Website for this image
Gembira :)
keisyahisya.blogspot.com
- Full-size image
- 268 × 300 (Same sizex larger), 25KB
- More sizes
Type: | JPG |
---|
Images may be subject to copyright.
Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam perpaduan untuk semua warga pelajar perubatan tahun dua. Ini merupakan jurnal kedua saya untuk tugasan modul pengurusan emosi. Pada jurnal pertama yang lalu, saya telah merungkaikan atau menjelaskan tentang definisi emosi serta beberapa fakta mengenai emosi yang dikemukakan oleh para saintis barat. Pada kali ini pula saya ingin menjelaskan pula atau merungkaikan balik apa yang telah diajarkan semasa kuliah iaitu berkenaan Carrol Izard dengan teorinya, Ekspresi Wajah yang Semulajadi. Carrol Izard merupakan seorang saintis moden yang mengemukakan teori tersendiri berkenaan emosi. Menurut beliau, emosi adalah sesuatu yang wujud secara semula jadi. Emosi yang dizahirkan secara semula jadi akan mempunyai kesan yang kecil terhadap pengalaman. Contohnya pembelajaran akan memberikan kesan kecil terhadap pengalaman emosi itu tersendiri.
Peristiwa- peristiwa yang menyokong teorinya adalah seperti mana hasil pembelajarannya atau kajiannya iaitu kajian terhadap bayi baru lahir, iaitu mereka dilahirkan untuk senyum. Kajian lain yang beliau lakukan ialah kajian silang budaya. Keputusan kajian terhadap bayi baru lahir adalah menunjukkan bahawa bayi akan melahirkan emosi kemarahan dan kejutan pada seawal usia tiga hingga empat bulan. Mereka juga akan menunjukkan emosi malu dan takut seawall usia lima hinggan enam bulan. Setelah mencecah usia setahun mereka sudah pandai untuk menzahirkan emosi kepuasan apabila mendapat sesuatu dan apabila mereka mencecah umur dua tahun mereka akan mula pandai untuk rasa bersalah apabila melakukan sesuatu kesalahan. Walaubagaimanapun terdapat kritikan yang menyatakan bahawa seseorang bayi yang senyum itu tidak menunjukkan bahawa dia gembira. Hasil pembelajaran atau kajian silang budaya yang dilakukan di Brazil, Amerika , Chile dan Argentina yang dilakukan oleh Edman pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara antara Negara-negara tersebut. Mereka akan diberikan gambar yang mana mereka dikehendaki untuk menilai emosi di dalam gambar tersebut. Walaubagaimanapun kajian ini mendapat kritikan kerana mereka tidak mengira bilangan penduduk yang mengalami buta huruf.
Ekman juga telah banyak menjalankan kajian silang budaya di Borneo yang mana di sinilah beliau telah semakin yakin dan mengkonklusikan bahawa teorinya betul. Antara saintis lain yang turut menjalankan kajian silang budaya ialah Scherer dan Walbott. Mereka telah menjalankan kajian ini di 37 negara dan 5 benua. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang konsisten untuk kestabilan silang budaya corak tindak balas emosi. Pada masa yang sama juga, Edman telah menyatakan emosi adalah sesuatu yang tidak sepenuhnya wujud secara semula jadi dan ianya diubahsuai oleh pengalaman budaya itu sendiri. Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik Muka dengan Emosi
Analisis berkomputer gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam Kajian-Kajian (Ekman, 1971 - di Borneo & New Guinea)
Wajah gembira (95-100%) lebih Dominan dikenalpasti dari Wajah takut (54-85%), silang budaya.
Analisis berkomputer gambar muka (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam Kajian-Kajian (Ekman, 1971 - di Borneo & New Guinea)
Wajah gembira (95-100%) lebih Dominan dikenalpasti dari Wajah takut (54-85%), silang budaya.
Scherer dan Walbott telah mengeluarkan kenyataan atau teori yang menyatakan bahawa terdapat kesejagatan tentang bagaimana emosi itu dizahirkan setelah membuat kajian di beberapa buah negara yang dipilih. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Walau bagaimanapun, ungkapan yang semula jadi boleh diubah suai ke tahap yang tertentu oleh pengalaman budaya. Dalam kuliah ini saya juga belajar tentang teori pembelajaran dan teori pengalaman berkenaan emosi. Saya belajar tentang pandangan biologi tentang pengalaman. di samping itu, saya juga belajar tentang teori pembelajaran memandangkan pengalaman. Dalam pandangan biologi terhadap pengalaman, pembelajaran memainkan impak atau kesan yang agak mkecil dalam menzahirkan emosi. Menurut pandangan Plutchik, emosi ungkapan langsung potensi genetik individu, belajar bertindak untuk mengubah suai mereka. Wakil Asia iaitu Matsumoto, seorang saintis atau pengkaji tentang emosi di Caucasian, Afrika Amerika, Asia dan Hispanik mendapati bahawa emosi asas yang ditunjukkan adalah sama. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan nuansa suara di antara mereka.
Berbalik kembali terhadap teori Izard, emosi seseorang bayi itu amat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan suasana pembelajaran itu sendiri. Emosi muncul dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan mempengaruhi tingkah laku bayi. Emosi semula jadi menjadi satu personaliti dengan pembelajaran dan pengalaman. Activators adalah situasi yang menyebabkan emosi yang diungkapkan. Dalam pandangan biologi, sebagai contoh emosi takut, emosi ini biasanya akan distimulasikan apabila seseorang itu berada dalam keadaan takut apabila berjumpa hantu, anjing harimau , atau sesuatu yang menakutkan. Proses mengenal pasti atau kognetif adalah sesuatu yang berbeza pada setiap orang. Emosi adalah sesuatu yang semula jadi dan ianya dipengaruhi oleh pembelajaran dan pengalaman. dalam teori pembelajaran berdasarkan pengalaman pula, semua jenis ungkapan emosi akan dipelajari. Kajian Albert menunjukkan manusia juga boleh memperoleh takut melalui proses pembelajaran. Takut dipelajari tetapi manusia secara genetik lebih bersedia untuk belajar takut sesetengah objek berbanding orang lain.
Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang amat unik untuk dipelajari. Hal ini demikian kerana emosi dipandang dengan sudut yang berbeza oleh para saintis. Emosi boleh memberikan kesan yang positif ataupun negatif terhadap kita. Oleh yang demikian, kita haruslah pandai menguruskan emosi agar kita mendapat emosi yang positif. Emosi yang positif seperti gembira dapat menjamin kebahagian hidup untuk kita sendiri mahupun orang yang berada di sekeliling. Bagaimanakah caranya? Salah satu cara atau kaedah yang dapat saya kemukakan ialah kita hendaklah sentiasa mengukir senyuman. Oleh yang demikian, senyumlah sentiasa kerana senyum itu adalah sedekah.
No comments:
Post a Comment