A131588 Nur Hidayah Binti Abu Bakar….La Tahzan sahabat-sahabatku…=)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini merupakan kali ke-3 saya menulis jurnal.Tidak ku sangka saya dapat menulis jurnal ini dengan cepat.Saya pun tidak tahu apa sebabnya.Mungkin disebabkan kerja-kerja yang masih bertimbun di belakang.Oleh itu,berniat di hati ini untuk menghabiskan penulisan saya dengan kadar yang paling cepat.Saya sudah tidak mahu menangguhkan kerja lagi.Semakin saya leka,semakin saya menanggguhkan kerja,semakin juga la kerja saya bertimbun-timbun tingginya umpama gunung everest.Pada kuliah kali ini,saya akui saya telah lewat masuk kuliah.Ini kerana ada beberapa faktor yang perlu diselesaikan dengan segera.Namun demikian,saya hanya mengambil 15 minit sahaja.Melangkah sahaja kaki saya ke dalam bilik kuliah,terus Dr Zamri menayangkan satu video mengenai kesengsaraan hidup Palestin.Saya terpinga-pinga keseorangan.Apakah motif yang cuba disampaikan.Setelah itu,barulah ku ketahui,rupa-rupanya Dr Zamri ingin mengaitkan antara kesengsaraan hidup Palestin dengan emosi negatif kita.Apa yang kita rasai semasa kita menonton video tersebut?Adakah sahabat semua berasa sebak?ataupun tidak mempunyai apa-apa perasan.Saya yakin,pasti ramai di kalangan kita yang telah melihat video yang sama,pasti pelbagai emosi yang muncul.Antaranya ialah marah,geram,serta sedih.Semasa saya menonton video itu,saya berasa amat geram dan marah kepada hamba-hamba Allah yang sesuka hati menindas hamba Allah yang lain.Apa hak mereka untuk memperlakukan rakyat Palestin sebegitu?Mereka amat kejam,serta tiada belas kasihan.Cuba kamu bayangkan , sudah bertahun-tahun lamanya rakyat Palestin hidup merana.Tidakkah kalian merasa kita ini amatlah bertanggungjawab bagi memastikan rakyat Palestin tidak lagi ditindas sama sekali.Kasihanilah mereka.Mereka juga mahukan keseronokan dan ketenangan.Tiap-tiap hari,pasti rakyat Palestin menitiskan air mata kerana mereka telah hilang sesuatu yang sangat berharga iaitu ahli keluarga sendiri!Sebelum saya menulis mengenai pembelajaran kuliah kita pada minggu ini,izinkan diri ini untuk memberi beberapa pandangan mengenai isu ini iaitu mengenai isu Palestin.
Terutamanya bagi umat islam.Kita sudah maklum bahawasanya rakyat Palestin terdiri daripada orang islam.Sanggupkah anda melihat kaum islam ditindas sebegitu?!!tidak bukan.Jadi,ayuh kita semua sama-sama berjihad bagi menentang pihak yang zalim.Mungkin kita bertanya pada diri sendiri.Macam mana aku nak berjihad.Kekadang tu nak pegang pistol ka nak pegang pisau ka ,itu pun kami tidak tahu cara menggunakannya.Macam mana mahu berjihad?Ah,itu hanyalah alasan semata-mata.Sebenarnya terlalu banyak inisiatif kita untuk berjihad.Antaranya dengan membangunkan ekonomi negara kita sendiri.Dengan cara itu mungkin juga kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.Walau bagaimanapun,bagi pendapat saya,kita yang perlu berubah!Ubahlah sikap kita.Perbetulkan akhlak kita.Kuatkan iman.Ya!itulah cara terbaik.Moga kita dapat membangunkan negara islam agar lebih maju kehadapan seterusnya pasti dan pasti dapat membantu rakan-rakan kita di sana iaitu di Palestin.
Baiklah,sekarang mari kita bincang mengenai emosi yang telah kita pelajari pada minggu ini.Saya akui, sebelum ini saya tidak tahu pun emosi ni ada positif dan ada pula yang negatif.Ermm..macam-macam ada.Minggu lepas saya belajar mengenai emosi positif.Itu pun dah cukup menarik buat saya.Tetapi kali ini topic lagi menarik sebab saya belajar tentang emosi negatif.Rupa-rupanya emosi negetif ada empat iaitu takut,malu, sedih dan marah.Bak kata Dr Zamri,emosi negatif tidak bermakna ianya negative, sebenarnya emosi itu merupakan fitrah dan lumrah manusia.Memang diwujudkan sejak azali lagi.Saya yakin,pasti semua orang pernah merasai keempat-empat emosi tersebut.Sesiapa yang tidak ada emosi itu,saya kira tidak normal .Seperti yang kita ketahui,setiap manusia pasti ada cabaran hidup masing-masing.Tidak mungkin ada diantara kita tidak pernah mengalami sebarang masalah.Jadi, kesan daripada masalah itu,pasti akan muncul juga emosi negatif ini.Di sini akan saya sertakan satu contoh.Pada waktu petang, kita pergi berjoging di tasik Titiwangsa bersama rakan-rakan yang lain.Tiba-tiba kita terlihat sepasang kekasih yang seronok melakukan maksiat.Jadi ingin saya ajukan 1 soalan pada sahabat.Apakah perasaan sahabat ketika melihat situasi sebegini??Pasti merasa meluat dan marah bukan?Yang cuba saya mahu sampaikan di sini ialah emosi negatif tidak semestinya tidak bagus.Sebagai umat islam kalau la kita tidak mempunyai perasaan marah walaupun sedikit di hatinya apabila melihat maksiat.Ini bermakna kita telah memainkan islam.Sedangkan dalam islam,kita perlulah membenci kemungkaran.Sesungguhnya selemah-lemah iman seseorang itu ialah membenci kemungkaran dengan hatinya.
Ok,sekarang kita masuk emosi negatif yang pertama iaitu takut.Apa itu takut??Takut ialah dimana kita berada di situasi yang bahaya dan seterusnya menimbulkan rasa bimbang di hati.Kenapa kita perlu takut?Apakah sebab-sebab yang boleh menyebabkan kita merasa takut.Kadang-kadang kita takut kita akan hilang pengaruh,kita takut dikritik malah kita juga takut melihat binatang yang merbahayakan diri kita.Sebagai contoh ,apabila kita melihat seekor tikus melintas di hadapan kita secara mengejut.Apakah tindakan yang bakal kita lakukan?Oleh sebab wujudnya perasaan takut itu,saya yakin kita semua akan lari lintang –pukang macam dikejar hantu.Padahal ianya hanyalah seekor binatang ciptaan Allah yang kecil.Begitu juga bagi seorang penjenayah.Apabila polis berjaya menangkapnya,mereka akan rasa takut dan kesan daripada rasa takut itu,mereka sanggup bersikap agresif kepada orang lain.Kekadang ianya boleh membawa maut.
Kita sebagai hambaNya ,apakah perkara yang perlu kita takuti?Yang pertama semestinya Allah.Selepas itu,tidakkah kita terfikir tentang ajal kita.Mungkin sekarang pun kita akan mati.Oleh itu,takutlah pada mati.Persiapkanlah diri kita dengan amalan agar kita sentiasa bersedia untuk ditarik nyawa.
Seterusnya ialah malu.Emosi ini melibatkan air muka atau maruah dan ianya bergantung pada situasi yang dialami.Malu juga mempunyai dua kategori iaitu malu personal dan juga malu professional. Malu personal selalunya disebabkan kesilapan diri kita sendiri.Sebagai contoh,setelah kita didapati berbohong dan bersalah atas sebab kesalahan diri sendiri,pasti kita akan merasa malu.Namun,sesetengah orang menyembunyikan malu masing-masing dengan berpura-pura senyum atau ketawa.Malu profesional pula ialah malu yang berkaitan dengan pekerjaan kita.
Selain itu,kita juga difitrahkan mempunyai emosi sedih.Sedih ialah satu perasaan kerugian dan juga kehilangan.Apabila seseorang itu sedih,dia akan menjadi seorang pendiam,tidak bersemanagt dan suka asingkan diri daripada bergaul dengan orang lain.Malah orang yang bersedih juga sukar untuk bertemu orang luar.Mereka hanya menguncikan diri.Emosi sedih juga muncul apabil kita mendengar lagu-lagu yang sedih.Perasaan sedih berlaku dengan sendirinya!MasyaAllah,sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T.
Emosi yang paling berbahaya ialah emosi marah.Marah boleh dikategorikan kepada dua iaitu marah aktif dan juga marah pasif.Contoh marah aktif ialah melalui serangan verbal atau fizikal dan contoh bagi marah pasif ialah melalui air muka seperti muka masam.
Bagaimana marah dialami?
Seperti yang telah diajarkan,marah muncul daripada rasa impati seperti marah jika orang lain atau sahabat kita dizalimi.Namun demikian, janganlah kita gusar.Marah juga boleh dikawal.Selalunya orang yang sedang marah sukar bertenang dalam masa yang singkat.Jadi,kita perlu tunggu sehingga orang tersebut kembali tenang.
Mengikut perspektif islam,kemarahan dianggap tanda kelemahan.Kalau kita marah,syaitan juga mudah masuk dan mengawal diri kita.
Setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini.Kesimpulannya,kawallah emosi masing-masing.Tidak kiralah lah sama ada emosi sedih , gembira atau marah.Kalau ianya tidak dapat dikawal,saya yakin pasti akan membawa padah.Terutamanya bagi seorang pemimpin.Untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa,mereka perlu ada kesabaran yang tinggi .Jika setiap negara mempunyai pemimpin yang sedemikian ,saya yakin segalanya akan menjadi tenang.InsyaAllah.Akhir sekali,ingin saya memohon maaf sekiranya saya telah membuat sahabat terguris perasaan atas sikap diri ini.Samada sengaja atau pun tidak.Saya hanyalah insan yang lemah.Maafkanlah diriku ini..=)
No comments:
Post a Comment