Friday, August 12, 2011

A131591 CHAN YING XIN LJ03

Ulasan ini merupakan ulasan ketiga terhadap kuliah pengurusan emosi pada 10 Ogos, hari Rabu. Kuliah hari ini  dimulakan dengan video sebuah lagu remix Justin Bieber. Lirik lagu asal telah diubah menjadi lirik yang menghayati jasa ibu. Saya rasa lagu ini amat menginspirasikan kerana ia telah menggabungkan elemen hiburan dan juga elemen pendidikan. Ini dapat memberi impak yang berkesan terutama kepada remaja-remaja hari ini. Yang kita dapat lihat hari ini ialah remaja lebih dipengaruhi oleh idol-idol dalam bidang penghiburan jika berbanding dengan ibu bapa atau guru. Walaupun ini bukan sesuatu keadaan yang baik, tetapi kami mesti mengaku bahawa ini sudah menjadi trend seluruh dunia. Jika semua celebrity boleh memberi contoh yang baik kepada remaja, saya percaya lebih banyak remaja akan dipengaruhi kea rah yang lebih baik.

Kami telah diperkenalkan tentang emosi negatif dalam kuliah hari ini. Salah satu emosi negatif merupakan emosi takut. Takut merupakan tindak balas emosi terhadap situasi bahaya, selalu berkaitan dengan emosi bimbang. Walaupun itu emosi negatif, ia masih merupakan elemen yang penting dalam kelangsungan hidup. Emosi ini boleh membantu kita dalam kejadian-kejadian negatif seperti semasa kejadian bahaya. Kami akan dapat tahu masa yang baik kami boleh lari. Selain itu, ketakutan ini sering dikaitkan dengan kebimbangan, kegelisahan dan sebagainya. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menjadikan kami takut. Kami akan menjadi takut melalui kejadian kemalangan.  Konsep yang abstrak juga boleh menyebabkan ketakutan. Ketakutan terhadap kehilangan kawalan biasanya tidak membawa impak yang sama dengan ketakutan dari segi fizikal, tetapi membawa kelakuan yang amat serupa. Ini boleh menjejaskan seseorang dalam masa yang panjang.

Emosi negatif kedua yang diperkenalkan ialah perasaan malu. Kami akan berasa malu apabila kami ditemui melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya diterima secara social atau professional. Biasanya kehilangan maruah berlaku, tetapi juga mengikut tahap dan jenis peristiwa tersebut. Malu itu biasanya hanya dapat dirasai oleh diri sendiri sahaja.terdapat dua jenis kemaluan, iaitu personal dan professional. Contoh malu yang bersifat personal termasuk apabila perhatian orang lain bertumpu pada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri dalam kelakuan seharian. Apabila kami berasa malu, emosi itu sering diiringi dengan pelbagai reaksi seperti tersipu-sipu, berpeluh, gelisah, atau tergagap-gagap. Satu lagi ialah malu profesional. Ini melibatkan urusan yang berkaitan dengan kerja rasmi atau tempat kerja, hal kewangan, atau nyawa orang. Kita malu sebab tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Sesebuah lagu itu boleh menyampaikan banyak mesej, di antaranya termasuklah emosi sedih. Untuk memberi impresion sedih, biasanya lirik itu menggambarkan situasi yang sedih. Contoh-contohnya termasuk 'alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi…' dan sebagainya. Emosi sedih itu adalah sesuatu emosi yang menggambarkan perasaan kerugian atau kehilangan. Jika situasi itu serius, ia boleh membawa kesan negatif yang serius. Emosi ini boleh membawa kepada kemurunga. Apabila kami dalam keadaan sedih,seseorang itu bia akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti, dan suka berada secara diri sendiri sahaja. Dia mungkin tiada niat untuk keluar dan menjadi aktif, lagi niat untuk berinteraksi dengan orang lain. Bagaimana kami boleh mengesan tanda-tanda sedih? Seseorang itu biasanya tunduk kepala mereka, mempunyai lambat dan lemah aktiviti fizikal. Sedih ini dianggap sebagai emosi yang bertentangan dengan gembira. Kata lain yang boleh digunakan termasuk sayu, murung, muram dan lain-lain. Suatu persoalan yang menarik telah ditanya, adakah lelaki boleh menangis? Menurut kata doctor, semua orang memounyai emosi oleh itu bukan salah untuk menangis. Menurut kajian Forgas 1992 dan 1994, orang yang sedih biasanya proses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang tepat berbanding dengan orang yang gembira. Mereka juga memerlukan mood yang baik untuk menjalankan kerja dengan efektif.  Kajian juga menunjukkan Halo effect, iaitu apabila orang mengenal pasti emosi yang diekspres, merekan akan membawa lebih watak yang berkaitan dalam emosi tersebut. Contohnya, orang yang sentiasa bergembira mempunyai sifat penyayang. Orang yang selalu bersedih, lemah dan kurang upaya untuk melakukan sesuatutugasan. Seseorang yang marah dilihat sebagai berkuasa.

Marah juga merupakan suatu emosi negatif. Ia merupakan suatu respons fisiologikal terhadap sakit, distress, ugut dan sebagainya. Ugut itu boleh yang benar, berbincang atau imaginasi. Ia boleh diekspresikan secara pasif atau aktif. Secara aktif merupakan dengan serangan fizikal atau verbal. Marah yang pasif biasa ditunjuk sebagai merajuk, tension dan lain-lain. Marah dialami hasil daripada rasa empati. Contohnya marah jika orang lain telah dizalimi. Kemarahan seseorang boleh menjadi lebih besar jika dia berpendapat bahawa kasakitan itu didorong secara sengaja. Marah juga mempunyai fisiologi.------ Mengawal marahitu penting. Secara fizikal, kita memerlukan suatu tempoh masa untuk relax dan menenangkan emosi kemarahan tersebut. Apabila kami marah, kita susah untuk menjadi tenang dalam masa yang singkat.kajian menunjukkan mereka yang menderita disebabkan oleh keterlalauan kemarahan selalunya berfikir kurang rasional. Dalam perspektif agama Islam, kemarshan merupakan tanda kelemahan. Bila menghadapi situasi yang menyebabkan seseorsng marah, kami boleh mengikuti panduan berikut. Langkah pertama ialah mengakui hakikat bahawa kami berada dalam keadaan marah. Langkah kedua ialah menilai sama ada situasi tersebut sesuai untuk kami untuk meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah ketiga ialah sekiranya kami sudah berasa sesuai untuk meluahkan perasaan marah  tersebut, nilaikan diri sendiri mengikut pendekatan secara langsung dan tidak langsung. Seterusnya kami sepatutnya imbas kembali apa yang kami alami dan tindakan kami untuk membaiki diri setelah kami bertindak.

Selepas emosi negatif, kami telah diperkenalkan dengan teori aras adaptasi. Teori ini mengatakan bahawa penilaian kita terhadap sesuatu berkait dengan basis yang kami mempunyai sekarang. Contohnya jika kita dengar bunyi yang kuat dalam tempoh ysng lama, aras adaptasi terhadap bunyi bising akan meningkat berbanding dengan mereka yang biasa dengan bunyi ysng tidak kuat. Salah satu contoh lagi termasuk gaji. Aras adaptasi meningkat jika gaji meningkat. Inilah kerana apa yang kami perlu dan ingini semakin bertambah. Jika kita berasa gembira dengan apa yang kita ada sekarang, kita tidak akan berterusan gembira sehingga kita mencapai sesuatu yang lebih hebat. Aras ini sentiasa pada titik neutral, hanya sesuatu yang lebih baik boleh menjadikan kita berasa gembira.

Satu teori extend daripada ini ialah teori Proses Berlawanan Solomon. Setiap emosi yang dilahirkan akan menuju ke titi kseimbang secara dalam jangka masa panjang dan pendek. Terdapat dua keadaan yang berlaku, keadaan awal dan keadaan berlawanan. Contoh pertama ialah jika kita menang hadiah sebanyak RM500, pada mulanya kami berasa gembira, tetapi kami menyesal kerana duit habis dalam sekelip mata sahaja. Pengulangan sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, kalau ketakutan itu semakin berkurang, semakin gembira itu kami akan jadi.

Kesimpulannya, emosi negative walaupun dilihat sebagai sesuatu yang negative dan tidak membawa kebaikan, ia jugalah penting dalam kehidupan kita supaya kita boleh menghargai segala yang baik dan positif dalam kehidupan kami. Saya juga berpendapat bahawa kami seharusnya bersyukur terhadap apa yang kami mempunyai sekag=rang dan bukan asyik mengejar yang tiada kemungkinan.  

No comments:

Post a Comment