengetahui tentang 2 jenis personality diri ini. Aku pernah membacanya di dalam artikel sebuah akhbar, jika aku tidak salah. Aku selalu menceritakan kepada orang lain. Oleh itu tidak lah mustahil untuk aku masih mengingat pembacaanku walaupun ianya sudah berlalu bertahun-tahun lamanya.
Sebelum memulakan kuiz tersebut, aku sudah mengetahui bahawasanya aku mempunyai personality jenis B. Namun memandangkan sudah lama aku meninggalkan kuiz personality diri, aku cuba menjawab sebaik mungkin kuiz yang Dr. Zamri utarakan di dalam dewan kuliah. Dan keputusannyannya tidak mengejutkan aku. Aku sudah yakin dan pasti bahawa personality diri aku adalah jenis B. sedikit sebanyak aku ingin berkongsi di sini, seseorang yang mempunyai personality jenis B akan menjalani kehidupan yang tenang, aman dan damai. Bukanlah aku mengatakan bahawa hanya orang yang mempunyai persoanliti jenis B akan mempunyai kehidupan yang bahagia tetapi risiko untuk menjalani penderitaan sama ada sedar ataupun tidak sedar dalam kehidupan ini adalah seseorang yang mempunyai personality jenis A.
Seseorang yang mempunyai personality jenis A adalah seorang yang sangat menepati masa, tidak fleksibel, sangat berdisiplin, bererak pantas melebihi kemampuan diri sendiri. Hal ini menyebabkan seseorang yang mempunyai personality jenis ini akan memberikan bebanan kepada jantung akibat tekanan yang sangat tinggidan boleh menyebabkan sakit jantung.
Matlamat yang ingin dicapai oleh kedua-dua personaliti ini adalah sama namun cara mereka adalah berbeza. Kebaikan mengetahui jenis personality masing-masing adalah agar mereka sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan juga dengan diri mereka sendiri agar mereka tidak melampaui batasan kemanusian dan hak badan serta emosi secara khususnya.
Aku menjangkakan aidilfitri tahun ini lebih bermakna berbanding yang sebelum-sebelumnya. Aku juga tidak tahu mengapa aku berperasaan sedemikian rupa tetapi itulah yang aku rasakan. DrZamri mengadakan sesi interaktif bersama pelajar tetapi aku tidak member tumpuan kepadanya. Bagaikan rohku sudah melayang pulang ke bilik untuk mengemaskan pakaian untuk siap sedia pulang ke kampung. Sudah tiga bulan aku tidak menjengah kampung halaman. Walaupun tiada ayam dan itik, suasana damai kampungku masih belum hilang dengan kerendangan pepohonan yang menghijau, angin bayu laut yang melambai-lambai di musim panas mahupun sejuk, kerinduan yang tidak tertahan membuatkan fikiranku jauh melayang.
Sebenarnya sewaktu di dalam kuliah, aku mempunyai sedikit konflik bersama teman baikku. Aku tidak tahu mengapa pada hari itu aku begitu sensitif terhadap perkara-perkara kecil. Dia tidak duduk di sebelahku seperti kebiasaannya sebaliknya berada di belakangku. Aku berasa sedikit terkilan. Mungkinkah kerana aku pergi ke kuliah terlebih awal daripadanya atau mungkin sebab-sebab lain yang aku sendiri tidak mampu mencatatkan di sini.
Aku berasa sangat sedih pada waktu itu kerana pada ketika Dr Zamri memberi arahan agar aku berbincang dengan kawan yang berada di kanan ataupun kiri. Aku menoleh namun tiada sesiapa di sisi. Aku tahu temanku berada di belakangku, namun kerana terkilan, aku tidak menoleh kebelakang. Biarlah aku sendirian sehingga gejolak perasaan ini redha.
Pulang ke bilik, telefon bimbitky berbunyi. Nama sahabatk tertera di paparan skrin telefon, Kak Jah. Aku hanya membiarkan panggilan itu bersahutan terus memanjang. Kerana aku tidak bersedia untuk bercakap dengan sesiapa pun. Petang itu, aku tidak boleh melelapkan mata. Aku tahu punca kenapa. Ia adalah disebabkan stress di dewan kuliah tadi. Aku hanya membiarkan diriku di atas katil, membaca mathurat dan membuka laman web facebook untuk menghiburkan diri. Sekurang-kurangnya dengan berchatting dengan kawan-kawan lama dapat mengurangkan sedikit tekanan yang aku hadapi dan aku dapati ia sangat berkesan. Aku tidak sentuh sebarang assignment yang ada memandangkan pemikiranku yang berkecamuk membuatkan aku tidak boleh berfikir dengan tenang. Aku menenangkan perasaanku dengan tidak melayan karenah amarah yang sedang aku hadapi.
Tiba-tiba, shakirah masuk ke bilikku. Dia bertanyakan sama ada kak jah ada membuat panggilan ke nomborku atau tidak. Aku yang sedang berbaring, mengangkat sedikit muka dan menggeleng-gelengkan kepala. Setelah shakirah kelura daripada bilik, aku terus menghantar mesej kepada kak jah. Rupa-rupanya kak jah ingin berbuka puasa di bilikku. Aku sangat gembira kerana semenjak seminggu dua ini, aku berasa sangat sunyi walaupun ramai teman di sisi.
Semasa berbuka puasa, aku dan kak jah berborak panjang. Aku menceritakan segala masalah dan kekeliruan fikiranku pada kak jah. Dan kak jah mengatur kata-kata dengan sangat cantik sekali . pengajaran yang diberikan kak jah kepadaku ialah, berlapang dada dengan manusia. Teman kita bukan hak milik kekal kita. Ia perlu dikongsi bersama dan menerima layanan yang sangat adil dan bertepatan pada waktu dan ketika. Walau apa yang melanda, nasihat kak jah padaku ialah berlapang dadalah dengan segala apa yang berlaku.
Aku hanya mengangguk, tersenyum tanda mengerti dan berterima kasih atas kata-kata bernas yang kak jah ucapkan. Dia bagaikan kakak kepadaku dan emak sewaktu aku berjauhan dengan ibuku.
Tiba-tiba penku terjatuh. Dan aku tersedar dari lamunan. Jauh benar perasaanku melayang. Dr Zamri masih didepan mengomel sesuatu. Aku bersedia untuk memfokuskan pendengaranku pada kata-kata beliau memandangkan minggu selepas raya beliau tidak dapat hadir ke kampus kl tempat aku belajar. Dr Zamri member kelonggaran penghantaran jurnal . aku sangat gembira dengan berita tersebut. Namun, sehari sebelum tarikh tamat, aku menulis coretan ini. Mungkin ini yang terakhir. Aku masih berharap.
Setakat ini sahaja coretanku pada kali ini.
A good head and a good heart are always a formidable combination.
No comments:
Post a Comment