Salam sejahtera dan selamat petang. Pada 24 August 2011, saya telah menghadirkan diri ke kuliah Dr.Zamri. Pada hari tersebut, Dr.Zamri tidak menyampaikan kuliah seperti biasa namun telah memberikan tugas-tugas khas kepada kita. Ketiga-tiga tugasan tersebut adalah untuk menentukan jenis-jenis personaliti dalam kalangan kami. Sebelum itu, Dr.Zamri telah menayangkan sebuah video kepada kami yang bertajuk "Childhood Experience". Saya terharu semasa menyaksikan video itu. Semasa kecil, saya teringat-ingat semua perkara yang berlaku di sekeliling saya mesti adanya penyelesaian. Kalau saya berusaha, semua perkara yang susah akan menjadi senang. Namun, pemikiran saya telah berubah selepas umur saya menjadi lebih tua, dan saya mengalamai lebih banyak pengalaman dan cabaran dalam hidup. Bukanlah setiap kawan yang saya kenal adalah kawan terbaik dan kawan yang boleh dipercayai. Kadangkala, kawan di sisi kami akan mengkhianati kami. Ini adalah realiti hidup dan tidak boleh diubahkan. Sama dengan komposer video ini, saya juga berasa saya ialah seorang yang bodoh semasa menghadapi percintaan. Tiadalah orang yang dapat bantukan saya dalam bidang percintaan ini, dan bukanlah setiap benda yang saya usahakan akan berbuah, ia mungkin tiada hasil dikeluarkan pada akhirnya. Walaubagaimanapun, saya harus tetap berusaha dan tetap percaya bahawa usaha saya akan berbuah pada akhirnya!
Selepas menonton video yang mengharukan saya, Dr.Zamri telah menanyangkan video kedua yang bertajuk "Right here waiting". Video pertama dan video kedua umpama meninikberatkan emosi cinta. Percintaan adalah sesuatu yang agak rumit dan tiada subjek percintaan diajar dalam sekolah. Melalui video ini, saya telah mengalami emosi sedih kerana teringat-ingat detik-detik manis dan pahit semasa saya mengejar gadis yang saya cinta. Walaupun gagal, namun kenangan pada gadis tersebut adalah manis dan tidak mudah dilupai. Sekarang gadis itu dan saya tetap kawan dan saya harapkan dia sentiasa gembira.
Tambahan pula, saya merupakan personaliti jenis A. Ciri-ciri personaliti jenis A yang ditunjukkan dalam video adalah makan dengan cepat, bangun awal, sentiasa tergesa-gesa, tidak sabar, bersistematik, perfectionist, dan kerap menengok jam tangan, memandu kereta dengan cepat, suka bersaing, dan kadar tinggi untuk menghidap penyakit sakit jantung. Manakala ciri-ciri personaliti jenis B adalah sentiasa berada keadaan tenang, memandu dengan perlahan-lahan, makan dengan perlahan, sabar, bertutur dengan perlahan, yakin pada diri sendiri. Sebagai contohnya, saya seorang saya sentiasa tergesa-gesa dan tidak sabar, memandu kereta dengan cepat, suka bersaing, tetapi saya tidak bangun awal dan bersistematik. Saya rasa ujian ini tidak begitu tepat. Untuk mendalami ilmu pengetahuan saya, saya telah melayari internet demi mencari lebih maklumat tentang personaliti. Personaliti adalah satu cabang dalam kajian psikologi yang mengkaji personaliti individu dan perbezaan antara personaliti yang membentuk diri seseorang. Personaliti berasal daripada perkataan Latin 'persona' yang bermaksud individu. Umumnya, adalah penting untuk mengenali personaliti diri supaya kita memahami orientasi diri sendiri dan ini membantu kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri. Ada sikap yang memang semula jadinya wujud sejak kita lahir dan ada pula yang dibentuk melalui proses pembesaran dan pengaruh persekitaran. Pengaruh inilah yang membentuk personaliti. Dalam bidang psikologi, pelbagai teori digunakan untuk memahami personaliti. Antaranya teori psikoanalitik, behavioristik, humanistik dan perspektif sikap. Teori yang pelbagai ini memberi perspektif tersendiri mengenai perkembangan personaliti dalam diri seseorang. Misalnya, teori psikoanalitik yang dipelopori oleh Sigmud Freud menyatakan bahawa personaliti seseorang itu dianalogikan seperti seketul ais besar di dalam air atau aisberg. Sekiranya dilihat secara semula jadinya hanya 10 peratus daripada saiz aisberg yang sebenar timbul di permukaan laut berbanding 90 peratus lagi yang tenggelam. Kebanyakan personaliti yang wujud adalah di bawah sedar seseorang. Bahagian aisberg yang timbul itulah ibarat personaliti yang kita sedar. Proses pembentukan personaliti seseorang berlaku lebih banyak pada peringkat bawah sedar seseorang, berbanding dalam peringkat sedar.
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis kategori personaliti bagi seseorang individu. Misalnya, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.Golongan personaliti jenis A selalunya kuat bekerja, tidak bergantung pada orang lain dalam hidupnya. Dengan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Manakala orang personaliti jenis B adalah sebalik daripada orang personaliti jenis A. Orang jenis B lebih tenang dan tidak kerap kelihatan tertekan.
Di samping itu, setiap personaliti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Individu dari personaliti jenis A boleh mengurus dengan baik, sistematik, cepat dan dapat menyiapkan tugas dalam tempoh yang disediakan. Golongan daripada personaliti jenis B mudah bergaul dengan orang ramai dan menjadi perhatian. Namun, kelemahan golongan ini ialah kadang-kala dilihat mengambil mudah perkara penting, tidak dapat menyiapkan tugas dalam tempoh masa yang disediakan, serta tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Rata-rata, individu dengan personaliti jenis A selalu 'tidak sekepala' ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi mereka boleh menjadi pasangan bahagia. 'Yang bertentangan itu menarik' mungkin benar dalam situasi seharian tetapi tidak dalam persekitaran bekerja.
Seterusnya, Dr.Zamri telah memberikan kita sebuah ujian MBTI. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". Ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Saya telah dikategorikan sebagai ISTP. Menurut informasi dari internet, orang yang ISTP mempunyai ciri-ciri seperti minat bagaimana sesuatu benda berfungsi, kerap mengumpulkan fakta-fakta di sekelingnya, suka "hands-on", yakin, practikal, suka pelbagai pengalaman yang baru, orang yang suka ambil risiko. Bidang kerja yang sesuai untuk ISTP adalah polis, detective, engineer, mechanics, pilots, carpenters dan athletes.Walaupun ada beberapa ciri-ciri didapati pada saya, tetapi saya rasa tidak begitu tepat pada semua. Ujian ketiga yang diberikan oleh Dr.Zamri akan mengkategorikan kita kepada 5bidang iaitu personaliti O, personaliti C, personaliti E, personaliti A, dan personaliti N. Saya telah mendapati saya ialah personaliti A.
Secara kesimpulannya, dengan melalui teori-teori ini, kami dapat lebih mengenali diri sendiri dan ini membolehkan kita kenal personaliti orang lain seterusnya belajar menghormati dan menyesuaikan diri dalam apa-apa jua situasi. Dengan ini, kita dapat membentuk komuniti yang saling memahami antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment