Wednesday, August 10, 2011

A131463 Choo Li Yong LJ03: Emosi Negatif Membawakan Kesan Negatif

           Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kita yang amat dihormati, Dr.Ahmad Zamri Mansor dan sahabat-sahabat yang membaca jurnal saya merupakan satu ringkasan tentang idea dan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kuliah ketiga subjek Pengurusan Emosi pada 10 Ogos 2011. Seperti biasa, satu video muzik ditayangkan sebelum kuliah dimulakan. Video itu telah memberikan beberapa contoh yang baik untuk faktor-faktor yang membawakan kegembiraan, iaitu kekeluargaan dan kepujian daripada orang lain ( lirik yang menyebutkan: you are the best). Saya sedar bahawa sebenarnya perkataan-perkataan yang diguna dalam komunisasi mempunyai kesan yang berbeza. Selepas itu, kekayaan, kegembiraan dan kecerdikan antara budaya dan negara yang berlainan telah dibincang. Didapati bahawa tiada bezanya dari segi kecerdikan(IQ) antara kaum atau budaya yang berlainan.

            Selepas pembelajaran tentang Emosi positif iaitu gembira, bahagia dan kasih pada minggu lepas, hari ini kami didedahkan kepada pelbagai emosi negatif seperti takut, malu, sedih dan marah. Fear atau takut merupakan satu tindak balas terhadap kebahayaan yang akan atau sedang dihadapi, dan mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan cemas(anxiety). Pakar tingkah laku seperti Watson dan Ekman memberikan definisi yang lebih terperinci, pada pendapat mereka, ketakutan berserta dengan beberapa emosi asas yang lain, contohnya kepuasan dan kemarahan merupakan satu kesinambungan semula jadi bagi organisma yang lebih tinggi tahapnya. Justeru, takut merupakan satu mekanisma untuk menyelamatkan nyawa diri sendiri dan biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada rangsangan negatif.

            Ketakutan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, ketakutan peribadi mempunyai tahap yang berbeza dari ringan ke serious dan ketakutan ini boleh dikaitkan kepada beberapa jenis emosi termasuk risau, cemas, gelisah dan sebagainya. Walaupun ketakutan merupakan sesuatu emosi yang semula jadi, tetapi hal ini boleh dipelajari melalui kejadian yang memberikan kesan trauma, contoh seperti jatuh dalam perigi. Hal ini dibuktikan melalui kajian Watson's Little Albert in 1920 yang menggunakan tikus dan bayi yang berumur 11 bulan sebagai subjek kajian. Dari segi fisiologi, tindak balas ketakutan berkait dengan aktiviti yang berlaku dalam amygdala sistem limbic dalam otak kita. Walaupun ketakutan biasanya berkaitan dengan keadaan fisiologi atau objek, tetapi ketakutan manusia juga boleh dibangkitkan oleh sesuatu yang abstrak. Jenis ketakutan yang kedua merupakan ketakutan yang hilang kawalan. Contohnya,ketakutan untuk dikritik, diejek dan ditolak permintaan. Jenis ketakutan ini biasanya tidak akan mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti ketakutan terhadap dunia fizikal. Saya dapat mengaitkan kedua-dua jenis ketakutan ini dengan kehidupan harian. Contohnya, saya berasa takut dan berpeluh-peluh apabila ternampak anjing yang garang di tepi jalan( personal fear) dan rasa gementar dan cemas apabila membuat persembahan di khalayak ramai( fear of losing control). Jadi apakah sumber ketakutan? Jiddu Krishnarmuti mengatakan bahawa pemikiran itulah punca asas ketakutan. Ciri-ciri takut termasuklah tingkahlaku dan fisiologikal. Tingkahlaku boleh diperhati melalui ekspresi muka manakala perubahan Fisiologi lebih berkaitan dengan perubahan dalaman badan seperti berpeluh dan berdegup-degup.

            Seterusnya, saya ingin membuat satu rumusan yang lebih ringkas tentang emosi malu, sedih dan marah. Malu atau embarrassment merupakan satu perasaan yang kurang selesa selepas melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh norma masyarakat atau profesional. Perasaan malu boleh dibahagikan kepada peribadi(personal) yang disebabkan perhatian orang lain terhadap sesuatu yang peribadi dan Profesional yang berkaitan dengan sesuatu tindakan. Contohnya, seseorang itu berasa malu apabila orang lain memberi perhatian kepada baju lamanya(personal embarrassment) dan berasa malu apabila dia tidak dapat menjalankan sesuatu tugas yang mudah(Profesional embarrassment). Sedih pula merupakan satu emosi yang mewakil perasaan yang tiada kebaikan dan kehilangan sesuatu. Tanda-tanda sedih termasuklah tunduk kepala dan fizikal aktiviti yang lambat dan tidak bermaya. Sebab kesedihan boleh di bahagi kepada tiga, iaitu secara fungsi, motivasi dan keupayaan. Menurut Forgas(1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen(1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi. Kemarahan pula merupakan satu tindakan psikofisiologikal kepada kesakitan yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif. Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan. Hal ini memang munasabah seperti apa yang Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: kekuatan itu bukan keupayaan untuk menguasai orang lain tetapi menguasai emosi sendiri apabila berasa marah.

            Seterusnya, kuliah diteruskan dengan tajuk keempat, iaitu teori-teori fisiologikal, kognitf dan psikoanalitik. Berdasarkan kajian Emo, kebanyakan teori setuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan subjektif, penilaian kognitif, fisiologikal rangsangan, gerakan badan dan kecenderungan motivasi. Tetapi teori-teori tersebut tidak sentiasanya sama kerana kepentingan relatif bagi pelbagai komponen dan urutan peristiwa yang berlaku.

            Teori-teori fisiologikal yang telah saya pelajari merangkumi "the James-Lang Theory" yang merupakan teori psikologi yang terlama. Teori ini diasaskan oleh William James(1884) dan disokong oleh Carl Lange(1887). Hipotesis teori ini ialah fiiologikal reaksi terhadap sesuatu rangsangan membangkitkan emosi. Contohnya, apabila saya ternampak seekor ular di depan saya(rangsangan), saya mentafsirkannya sebagai sesuatu yang membahayakan nyawa dan denyutan jantung saya akan menjadi cepat(fisiologikal reaksi), perasaan ini telah membangkitkan emosi takut(emosi dibangkitkan). Tetapi teori ini dikritik oleh Walter Cannon dengan "the Cannon-Bard Theory". Beliau mengatakan bahawa sistem organ yang mencetuskan tindak balas emosi sangat lambat kepada rangsangan, reaksi emosi timbul sebaik sahaja rangsangan diberi dan tindakan fisiologikal timbul terlalu lambat untuk membangkitkan reaksi emosi itu. Hal ini memang munasabah kerana jantung dan perut memang tidak dapat menghasilkan pelbagai emosi manusia. Saya setuju dengan teori ini kerana seperti contoh yang diberi, saya seterus sahaja berasa takut apabila ternampak ular sebelum denyupan jantung menjadi cepat. Selain itu, terdapat juga teori psikobiologikal yang diasaskan oleh Jack Panksepp(1982,1992) yang mengatakan bahawa emosi asas berkaitan dengan circuit saraf yang spesifik. Beliau mengatakan bahawa empat emosi asas iaitu takut, marah, panik dan jangkaan masing-masing mempunyai sistem tersendiri dalam otak manusia untuk mengawalkannya. Tetapi teori ini juga tidak dapat lari daripada kritikan oleh Magda Amold(1960)yang bertanya tentanf asas bagi lokasi spesifik circuit empat emosi itu.

            Tajuk yang terakhir pula membincangkan teori adaptasi dan "Solomon opponent process theory". Konsep asas Teori Aras Adaptasi mengatakan bahawa kita bertindak kepada rangsangan baru atas asas adaptasi yang kita sudah biasa dengan(adapted). Contohnya, walaupun seseorang itu berasa gembira apabila gajinya dinaik, tetapi kegembiraan ini tidak akan kekal buat selama-lamanya kerana orang tersebut akan biasa dengan gaji itu dan terus mengharapkan gaji yang lebih banyak. Pada pendapat saya, hal ini mungkin boleh menjelaskan salah satu punca kerakusan manusia yang tiada hadnya. Teori "Solomon opponet process" pula merupakan hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi oleh Richard Solomon(1980) untuk menjelaskan tingkah laku "ketagihan". Richard mengatakan bahawa pengalaman emosi yang diulangi akan meningkatkan kekuatan emosi yang bertentangan. Contohnya, makin banyak kali seseorang itu memain roller coaster, dia akan berasa semakin seronok dan ketakutan itu semakin berkurangan.

            Sebagai kesimpulan, walaupun emosi negatif ini bukan sesuatu yang menyeronokkan tetapi kita harus mengkajinya kerana emosi negatif inilah punca konflik, pergaduhan malah peperangan dalam kalangan manusia dunia ini. Teori-teori yang diasaskan oleh para pakar psikologi memang menarik dan telah membuka mata saya.


No comments:

Post a Comment