A130302 Dinie Haiqal Bin Azhar LJ03
Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi kepada semua yang sudi membaca Learning Journal saya yang ketiga ini. Sebelum saya berceloteh mengenai apa yang saya belajar pada kuliah tempoh hari,benarkan saya membuat pengakuan berani mati iaitu saya dengan tidak sengaja terlena ketika kuliah tempoh hari. Oleh itu maafkan saya jika input saya ke dalam Learning Journal kali ini tidak seberapa. Apa yang saya ceritakan kali ini hanyalah berdasarkan pembacaan dan penceritaan daripada rakan-rakan saya. Pada hari Rabu lepas bersamaan 10 Ogos 2011, doktor telah menyampaikan kuliah mengenai EMOSI NEGATIF. Bagi saya emosi negatif ini amat penting untuk ditangani dengan cepat dan effektif kerana emosi-emosi negatif seperti emosi takut,malu marah dan sedih sering dapat dilihat ditampilkan dalam diri pelajar-pelajar sendiri.
Kuliah kali ini agak menarik kerana beberapa video telah ditayangkan kepada kami pada permulaan kuliah. Video pertama adalah mengenai seorang ibu yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anaknya manakala video kedua pula menceritakn tentang peperangan yang berlaku hanya menyebabkan orang yang tidak bersalah merana dan terseksa.
Selepas menonton video,topik pertama yang diperdengarkan kepada kami ialah emosi "TAKUT". Mengikut pemahaman saya tentang apakah emosi "TAKUT" ini,takut ilahan satu perasaan atau emosi yang kita alami apabila kita berada dalam keadaan yang tidak kita gemari,dalam keadaan yanag agak bahaya,keadaan yanag agak seram, atau kebimbangan terhadap sesuatu oerkara juga dapan menyebabkan ketakutan. Contoh yang paling mudah untuk saya kongsikan di sini aadalah di mana kita akan berasa takut apabila berada dalam suasana yang agak gelap di tengah malam dan berseorangan. Selain itu,contoh yang saya selalu alami di waktu kecik dahulu iaitu apabila dikejar anjing,saya akan berlari lintang-pukang kerana ketakutan. Selain itu,apa yang harus kita ingat ialah perasaan takut yang kita alami mungkin orang lain tidak mengalaminya. Contohnya seperti bukan semua orang takut akan serangga, bukan semua orang takut atau fobia apabila berada di bangunan bawah tanah. Bukan semua orang takut akan kucing. Setiap individu mempunyai ketakutan yang unik tapi bagi saya yang paling lucu adalah bagi mereka yang takut kepada badut. Badut adalah lucu dan comel,apa yang perlu ditakutkan?
Tentang perubahan yang berlaku pada seseorang apabila berada dalam ketakutan,selalunya apabila seseorang itu berasa takut, wajah dan muka mereka akan kelihatan pucat, tubuh badan akan menggeletar, selain itu ada yang meremang bulu roma mereka. Dan untuk yang terlebih-lebih ketakutan mereka, mereka mungkin akan sesak nafas, susah untuk bernafas malah ada yang pengsan tidak sedarkan diri apabila menghadapi situasi yang cukup menakutkan mereka.
Emosi negatif seterusnya yang dibincangkan adalah emosi "MALU". Emosi malu ini ialah satu emosi yang tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang apabila berada di dalam situasi yang membuatkan kita tidak berasa selesa malah kita berasa segan atau keliru dengan apa yang berlaku. Biasanya situasi ini akan melibatkan harga diri dan maruah kita. Contohnya kita akan berasa malu apabila melakukan kesilapan yang agak bodoh atau kesilapan yang tidak patut kita lakukan. Selain itu, emosi malu ini adalah sama seperti emosi takut yang saya ceritakan tadi,cukup universal dan subjektif. Rasa malu ini mempunyai pelbagai darjah dan tahap "kemaluan"nya itu. Maafkan saya jika perkataan itu membuat sesiapa rasa malu. Inilah yang saya maksudkan,saya tidak berasa malu menulis begitu dan mungkin ada yang rasa malu dengan membacanya. Inilah yang dimaksudkan dengan emosi malu itu adalah universal dan subjektif.
Emosi "MALU" ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu peribadi dan professional. Contoh bagi peribadi ialah perasaan malu yang timbul apabila kita bertemu dengan seseorang yang kita minati,lagi-lagi kalau rakan-rakan kita sering mengaitkan kita dengan wanita yang kita minati, Hal ini sudah tentu akan membangkitkan rasa malu dalam diri. Apabila kita berasa malu, sudah tentu riak muka kita akan berubah. Wajah akan menjadi kemerah-merahan akibat rasa malu yang dialami."Malu tapi MAHU!!"
Emosi malu yang timbul dari aspek professional pula timbul apabila kita melakukan kesilapan yang tidak patut dilakukan atau kita gagal melaksanakan tugas atau amanah yang menjadi tanggungjawab kita. Apatah lagi setelah menjadi harapan kepada orang lain, memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dan gagal melaksanakannya,sudah tentu kita akan berasa malu dan berasa teruk dengan diri sendiri. Contoh yang mukin saya alami nanti ialah dalam dunia kedoktoran ini, contoh mudah adalah saya ini seorang pelajar perubatan yang KURANG rajinnya,bukan malas cuma KURANG rajin. Saya sering datang je group discussion tanpa menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh itu saya sering berasa malu dengan tindakan saya itu.
Emosi negatif seterusnya ialah emosi "SEDIH". Emosi sedih ialah satu emosi atau perasaan yang timbut setelah kita berasa suatu kehilangan atau kerugian sesuatu atau seseorang yang bermakna bagi kita. Biasanya orang yang sedang dalam kesedihan memilih untuk menangis keseorangan. Bagi mereka itulah yang terbaik apabila berada dalam kesedihan. Tetapi bagi saya,apabila saya dalam kesedihan, saya memilih untuk melupakan kesedihan yang dialami malah saya akan cuba untuk menjadi ceria dan gembira. "Jika anda mempunya 1000 sebab untuk bersedih,carilah 1001 sebab untuk menjadi gembira"."If you want to be happy;BE!". Saya juga pernah kehilangan ahli keluarga yang saya sayang,disebabkan saya ni anak yang pertama dalam keluarga,saya patut menjadi contoh dengan menjadi seorang abang yang kuat dan tabah kerana saya tahu pada waktu tersebut ada lagi yang lebih memerlukan saya,oleh yang demikian saya selalu mengajar diri saya agar tidak menangis dan lebih memilih untuk menjadi kuat. Tapi,menagis dan bersedih tidak bermakna anda lemah,itu bermakna anda manusia normal.
Emosi negatif yang terakhir adalah emosi "MARAH". Biasanya emosi ini timbul disebabkan penderitaan,kesakitan,kesedihan,ancaman atau tekanan yang kita terima. Biasanya apabila kita dalam tekanan disebabkan sebab-sebab tertentu,ada yang memilih untuk berdiam diri atau pasif manakala ada yang memilih untuk marah atau bersifat aktif. Biasanya orang yang melepaskan marah mereka secara aktif akan memilih kekasaran melalui tutur bahasa mereka atau pun melalui tindakan fizikal terhadap sumber kemarahan mereka itu. Bagi saya,apabila saya marah,saya akan melepaskan perasaan marah itu di padang bola sewaktu riadah di mana saya akan menyepak bola sekuat yang mampu. Sekurang-kurangya cara ini berkesan bagi saya. Pilihlah cara yang terbaik untuk melepaskan perasaan marah anda,jangan biarkan orang lain menjadi mangsa kepada kemarahan anda itu. Contohnya janganlah anda memukul anak dan isteri sendiri semata-mata untuk melepaskan perasaan marah yang ditanggungi itu.
Kesimpulannya,bagi saya emosi yang negatif ini juga penting dalam hidup kita. Ianya dipanggil negatf bukan kerana emosi negatif ini tidak bagus,Cuma anda perlu belajar untuk mengawalnya dengan baik. Semua emosi negatif ini berlaku secara semulajadi,anda mampu mengubahnya. Sekian sahaja dari saya,terima kasih.
No comments:
Post a Comment