Assalamualaikum dan salam sejahtera, penulisan jurnal kali ini merupakan jurnal ke tiga bagi saya setelah tamatnya kuliah kali ini yang bertarikh 10 Ogos 2011. Kuliah kali ini banyak mengisarkan tentang Emosi Negatif dan Teori Asas Adaptasi . Sepanjang kuliah yang telah berlansung selama dua jam ini amat membantu saya mendalami dan lebih memahami mengenai subjek pengurusan emosi ini. Pada jurnal kali ini, saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang Emosi Negatif berdasarkan tahap pemahaman saya dan cuba kaitkan dengan diri saya sendiri ataupun pengalaman yang pernah dilalui yang berkaitan dengan pembelajaran kali ini.
Emosi negatif terdiri daripada perasaan takut, malu, sedih dan marah. Di sini saya cuba menghuraikan setiap komponen yang terdapat dalam emosi ini.
I. Takut
· Merupakan tindak balas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang
· Ianya merupakan satu mekanisma untuk kelangsungan hidup, berlaku bila adanya situasi negative
· Contoh : Jika kita melihat anjing liar menuju ke arah kita, mesti kita cuba melarikan diri kerana tindakan tersebut didorong oleh perasaan takut kita. Tetapi di sini saya ingin membangkitkan satu persoalan. Berdasarkan pengertian yang diberi semasa dalam kuliah tadi, takut merupakan tindak balas emosi terhadap situasi bahaya dan merupakan satu mekanisme untuk kelangsungan hidup bukan? Sekiranya anda semua telah melihat video yang telah ditunjukkan semasa dalam kuliah tadi mengenai kesengsaraan penduduk Palestin dan Gaza, kita dapat melihat satu babak di mana penduduk palestin berani berjuang demi agama, keluarga dan tanah air tercinta. Ada juga para remaja yang berani berdepan dengan kereta kebal hanya berbekalkan batu di tangan. Di sini kita dapat lihat sekiranya emosi takut itu dapat diatasi, kita juga dapat memastikan kelangsungan hidup, tidak semestinya dengan menyembunyikan diri kerana takut dapt menyelamatkan penduduk Palestin. Sampai satu tahap di mana mereka berjaya mengatasi emosi tersebut untuk memastikan agama dan kesejahteraan mereka terbela.
· Bagi saya, takut itu boleh member kesan positif juga sekiranya kita menajadikan emosi tersebut sebagai satu platform kea rah yang lebih baik seperti apa yang dilakukan oleh penduduk palestin
· Ekspresi muka yang dapat dilihat semasa takut ialah mata terbuka luas, bibir atas naik, kening mengarah ke atas dan ke dalam.
II. Malu
· Dirasai bila melakukan sesuatu yang tidak diterima dalam masyarakat atau juga disebabkan melakukan sesautu yang sosialnya tidak diterima seperti memakai baju terbalik
· Terdapat dua kategori, iaitu personal dan professional.
· Untuk personal, malu bila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesalahan diri kita dan juga disebabkan tindakan kita seperti berbohong dan sebagainya.
· Biasanya diikuiti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap dan gelisah.
· Semasa di dalam kuliah tadi, ada satu gambar yang menunjukkan apabila seseorang itu malu, antara tindakan yang dilakukan ialah dengan menutup sebahagian daripada muka. Di sini saya dapat mengkaitkan tindakan ini di dalam diri saya Apabila saya malu, saya terdorong untuk melakukan perkara di atas. Setelah kuliah, baru saya tahu ada ciri-ciri tertentu yang menunjukkan seseorang itu malu kerana sebelum ini saya ingat tindakan saya itu merupakan satu habit yang khusus dilakukan oleh saya. Tetapi, kesilpan itu telah diperbetulkan melalui apa yang telah dipelajari tadi.
· Bagi kategori professional pula, malu yang melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan.
III. Sedih
· Menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan, jika serius boleh membawa kepada kemurungan.
· Tanda-tanda yang sering dikaitkan dengan sedih ialah muka tunduk, badan condong ke depan, bibir ke dalam dan fizikal yang lemah dan pergerakan yang perlahan.
· Orang sedih memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, tidak semua yang akan mengalami masalah ini. Bagi saya, sejauh mana seseorang itu Berjaya mengawal kesedihan mereka. Swkiranya mereka membiarkan kesedihan itu menguasai diri, perkara di atas akan berlaku tetapi sekiranya kita tabah, nescaya kita akan Berjaya mengatasinya dan tidak akan membiarkan emosi itu mempengaruhi tindakan kita.
IV. Marah
· Pada bahagian ini, saya inigin menerangkan semula tentang langkah-lahgkah panduan ketika marah
· Pertama : Mengakui hakikat bahawa anda dalam keadaan marah
· Kedua : Menilai sama ada situasi ini sesuai untuk anda melakikan kemarahan atau pun tidak
· Ketiga : Sekiranya anda rasa sesuai untuk melakukan, nilaikan semula sama ada perlu gunkan pendekatan secara lansung atau tidak langsung.
· Keempat : Setelah bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk membaiki diri.
· Sebelum ini, apabila saya marah, tidak pernah terlintas di dalam fikiran tentang adanya proses-proses marah ini. Setelah kuliah Emosi Negatif ini, baru saya tahu tentnag kewujudannya proses-proses ini dan ianya memang akan dialami oleh seseorang yang berada dalam keadaan marah
· Sekiranya seseorang itu marah, kita hendaklah membiarkan mereka berada dalam keadaan tenag dahulu. Seperti contoh, diri saya sendiri, apabila saya berada dalam keadaan marah, kawan-kawan akan membiarkan saya tenang dahulu sebelum dibawa berbincang. Saya juga pernah berpesan kepada mereka hal ini kerana sekiranya saya diganggu ketika dalam keadaan marah, nescaya orang tersebut akan mendapt tempiasnya daripada saya. Tidak dinafikan saya tidak dapt mengawal emosi marah ini dengan baik. Jadi bagi saya, jalan terbaik bagi mengelakkan mereka dimarahi oleh saya, saya meminta mereka membiarkan saya di dalam keadaan tenang terlebih dahulu. Bila seseorang itu berada dalam keadaa marah, meraka sukar untuk mengawal emosi dan menggunakan akal fikiran dengan baik. Kadangkala, saya menyesal ats tindakan saya sendiri kerana melukakan hati dan perasaan orang disekililng saya. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya memilih untuk bertenang terlebuh dahulu seperti apa yang telah saya pelajari di dalam kuliah tadi.
· Sebagai umat islam, saya ingin berkongsi antara perkara yang dapat dilakukan ketika marah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2022%20181105%20Bagaimana%20Menangani%20Marah.pdf ( diambil dari laman web ini )
Akhir kata, saya harap melalui pembelajaran kali ini, dapat membantu saya mengawal emosi negative kerana saya lebih faham tentang apa itu emosi negative sepanjang kuliah tadi
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment