Saturday, September 3, 2011

A131952 SITI NABILA BINTI SHAFIE - LJ05 - SAMAKAH PERSONALITI AKU DAN KAMU?

Assalamualaikum pembuka bicara untuk jurnal saya yang ke-5, seiring jurnal terakhir saya untuk ZT2253 Pengurusan Emosi. Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan semua penulisan jurnal yang sebelum ini dan dihantar tepat pada masa yang ditetapkan. Kuliah kali ini yang berlansung pada jam 2 petang bertarikh 24 Ogos 2011 sangat berbeza dan berlainan daripada kuliah-kuliah yang sebelumnya. Kuliah pada kali ini tidak berbentuk syarahan, tetapi merupakan aktiviti-aktiviti menarik yang berbentuk tugasan, iaitu mengenai personality diri. Antara tugasan yang perlu kami lakukan ialah :
Tugasan 1: Baca 'slide' dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2 pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dgn teori.
Tugasan 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Tugasan 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
 
Tugasan pertama adalah mengenai sebuah video yang mengisahkan pandangan hidup dan personality seorang lelaki yang berbeza dan berubah mengikut arus masa. Dulu, dia merupakan seorang yang berfikiran sempit kerana mudah berputus asa dan menganggap bahawa setiap lorong gelap, tidak mempunyai cahaya. Dia selalu ditipu oleh kawan-kawan dan juga pengemis serta sentiasa keseorangan. Dia percaya akan kata-kata rakannya bahawa "in my eyes, love is fake and stupid". Dia berasa penat untuk menjadi seorang budak yang baik yang selalu berlari ke arah sinaran matahari, sedangkan sebenarnya hanyalah sinaran lampu suluh. Kini, lelaki ini lebih berfikiran terbuka dan optimistik. Dia mengekalkan sikap-sikap pemurah yang ada pada dirinya. Sekarang, dia percaya bahawa setiap lorong gelap mempunyai cahaya. Dia akan sentiasa berlari dan mengejar kea rah sinaran matahari walaupun sebenarnya sinran lampu suluh. Ini menunjukkan bahawa dia akan terus berusaha menggapai impian walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis. Dia akan terus mengekalkan sikap-sikap yang baik dalam dirinya.
 
Selesai video ini ditayangkan berulang kali, video 'What type of personality are you?'  pula telah ditayangkan oleh Dr. Zamri kepada kami. Melalui video ini, saya telah dapati bahawa terdapat 2 jenis personality, iatu Jenis A (Type A Personality) dan Jenis B (Type B Personality). Berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditayangkan pada video tersebut, saya dapati saya adalah Jenis B. Video tersebut menceritakan bahawa orang yang berpersonaliti B mempunyai kriteria-kriteria berikut:
·         Has calm activities
·         Memandu mengikut had laju yang ditetapkan atau kurang
·         Mudah bergaul (easy going)
·         Makan lambat
·         Sabar
·         Tidak tergesa-gesa dan tidak bimbang                                                                                                           
·         Cakap lambat-lambat
·         Relaks atau santai
·         Has a pleasant existence
Kriteria memandu mengikut had laju yang ditetapkan atau kurang tidak dapat saya pastikan sama ada, wujud dalam personality diri saya atau tidak kerana saya belum mempunyai lesen memandu. Tetapi, kebanyakan kriteria yang dinyatakan ini terdapat dalam diri saya, tetapi bukanlah kesemuanya. Selepas mengenali jenis personality diri sendiri, kami ditugaskan oleh Dr. Zamri untuk menceritakan akan personality diri kepada rakan sebelah (partner). Partner saya ialah Nur Hidayah binti Abu Bakar. Sebelum dia sempat menceritakan jenis personality diri yang ada pada dia, saya terlebih dulu cuba meneka bahawa dia adalah jenis A dan tekaan saya betul. Tetapi, dia agak ragu-ragu akan jenis personality diri ini kerana banyak pertindihan kriteria jenis A dan jenis B yang ada padanya. Ciri-ciri orang yang mempunyai personality A adalah:
·         Makan cepat
·         Bangun cepat / siap cepat-cepat
·         Selalu dalam keadaan tergesa-gesa
·         Tidak sabra
·         Teratur
·         Mementingkan kesempurnaan (perfectionist)
·         Selalu tengok jam
·         Memandu laju
·         Berdaya saing tinggi (competitive)
Menurut kata Dr. Zamri, orang yang mempunyai personality jenis A mempunyai risiko yang yang tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit jantung (Heart Diseases).
 
Setelah itu, saya telah menjawab soal selidik MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) sebagai tugasan kedua saya. Soal selidk atau ujian MBTI ini merupakan salah satu cara lain bagi mengenali personality diri. Jenis personality yang diperolehi melalui MBTI ini lebih terperinci jika dibandingkan dengan personality  jenis A atau B. Elemen-elemen yang terdapat dalam MBTI adalah
·         extraverted(E) : outgoing, sociable and asserive
·         introverted (I) : quiet and shy
·         sensing (S)  : practical and prefer to focus detail
·         intuitive (N) : rely on unconscious processes and look at the big picture
·         thinking (T) : use reason and logic to handle problems
·         feeling (F) : rely on their personal values and emotons
·         judging (J) : want to control and prefer their world to be ordered and structured
·         perceiving (P) : flexible and spontaneous
Saya telah menjawab empat kategori dalam ujian ini, iaitu saya perlu memilih antara E dan I, S dan N, T dan F, serta J dan P. Selesai ujian, saya dapati bahawa saya mempunyai personality jenis INFP, iaitu Introverts(I), Intuitives(N), Feeling(F) dan Perceiving(P). INFP melambangkan 'The Idealist'. Berdasarkan http://www.personalitypage.com/INFP_rel.html, ciri-ciri INFP adalah:
Kelebihan INFP:
·         Mengambil berat hal orang lain (caring)
·         Sensitif akan perasaan orang lain
·         Setia dan komited
·         Penyayang
·         'driven to meet other's need'
·         Keadaan menang-menang (strive for win-win situation)
·         Pemberi sokongan yang kuat
·         'Likely to recogniza and appreciate other's need for space'
·         'Able to express themselves well'
·         'Flexible and diverse'     
Keburukan INFP:
·         Pemalu
·         'don't like to have their space invaded'
·         Sangat tidak suka akan konflik
·         Sangat tidak suka akan ktitik
·         Suka dipuji
·         Akan menjadi terlalu emosi dalam keadaan yang terlalu tertekan
·         Susah untuk memarahi atau menghukum orang lain
·         'tend to be reserved about expressing their feelings'
·         Mementingkan kesempurnaan
·         Suka menyalahkan diri sendiri jika menghadapi sebarang masalah
Perkara yang dapat saya simpukan di sini adalah banyak kriteria yang terdapat dalam ciri-ciri INFP ada pada diri saya. Saya seorang yang tenang (calm), setia (loyal), penyayang (caring)  dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi (curiosity). Saya akui bahwa saya juga mempunyai sikap-sikap buruk seperti pemalu, sangat tidak sukakan konflik dan mementingkan kesempurnaan. Rakan saya, Hidayah pula adalah Introverts, Sensitive, Feeling, and Judging Types (ISFJ).
 
Video yang seterusnya, 'Right Here Waiting' mempunyai kaitan dengan Big Five Theory. Dalam lirik lagu tersebut terdapat perkataan 'OCEAN'. Dalam Big Five Theory, perkataan 'OCEAN' merupakan kunci kata yang sangat pentinh yang membawa maksud Openness (O), Conscientiousness (C), Extroversion (E), Ageeableness (A) dan Neuroticism (N). Saya mempunyai persoaliti Openness (O) setelah saya melakukan ujian tersebut, dengan memperolehi markah tertinggi iaitu, 12, manakala Hidayah Ageeableness (A). Berdasarkan http://www.123test.com/big-five-personality-theory/, OCEAN adalah:
·         Openness - People who like to learn new things and enjoy new experiences usually score high in openness. Openness includes traits like being insightful and imaginative and having a wide variety of interests.
·         Conscientiousness - People that have a high degree of conscientiousness are reliable and prompt. Traits include being organized, methodic, and thorough.
·         Extraversion - Extraverts get their energy from interacting with others, while introverts get their energy from within themselves. Extraversion includes the traits of energetic, talkative, and assertive.
·         Agreeableness - These individuals are friendly, cooperative, and compassionate. People with low agreeableness may be more distant. Traits include being kind, affectionate, and sympathetic.
·         Neuroticism - Neuroticism is also sometimes called Emotional Stability. This dimension relates to one's emotional stability and degree of negative emotions. People that score high on neuroticism often experience emotional instability and negative emotions. Traits include being moody and tense.
 
Tuntasnya, setiap orang mempunyai personality yang berbeza dan inilah uniknya yang bergelar manusia. Kekurangan si A ditampung oleh kelebihan yang ada pada si B dan begitulah seterusnya. Manusia dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Saya berasa sangat seronok dengan kuliah pada kali ini kerana dapat mengenali personality diri dengan lebih mendalam. Setiap kelebihan yang saya ada akan saya cuba gunakan sebaik mungkin ke jalan yang diredhai Allah dan setiap kekurangan akan saya cuba perbaiki supaya menjadi insan yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment