Pada hari 10 Ogos 2011, iaitu hari Rabu yang lepas, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang keempat di Dewan Kuliah 1 Kampus KL UKM. Pada permulaan kuliah ini, pensyarah telah menayangkan lagu 'Baby' edisi Melayu yang bertemakan ibu. Sememangnya, ibu ialah satu orang yang penting ibarat mutiara bagi setiap orang. Tanpa ibu, kita tidak akan datang ke dunia ini. Selepas menonton video ini, emosi rindu telah dicetuskan. Setiap orang haruslah meluangkan masa yang sebanyak mungkin untuk menemani dan prihatin terhadap ibu bapa sendiri.
Dalam kuliah kali ini, kami telah belajar tentang Adaptation Level Theory. Asas teori ini ialah : we react to new stimuli on the basis of our present level of adaptation. Teori ini juga menjelaskan bahawa: A person's adaptation level is his current, neutral level of functioning relative to some specific stimulus situation. We automatically establish a neutral point or adaptation for each of a variety of kinds of stimulation. Selepas membelajari teori ini, saya telah mendapati bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam banyak perkara di sekeliling saya. Sebagai contohnya, pencemaran suara di tempat tinggal saya memang serius kerana terdapat sebuah kilang di depan rumah saya. Semasa saya baru bermula tinggal di sini, saya berasa keadaan sana sangat bising dan tidak boleh menahaninya. Tambahan lagi, saya juga selalu menutup tingkap untuk mengurangkan kekuatan suara bising itu. Tetapi, selepas tinggal di sana beberapa tahun, saya telah biasa dengan suara itu. Selain itu, contoh lain ialah kawan saya berasa takut semasa membentangkan sesuatu di depan semua orang pada kali pertama. Namun, selepas membentang beberapa kali, dia telah adaptasi dengan keadaan begitu dan sanggup bercakap dengan beryakin dan fasih.
Contoh lain yang diberikan dalam kuliah ialah 'If you are happy now with good grades in your course, a good income, and good health, you won't continue to be happy unless things get better.' Ini memanglah kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Namun begitu, hal ini bukan semestinya tidak baik. Sebaliknya, hal ini sanggup memanfaatkan seseorang dalam keadaan yang tertentu. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan akan lebih berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Tambahan pula, seseorang yang tidak puas hati dengan gaji sekarang akan bekerja dengan lebih rajin dan berusaha untuk meningkatkan gaji sendiri. Namun demikian, emosi begitu juga boleh menyebabkan seseorang bersikap buruk. Sebagai contoh, seseorang yang tamak sanggup merompak atau menipu orang untuk mendapat wang yang lebih baik. Oleh itu, emosi yang sama boleh menyebabkan orang yang tidak sama melakukan perkara yang berasingan.
Selain itu, satu teori yang telah saya belajari pada hari Rabu yang lepas ialah Soloman Opponent Process Theory. Teori ini adalah hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory). Inilah satu psychological model yang dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 yang menjelaskan kelakuan addictive. Teori Solomon ini menjelaskan bahawa - emotions balance toward a neutral point not only in the long run but also in short run. Every emotion causes an opposite emotion to occur. It asserts that emotions are paired, and that when one emotion in a pair is experienced, the other is suppressed. Sebagai contohnya, saya berasa membuat ulangkaji untuk peperiksaan adalah satu perkara yang membosankan, tetapi selepas saya mendapati bahawa ulangkaji yang cukup memang membolehkan saya ingat dan faham semua perkara yang dipelajari, saya tidak berasa bosan lagi.
Tambahan pula, jelasan lain yang berkaitan dengan teori soloman ialah"Repeating the emotional experience increases the relative strength of the opposing emotion" Contoh yang diberikan ialah Drug addiction. A drug addiction is the result of an emotional pairing of pleasure and the emotional symptoms associated with withdrawal. Initially, there are high levels of pleasure and low levels of withdrawal. Over time, however, as the levels of pleasure from using the drug decrease, the levels of withdrawal symptoms from not taking the drug increase, thus providing motivation to use the drug despite a lack of pleasure from it. Contoh lain ialah sesorang yang asyik bermain permainan computer. Orang itu berasa bahawa bermain permainan computer ini boleh menjadikan dia gembira dan melupakan stress kehidupannya. Jadi, pada permulaannya, dia berasa bosan dan tidak gembira kerana tidak dapat berpain permainan computer. Namun demikian, lama kelamaan, dia tidak berasa bosan dan sebaliknya menjalankan hobi lain yang memanfaatkan semasa tidak bermain computer. Teori ini juga boleh diaplikasikan dalam keadaan bahawa seseorang yang hendak mengurangkan keberatan den kegemukan. Pada permulanya, seseorang itu mungkin berasa sangat susah kerana tidak dapat makan banyak. Makanan yang berlemak tinggi juga tidak dibenarkan makan. Seseorang itu mungkin sangat sedih keran tidak memilih makanan dengan mengikut kesukaan sendiri. Tetapi, selepas dia sudah membiasakan diri sendiri dengan tabiat pemakanan yang seimbang, perasaan sedih dan tidak gembira akan berkurang.
Selain itu, saya juga belajar bahawa perasaan takut boleh mengelakkan diri sendiri daripada keadaan bahaya. Saya memang bersetuju dengan pernyataan ini. Sebagai contoh, sesetengah pemuda tidak berasa takut semasa melebihi had laju atau melanggar peraturan jalan raya semasa memandu kereta ataupun menunggan motorsikal. Hal ini demikian menyebabkan sesetengah pemuda menghilangkan nyawa sendiri. Jika mereka sedar bahawa perlakuan demikian adalah membahayakan keselamatan diri sendiri dan berasa takut, mereka akan mengelakkan diri daripada kejadian itu. Selain itu, perasaan takut juga boleh menyebabkan seseorang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang haram.
Selain itu, saya juga menjawab quiz yang diberikan oleh pensyarah. Sebanyak 19 soalan telah disediakan oleh pensyarah. Setiap kumpulan terdiri daripada sebanyak dua atau tiga orang. Semua pelajar berasa seronok dan berminat untuk menjawab soalan-soalan ini. Dengan hal ini demikian, kami akan lebih mudah untuk mengingat apa yang telah diajari dalam kuliah. Pemahaman terhadap isi kuliah juga telah meningkat selepas berbincang dengan kawan-kawan semasa berbincang antara satu sama lain. Jika kumpulan tertentu mendapat markan penuh, ahli-ahli kumpulan itu akan mendapat markah lebih dalam markah kehadiran. Hal ini demikian telah menggalakkan semua pelajar lebih memberi perhatian semasa pensyarah memberi kuliah. Para pelajar juga lebih berusaha untuk menjawab soalan-soalan.
Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan emosi dan cara pengurusannya. Saya juga telah memahami beberapa teori yang tidak pernah saya belajari sebelum ini. Tambahan lagi, saya mendapati bahawa sebenarnya pengurusan emosi adalah sesuatu perkara yang kita perlu menghadapi pada setiap hari. Oleh itu, kita mesti tahu cara yang betul dan sesuai untuk menguruskan emosi sendiri.
No comments:
Post a Comment