Wednesday, August 10, 2011

A131525 Tiong Ho Sheng LJ03

Selamat sejahtera saya mengucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor yang amat kita sayangi dan hormati. Terlebih dahulu, ini merupakan kali ketiga kami dihendaki untuk  menghasilkan jurnal bagi ZT2253 Pengurusan Emosi.  Setelah menghadiri kuliah pada 10 Ogos yang dijalankan di DK1, saya telah sekali lagi menambah ilmu saya tentang emosi.

            Seperti biasa, sebuah video dari  "You Tube" telah disiarkan oleh doktor pada kuliah ini.  Video ini adalah sebuah lagu yang berkaitan dengan kasih sayang seorang ibu.  Semasa kuliah ini, kami juga telah membincangkan kegembiraan dan kecerdikan antara budaya dan negara yang berlainan.  Kami telah mempelajari tentang perbezaan antara negara yang kaya dan juga negara yang miskin dan kurang maju.  Sebagai contoh, negara Jepun merupakan sebuah negara yang kecil keluasannya tetapi ini tidak menjadi halangan bagi negara ini untuk mampu menjana kekayaan dan menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai aspek.  Negara Jepun pada hari ini merupakan antara negara-negara yang termaju di dunia ini.  Negara Jepun terkenal dalam bidang "Engineering" dan telah menghasilkan banyak robot yang berkemungkinan besar akan membantu dan meringankan beban manusia dalam pelbagai aspek.  Bukan ini sahaja, rakyat negara ini juga mempunyai sikap yang baik dan positif yang harus kita contohi.  Mereka tidak malas dalam menjayakan diri dalam kehidupan dan sebab itu juga persaingan hidup di Jepun amatlah sengit sekali.  Rakyat Jepun mempunyai sikap yang patut kita contohi agar negara kita juga akan maju dari segi ekonomi.

Dalam kuliah minggu ini, kami telah didedahkan kepada pelbagai emosi negatif yang berlainan dengan kuliah-kuliah yang lepas.  Sebagai contoh, emosi negatif seperti malu, sedih, takut dan marah.  Takut dalam Bahasa Inggeris ialah "Fear" dan merupakan satu reaksi yang semulajadi sifatnya yang wujud apabila kami menghadapi sesuatu yang membahayakan atau mencemaskan.  Sebagai contoh, apabila sesorang individu diculik olah penjahat, seseorang itu akan berasa amat takut sekali kerana ia tahu dan faham bahawa ia sekarang berada dalam keadaan yang bahaya dan nyawanya mungkin terancam bila-bila masa sahaja.  Perasaan takut juga boleh muncul dalam keadaan yang lebih kecil seperti apabila dimarah oleh cikgu kerana lambat untuk kelas.  Perasaaan malu boleh wujud apabila kami melakukan sesuatu yang tidak baik dan tindakan itu diketahui oleh orang ramai.  Sebagai contoh, apabila seseorang itu atau seorang pelajar ditangkap meniru dalam peperiksaan dan digantung sekolah, sesorang itu akan berasa sangat malu.  Perasaan marah pula boleh wujud apabila sesuatu perkara tidak mengembirakan kita.  Sebagai contoh, seseorang individu berasa marah apabila ditipu oleh penjual di pasar malam tentang kesegaran sayur-sayuran yang dijualnya.  Bagi perasaan sedih pula, ia boleh wujud apabila sesuatu yang penting bagi kita hilang.  Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa sedih apabila kucing kesayangannya terkorban akibat penyakit kronik. Menurut "Watson dan Ekman" yang merupakan pakar tingkah laku, mereka menyatakan bahawa emosi negatif seperti ketakutan dan kemarahan sebenarnya merupakan satu kesinambungan semula jadi bagi organisma yang lebih tinggi tahapnya, sebagai cotoh, manusia.  Dari pandangan mereka,  perasaan takut memainkan peranan yang penting dalam proses untuk kita menyelamatkan nyawa kita apabila menghadapi bahaya.  Sebagai contoh, perasaan takut akan api boleh mengelakkan kita daripada bermain dengan api yang sangat berbahaya.

            Sekarang saya akan menjelaskan emosi negatif dengan lebih terperinci.  Dalam kuliah ini, saya mempelajari bahawa perasaan takut merupakan emosi yang dihasilakn olah badan kita apabila kita berhadapan dengan keadaan yang bahaya atau mencemaskan.  Perasaan takut ini merupakan satu mekanisma yang amat penting dalam hidup kita dalam menyelamatkan kita dalam keadaan yang bahaya. Sebagai contoh, perasaan takut akan api boleh mengelakkan kita daripada bermain dengan api yang sangat berbahaya.  Api amat penting dalam kehidupan harian kita seperti memasak, mendidih air dan memanaskan badan di negara-negara yang bermusim tetapi ia juga boleh mengorbankan nyawa sekiranya ia tidak terkawal.  Api merupakan contoh objek fizikal yang boelh kita lihat.  Objek abstrak seperti ketinggian, hantu dan sebagainya juga boleh menybabkan seseorang inidividu berasa takut.

Perasaan malu adalah emosi negatif yang menggambarkan tindak laku atau sikap yang tidak boleh diterima olah masyarakat.  Perasaan malu boleh terdiri daripada "Kemaluan Persendirian" dan juga "Kemaluan Profesional".  Yang pertama adalah disebabkan oleh sikap atau tindakan seseorang yang tidak baik sifatnya dan seseorang itu juga cuba menyembungikanya tetapi gagal untuk berbuat demikian sehingga menyebabkan dirinya dimalukan atas tindakannya sendiri.  Contohnya, seseorang itu berasa malu apabila dibuang universiti kerana gagal untuk mendapat CGPA yang membolehkan dia meneruskan pengajian di universiti.  Keadaan ini akan membawa malu kepadanya kerana tidak belajar bersungguh-sungguh sebelum ini.  Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya, dia balik ke kampung dan orang-orang kampung tertanya-tanya kenapa budak mahasiswa itu tidak balik ke universiti sedangkan universiti sudah pun bermula.  Keadaan ini harus dielakkan oleh setiap inidividu agar tidak membawa malu kepada diri dan juga keluarga.  "Kemaluan profesional" pula adaladh disebabkan oleh kegagalan seseorang itu dalam bidang pekerjaannya sehingga membawa malu kepada dirinya.  Sebagai contoh, apabila seseorang doktor tersilap langkah dalam 'diagnosis' nya sehingga menyebabkan kematian pesakitnya.  Beliau boleh didakwa oleh keluarga pesakitnya dan ini membawa malu kepadanya.  Oleh itu, sebagai seorang doktor, kita haru sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak tersilap langkah.

Teori kedua yang diperkenalkan dalam kuliah ini ialah teori aras adaptasi.  Teori ini menyatakan bahawa kita akan bertindak terhadap sesuatu stimulasi baru dengan keupayaan dan kebolehan adaptasi kita pada masa itu.  Sekiranya, kita berada sesuatu situasi untuk jangka masa yang panjang, kita akan menyesuaikan diri kita dengan keadaan tersebut secara semulajadi.  Ini adalah kerana apabila kita terdedah kepada stimulasi atau rangsangan yang pada mulanya asing dan baru untuk jangka masa yang amat panjang, minda kita secara tidak langsung aan menentukan satu titik neutral sebagai piawai dan rangsangan yang lebih tinggi daripada titik iti baru boleh menyebabkan kita berasa gembira.  Sebagai contoh, apabila kita hanya mengunjungi sebuah pasar raya yang sama untuk jangka masa yang panjang, kita akan berasa bosan dengan setiap kunjungan kita ke sana.  Tetapi, apabila kita tukar destinasi kita, kita merasai rangsangan yang baru dan kita akan berasa seronok dan gembira.

Menurut Teori Solomon yang dihasilkan oleh Richard Solomon (1980), keseimbangan emosi dikawal oleh dikawal oleh emosi yang berpasangan tetapi bertentangan antara satu sama lain.  Sebagai contoh, seseorang ibu itu mempunyai perasaan yang gembiran dan sedih pada masa yang sama pada hari perkahwinan anak gadisnya.  Ibu berasa gembira dan bangga kerana anaknya akan berumah tangga tidak lama lagi tetapi pada masa yang sama ibu berasa sedih kerana akan berpisahan dengan anak kerana anak akan tinggal di rumah suami setelah berkahwin nanti.  Emosi gembira yang merupakan emosi positif ini bertentangan dengan emosi sedih yang merupakan emosi negatif.  Dalam teori ini, terdapat dua tahap iaitu, tahap pertama dan tahap lawan.  Tahap pertama melambangkan kali pertama kita menghadapi sesuatu situasi.  Sebagai contoh, anak dara berasa cemas pada hari perkahwinanya.  Tahap lawan pula ialah selepas kita telah menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan.  Sebagai contoh, anak gadis berasa kurang cemas setelah menyesuaikan diri dengan keadaan yang meriah dan ceria pada hari perkahwinannya.

            Akhir kata, saya telah mempelajari banyak mengenai emosi negatif yang akan wujud dan kita hadapi dalam kehidupan kita.  Saya percaya bahawa dengan mengetahui lebih banyak tentang emosi negatif kita seperti perasaan takut, kita akan mula menghargai kewujudannya kerana kita akan faham bahawa emosi ini sebenarnya mempunyai kepentingannya dalam melindungi kita daripada bahaya.  Dengan itu, kita akan menghargai keunikan pada diri kita sendiri.  Saya sedar bahawa emosi negatif tidaklah semestinya tidak baik.  Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment