ANISAH ZAHIRAH BT NOR ARIPIN A126937 Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Ahmad Zamri iaitu pensyarah Pengurusan Emosi. Untuk kuliah yang ke-empat ini, Doktor telah menunjukkan sebuah lagu bertajuk "Ummi" atau dikenali sebagai lagu "baby" oleh penyanyi yang terkini dan sensasi pada masa sekarang iaitu Justin Bieber. Saya berasa amat kagum dengan penulis muzik lagu itu kerana saya berasa dia amat kreatif walaupun ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak memasuki lagu itu. Doctor telah menyatakan lagu itu berkenaan dengan tajuk kuliah yang ketiga iaitu emosi positif dan saya amat menyetujui dengan doctor bahawa "ummi" atau "mummy" adalah salah satu unsur kebahagiaan yang terpenting dan terbesar dalam hidup kita. Tanpa ibu-ibu dan bapa-bapa, siapalah kita di dunia ini. Merekalah yang mengajar, mendidik, dan menyayangi kita dari kecil hingga sekarang. Tajuk kuliah yang dibentangkan pada minggu ini adalah emosi negatif. Emosi negative seperti takut,malu, sedih dan marah. Pada pendapat saya, emosi-emosi ini bercampur aduk dan mempunyai hubungan kait antara satu sama lain. Contohnya, kita takut sebab kita sedih dan kita sedih kerana kita terlalu memarahi. Takut adalah satu tindak balas emosi kepada bahaya dan dihubung kaitkan dengan keresahan. Takut itu adalah satu mekanisma menyelamatkan diri dan selalunya berlaku secara tindak balas kepada stimulasi negative yang tertentu. contohnya, saya amat tidak menyukai kepada cicak,apabila saya Nampak cicak, saya akan berasa takut dan akan cuba lakukan sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari cicak itu seperti melarikan diri Seperti yang saya katakan, emosi takut berhubungkait dengan sesetengah keadaan emosi seperti risau dan keresahan. Takut ini juga mungkin disebabkan oleh kemalangan yang amat traumatic kepada seseorang. Contohnya, sekiranya kita terperangkap didalam tempat yang kecil dan gelap untuk waktu yang lama, kita mungkin akan menghadapi "claustrophobia" iaitu fobia terhadap tempat yang sempit dan gelap. Ketakutan untuk hilang kawalan terhadap satu situasi digelar " fear of ridicule" atau "social censure". Jenis ketakutan ini berbeza daripada ketakutan terhadap ketakutan terhadap benda fizikal. Ketakutan ini boleh memberi impak yang lebih besar dan lama daripada ketakutan terhadap benda fizikal. Impresi muka untuk emosi takut adalah seperti mata menjadi besar, pupil mata akan membesar, bibir atas akan naik, kening mata akan dating bercantum dan mulut tegang melintang. Dalam emosi takut, seseorang itu akan mengalami beberapa peringkat emosi. Manusia senang dipengaruhi dan tergugat dengan emosi takut yang akan menyebabkan mereka (yang berada dalam keadaan takut) akan membuat apa sahaja yang disuruh tanpa kisah terhadap keperluan diri sendiri. Mereka yang berada dalam keadaan takut juga mungkin akan bertindak dengan ganas dan mungkin menyebabkan ia menjadi maut. Ia adalah tindak balas semula jadi mereka yang disebabkan peningkatan hormone adrenalin. Perasaan malu pula adalah ketidaksenangan yang dialami apabila berada dalam keadaan social atau tidak diterima secara professional. Selalunya, maruah diri akan dilibatkan . berapa banyak maruah yang dipertikaikan itu bergantung kepada jenis malu yang dialami oleh seseorang. Terdapat dua jenis malu iaitu peribadi dan professional. Jenis peribadi itu disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini seperti hal peribadi atau kesilapan sendiri. Contohnya, tipu helah dikantoikan oleh orang atau kalah teruk didalam sebuah pertandingan. Jenis malu ini selalunya menyebabkan pipi menjadi merah atau dikenali sebagai "blushing" , berpeluh, perasaan gementar dan tergagap-gagap. Kadang kala, seseorang itu mungkin akan senyum atau ketawa kecil untuk menutupi perasaan malu yang dialami oleh mereka. Jenis malu dari segi professional pula adalah yang melibatkan kerja harian atau melibatkan duit yang jumlah yang besar atau malu kerana tidak dapat menjalankan tugas. Sedih pula adalah emosi yang ditunjukkan kerana kekurangan atau kerugian. Sekiranya seseorang mengalami kesedihan yang mendalam, seseorang itu akan mengalami depresi dan mungkin memerlukan bantuan daripada pihak yang professional. Kadang kala, orang yang sedih itu akan mendiamkan diri , kurang keyakinan dan tidak bermaya. Orang itu juga mungkin tidak mahu keluar rumah atau bergaul dengan orang lain. Sekiranya anda Nampak tanda-tanda ini, tolonglah mereka sekiranya boleh. Tanda tanda sedih adalah seperti kepala yang sentiasa ditunduk, fisikal badan yang perlahan dan lemah. Marah pula adalah tindak balas terhadap sakit, stress atau tergugat. Ugutan itu mungkin dibayangkan, betul atau dibincangkan. Kemarahan selalu adalah satu tindak balas terhadap persepsi kepada ugutan yang disebabkan fizikal, ketidakadilan, dimalukan atau ditikam belakang. Perasaan marah yang aktif boleh diluahkan secara bercakap atau menenking atau mengunakan fizikal badan. Perasaan marah yang pasif mungkin akan diluahkan secara merajuk, berdiam diri atau tension. Kemarahan juga boleh disebabkan perasaan meluat terhadap sesuatu benda. Perasaan marah boleh dibesarkan atau akan menjadi lama kerana keputusan kognitif yang dibuat tentang niat seseorang. Marah boleh diredhai dengan unsure kemaafan dan berdoa kepada tuhan dan juga bersabar. Kita boleh bertindak banyak cara terhadap kemarahan. Kita boleh meluahkan kemarahan itu dengan meluahkan secara assertif. Dari segi Islam, kemarahan itu menunjukkan tanda-tanda kemarahan. Kerana kemarahan itu akan menyebabkna kita bertindak tanpa berfikir dan kita akan termakan oleh hasutan-hasutan syaitan. Nabi Muhammad s.a.w berkata bahawa kekuatan itu bukan orang yang mengatasi orang lain dengan kekuatan fizikal tetapi kekuatan itu adalah orang yang boleh mengawal dirinya sendiri dalam keadaan yang marah. Sebelum kuliah ini berakhir, pensyarah telah memberikan kuiz sekali lagi kepada kami semua. Dia menyatakan bahawa kuiz ini mempunyai dua puluh soalan tapi rupanya ada Sembilan belas soalan sahaja. Kumpulan saya mendapat sepuluh soalan yang betul dan Sembilan soalan yang salah. Ini menunjukkan kami perlu berusaha dengan lebih lagi untuk kursus pengurusan emosi ini. Kursus ini tidaklah sebosan mana kerana pensyarah memeriahkan kuliah ini dengan pelbagai video dan kuiz pada setiap kuliah tetapi saya paling tidak suka terhadap pembentangan kerana ia menakutkan kami semua. Dengan itu saya amat berharap pembentangan itu dibatalkan sama sekali. Saya tidak kisah membuat kuiz kerana kuiz boleh mengingatkan kita terhadap beberapa fakta. Secara kesimpulan, pada akhir kuliah ini, saya dapat tahu dengan lebih lanjut lagi tentang perasaan sedih,malu, marah. Ia amat mendalam. Ia bukan sekadar apa yang kita rasa tetapi sudah ada beberapa kajian tentang emosi-emosi marah,sedih, dan malu. |
Friday, August 12, 2011
A126937, Anisah Zahirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment