Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam sesi kuliah pada minggu ini,keadaan dewan kuliah agak suram kerana ketidakhadiran sejumlah besar pelajar mengadakan persiapan sempena dengan majlis penutup Ihya Ramadhan di kolej Tun Syed Nasir.Saya dimaklumkan bahawa mereka diberi pelepasan oleh Dr Zamri namun tugasan jurnal masih perlu disiapkan.kuliah kali ini merupakan sambungan kuliah pada sesi yang lepas iaitu teori psikoanalitik.Kuliah pada kali ini lebih santai saya kira kerana Da Zamri banyak memaparkan slide show dan membuat beberapa ujian personality diri.Selain itu,pelajar pula menunjukkan minat yang mendalam serta sentiasa bersemangat dalam mengikuti kuliah yang di sampaikan.Saya amat berharap di masa akan datang lebih banyak kuliah yang akan diadakan menggunakan kaedah ini kerana ia tidak memenatkan dan pelajar mampu member i fokus 3 jam penuh terhadap apa yang disampaikan.Dalam sesi kuliah kali ini juga,kami telah diberikan 3 tugasan untuk dilengkapkan iaitu
· tugasan 1 : baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama dan kaitkan dengan teori tersebut.
· tugasan 2: jawab soalselidik MBTI. Kemudian bincang personaliti yang diperolehi waktu soalselidik MBTI dalam jurnal kelima.
· tugasan 3: jawab soalselidik Teori Besar 5, sama seperti tugasan 2, bincangkan personaliti yang diperolehi dalam jurnal kelima.
Untuk tugasan 1,saya telah menonyon klip video yang pertama dalam sesi kuliah yang lepas dan tidak dapat membuat perkaitan pada mulanya.Namun setelah diselidiki mungkin apa yang ingin ditekankan oleh Dr Zamri adalah mengenai teori psikoanalitik yang mengatakan bahawa emosi dilahirkan diluar keadaan sedar.Jika saya mengaitkan dengan teori sebelum ini pula iaitu teori fisiologi dan kognitif,ia menyatakan bahawa teori ini dilahirkan dalam keadaan sedar dan melibatkan emosi-emosi asas.Sebahagian emosi-emosi asas itu pula bergabung membentuk emosi baru yang lain.Saya fikir,video yang ditayangkan yang mengisahkan perasaan yang diluahkan oleh seorang yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan dalam pemikirannya jika dibandingkan dengan keadaan dewasa sekarang mungkin ingin dikaitkan dengan teori psikoanalitik.Individu tersebut merasakan perasaan seperti mempercayai semua orang yang dijumpai,menganggap semuaorang yang dijumpai sebagai kawan dan sebagainya.Emosi ini dilahirkan dalam keadaan di luar sedar di mana terdapat pengaruh sekitar yang membuatkan dia berfikir yang demikian.Sebaliknya,setelah dewasa dan menjalani kehidupan serta menempuh pelbagai pengalaman dalam kehidupan individu tersebut telah mengubah fikirannya secara luar sedar.Dia mula menganggap bahawa tidak semua orang yang dijumpainya adalah boleh dipercayai dan yidak semua orng yang dijumpainya sudi menerima dirinya seadanya sebagai seorang kawan.Emosi ini juga lahir dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.
Beralih kepada tugas kedua,saya amat berminat untuk membincangkan mengenai MBTI.Apa itu MBTI?.Pada mulanya saya tidak tahu apa-apa mengenai MBTI,Namun setelah diperkenalkan oleh Dr Zamri saya mengetahui baha MBTI adalah Myers-Briggs Type Indicator. MBTI diasaskan oleh Katharine Cook Briggs bersama-sama dengan anak perempunnya, Isabel Briggs Myers.Katharine Cook Briggs telah mengkategorikan lapan karakter kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua karakter yang berlawanan.
· Kategori pertama(E/I) : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
· Kategori kedua(S/N) : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
· Kategori ketiga(T/F) : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
· Kategori keempat(J/P) : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
Setelah mengambil uijan ini,kita akan memperolehi salah satu daripada 16 personaliti yang ada.Personaliti ini menggambarkan sikap kita dan juga cara kita bertindak serta membuat keputusan dalam kehidupan seharian.Antara pesonaliti yang ada dalah personality ISTJ,Individu ini tenang, serius, memperolehi kejayaan dengan teliti dan dapat dipercayai,Individu ini juga praktikal, dan bertanggungjawab.Mereka membuat keputusan secara logik dan berusaha kearah kemajuan tanpa menghiraukan sebarang halangan yang bakal ditempuhi.Mereka juga mempunyai nilai tradisi dan kesetiaan.Selain itu personaliti Bertolak ansur dan fleksibel, bertindak segera untuk mencari penyelesaian yang dapat dilaksanakan. Menganalisis kerja-kerja yang dibuat dan menyusun fakta-fakta yang menggunakan prinsip logik dan merupakan seorang yang cekap .
Selain itu ,saya juga turut suka untuk membincangkan tentang personality type A and B.Seperti yang banyak di siarkan dalam media bahawa type A personality berisiko mendapat penyakit berkaitan jantung.Pernahkah kita terfikir mengapa individu yang mengeluarkan statement ini berkata demikian dan adakah ia benar?.Pada pendapat saya,ia adalah benar melalui kajian yang diperkenalkan oleh dua orang pakar perubatan yang pakar dalam bidang jantung dan penyaluran darah dalam tubuh manusia iaitu Meyer Freidman dan RH Rosenman. Semasa kedua dua doctor pakar ini sedang membuat kajian tentang kaitan personality mnausia dengan panyakit koronari, mereka telah menemui penggolongan dua kelas personaliti ini.Saya ingin berkongsi maklumat yang saya peroleh setelah melihat tayangan video oleh Dr Zamri mengenai karakter Type A dan juga Type B.individu yang mempunyai type A personality adalah makan dengan laju,bangun awal pagi dan sentiasa dalam keadaan ingin cepat.Selain itu,individu ini kurang penyabar tetapi sentiasa sistematik dalam melakukan kerja.Individu type A adalah perfectionist,dalam melakukan apapun,dia inginkan yang terbaik untuk diri mereka.Mereka akan berasa sangat kecewa dan menyesal sekiranya mereka tidak menjadi yang terbaik.Mereka juga amat menghargai masa dan dengan itu mereka tidak dapat bersabar seiranya mereka tersekat dalam kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.Akhirya,mereka adalah sangat berdaya saing dan sentiasa inginkan kejayaan.Sikap dan karakter inilah yang sebenarnya membuatkan mereka lebih cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung dan penyakit jantung yang lain.Personaiti type b pula merupakan gambaran individu yang sentiasa tenang dalam menghadapi masalah sama ada kecil mahupun besar.Ini dapat dilihat ketika mereka memandu.selalunya , mereka akan memandu mengikut had laju kebangsaan ataupun mungkin lebih perlahan.Mereka bersikap lebih terbuka dan dapat menerima bahawa kehidupan adalah ibarat roda.Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah.Individu ini makan dengan perlahan dan dapat bersabar dalam banyak perkara.Mereka jarang berasa bimbang tentang apa yang akan dihadapt namun sentiasa meberikan yang terbaik dalam melakukan tugasan.
Beralih ke tugasan ketiga mengenai The Big Five Theory (Teori Besar Lima). Kedah yang digunakan dalam ujian ini membahagikan soalan kepada lima bahagian. Kelima-lima bahagian ini mewakili personaliti yang tertentu.
· A – Openness
· B – Conscientiousness
· C – Extraversion
· D – Agreeableness
· E – Neuroticism (Emotional Instability)
Setiap bahaagian soalan telah dipecahkan lagi kepada soalan yang lebih kecil. Setiap mereka yang mengambil ujian ini hendaklah memberikan markah kepada soalan yang dijawab contohnya
0 = tidak setuju atau tidak pasti
1 = Setuju sedikit
2 = Sederhana setuju
3 = Sangat setuju
Kita akan memperolehi score tertentu,dan kita juga boleh merujuk personality diri kita berdasarkan score tersebut.Secara keseluruhannya saya sangat gembira kerana dalam sesi kuliah kali ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih baik.Sekian
No comments:
Post a Comment