Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan sekalian. Hari ini sekali lagi kita telah melalui kelas pengurusan emosi yang di ajar oleh dr. zamri. Kelas seperti biasa diadakan di dewan kuliah 1 (DK1) tepat jam 2 petang.
Kelas dimulakan dengan tayangan video lagu dari artis barat, Justin Bieber, lagunya bertajuk "baby" yang telah di ubah dan di edit ke dalam bahasa Malaysia bertajuk "ummi". Lagu itu pada awalnya berbunyi pelik dan agak kelakar. Tapi kemudiannya saya merasa sayu pula kerana teringat emak dirumah. Apa agaknya yang mak masak untuk buka puasa hari ni? Seluruh dewan kuliah kelihatannya seka akan lagu "ummi" ini. Kemudian dr. zamri membuat sedikit perkongsian mengenai factor kekayaan dan kemiskinan sesebuah Negara. Factor kejayaan sesebuah Negara itu bukanlah terletak pada hasil bumi Negara tersebut. Bukan juga terletak pada bentuk muka bumi an jenis tanah sesebuah Negara, tetapi terletak pada attitude penduduk Negara itu sendiri. India yang sudah merdeka lebih dari 2000 tahun tetap menjadi antara Negara termiskin di dunia. Manakala singapura dan new Zealand merdeka kurang dari 150 tahun mampu manjadi Negara yang maju dan kaya. Negara switzealand tidak mempunyai tanah yang baik untuk penanaman koko tetapi mampu menghasilkan coklat yang tersedap di dunia. Negara jepun pernah dilanda bom di Hiroshima dan juga tsunami baru-baru ini masih mampu bertahan dan menjadi Negara berekonomi tinggi yang ke-2 di dunia. Jadi, benarlah bahawa attitude atau sikap adalah perkara utama yang harus di bentuk dalam meningkatkan pembangunan Negara. Terdapat 9 sikap yang dikongsi oleh dr. zamri semasa dikuliah tadi, tetapi saya hanya sempat mengingati satu sahaja iaitu bekerja dengan sikap yang positif. Perlu bagi kita untuk menghasilkan yang terbaik dalam kerja-kerja kita.
Kemudian video dengan iringan lagu "look into my eyes" oleh kumpulan outlandish. Seluruh dewan menjadi senyap sunyi. Sedih mengenangkan saudar seislam diserang di sana tapi kita disini bergembira malahan ada yang tidak bersyukur atas apa nikmat keamanan yang ada sekarang. Dr. zamri kata video yang berunsur emosi seperti sedih lebih menarik perhatian dan perkara itu memang betul. Seluruh dewan menumpukan perhatian pada video palestin yang diiringi lagu outlandish tadi.
Jadi kuliah kita hari ini berkisar tajuk emosi negative: takut, malu, sedih, marah. Baru saya tahu sebenarnya sifat-sifat ini bukan lah sebenarnya sifat yang negative secara keseluruhannya. Kadang-kadang sifat ini penting dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, sekiranya kita lihat kawan kita dipukul, pastilah kita perlu untuk bersifat marah pada pemukul-pemukul itu bagi membela nasib kawan kita itu, atau sekiranya ada seekor singa terlepas dari kandangnya dan kita tidak ada rasa takut maka kita kemungkinan akan dibaham oleh singa tersebut.
Takut. Gambar seekor hantu perempuan disisi seorang lelaki mengejutkan seluruh dewan. Saya hanya mampu tersenyum kerana sifat kebudak-budakkan kawan-kawan saya yang kini sudah menjangkau 20 tahun tapi masih bersikap seperti kanak-kanak. Ramai yang kelihatan takut akan gambar tersebut. Lalu saya teringat dalam quran, surah al-ahzab, surah yang ke 33, ayat ke 39 yang bermaksud,
Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tidak merasa takut kepada seseorangpun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.
Disini jelas Allah meminta kita untuk hanya takut pada Nya dan bukan pada makhluk ciptaan Nya. Tetapi norma masyarakat sekarang takutkan jin dan syaitan itu melebihi takut pada sang Pencipta langit dan bumi. Sifat seperti ini antaranya kerana terpengaruh dengan cerita-cerita seram di kaca tv dimana hantu mampu untuk membunuh manusia. Takut ini mempunyai ekspresi muka yang tersendiri iaitu mata terbuka luas, pupil mata akan membesar, bibir bahgian atas akan naik sedikit, kening ke dalam dan mulut akan lebih melebar. Bila saya fikir mengenai ekspresi ini memang ada betulnya. Kalau saya menjerkah adik saya dengan tujuan menakutkan dia, dia akan ternganga dan kaku bersama mimic muka tadi.
Malu. Sifat ini akan tertonjol bilamana diri kita rasa seperti diperkecilkan. Contoh sekirnya kita terkenal dengan kehebatan bermain bola, tetapi bila berlawan dengan pasukan yang lemah kita kalah. Maka kita akan merasa malu dengan orang disekeliling kita. Ianya melibatkan maruah dan harga diri. Bila harga diri dan maruah kita jatuh, kitaakan merasa malu. Malu juga kadang kala berkenaan dengan perkara yang pelik tapi masih boleh diterima masyarakat umum. Contonya kita tersalah pakai kasut yang pasangannya lain-lain atau kita terpakai seluar tidur semasa pergi ke tempat kerja. Malu ada dua jenis iaitu persone dan professional. Personal bermaksud kita telah mendapatkan perhatian masyarakat yang sebenarnya kita tidak mahu. Contohnya bila kita berbohong kita telah terkantoi. Pada waktu itu kita boleh jadi tersipu-sipu malu, muka akan jadi merah,, berpeluh-peluh, tergagap-gagap dsb. Professional pula bila kita mengumumkan sesuatu pada masyarakat yang sangat ramai dan kita gagal untuk berbuat selari dengan apa yang kita umukan itu. Contohnya dasar kerajaan yang gagal, seluruh Negara tahu.
Sedih. Suatu emosi yang melibatkan kehilangan atau kerugian. Emosi sedih ini akan menyebabkan seseorang menjadi pendiam dan menyendiri. Saya juga bila sedih akan lebih banyak berdiam diri dan lebih suka menyendiri. Tapi emosi sedih ini tidak boleh dipanjang-panjangkan kerana akan mambawa kepada masalah depression. Sebab itu penting untuk kita mencari kawan yang betul diman dia tahu nak menasihati kita dan menenangkan kita di saat kita kesedihan. Dalam pengalaman saya, kawan saya akan bertindak tidak rasional sekiranya dia terus melayan perasaan sedih itu seorang diri. Memnag pada awalnya boleh untuk kita bersendiri, tetapi sekiranya bersendiri terlalu lama, kita akan di bisikkan oleh pemikiran yang mengarut seperti bunuh diri. Terdapat juga kajian mengenai emosi ini dimana bilamana kita sedih kita akan lebih lambat memproses sesuatu maklumat berbanding orang yang gembira. Hal ini kerana kita sibuk memikirkan perasaan kita dan kita juga kurang memberi perhatian dalam memproses maklumat berkenaan. Juga terdapat suatu kata-kata "do not troubles trouble until trouble troubles you" yang bermaksud kita janganlah terlalu memikirkan sesuatu masalah itu kalau ianya tidak penting.
Marah. Emosi ini selalu memberi kesan yang buruk. Tetapi sekiranya kita bijak mengendali emosi ini, tiada kesan buruk yang akan terjadi malahan sesuatu perkara akan menjadi lebih baik. Dalam islam, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam pergaduhan tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim). Memnag benar apa yang di sabdakan Rasulullah. Kita lihat ramai orang yang mampu menang dalam pergaduhan tp tidak ramai yang mampu untuk menang dalam menahan amarah dalam diri. Pernah juga saya mendengar sekiranya kita marah, jika kita sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, baringlah atau tidurlah. Jika tidak hilang juga marah, naka berwudu'lah dan dirikanlah solat sunat 2 rakaat.
Konklusinya, saya telah belajar bahawa tidak semmestinya kita marah, kita sendang besifat negative kerana ada masanya kita boleh marah, Cuma bagaimana kita mengurus marah kita. Takut, malu, sedih dan marah itu adalah sifat semula jadi manusia. Sesiapa yang tidak pernah merasakan emosi-emosi ini pasti dia sebenarnya tidak pernah hidup di luar rumah bagai cacing dalam batu.sekian.
No comments:
Post a Comment