Wednesday, August 10, 2011

LJ03 A131509 Siti Hasmah

Assalammualaikum dan selamat sejahera. Pada 10 ogos saya telah menghadiri kuliah ZT yang ketiga. Pada hari ini Tajuk Kuliah kami adalah Emosi negatif . Emosi negatif selalu dikaitkan dengan perasaan yang tidak baik yang timbul kepada orang yang mengalaminya contohnya malu, sedih, takut dan marah.
.
Sepertimana yang saya katakan  tadi,contoh emosi negatif pada hari ini ialah emosi takut. Menurut pensyarah saya, kadang-kadang kita berasa takut kerana kita sudah diajar untuk menjadi takut.  Sebab-sebab takut termasuklah diancam seperti diserang . Kemudian, kerana terdapat faktor-faktor yang menyebabkan takut maka kesannya dapat dilihat dari muka. Contohnya menggigil,  berdebar-debar,risau dan tidak tentu hala.
Selain itu,  malu pun adalah salah satu emosi negatif yang dihadapi oleh manusia biasa. Sebab-sebab malu biasanya perbuatan yang kita lakukan biasanya tidak dapat diterima oleh orang lain mahupun mencalar maruah kita sendiri.Malu juga boleh dikatakan bersikap personal, malu jenis ini selalunya disebabkan kesalahan diri sendiri, contohnya  berbohong . apaboila pembohongannya dapat diketahui oleh orang lain, dia mula malu dengan sendiri.Kemudian riaksi malu seperti menutup muka atau pun menundukkan muka. Riaksi ini biasanya terjadi untuk menutup perasaan malu itu sendiri. Malu professional, menurut pemahaman saya, malu jenis ini berkaitan pekerjaan, undang-undang dan sebagainya.  Contohnya berasa malu kerana perbuatan menyalahgunakan kuasa terdedah yang dialami oleh segelintir pemimpin. Tidak semestinya marah dan malu adalah emosi negatif menurut pandangan pensyarah saya pada hari ini. Dalam hal ini saya sangat bersetuju, kerana dalam ajaran islam sendiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan malu. Contohnya malu untuk membuka aurat dan berpakaian seksi. Secara tidak langsung, keadaan malu dalam kontek ini memberi impak yang positif dan dimuliakan Allah. 
Contoh yang seterusnya seperti emosi sedih.  Menurut kuliah ini, sedih menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan.  Ia turut dikatakan memberi komplikasi yang tidak baik seperti kemurungan, menjadi pendiam dan tidak bersemangat. Riaksi sedih termasuklah muka tunduk,mata dikecilkan dan kelihatan muram. Kadang-kadang kita pula telah terbiasa dengan tingkahlaku menangis, ramai orang beranggapan bahawa apabila seseorang sedang menangis bermakna dia sedang bersedih. Walhal, kadang-kadang terlalu gembira pun boleh menyebabakan kita mengalir air mata seperti mendapat keputusan peperiksaan yang baik.
 
Menurut Forgas,(1992,1994,) orang sedih memprosses maklumat dengan lebih perlahan berbanding yang gembira kerana orang yang sedih memerlukan kognitif yang lebih untuk memprosses maklumat.
"Motivational (Isen, 1984) -People in a positive mood avoid deep information processingthat may cause them to doubt the positive situation they are in. In contrast, people in a sad mood strive to change the negative situation they are in.The ability to process information is influenced by mood (Isen, 1987) - Happy people require less cognitional resources for deep and precise information processing than sad people. One study showed that resource blocking through use of distractions prevented people from deep and precise information processing and raised the comparative effectiveness of people in a sad mood."
Ungkapan ini saya baca dari http://sadness.askdefine.com/. Dimana ia enceritakan lebih lanjut mengenai pemprosesan infomasi semasa berada berdasar  mood yang berbeza. Pada pendapat saya pula, jika kita sedih, kita mula terbawa-bawa hal itu sehingga tidak dapat dilupakan walaupun kita sedang menerima ilmu.
Marah pula biasanya disebabkab secara aktif mahupun pasif. Marah aktif bermaksud orang yang sedang marah menunujukan perasaan marahnya itu melalui lisan dan perbuatan. Contohnya menumbuk dinding sampai berdarah. Marah secara pasif pula iallah oran yang sedang marah kelihatan senyap, menyendiri atau pun merajuk. Maknanya, tidak meluahkan secara lisan mahupun perbuatan.  Kadang-kadang marah perlu ada dalam diri kita untuk mempertahankan sesuatu kepada haknya. Mungkin marah kerana telah dibuli, marah melihat orang dipukul dan mungkin disebabkan diserang dengan perogol.  Namun, biasanya  marah disebabkan sesuatu yang tidak baik kerana cepat hilang pertimbangan,mungkin disebabkan perangai yang panas baran dan tidak rasional.  Apabila tidak rasional, ini boleh menyebabkan marah menjadi terlalu melampau. Oleh itu, pengawalan emosi pada tahab ini sangat penting.Contohnya mulakan degan menarik nafas dalam-dalam, jika penganut  islam digalakkan untuk beristifar. Sebab itulah setiap orang perlu belajar dan menguasai cara-cara mengurangkan dan mengatasi perasaan marah. Diadalam alquran ada mengatakan,
 'perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas'
Al Baqarah ayat 190.
Ayat di atas, Allah tidak suka perkara-perkara yang melampaui batas termasuk marah yang membawa keburukan, namun Allah membenarkan menegakkan keadilan dengan membalas kembali perbuatan musuh allah demi  menegakkan kebenaran.  Dalam kuliah pula saya mempelajari garis panduan meredakan marah yang diajar oleh pensyarah.
·         Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.
·         Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
·         Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
·         Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
 
Hari ini juga saya ada belajar mengenai Teoari Aras Adaptasi. Apa  saya yang fahami  ialah ,dimana apa yang kita perlukan akan meningkat sehingga mendapat yang kita inginkan. Kemudian keinginan kita atau maklamat kita akan meningkat melebihi apa yang kita ada.  Aras adaptasi kita akan terus berubah setiap kali berdepan dengan situasi baru. Bagi saya ia memang selaras dengan fitrah manusia yang berusaha sebaik mungkin untuk dapat yang lebih baik. Namun ada pendapat yang mengatakan kadang-kadang hal ini berlaku kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada.   Namun terserahlah kepada setiap individu  untuk memikirkannya dan situasi yang berlaku.
Terdapat juga Teori Proses Berlawanan Solomon, emosi bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja dalam jangka masa panjang,tetapi juga dalam jangka pendek. Teori ini terdapat dua keadaan, pertama  ialah Primary state, keadaan pertama akan terhasil(semula jadi atau tindak balas automatik) kemudian diikuti dengan keadaan yang berlawanan. Contohnya, pada mulanya kita berasa malas untuk bersolat dan menganggap hal ini membazir masa dan membosankan. Namun pada akhirnya perasaan seronok dan lebih bersyukur wujud.  Apabila sudah tiba ke keadaan perubahan keadaan yang berbeza dengan keadaan semula jadi, ia adalah keadaan Opponent stage.
            Melalui kuliah teori saya pada hari saya, saya semakin menyedari bahawa setiap apa yang pernah saya rasai dan alami seperti perasaan marah, sedih mahupun takut pernah dikaji dan menjadi topic perbincangan oleh orang yang terdahulu. Saya harap dengan penambahan ilmu mengenai emosi negatif pada hari ini menjadikan saya lebih pandai mengawal emosi.
 
 

No comments:

Post a Comment