sorry for late submitting
KUEK YONG LONG A131718
Selamat sejahtera. Ini merupakan tugasan jurnal kedua bagi subjek kod ZZZT2253 yang bertajuk pengurusan emosi. Pada hari 3 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah kedua untuk kursus ini. Pensyarah kami ialah Dr. Ahmad Zamri Mansor. Kami telah diberikan tugas untuk menghasilkan satu jurnal tentang isi kandungan dalam pembelajaran pengurusan emosi yang telah kami diajari. Kali ini, saya telah diajar dan kali pertama didedahkan tentang teori "Izard's Innate Facial Expression" dan juga "Emosi Positif" .
Teori "Izard's Innate Facial Expression" menerangkan struktur dan ekspresi emosi dan menyatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang semula jadi. Emosi yang semula jadi dapat jelas dilihat dengan contoh emosi bayi. Bayi akan senyum apabila mereka berasa gembira. Namun, ada juga penyataan yang menyatakan bayi senyum tapi tidak semestinya mereka dalam keadaan gembira. Selain senyum, bayi juga akan mula menunjukkan emosi yang lain seperti marah dan terkejut pada bulan 3-4 serta malu dan takut pada bulan 5-6. Tambahan pula, pada umur satu tahun, mereka akan memahami perasaan kepuasan manakala pada dua tahun, mereka pula akan memahami perasaan berasa bersalah. Emosi-emosi ini tidak perlu diajar kerana emosi berlaku secara semula jadi. Ini telah dimasukkan dalam "Newborn's born to smile studies". Disebabkan ketidakmampuan bayi dalam menunjukkan emosi mereka dengan pertuturan, mereka pun begitulah menunjukkannya dengan pergerakkan sama dengan eskpresi muka mereka. Menurut Paul Ekman pada tahun 1994, beliau telah menyatakan bahawa bukan semua emosi datang secara semula jadi malah perlu diajar dan dipengaruh. Terdapat sesetengah bayi tidak peka kepada alam sekitar, dan mereka tidak dapat menunjukkan emosi mereka. Satu contoh yang senang boleh menunjukkan hal ini iaitu apabila ibu bapa mereka tengah bermain dengan mereka, tetapi mereka menunjukkan salah perasaan seperti menangis. Jadi, kebanyakkan ibu bapa akan menunjukkan muka yang gembira untuk sebagai contoh dan secara langsung mengajar mereka terhadap emosi yang betul.
Di samping itu, dalam teori Izard, ternyata juga teori ekspresi muka yang menggambarkan emosi seseorang yang berada dalam satu keadaan. Contohnya, seseorang akan menunjukkan emosi yang sedih dengan mukanya yang masam apabila dimarah oleh orang lain ataupun apa-apa stimulasi yang menyedih.
Selain itu, terdapat juga teori "Learning and Experience Theories". Teori ini menyatakan bahawa emosi adalah daripada pengalaman melalui pandangan biologi dan juga pembelajaran. Teori pengalaman melalui pandangan biologi memainkan peranan yang penting berbanding dengan pengalaman melalui pembelajaran. Hal ini demikian kerana reaksi-reaksi biologi yang ditunjukkan akan berbeza dalam individu yang berbeza. Sebagai contoh, sesetangah orang takut ulat tetapi bukan untuk lipas, manakala juga ada sesetengah orang takut lipas tetapi bukan untuk ulat, dan turut ada sesetengah orang yang takut kedua-dua ini. Untuk emosi yang berdasarkan pengalaman melalui pembelajaran, contohnya, semasa seseorang individu menerokai hutan dan terpatuk oleh ular, seseorang itu akan mempunyai memori itu dan akan mempunyai perasaan phobia untuk mendekati ular ataupun sesuatu yang macam ular. Jelas kelihatan, emosi berdasarkan pengalaman melalui pembelajaran mempengaruhi emosi seseorang individu dan ini adalah berbeza dengan emosi yang berdasarkan pengalaman melalui pandangan biologi.
Setelah tamat topik ini, kami telah diberikan peluang untuk mengambil kuiz yang berkaitan dengan ekspresi muka seseorang dan juga berkaitan dengan pembelajaran yang minggu lepas. Kuiz ini agak senang disebabkan kami telah diberi kuliah dan juga membuat jurnal untuk kuliah tersebut. Dengan ini, kami dapat jawab dengan cepat dan juga kuiz ini telah mengukuhkan idea-idea kami kepada kuliah yang pertama ini. Selain itu, sesi kuiz ini juga dapat melegakan pemikiran dan keletihan kami.
Selepas itu, kuliah disambungkan dengan topik "Emosi Positif". Topik ini menyatakan emosi-emosi yang positif seperti emosi gembira, perasaan kasih saying dan juga kebahagiaan. Kebahagiaan boleh didefinisasikan sebagai perasaan keseronokan, kepuasan dan keharmonian. Ramai tokoh telah mencari dan mendalami topik ini, antara-antaranya yang terkenal ialah Aristole dan Plato yang mereka cuba mencari maksud yang sebenar untuk kebahagiaan. Satu penyelidikan yang bertajuk "Cross –cultural studies" telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kegembiraan dalam manusia. Dalam penyelidikan ini, nyatalah statistik dan kadar penumpuan dan tempat yang mana orang yang paling gembira berasal. Kesimpulannya, individu yang berasal dari Amerika Utara, Europe dan Australia merupakan antara individu yang paling gembira. Selain itu, orang yang lebih gembira dan bahagia ialah juga orang yang pandai dan cepat menyesuaikan diri sendiri dengan perkara atau keadaan yang baru berbanding dengan orang yang gagal menghadapinya. Saya turut merupakan golongan gembira ini. Hal ini demikian kerana saya dapat menyesuaikan diri saya sendiri dengan baik dan cepat dalam sekitar UKM sini dan dapat berkawan dengan semua kaum bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Indian. Dengan penyesuaian ini dan bantuan kawan, saya dapat mengawal kehidupan saya dengan baik dan secara langsung emosi saya selalu dalam keadaan positif.
Kegembiraan mempunyai 2 komponen-komponen yang utama (Kozma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state". Kegembiraan untuk jangka masa yang panjang adalah bermula sejak kanak-kanak manakala untuk jangka masa yang pendek, ini adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku terkini dalam hidup seseorang individu. Contohnya untuk kedua-dua ini ialah dapat cahaya mata ataupun gagal dalam percintaan. Kedua-dua contoh ini telah menunjukkan perbezaaan kepada "long term affective state" dan "short term affective state".
Dalam teori "Tomkin's Facial Feedback, Tomkin telah menyatakan "what cause what" ataupun dalam bahasa, apa yang menyebabkan sesuatu berlaku. Sebagai dalam contoh, faktor apa yang menyebabkan emosi marah, gembira, sedih dan sebagainya cetus. Namun, teori Tomkin telah dipersoalkan dengan teori yang berkaitan dengan ekspresi muka yang tidak sebenarnya menunjukkan emosi seseorang individu tersebut dalam sesuatu keadaan seperti yang saya telah bincangkan dalam jurnal pertama saya.
Secara tuntas, maksud kebahagiaan untuk seseorang individu adalah berbeza antara semua. Bagi saya, kebahagiaan ini adalah berdasarkan pemikiran seseorang itu. Ada sesetengah orang akan berasa gembira setelah orang sekeliling mereka bersapa dengan mereka. Walaupun sapaan ini merupakan perkara yang biasa atau remeh-temeh, namun mereka akan berasa gembira dan bahagia disebabkan kewujudan mereka telah dikenalpastikan. Sebenarnya, sekarang keletihan dan sakit kepala telah menyekatkan masa saya untuk menghasilkan jurnal ini, tetapi saya berasa bahagia kerana saya telah mencapaikan 3 komponen-komponen untuk kebahagiaan iaitu keseronokan, kepuasan dan keharmonian. Keseronokan kerana saya telah dapat menghasilkan jurnal ini dan dapat lebih memahami isi kandungan-isi kandungan kuliah kedua ini; kepuasan kerana saya berasa puas hati kerana telah menaruhkan pemikiran dan emosi saya dengan sepenuhnya semasa menuliskan jurnal ini; manakala keharmonian kerana saya dapat menikmati keadaan yang harmoni dengan sokongan rakan semasa menghasilkan jurnal ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment