3 Ogos 2011, 2.30-5.00 p.m , Dewan Kuliah- Pada minggu ini sekali lagi saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr. Zamri. Pada kali ini, secara jujurnya saya sangat letih memandangkan kali ini, kursus diadakan pada bulan puasa, saya hanya dapat mengambil sedikit sahaja input yang disampaikan, alangkah ruginya saya pada kali ini. Walaupun begitu saya masih mahu memeberikan yang terbaik untuk jurnal kedua yang dikarang saya ini. Secara keseluruhannya, mungkin jurnal ini berlatarbelakangkan nota kuliah dan saya akan menghubungkaitkan sedikit dengan pengalaman yang pernah saya lalui bersempena dengan topik yang sedang saya kaji.
Kuliah pada kali ini menyingkap kembali sambungan teori Izard's Innate Facial Expression. Melalui teori ini, beliau mengatakan bahawa mekanisme saraf untuk ekspresi muka dan persepsi adalah sesuatu yang semulajadi dan mendakwa pembelajaran dalam kehidupan hanya member impak yang sedikit sahaja di dalam emosi seseorang. Tapi bagi diri saya pula, saya tampak tidak bersetuju dengan teori ini. Hal ini adalah kerana saya telah melalui satu perubahan sikap ataupun pendekatan yang ketara sekali perbezaannya semasa saya belajar di negeri kelahiran dan semasa saya menyambung pelajaran di negeri orang. Saya teringat ketika saya belajar di sebuah sekolah menengah di Kelantan, saya merupakan seorang pelajar yang aktif di dalam kelas, walaupun keaktifan saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya paling tidak suka pelajar yang pendiam di dalam kelas kerana bagi diri saya pelajar itu terlampau serius ataupun langsung tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku pada masa itu. Sikap saya yang sebegitu, ditambah raut muka yang sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai, baik sesame rakan mahupun guru dan juga kakitangan sekolah mungkin adalah sifat semulajadi saya yang diwarisi sejak kecil. Saya memang sentiasa merasakan yang naluri saya lebih terdorong untuk membuat perkara yang 'gila-gila' atupun perkara yang mampu menarik perhatian orang ramai, seperti membuat jenaka di dalam bilik darjah. Tetapi selepas saya melanjutkan pelajaran di luar negeri, iaitu ketika saya memasuki Pusat Asasi Sains UiTM di Shah Alam, dan membuat memasuki sekolah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mendapati saya seakan lebih cenderung ataupun keadaan memaksa saya untuk bersikap lebih pendiam, padahal perkara ini sangatlah bertentangan dengan sikap semulajadi saya yang lebih sukakan membuat 'huru-hara' di kalangan orang ramai.
Melalui pemerhatian saya terhadap adik saya yang masih di dalam dukungan pada waktu itu, dia turut akan membuat latah yang boleh menghiburkan hati kami sekeluarga jika kami menyuruhnya untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, kami menyurh dia membuat muka sejuk,panas,marah dan sebagainya, dia mampu memberikan reaksi yang sewajarnya. Kalau dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengan adik saya itu, mereka tidak mampu untuk memberikan respons yang sedemikian jika kami menyuruhnya, dengan alasan mereka ini tidak diajar atupun diasuh untuk berbuat demikian. Hal ini jelas membuktikan bahawa perasaan, emosi ataupun persepsi seseorang itu sedikit sebanyak terpengaruh dengan pembelajaran dan pengalaman yang dilalui, padahal kanak-kanak sekecil itu yang masih 'kaku lidahnya' untuk bercakap, apatah lagi untuk mengerti apa-apa lagi mengenai perasaan, tetapi ekspresi yang ditunjukkan oleh setiap kanak-kanak adlah berbeza bergantung dengan faktor-faktor yang saya sebutkan sebentar tadi. Jadi dengan hujah yang saya bentangkan ini, saya ingin memohon untuk menyanggah teori Izard itu, dimana ekspresi muka adalah sesuatu yang semulajadi dan bukannya berdasarkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bukanlah bermakna saya menolak teori yang dikemukakan oleh sarjana Izard itu, cuma ingin menambah sedikit penambahbaikkan agar pembelajaran menjadi salah satu faktpr yang mempengaruhi ekspresi muka seseorang itu.
Walaupun begitu, teori Izard masih lagi menjadi pilihan orang ramai dengam diperkasakan oleh beberapa lagi eksperimen-eksperimen yang lain, antaranya termasuklah Newborn 'born to smile' studies dan 'Cross-cultural' studies yang juga bermaksud Pengkajian ' lahir untuk senyum; bayi yang baru lahir dan Kajian rentas-budaya.
Mengikut teori 'born-to-smile', pakar-pakar yang mengkaji teori ini mendapati bahawa adanyaekspresi emosi selepas lahir. Sebagai contoh, setelah bayi dilahirkan di dunia, bayi itu akan terus menangis, itu adalah lumrah ekspresi emosi yang pertama. Selain itu, mereka juga bayi yang berusia 3 atau 4 bulan mampu mengekspresikan rasa marah dan terkejut. Kemudian ketika berusia 5 atau 6 bulan pula, bayi mampu menunjukkan rasa puas hati dan seawal usia 2 tahun, bayi juga sudah mampu menunjukkan rasa bersalah. Namun begitu, terdapat kritikan juga terhadap kajian ini, mereka yang mengkritik mengatakan bahawa jika bayi itu senyum, ini tidak bermaksud bayi itu gembira.
Untuk kajian yang kedua pula iaitu kajian rentas budaya, Ekmen, iaitu nama orang yang melakukan kajian ini, melakukan kajian ini di pelbagai benua dan Negara. Antara Negara yang dimaksudkan termasuklah amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Cara Ekmen melakukan kajian ini adalah dengan memaparkan gambar-gambar ekspresi muka orang dan menyuruh subjek eksperimennya meneka ekspresi apakah yang ditunjukkan oleh orang dalam gambar tersebut. Hasil kajian beliau mendapati bahawa kesamaan untuk setiap budaya yang berlainan mengekspretasi ekspresi emosi melalui gambar amatlah tinggi. Ini bermakna, walaupun berlainan budaya dan Negara, dengan melihat reaksi muka pada gambar, mereka menginterpretasikan emosi yang sama bermakna emosi adalah universal. Oleh kerana itulah, ada pepatah Inggeris yang mengatakan, 'action speaks louder than words' yang memberi makna perbuatan seseorang lebih efektif berbanding kata-kata yang dituturkan. Di dalam konteks ini, kita dapat tafsirkan pepatah itu dengan ekspresi muka sebagai perbuatan manakala kata-kata yang diluahkan seseorang itu sebagai kata-kata. Jika kita lihat perbandingan ini, ekpresi muka akan lebih mudah kita tafsir berbanding kata-kata lebih-lebih lagi dengan bahasa yang kita tidak fahami. Ekpresi muka ini juga boleh dikaitkan sebagai 'body language'.
Walaupun begitu, teori ini juga masih ada kelemahannya dimana hasil kajian ini dikritik yang mendakwa bahawa Ekmen hanya menguji orang-orang terpelajar dari Negara-negara yang berbeza. Jadi mereka tidak menerima hasil kajian tersebut. Lantaran itu, Ekmen menyambung kajian beliau di kepulauan Borneo dan New Guinea. Setelah melakukan kajian di sana, Ekmen memutuskan bahawa teori kajiannya sebelum ini adalah tepat kerana subjek Ekmen di Borneo dan New Guinea adalah orang yang tidak terpelajar namun begitu masih memberikan jawapan yang sama seperti jawapan orang yang terpelaar di beberapa Negara yang lain.
Scherer dan walbott pula mengesahkan lagi teori Ekmen itu dengan membuat kajian di 37 buah Negara di 5 benua. Mereka berdua kemudiannya member konklusi bahawa terdapat bukti yang konsisten untuk corak kestabilan tindakan emosi rantas-budaya. Yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, dan bukan bagaimana emosi itu dizahirkan.
Tajuk seterusnya yang disampaikan oleh Dr. Zamri adalah teori Pembelajaran dan Pengalaman. Teori ini mempunyai 2 peranan iaitu pengalaman pada sudut biologi dan pengalaman pada sudut teori pembelajaran. Melalui peranan pertama, ia mengatakan bahawa pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Seperti yang telah dikatakan Plutchik sebelum ini iaitu emosi adalah ekspresi secara terus dan pembelajaran hanya mampu mengubahnya sedikit sahaja.
Peranan kedua iaitu pengalamn pada sudut teori pembelajaran, mengatakan semua emosi adalah hasil pembelajaran. Melalui kajian Miller, ketakutan tiada kaitan dengan asas biologi. Kajian Albert pula memberi konklusi bahawa manusia dapat mempunyai rasa takut dengan proses pembelajaran. Sebagai contoh seperti yang diberikan contoh oleh Dr. Zamri mengenai takut dengan hantu, kanak-kanak yang tidak terdedah dengan ugutan ibubapa mengenai hantu tidak akan rasa takut pada hantu. Rasa takut akan timbul jika ibubapa yang beria-ia menakutkan anak mereka, maka barulah kanak-kanak itu akan mempunyai rasa takut kepada hantu.
Sebagai konklusi kepada jurnal saya pada minggu ini, saya ingin mengatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai pandangan yang tersendiri, berbeza mengikut adat, budaya, agama mahupun geografi kawasan tinggal mereka.
No comments:
Post a Comment