Friday, August 12, 2011

A131699 Kirubananthini a/p Jeyakumar LJ03

Kirubananthini a/p Jeyakumar
A131699
MENGHARUNGI  EMOSI NEGATIF
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian. Sekali lagi tiba masanya untuk kita bertemu dalam kuliah kita yang keempat.Sambungan daripada kuliah minggu lepas iaitu emosi positif dan minggu ini merupakan emosi negatif. Pertama sekali saya bersyukur kerana dapat mempelajari banyak benda baharu dengan menghadiri kuliah pengurusan emosi ini. Sebelum ini,setiap kuli ZT semata-matanya berteraskan konsep lecture sahaja dan inilah merupakan  kali pertama kuliah diselitkan dengan video,kuiz dan pembentangan dan sebagainya.
Seperti biasa kuliah dimulakan dengan tayangan beberapa video lagu dari youtube.Lirik lagu tersebut:
Uhmi...uhmi..uhmi....oh
Uhmi...uhmi...uhmi...oh
Uhmi...uhmi...uhmi..oh
Dr.Zamri mengatakan bahawa lagu ini sebenarnya ciptaan Justin Bieber tetapi yang ini ialah dalam versi bahasa melayu.Di samping itu Dr.Zamri juga telah menyanyikan sebaris lirik tersebut,dan walaupun beliau tidak berada dalam situasi yang beremosi sedih namun beliau masih menyanyi dengan dengan penuh perasaannya. Satu lagi tayangan multimedia yang menarik perhatian saya ialah lagu mengenai saudara saudari kita di Palestin yang teruk ditindas rejim Zionis yang seperti syaitan bertopengkan manusia. Dalam lirik lagu ini, ia memperingatkan kita kesusahan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin lebih-lebih lagi di tebing barat. Liriknya tidaklah saya ingat sangat, lebih kurang daripada lirik yang dapat saya ambil ialah, perbezaan maksud takut kita di Malaysia , Negara yang dikatakan merdeka berbanding takut saudara-saudara kita di Palestin, Negara yang ditindas.
Setelah beliau member penerangan mengenai lirik lagu-lagu yang ditayangkan,beliau telah memberi sedikit penerangan mengenai blog jurnal,blog pengurusan emosi dan juga tentang semua assignment yang kita hantar selama ini.Kemudian Dr.zamri telah memulakan kuliah yang bertajuk emosi negative yang merangkumi pelbagai perasan iaitu marah,malu,takut,sedih dan sebagainya.Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa perasaan malu adalah salah satu emosi yang dikategorikan dalam emosi negatif.Setelah melihat slide power point baru saya perasan bahawa perasan malu adalah emosi negatif.Takut ialah tindak balas emosi apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang bahaya.Emosi ini juga berkait rapat dengan perasaan bimbang.Walaupun perasaan takut diklasifikasikan sebagai salah satu emosi negatif,namun perasaan takut sebenarnya adalah mekanisme untuk seseorang individu terus hidup dengan keadaan selamat dan mengelakkan kemudaratan dan kematian.Emosi takut biasanya akan secara automatik diterjemahkan pada mimic muka seseorang itu.Sebagai buktinya ialah dengan adanya tanda-tanda seseorang itu kelihatan ketakutan seperti anak mata akan mengembang,bibir atas akan naik ke atas,kening akan ke dalam dan bibir akan tertarik secara melintang.
Seterusnya emosi malu adalah satu emosi yang kurang selesa yang dihadapi apabila seseorang itu melakukan atau telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima secara sosial mahupun professional.Setahu saya selama ini perasaan malu lahir secara semula jadi kerana persekitaran yang mengawalnya sebagai contoh seseorang itu malu apabila kena disoal di depan ramai oaring, selain itu malu untuk menampilkan diri dalam kalangan orang ramai.Tahap malu yang paling teruk akan berlaku apabila perbuatan seseorang itu akan menyebabkan dia kehilangan maruah.Malah, terdapat dua jenis perasaan malu iaitu personal dan professional.
Selain itu, perasaan sedih pula dimaksudkan sebagai perasaan yang menggambarkan kekurangan atau kehilangan.Jika perasaan ini mendominasi diri kita,ianya boleh membawa kemurungan dan seterusnya mampu mumukat seseorang itu untuk malakukan perkara yang tidak diterima agama seperti membunuh diri.Kebiasaanya,jika seseorang itu dalam keadaan sedih,seseorang itu mula mengasingkan diri dan mula menjadi pendiam, nampak kurang bertenaga dan selalu suka untuk bersendirian.Menurut kajian Forgas,orang yang gembira akan lebih mudah menyerap sesuatu informasi atau pengetahuan barbanding dengan orang yang sedih.Hal ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang pelajar di mana setiap pelajar sentiasa rasa gembira jika mahukan ilmu yang dipelajarinya menjadi senang untuk difahami dan mudah untuk diingati.
Tambahan pula perasaan marah pula adalah satu tindak balas yang menggambarkan bahawa seseorang itu sedang dalam kesakitan dan kesengsaraan.Berdasarkan pengalaman hidup saya, ini dapat diaplikasikan dalam situasi hidup seseorang perempuan di mana apabila mereka mendapat menses setiap bulan mereka naik angin dengan mudah dan menunjukkan perasaan terhadap semua benda walaupun ia adalah masalah yang kecil.Namun begitu,ada sesetengah situasi perlu kita tunjukkan kemarahan kita.Sebagai contoh jika seseorang itu mengabaikan kita,sekiranya harta kita dirompak da juga apabila orang lain menghina agama,kaum dan kepercayaan kita.Dalam hal itu, wajib kita tafsirkan perasaan marah kita dengan cara berjuang demi kebenaran.
 
Saya turut serta sedikit sebanyak maklumat yang saya dapat daripada bacaan saya:
·         Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-
1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih.
2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..
6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga. Ni asyik-asyik pasal cinta tak direstui. Alahai..
 
Seterusnya, Dr.Zamri telah membentangkan kuliah 'Teori Aras Adaptasi' kepada kami.Mengikut teori ini, kami bereaksi kepada stimuli berdasarkan tahap adaptasi kami.Setiap orang akan menjalin satu adaptasi terhadap apa-apa jua stimuli automatic.Kalau seseorang hendaklah gembira,dia perlu ada stimuli yang lebih tinggi daripada aras adaptasinya. Selepas itu, Dr. Zamri menyampaikan kuliah seterusnya yang bertajuk "Teori Solomon". Teori Solomon merupakan teori ubahsuaian daripada teori adaptasi. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Emosi yang bertentangan akan ditahan oleh emosi yang sedang kita berasa. Sesuatu perkara akan mencetuskan emosi pertama dan emosi bertentangan pada satu orang.Makin emosi pertama dirasai, makin kurang emosi bertentangan ditahan. Maksudnya, lama kemudian, emosi bertentangan akan dirasai oleh orang tersebut dan emosi pertama akan hilang atau menjadi lemah dirasai. Contohnya, pada mulanya skydriver berasa lebih takut daripada keseronokan, tapi lama-kelaman, mereka akan berasa keseronokan lebih daripada perasaan takut.
Secara kesimpulannya,dalam kuliah ini saya telah berjaya memetik info-info mengenai emosi negatif,teori aras adaptasi dan juga teori Solomon.Kesemua ini telah menjelaskan kepada saya bahawa mengapakah sesuatu perasaan akan hilang mengikut masa. Dengan adanya adaptasi, orang yang sedih kerana kehilangan orang kesayangan dapat sembuh daripada perasaan sedih. Namun, dengan adanya adaptasi, orang yang berbudi kepada kita, mudah kita lupakan dan apabila orang lain membantu kita, kita mungkin akan rasa pertolongannya hanyalah perkara kecil kerana kita sudah biasa ditolong orang.
 
Sekian terima kasih.
 
 
           
 

No comments:

Post a Comment