Friday, August 12, 2011

A131728 Ong Hooi Yee LJ03

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Kali in merupakan jurnal yang ketiga. Kuliah pada hari rabu (10 ogos  2011) ini merupakan sambungan dari topik minggu lepas iaitu emosi positif dan negative. Dr Zamri telah membuat permulaaan kuliah kali ini dengan cara yang agak berbeza untuk menarik perhatian semua pelajar iaitu dengan menayangkan video sebuah lagu remix Justin Bieber yang sangat terkenal iaitu 'baby' yang  telah diubah lirik asalnya kepada lirik yang menghayati jasa ibu. Selain itu,Dr. Zamri juga menayangkan video yang menunjukkan kesan-kesan buruk peperangan. Hatiku pilu melihat rakyat-rakyat Palestin hidup merana. Tujuan video-video tersebut adalah untuk menghubungkaitkan dengan tajuk kuliah iaitu: "Emosi Negatif – Takut, Malu, Sedih dan Marah".

Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah yang bertajuk 'Emosi Negatif'. Sebelum saya menerangkan 'Emosi negatif' yang disampaikan oleh Dr Zamri, saya ingin memberi interpretasi saya terhadap emosi negative sebelum saya menghadiri kuliah ini. Pada pendapat saya, emosi negatif merupakan emosi yang tidak digalakkan dan melarang kita daripada mencapai kejayaan. Seseorang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri dengan baik akan selalu menyebabkan diri sendiri terjebak dalam emosi negative ini. Dalam kuliah ini, Dr Zamri menerangkan bahawa 'Emosi negatif' terdiri daripada emosi takut, malu, sedih dan marah.  Perasaan takut merupakan emosi yang dijanakan apabila kita berada di keadaan yang bahaya dan kerisauan. Sebenarnya, perasaan takut ini merupakan satu  mekanisme yang menghasilkan keselamatan  hasil daripada rangsangan situasi negatif. Takut juga selalu dihubungkaitkan dengan perasaan yang lain seperti  risau atau bimbang,takut yang teramat sangat, khuatir dan lain-lain. Simptom-simptom emosi takut boleh dibahagikan kepada fisiologikal atau somatik. Contohnya, ketegangan otot, jantung berdebar-debar, tekanan darah meningkat, bernafas dengan cepat, mulut kering, berpeluh dan bergetar. Contoh bagi simptom emosional pula merangkumi ketakutan, gelisah, berasa seperti diawasi oleh seseorang.

                                    Perasaan malu selalu dirasai apabila kelakuan kita bertentangan dengan nilai moral yang diterima oleh masyarakat. Perasaan malu ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu personal dan professional. Bagi kategori personal, perasaan malu dirasa apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesalahan diri kita dan juga disebabkan tindakan kita seperti berbohong dan sebagainya. Kebanyakan masa, perasaan malu ini akan diikuti dengan tanda-tanda seperti tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap dan gelisah. Bagi kategori professional pula, perasaan malu melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Sebagai contohnya, seseorang hakim didapati terlibat dalam gejala rasuah. Dr Zamri juga menunjukkan satu gambar apabila seseorang itu berada dalam keaddan malu. Antara tindakan yang akan dilakukan ialah dengan menutup sebahagian daripada muka. Kebanyakan orang juga akan menunjukkan tindakan ini tanpa disedari apabila mereka berada dalam keadaan malu.

                                    Sedih juga turut dikaitkan dengan emosi negatif. Perasaan ini timbul apabila kita mengalami kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun sesuatu yang berharga. Perasaan sedih boleh membawa tekanan apabila tidak dikawal dengan baik. Perasaan sedih ini banyak dialami oleh pelajar yang masih menuntut pelajaran dan berusaha untuk mencapai yang terbaik. Situasi ini banyak dilihat pada pelajar perubatan. Apabila pelajar berasa mereka sudah mencuba sedaya upaya dan yakin akan mendapat keputusan yang memuaskan tetapi masih gagal pada akhirnya. Pelajar harus menerima hakikat bahawa kegagalan merupakan lumrah hidup. Tanpa kegagalan, mana dapatnya motivasi ke arah cemerlang. Namun, perasaan sedih ini seringkali tidak dikawal, maka ini akan menyebabkan pelajar mengalami tekanan perasaan atau depression yang akhirnya membawa kepada stress. Stress yang boleh membawa kebaikan iaitu stress positif atau keburukan iaitu stress negative. Stress yang positif selalu mewbawa kesan yang positif manakala stress negatif pula selalunya menyebabkan kesan buruk. Menurut Forgas (1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen (1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi. Menurut Halo effect, jika seseorang menunjukkan kesedihannya, orang lain akan menganggapnya sebagai seorang yang lemah dan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Saya juga berpendapat bahawa orang yang selalu menunjukkan kesedihan adalah mereka yang lemah dan tidak  dapat mengatasi masalah dengan sebaik-baiknya. Alangkah baiknya kalau mereka yang berada dalam kesedihan berupaya untuk menjadi tabah dan menukarkan kesedihan itu untuk mengatasi cabaran-cabaran yang lain.

                       

Selepas itu, kuliah disambungkan dengan emosi marah. Kemarahan merupakan satu tindakan psikofisiologikal kepada kesakitan yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif. Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan. Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa kekuatan itu bukan keupayaan untuk menguasai orang lain, tetapi menguasai emosi sendiri apabila berasa marah. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata yang mulia ini. Jadi kita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menguasai emosi kita agar tidak dipengaruhi oleh perkataan atau kelakuan orang lain.

Akhir sekali, tajuk yang disampaikan ialah Teori Solomon. Teori Solomon adalah pengubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon mengatakan bahawa emosi akan mengimbang ke arah titik neutral bukan sahaja pada jangka panjang, tetapi juga bagi jangka pendek. Proses lawanan yang terdapat dalam Teori Solomon menghuraikan bahawa setiap emosi menyebabkan berlakunya emosi bertentangan. Apabila salah satu emosi sedang dialami, emosi yang bertentangan akan ditekan dan dikurangkan. Teori Solomon mempunyai 2 peringkat. Peringkat pertama ialah secara automatik dan tidak dipelajari, manakala peringkat kedua ialah peringkat lawanan yang melibatkan emosi yang bertentangan dengan peringkat pertama dan ia menjadi lebih kuat dengan pengulangan. kerana membelanjakan wang itu terlalu cepat.

                                    Sebagai intiha, kita seharusnya belajar untuk mengawal emosi khususnya emosi negatif. Kesan-kesan negative akan menimpa apabila emosi ini tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Dengan ini, harapkan semua pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kuliah ini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment