LEONG XIE YAO A131503
Learning journal 05
Pada hari rabu yang lalu(24 Ogos 2011), kami telah diberi kuliah yang sangat istimewa, termasuk pendedahan kepada personality mbti dan juga the big five personality. Sebelum itu, kita telah ditunjukkan satu video yang mengenai kehidupan dalam dunia realiti ini. Saya berasa sangat tersentuh selepas menonton video tersebut. Dengan muzik di latar belakang yang sangat sesuai sekali, saya dapat menghayati mesej yang disampaikan oleh pencerita dalam video tersebut. Seperti katanya, dalam dunia realiti ini, kita mungkin akan terpesong daripada apa yang kita percayai kerana banyak manusia banyak ragamnya. Mereka mungkin akan melakukan benda yang menyebabkan kita mula tertanya-tanya tentang apa yang kita percayai selama ini, seperti apa yang diberitahui semasa kita kecil oleh ibu bapa kita, yang dunia ini adalah sangat cantik dan selalu ada harapan apabila kita ingin berputus asa dan sedang bergelut dalam kegelapan. Tetapi, sifat semula jadi setiap manusia adalah mesra dan ramah. Sekiranya setiap orang mempercayai dalam nilat tersebut, dunia ini akan menjadi lebih baik. Kita dapat lihat satu kecenderungan dalam kalangan belia untuk menamatkan hidup mereka apabila mereka berada dalam kekecewaan yang amat sangat. Ini adalah kerana mereka tidak dapat melihat sebarang harapan dalam hidup dan tidak ada orang yang baik dalam dunia ini. Manakala ada orang yang terjerumus dalam gejala-gejala yang negatif disebabkan oleh kekurangan kasih sayang daripada ahli keluarga dan masyarakat ini. Manakala ada orang yang baik pun terpaksa menyembunyikan sifat balik tersebut untuk melindungi mereka daripada anasir-anasir jahat yang wujud dalam dunia ini. Jalan penyelesaiannya, setiap orang perlu memeluk balik kebaikan dalam dunia, memulangkan satu dunia yang kita percayai selama ini seperti dalam 'fairy tale' cerita-cerita disney.
Video yang kedua yang ditunjukkan adalah mengenai lagu 'right here waiting for you'. Lagu ini adalah satu lagu cinta yang sangat klasik yang menceritakan bagaimana satu pasangan akan sanggup menunggu sepanjang hayat untuk pasangannnya di ini, di satu tempat di mana mereka berjumpa untuk kali yang pertama. Saya tidak pernah terfikir yang liriknya sebenarnya boleh digunakan untuk mengisahkan bagaimana ibu bapa kita akan menunggu kita untuk selama-lamanya dan mereka akan sanggup menerima kita 'no matter' apa yang kita lakukan dan sebab itu sangat mudah kerana hanya satu jawapan iaitu 'you are my child'. Ibu bapa merupakan orang kesayangan yang patut kita hargai dan tidak sepatutnya 'take for granted' segala yang mereka lakukan. Apabila ibu bapa kami sudah semakin meningkat dari usia, kita patut mempunyai tanggungjawab untuk menjaga mereka sepertimana kita pernah dijaga bagai menatang minyak yang penuh semasa kecil.
Untuk personali test mbti, personaliti saya adalah 'the visionaries'. Pada pemahaman makna kata dari permukaan, the visionaries bermakna saya ialah seorang yang berwawasan tinggi dan seorang ahli pbl saya turut mrmpunyai personaliti yang sama. Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan keputusan tersebut. Untuk betul-betul memahami personaliti the visionaries, saya telah pergi ke laman web ujian personaliti tersebut untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setelah memahami maklumat tersebut, saya bertukar pendapat kerana gambarannya sangat menepati sifat-sifat saya. Saya merupakan seorang yang sangat positif dan selalu penuh dengan tenaga. Saya mempunyai banyak idea-idea yang kreatif. Saya sangat suka untuk berinteraksi dengan orang lain dan akan berasa sangat kesunyian apabila membuat sesuatu dengan seorang diri. Saya selalu suka untuk menceritakan jenaka untuk menggembirakan orang lain dan mungkin itu saya mudah bergaul dengan orang lain. Saya juga suka berdebat tentang teori-teori dan suka menglibat diri dalam aktiviti yang memerlukan analisis dan juga kemahiran berfikir. Oleh itu, saya telah mengambil bahagian dalam kelab perdebatan. Walaupun bagaimanapun, saya tidak pandai mencari wang tetapi agak pandai mengguna wang. Saya sangat suka melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat membantu dalam perkembangan diri dari segi mental dan juga psikologi dan bagaimana untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara saya dengan orang lain. Kelemahan saya adalah saya mempunyai banyak idea tetepi saya selalu akan tidak dapat meneruskan idea tersebut sehingga berjaya kerana saya sealu akan lebih tertarik dengan idea yang lain. Oleh sedemikian, saya akan dapat bergaul dengan semua orang lain tetapi mungkin akan lebih suka berkawan dengan mereka yang mempunyai idea-idea yang baru dan 'smart'(according to the article,not so true in my view) kerana mereka dapat meneruskan perbualan apabila saya tiba-tiba mempunyai keinginan untuk berdebat. Sebenarnya saya suka melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan dan muungkin sebab itu kawan-kawan akan berasa sangat selesa apabila berada sekeliling saya.
The big five personality adalah mengenai OCEAN, iaitu openess, conscientious, extroversion, agreeableness dan emotional stability. Setiap faktor itu boleh dibahagikan lagi kepada beberapa ciri-ciri yang dapat lebih tepat menggambarkan sifat manusia. Openness bermaksud sikap keterbukaan seperti penghargaan terhadap sebarang bentuk seni, emosi, rasa ingin tahu dan sebagainya. Conscientiousness bermaksud kecenderungan untuk menunjukkan sifat disiplin kendiri, bertanggungjawab dan lebih suka merancang daripada melakukan sesuatu secara spontaneous. Extraversion bermaksud seseorang itu bertenaga, bersifat positif, dan dapat melakukan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik kerana mereka mendapat dorongan dariopada kawan-kawan. Agreeableness adalah sikap yang compassionate dan berpasukan dan tidak akan berasa ragu-ragu dan bermusuhan dengan orang lain. Neuroticism atau emotional stability adalah sifat yang dapat merasai emosi yang negatif dengan lebih senang seperti kemarahan, kekecewaan dan juga keresahan. The big five personaity juga boleh dikenali sebagai "Five Factor Model" or FFM dan the Global Factors of personality dan model ini dapat mewakili personaliti-personaliti basic semua orang. Mereka yang mempunyai percentile yang lebih tinggi dalam sesuatu personaliti akan mempunyai lebih banyak ciri-ciri yang terdapat dalam personaliti tersebut. Oleh itu, melalui ujiam mbti, saya mempunyai lebih banyak ciri-ciri daripada kategori openness dan extraversion. Melalui maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman web, saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap personaliti-personaliti tersebut. Yang mengejutkan adalah personaliti-personaliti tersebut boleh diwarisi secara turun-temurun dan personaliti yang lebih mudah diwarisi adalah openness dan extraversion. Apabila berfikir semula tentang personaliti ibu bapa saya, memang tidak disangkal lagi saya merupakan anak mereka. Sebenarnya, kesamaan personaliti antara ibu bapa dengan anak mungkin boleh dijelaskan dengan hakikat bahawa kita sebenarnya diasuh oleh mereka sejak kecil dan anak-anak mudah mengikut gelagat ibu bapa mereka.
Konkulasinya, kuliah kali ini adalah sangat menarik dan banyak membantu kita untuk memahami diri sendiri dan juga orang lain. Ini adalah penting supaya kita dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dengan orang lain dan dengan ini banyak salah faham dapat dikurangkan dan kehidupan kita lebih senang dan gembira.
No comments:
Post a Comment