Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan sahabat-sahabat medic yang dikasihi. Ini merupakan jurnal ketiga saya dalam subjek Pengurusan Emosi. Hari ini, kami telah belajar tiga tajuk, iaitu mengenai Emosi Negatif, Teori Adaptasi Asas, dan Teori Prosess berlawanan Solomon.
Kuliah pertama merupakan kuliah mengenai EMOSI NEGATIF. Apakah yang dimaksudkan dengan emosi negatif? Emosi negatif termasuklah perasaan takut, sedih, marah, risau dan malu. Setiap hari pasti kita akan merasai emosi negatif walaupun kita mengalami emosi positif pada masa yang sama. Ini merupakan norma hidup kita, di mana ada pasang surutnya dalam perasaan yang kita alami. Sebenarnya emosi negatif seperti marah, malu, tidak selalunya merupakan satu tindakan yang negatif, ianya mungkin menjadi satu keperluan di dalam sesetengah keadaan. Contohnya, perasaan malu itu diperlukan bagi seorang wanita untuk mengekalkan keayuannya.
Emosi negatif memberi banyak impak negatif kepada diri kita. Melalui pembacaan saya di beberapa laman web, contohnya di http://hatiwanita.wordpress.com/2010/04/25/emosi-negatif/ ada mengatakan
"Emosi negatif adalah pembunuh jiwa. membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Memikirkan sesuatu perkara dalam keadaan diri yang penuh beremosi sangat menarik perkara negatif berlaku dalam kehidupan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan anda."
Pertama sekali saya ingin menghuraikan mengenai perasaan takut. Takut merupakan tindak balas emosi kepada bahaya yang akan berlaku, yang berkaitan untuk kebimbangan. Ia biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada rangsangan negatif yang tertentu. Rasa takut juga dikaitkan dengan beberapa keadaan emosi termasuk kebimbangan, keganasan, dan sebagainya. Ekspresi wajah kita akan berubah dalam keadaan takut, contohnya mata kita akan terbeliak, bibir akan bergerak ke ataas dan kening akan ke dalam. Melalui ekspresi wajah, kita dapat mengenal pasti perasaan seseorang itu. Dalam keadaan takut, contohnya apabila kita diancam oleh sesuatu punca bahaya, kita akan melakukan apa sahaja tindakan walaupun ianya tidak rasional. Contohnya, saya sememangnya takut akan lipas. Oleh kerana itu, saya rela untuk tidak ke tandas satu malam sekalipun walaupun saya dalam keadaan terdesak.
Kedua ialah perasaan malu di mana perasaan ini wujud apabila sesuatu keadaan yang tidak diingini atau tidak diduga terjadi. Sejurus selepas kejadian, keyakinan diri kita akan turun, namun ianya berdasarkan tahap perkara yang dimalukan itu kepada kita. Reaksi kita ketika kita sedang malu ialah dengan menutup mulut kita, memegang telinga dan memegang hidung. Namun ianya berdasar kepada individu terbabit. Bagi pendapat saya, hanya satu penyelesaian untuk perasaan malu, iaitu dengan cara menutup dengan cara mengalihkan perhatian orang lain daripada perkara yang dimalukan itu. Dengan cara itu, orang lain akan melupakan kejadian itu dengan lebih cepat dan keyakinan diri kita akan kembali pada tahap biasa.
Seterusnya ialah perasaan sedih. Kesedihan adalah perasaan yang mempamerkan kelemahan dan kehilangan. Akibat daripada perasaan ini, ia boleh membawa kepada kemurungan, dan boleh menyebabkan hilang waras. Biasanya orang yang mengalami kesedihan akan mendiamkan diri, tidak bertenaga dan menjauhi daripada orang lain.Dalam keadaan sedih, saya lebih suka untuk meluahkan perasaan saya terhadap orang yang saya percayai ataupun menangis sepuas hati. Bagi saya apa gunanya kita menahan air mata daripada keluar jika perasaan kita terseksa. Dengan menangis saya merasakan beban saya berkurangan. Seperti yang saya katakan, setiap hari pasti kita akan merasai emosi negatif walaupun kita mengalami emosi positif pada masa yang sama. Baru sebentar tadi saya sedang gembira bergelak ketawa bersama sahabat-sahabat, tetapi sejurus mendapat berita bahawa terdapat mesyuarat tergempar pada ahad ini, saya terus mengalirkan air mata. Apa tidaknya, sudah 3 minggu saya tidak pulang ke rumah. Tambah-tambah lagi pada bulan Ramadhan ini, lebih membuatkan hati saya menjadi sayu.
Akhir sekali ialah perasaan marah. Marah kadangkala merupakan tindakan yang sengaja dilakukan, dan akibatnya kemarahan kita akan semakin membara.kemarahan boleh timbul akibat daripada konflik, ketidakadilan, kecuaian, penghinaan, atau pengkhianatan. Kemarahan boleh dinyatakan secara aktif atau pasif. Dalam emosi "aktif", orang yang sedang marah akan mengekspresikan kemarahannya melalui lisan atau fizikal kepada orang yang dimarahnya. Apabila kemarahan adalah emosi yang "pasif", ia sering dicirikan oleh senyap serta tingkah laku pasif, dan ketegangan.
Kita perlu mengawal kemarahan walaupun kita sukar untuk mendapat ketenangan selepas emosi kita tidak stabil. Elakkan daripada membuat keputusan ketika waktu marah kerana dikhuatiri keputusan kita akan dipengaruhi oleh perasaan marah kita itu. Kita mungkin akan membuat keputusan yang tidak rasional pada waktu itu. Terdapat beberapa langkah untuk dijadikan panduan apabila menghadapi situasi yang menyebabkan kita marah. Pertama, kita perlu mengakui hakikat bahawa kita berada dalam keadaan marah. Kemudian kita perlu menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Akhirnya, setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Tajuk kedua ialah Teori Aras Adaptasi. Teori Aras Adaptasi adalah apabila kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan tahap penyesuaian kita pada waktu itu juga.
Aras adaptasi kita akan sentiasa berubah dan semakin meningkat dari masa ke semasa. Contohnya, pada mulanya saya gembira kerana lulus di dalam peperiksaan, kemudian apabila sering mendapat lulus tetapi tidak cemerlang, saya merasakan untuk ingin mendapatkan sesuatu yang baru iaitu dengan mendapat gred A dalam semua subjek. Akhirnya, itu yang menjadi matlamat saya untuk waktu sekarang. Jadi, aras adaptasi bagi setiap individual adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian masa.

Akhir sekali ialah Teori prosess berlawanan Solomon. Ianya merupakan hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Ianya merupakan keseimbangan emosi menjurus kepada titik keseimbangan bukan sahaja dalam jangka masa panjang, tetapi juga dalam jangka pendek. Ia menegaskan bahawa emosi adalah berpasangan, dan mengatakan bahawa apabila satu emosi itu diekpresikan satu lagi akan dikurangkan.
Terdapat dua keadaan iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan. Peringkat awal dikatakan emosi yang tidak dipelajari tetapi berlaku secara automatik. Peringkat berlawanan pula dikatakan emosi yang bertentangan dengan emosi awal. Ianya bermula selepas emosi pada peringkat awal terjadi dan selalunya akan kekal lama dan berulang-ulang. Tidak seperti emosi peringkat awal yang lemah.Contohnya, pada mulanya saya tidak suka memasak. Namun oleh kerana saya tinggal di rumah sewa pada semester ini, saya terpaksa belajar untuk memasak sendiri. Lama kelamaan, saya suka untuk memasak dan sekarang saya sudah pandai memasak beberapa jenis lauk. Perasaan suka memasak itu berulang-ulang serta tahan lama.
Kesimpulannya, kita tidak dapat menghalang emosi negatif daripada hadir dalam diri kita, namun begitu kita mampu mengawalnya mengikut situasi dan keadaan. Sesungguhnya orang yang beragama, bukanlah orang yang melampaui batas. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
No comments:
Post a Comment